Monday, August 21, 2017

RCI Memali : Kenapa PAS Over Sangat ..??

TUBUH RCI

Dibawah ini saya petik tulisan dari Saudara Shahbudin Hussin mengulas mengenai desakan PAS untuk penubuhan RCI Peristiwa Memali.

***

PAS TERLEBIH GHAIRAH

Pas kelihatannya tidak sabar-sabar lagi untuk melihat sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI ditubuhkan berhubung tragedi Memali.

Selain menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan berperanan untuk berurusan terus dengan Putrajaya ke arah penubuhan RCI itu, Pas juga bercadang untuk membawa keluarga mangsa tragedi Memali bertemu dengan Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.

Wah...
terlebih ghairah nampaknya Pas kali ini.

Belum pun apa-apa, cuma kerajaan baru mengatakan tidak menolak kemungkinan menubuhkan RCI berkaitan Memali, Pas kelihatannya sudah "lebih lajak daripada laju" dalam tindakannya.

Hakikatnya, UMNO dan Pas sama-sama bermotif politik dalam perkara ini dan bukan kebenaran yang mereka ingin kejar dan buktikan.

Harus diingatkan, dalam ghairahnya Pas kali ini, jangan sampai mereka terlupa  hakikat sebenar kenapa Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang bertempur dengan pihak polis itu jadi begitu taksub, tidak takut mati dan seolah-olah hilang pertimbangan kepada aturan undang-undang duniawi.

Apakah punca dan sebabnya?

Apakah Hadi Awang dan Amanatnya boleh diketepikan begitu saja dalam tragedi Memali jika RCI menjalankan inkuirinya nanti?

Selain itu, jika Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri mahu dikaitkan atau dipersalahkan dalam tragedi Memali, apakah Najib Razak dan Zahid Hamidi yang ketika itu berada dalam Pemuda UMNO boleh dilepaskan begitu saja daripada ada saham kesalahan yang sama?

(ShahbudinHusin 21/08/2017).

*****

Ulasan saya :

Saya menyokong penubuhan RCI bagi menyiasat kembali segala skandal dan insiden yang berlaku didalam negara maupun diluar negara.
Tubuhlah berpuluh RCI mengikut kehendak masing-masing. Kebenaran harus dicari dan yang bersalah wajib dipertanggungjawabkan.

Tetapi timbul persoalan disini.
** kenapa perkara penubuhan ini timbul sewaktu kita semakin menghampiri Pilihanraya Umum ..??
** kenapa tidak reti bersabar, tunggu sedikit lagi masa untuk ianya ditubuhkan ...???
** baik BN, PH atau PAS boleh memasukkan hal ini didalam manifesto masing-masing sebagai umpan meraih undi (tetapi butiran terperinci dan sulit mengenainya janganlah dijadikan modal berkempen). Barulah ianya kelihatan lebih adil.
** Apakah PAS dah jadi Pak Sibuk dan mewar-warkan usul penubuhan RCI kerana ia intim dengan UMNO/BN ..??
** Bukankan ia akan hanya memperlihatkan betapa jijiknya permainan politik PAS ..???

Pemuka-pemuka PAS ini kehulu kehilir bercakap kononnya menjunjung perjuangan menegakkan Islam walhal yang sebenarnya PAS sedang menjaja agama untuk mendapatkan kekuasaan dan nikmat dunia yang sedikit.

Berhentilah berserban, berkopiah, berjubah, beranta ente jika inilah niat dan perlakuan yang pemuka-pemuka PAS pamerkan.

Ingat ...!!!!
Kalian juga tidak pernah terlepas dari perhatian Allah SWT.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Hanya PH atau BN .. Bukan PAS

Berdekad PAS berjuang menentang UMNO yang dikatakan memerintah dengan berlandaskan Perlembagaan penjajah.
UMNO mengekalkan kuasa bermula dengan kemenangan Perikatan dan diteruskan dengan gabungan parti-parti didalam Barisan Nasional.
** untuk beberapa ketika PAS berada bersama didalam Barisan Nasional sebelum disingkirkan keluar diera pentadbiran Tun Hussein Onn.

Saya hairan dengan PAS atas beberapa perkara :

** semasa bersama didalam BN kemana pergi pendirian mereka yang menentang Perlembagaan Penjajah (yang dilaksanakan oleh BN)...???
** Apa perubahan yang dapat mereka lakukan semasa masih berada didalam BN (yang ada sedikit kelainan hanyalah ada wakil dari PAS yang dilantik membarisi Kabinet Menteri)
** setelah keluar dari BN ... PAS meneruskan propaganda dengan perjuangan menentang Perlembagaan penjajah yang diwarisi BN.

Ironinya ....
Dalam penentangan terhadap Perlembagaan berkenaan ... Mereka sendiri tetap hidup sepertimana biasa, mengamalkan agama dan tatacara kehidupan Melayu Islam tanpa banyak permasalahan.

Sewaktu bersama DAP dan PKR didalam Pakatan Rakyat ... PAS berikrar bahawa mereka menghormati Perlembagaan yang sedia ada.
Namun dalam kempen serta ceramah kepada ahli dan para penyokong hal menentang Perlembagaan Kafir tetap mereka mainkan.

Terkini...
Selepas mengambil keputusan berundur dari Pakatan Rakyat ... PAS dilihat intim bersama pengamal/pelaksana Perlembagaan Kafir.

PAS dah pandai bermain wayang.
** berseteru dengan parti gabungan pembangkang.
** berbaik dengan UMNO/BN tetapi tetap dengan pendirian mahu menjatuhkan UMNO/BN
** kemudian boleh pula mewar-warkan mahu menjadi pihak "pengimbang" (antara pemerintah dan pembangkang).

Apa sebenarnya halatuju PAS ...???
Bagaimana rakyat mahu menentukan pilihan ...??

Dalam keadaan pendirian PAS yang dilihat kabur serta mengelirukan ini ... Saya berharap para pengundi mampu membuat pilihan yang betul dan tepat.

** BN atau PH.
** tidak boleh berpaut kepada PAS kecuali PAS sendiri membuat pilihan samada mahu bersama BN atau PH.

PAS tidak mampu dan tidak boleh mengambil keputusan untuk berjuang bersendirian (jika mahu terus berperanan dalam arena politik tanahair).

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, August 20, 2017

Menebus Kesilapan Silam

Sewaktu masih menyokong UMNO/BN dahulu sudah ada kegusaran dihati saya dengan gelagat bini MO1 tu. Kerap jugak saya dan kawan-kawan rapat bercakap-cakap mengenainya. Tak kurang jugak melemparkan kata-kata kiasan dan sindiran terhadap dia.
** kebetulan ada rakan yang rapat dan boleh kata acapkali bertemu beliau. Kut-kut laaa kiasan dan sindiran yang kami buat sampai ke pengetahuan bini MO1.
** Bukan nak menjahanam atau menggugat kedudukannya. Tidak ada niat lain kecuali untuk melihat ada perubahan dan dapat mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap UMNO/BN.
Almaklumlah ...
Diketika itu serangan terhadap beliau cukup hebat.

Malang sungguh.
Tiada sebarang perubahan.
** jika dah penyokong sendiri menegur diabaikan, mana mahu kita mengharap dia berubah dek hentaman pihak lawan.

Sokongan saya yang sudah mula sedikit tercalar (terhadap UMNO/BN) menjadi lebih parah. Dari garis-garis calar kecil ia menjadi luka yang dalam.

Terbongkarnya skandal derma dan kemelut 1MDB menjadi titik peralihan saya untuk bertukar arah.
** bukan lagi bini MO1 yang rupanya bermasalah tetapi manusia yang menerajui kerajaan lebih teruk daripada itu.

Memang pada mulanya keadaan amat sukar bagi saya untuk bersama dengan pihak pembangkang.
Bayangkanlah ...
Bertahun-tahun bertentangan ideologi dan haluan ...
Kini saya harus bersama mereka untuk menentang kemungkaran yang dilakukan oleh mereka yang saya sokong sebelum ini.

Tidak mengapalah.
Saya berjuang bukan untuk meraih laba, mengejar kedudukan atau mengumpul kekayaan serta pengaruh. Perjuangan yang lebih besar adalah untuk mewariskan negara dengan kepimpinan yang beramanah serta bermaruah.

Bukan negara yang kesejahteraan dan kedaulatannya telah punah.

Inilah sahaja sumbangan dan bakti yang mampu saya berikan untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Berjuanglah ...!!
Selamatkan Malaysia
Kita bina semula negara Merdeka ini.

Bersatu, Beramanah, Bermaruah.

Fb ID :

Fadzil Ams Mohamed

Saturday, August 19, 2017

Memali, Hadi, PAS dan Tun Mahathir

Insiden berdarah di Memali bagi saya adalah kemuncak penentangan para pengikut parti yang taksub kepada PAS.
Ia terjadi hanya berselang beberapa tahun selepas Hadi Awang menyampaikan Amanat Berhantunya disekitar tahun 80an.

Orang-orang UMNO termasuk mereka yang kini berada dipuncak kuasa (dalam parti) sememangnya sedia maklum bahawa berlaku reaksi menentang dari para pentaksub parti yang kononnya berjuang berlandaskan al-quran dan sunnah.

Bolehkah orang UMNO dan PAS (pimpinan Hadi Awang) berkaitan sembahyang dua imam, sembelihan orang UMNO dikatakan haram, suami isteri bercerai-berai, pengkebumian berasingan bagi kerana berbeza parti dan pelbagai tindakan serta perlakuan yang memecahbelahkan ummah.
** jutaan rakyat Malaysia memahaminya.

Seperti yang saya katakan "Insiden Memali adalah kemuncaknya". Secara kebetulan ... Peristiwa berkenaan berlaku semasa Malaysia diterajui oleh Tun Dr. Mahathir.

Maka ....
Apabila peristiwa tersebut diungkit kembali ...  Nama Tun disebut-sebut sebagai orang yang memikul tanggungjawab penuh. Tun didesak memohon maaf dan memperakui bahawa kejadian berkenaan adalah perencanaan beliau.
** desakan ini jugak datang dari mulut manusia yang melafazkan "Amanat Banggol Peradong" (yang sebenarnya menjadi punca kepada penentangan berbentuk ekstrem di Memali).

Bijaknya Hadi Awang.
Dengan mudah mahu mencuci tangan sementara beliau (dan parti PAS) sudah ada hubungan "matang dan sejahtera" bersama Najib (dan jugak UMNO).
** secebis rasa bertanggungjawab pun tidak ditunjukkan oleh Hadi Awang (terhadap kejadian yang menyayatkan itu) apatah lagi untuk menyatakan rasa "berdosa" ataupun bersalah.

Najib (diwakili Zahid) pula mengambil kesempatan atas peristiwa Memali untuk melumpuhkan Tun.
Tidak mustahil bahawa soalan yang diajukan dalam program Nothing To Hide 2.0 (berkaitan isu Memali) adalah sebahagian dari perencanaan dari UMNO.
** memang cukup aneh. Begitulah keadaannya apabila penentangan ditunjukkan terhadap UMNO para hari ini.
** apa yang dahulunya salah kini UMNO mentafsirkannya sebagai betul. Halal jad haram dan begitulah sebaliknya asal saja ia difikirkan mampu melonjakkan sokongan kepada UMNO.

Namun ...
Baik apapun yang dilakukan oleh UMNO dengan bantuan PAS .... Rakyat kini bukan jenis memberi sokongan membabi-buta (kecuali mereka yang dibutakan dengan DEDAK).

Lebih ramai yang terbuka mindanya dan telah bersedia sepenuhnya untuk menenggelamkan Hadi Awang dan PAS serta menumbangkan keangkuhan Najib bersama konco-konconya dalam UMNO/BN.

Rakyat bertekad untuk BERUBAH dan mereka akan menggunakan hak masing-masing tepat pada ketikanya.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Thursday, August 17, 2017

PAS makan DEDAK kemudian jadi UMPAN

Dedak disuap kepada PAS dengan tujuan untuk melihat PR berkubur.
Dah berjaya dilaksanakan. Mereka melangkah kearah matlamat yang seterusnya.
** Sekarang pemakan dedak digunakan untuk menghuru-harakan gabungan Pakatan Harapan.

PAS tawarkan kerjasama bersama PKR, PPBM dan PAN (dibeberapa negeri) dengan syarat ketepikan DAP.

Bijak kan kannn ...??

Dalam gabungan PR dulu DAP miliki jumlah kerusi yang tertinggi. Sekiranya strategi pemakan dedak (PAS) ini dipersetujui maka DAP akan terpinggir biarpun parti berkenaan memenangi banyak kerusi pada PRU14.
PAS pula belum tentu terjamin untuk menawan jumlah yang besar atau sama banyak jumlah kerusi (yang dimiliki sekarang) selepas berakhirnya PRU14.
** ini bukan masalah besar selagi PAS terus diberikan dedak dan sentiasa mabuk (dedak).

Jika usaha PAS (mewujudkan kerjasama dengan tiga parti lain tanpa DAP) terhasil maka kejayaan yang PAS perolehi adalah :

** memecah kesepaduan yang baru terjalin dalam gabungan PH.
** sebagai pemilik kerusi paling sedikit (dalam PR dulu) PAS mampu mengkucar-kacirkan sebuah parti yang agak kuat (DAP).
** sebagai pemakan dedak PAS berjaya memainkan peranannya dengan cemerlang (sepertimana yang dikehendaki oleh tuannya).

Maka dengan itu ...
Strategi dan taktik yang diguna oleh pemberi dedak (tuan kepada PAS) untuk mengekalkan kuasa lebih menampakkan kesan.

Apa yang saya lihat ...
Kerja dan peranan PAS sebenarnya bukanlah untuk menjadi kuasa pengimbang antara BN dan PH tetapi lebih kepada pengacau yang "menangguk diair keruh".

Hal-hal begini perlulah dilihat secara teliti oleh pimpinan utama didalam gabungan PH.
** usah terpedaya dan akhirnya terperangkap dalam permainan strategi BN yang berumpankan PAS.

Berhati-hatilah.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

MENGHITUNG HARI

Najib kata "Reformasi dah BERKUBUR".

Mungkin betullah.
Gerakan Reformasi yang digerakkan dahulu kerana krisis yang tidak pernah dijangka bakal berlaku antara Tun Dr Mahathir dan bekas Timbalannya DS Anwar Ibrahim.

** Tun Dr Mahathir punya alasan dan sebab kenapa beliau terpaksa mengambil tindakan terhadap bakal penggantinya. Apapun yang Tun M lakukan ketika itu berdasarkan kepada keperluan semasa dan saya cukup yakin bahawa tindakan berkenaan disokong oleh sebahagian besar Menteri Kabinet dan AMT UMNO (termasuk mereka yang masih berjawatan pada hari ini).

** DS Anwar Ibrahim sendiripun pasti ada sebab mengapa pihak beliau menggerakkan gerakan Reformasi (dan segelintir penyokong beliau pula kini telahpun berada dibelakang barisan pimpinan UMNO).

Apa yang menariknya ...
Kini tokoh-tokoh yang bertentangan pada era Reformasi kini telah bergabung semula. Ianya juga sesuatu yang langsung tidak pernah kita jangka bakal berlaku.

Apa yang saya dapat perhatikan .... Kedua-dua tokoh ini lebih memahami bahawa ada perkara yang lebih penting untuk kedua tokoh ini perlu hadapi.
** keterlanjuran PM Najib dalam pelbagai aspek pentadbiran negara (kerajaan)
** kepentingan dan kebajikan rakyat jelata (yang dihimpit pelbagai masalah sejak Najib berkuasa)

Penyatuan semula dua tokoh ini memperlihatkan jiwa besar yang sebenar-benarnya jauh lebih hebat berbanding dakwaan "berjiwa besar" yang diwar-warkan oleh Najib.

Reformasi telah berkubur.
Tidak mengapa.
Tetapi gerakan yang lebih besar, bermatlamat lebih hebat dengan diterajui oleh gandingan hebat ini perlu Najib depani.

Gerakan pada kali ini adalah gerakan pemulihan terhadap kerosakan (yang Najib lakukan) dan untukk mengelak rakyat dan negara terjerumus kedalam bencana yang lebih buruk.

Biarlah Najib bertempik sorak dan memukul gendang perang sehebatnya. Rakyat terbanyak yang  memahami tindak-tanduk Najib serta gerombolannya tidak lagi musah terpedaya dan terus tunduk terikut-ikut secara melulu.

Saat penentuan masa depan Najib semakin menghampiri. Hari-hari yang berlalu menambah semangat dan kekuatan rakyat untuk merobah pentadbiran.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Monday, August 14, 2017

Dia tiada KEBERANIAN, kita ubah HALUAN

Sudah-sudahlah.

Urusan untuk membongkar dan menyelongkar individu itu secara "gentleman" dah pun dilakukan.
Dia memang tak punya niat untuk menyelesaikan persoalan dan permasalahan secara telus.

Sudah dua kali program yang sama dia gagal hadir.
** yang pertama ditegah hadir atas alasan keselamatan
** yang kedua ... Mungkin kerana tiada keberanian, tiada kebijaksanaan atau tiada keprihatinan kepada rakyat bawahan yang mahu melihat ketelusan seorang pemimpin.

Syed Saddiq dan team Armada.

Kalian telah berusaha gigih.
Mempersiapkan segalanya untuk melihat ianya dijayakan.
Hasilnya ...???
** apa yang kita telah sama-sama lihat dan lalui.

Pihak mereka memang tidak gemarkan keharmonian. Setiap aktiviti kita pasti mereka cemari dengan kekerasan dan keganasan.
** imbas kembali insiden yang berlaku dalam promosi Bersih 5
** ingatkan semula peristiwa wakil Armada ingin menyampaikan surat jemputan ke NTH2.
Mereka cetuskan onar bukan ....???

Cukuplah beberapa kali kita diprovokasi.
Kita bukan samseng, kita bukan baruah kepada PARIAH ...
** kita pejuang yang berjuang untuk rakyat.
** kita sayangkan bangsa dan nusa. Dan kita ada pegangan agama.
Kekerasan, keganasan, kekecohan bukan cara kita.

Tukarlah kaedah dan cara memperjuangkan rakyat. Bagi Armada ... Tumpuan utama kalian haruslah lebih terarah kepada kelompok seusia kalian.
Sebagai generasi yang bakal mewarisi tampuk atau tunjang kepemimpinan masa depan ... Inilah masa yang paling sesuai buat kalian untuk mempersiapkan diri.
** yakinilah. Lapisan pimpinan yang berusia dengan tulus ikhlas mahu (dan mampu) membimbing kalian.

Antara golongan yang patut kalian utamakan dan jadikan tonggak perjuangan adalah :

** graduan-graduan yang tiada pekerjaan
** peminjam PTPTN yang disenaraihitam
** rakan-rakan siswa yang kekurangan biaya pelajaran
** remaja yang keciciran dalam pelajaran
** dan ramai lagi.
Mereka semua akan bersama kalian bagi merempuhi masa depan (yang tidak kita dapat jangkakan rupa cabarannya).
Inilah masanya buat kalian merencanakan masa depan.

Lupakanlah individu itu.

Tak ada maknanya lagi berkonfrontasi berterusan.
** mereka sudah tiada tempatnya lagi dihati majoriti rakyat.
** hayat kekuasaan mereka sedang berada dipenghujung.
Yakinlah.

Kalianlah penerus Wawasan yang kami harapkan.
Bagaimanapun ...
Usah kalian merasakan telah cukup segalanya. Bertatihlah, belajarlah hingga kalian sempurna dan bersedia.
Kami ada dan sedia untuk membimbing dan membantu.

Teruskan istiqamah dengan perjuangan.
kita_ubah corak pentadbiran negara
bersama_kita_SELAMATKAN_MALAYSIA.

Friday, August 11, 2017

Perkembangan Menarik di AS

Diberitakan bahawa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat meminta Hakim disebuah negeri (di AS) menggantung sementara tindakan saman sivil keatas perampasan harta (yang didakwa diperoleh dari hasil samunan wang 1MDB).
** maka bersorak-sorailah para pendedak Najib disebabkan permintaan tersebut. Terselamatlah harta milikan Jho Low, pendapatan filem Riza Aziz, permata Miranda Kerr atau lukisan serta Oscar Leonardo DiCaprio. Mungkin itulah sangkaan mereka.
** dan yang paling penting .... Mereka boleh mentertawakan Tun Mahathir, TSMY, DSMM dan lain-lain orang yang kuat mempersoalkan skandal yang berlaku didalam 1MDB. Kelompok penentang Najib dikatakan gagal dan bakal mendapat malu.

Satu perkara yang tidak mereka bangkitkan adalah ... Ekoran permohonan penggantungan tindakan saman sivil ada satu lagi tindakan yang mahu diambil .... Siasatan untuk dakwaan perlakuan jenayah. Jugak membabitkan orang yang sana, harta yang sama dan syarikat yang sama ... 1MDB.

** taknak bersorak-soraikah wahai pendedak Najib ...???.
Ker rasa kesedihan terpaksa ditelan dan disimpan didalam hati ...???

Tak apa ....
Kalian menangis sorang-sorang dalam kelambu laaa ya ...!!!
Kami penyokong Tun Mahathir dan PH takkan ketawakan kamu.
** buang masa.

Yang kami ingin lihat hanyalah kebenaran serta keadilan ditegakkan dan kemungkaran terhapus seluruhnya demi kesejahteraan rakyat Malaysia (termasuk kamu para pendedak semua).

** yang benar tetap benar
** yang salah patut dihukum

Insha Allah.

Kenapa Perlu Banyak ALASAN

Ini satu lagi masalah besar.
Nak siasat kena ada asas biarpun telah ada laporan dibuat terhadap individu berkenaan.

Tuan Pesurohjaya ....
Tuan dah beriya-iya menjelajah keserata ceruk untuk mempromosi produk Ikrar_BEBAS_RASUAH yang tuan keluarkan. Dah sampai ketahap bertelagah dengan Guan Eng pun haritu.

Sekarang ...
Bila ada kenyataan dan laporan dibuat maka tuan siap dengan syarat-syarat berbagai.

Apa ni ....????

Nampaknya .... Dizaman pentadbiran Najib ini kerja untuk membongkar pelbagai penyelewengan perlu menempuh banyak halangan. Pintu demi pintu terpaksa diketuk dengan penuh takzim untuk memperoleh #restu tertentu barulah boleh bertindak.

Cuba bandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru-baru ini. Berapa banyak laporan dan bla ianya dikemukakan ...???
** kenapa disudut itu mereka begitu pantas bertindak ...??
** lebih utama .... Apa sebenarnya tujuan (muslihat) disebalik tindakan berkenaan ...???
Mungkin ada cukai yang tidak dijelaskan ...??
Mungkin ada prosedur yang tidak mereka patuhi dalam sistem percukaian yang ditetapkan ..??

Berbeza dengan fungsi agensi tuan.
** setiap laporan yang dikemukakan tentulah kerana ada asasnya sebaliknya tuan beri kenyataan "akan disiasat jija ianya berasas".
Maksudnya ... Tuan boleh saja mengabaikan proses siasatan hanya mengikut andaian sendiri dan denfan mudah nantinya mengeluarkan kenyataan "tidak perlu disiasat" ...???

Jadi ....
Dimana perlunya IKRAR BEBAS RASUAH yang tuan jaja kehulu kehilir selama ini..???

BERKHIDMATLAH UNTUK NEGARA.
Bukan berkhidmat namanya jika harus tunduk melulu kepada ketua kerana mereka jugak individu yang gaji (pendapatannya) dibayar oleh negara.

https://m.malaysiakini.com/news/391624#TqOYex93xZ0R8c7h.97

Fb ID

Thursday, August 10, 2017

Flip-Flop bukanlah Politik Matang dan Sejahtera

Saya betul-betul tak fahamlah dengan pendirian parti PAS ni.
Entah apa-apa perjuangan mereka.
Kluk-klek tak habis-habis sejak dulu.

Suatu ketika mereka cukup kuat menentang UMNO.
Bagi mereka UMNOlah yang menjadikan negara ini jahanam, keadaan akhlak masyarakat rosak kerana UMNO mengamalkan pentadbiran sekular.

Kerana penentangan PAS terhadap UMNO sanggup hingga mewujudkan kerjasama dengan PKR dan DAP.
** ehhh. DAP dan PKR tak sekular pulak ...???

Ermmm.
Mereka jawab "tahaluf-siyasi".
Iyalah .... Tahaluf laaaa.

Ketika itu ... Saya merupakan penyokong kuat UMNO. Bertungkus-lumuslah saya dan rakan-rakan berusaha mempertahankan kedudukan parti UMNO dan Barisan Nasional.
(saya masih ingat lagi keadaan yang betul-betul cukup rumit dan payah ketika itu. Bayangkan sahaja kekuatan pihak pembangkang yang memiliki barisan pimpinan kental dan berpengaruh seperti Arwah Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan yang lain-lain).

Keadaan kini telah berubah.
Saya sendiri telah berpaling dari UMNO/BN.
Tiada ertinya memberi sokongan kepada penegak pemerintahan Kleptokrasi yang dikepalai oleh Najib.

** PAS pula sudah kendur lalu meninggalkan Pakatan Rakyat. Biarpun begitu ... PAS masih lagi dengan gembar-gembur akan terus istiqamah dengan dasar perjuangan menegakkan Islam.

Gembar-gembur sajalah.
Tak lebih dari itu (yang dapat saya lihat)
** bila Najib sebut "wasatiyyah" Haji Hadi, Presiden PAS lalu lemah lutut. Beliau bertukar dari keras menjadi lembut.
Tidak cukup dengan itu .... Sanggup menawar diri untuk menjadi Penasihat Kerajaan lagi.

Jahanam.
Kluk-klek PAS terutama Hadi Awang semakin menjadi-jadi.

Paling baru ....
Timbalan Presiden PAS ... Tuan Ibrahim bersama beberapa yang lain bertemu Arul Kanda untuk diberikan penerangan tentang kemelut 1MDB.

Rumusannya :
Tuan Ibrahim (mungkin jugak mewakili keseluruhan ahli PAS) melahirkan rasa puashati (tentang kaedah rasionalisasi hutang).

Apapun ..
Tuan Ibrahim pun main kluk-klek jugak. Mungkin untuk tidak dilihat sebagai kurang wibawa atau kurang hebat berbanding Hadi Awang (sementara memangku tugas Presiden ketika ini).

** Tuan Ibrahim "berpuashati" dengan pelan rasionalisasi tetapi tetap bertegas mahukan pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal 1MDB
** dalam masa sama Tuan Ibrahim menyatakan "biar bertukar kerajaan sekalipun hutang 1MDB tetap perlu ditanggung".

Apa maksudnya kenyataan ini ..???
Saya kurang jelas.

Sudah sewajarnyalah Tuan Ibrahim, Haji Hadi dan pimpinan-pimpinan utama PAS yang lain memikirkan kembali keputusan "bersendirian PAS" dalam perjuangan menyingkirkan UMNO/BN dari puncak kekuasaan.
Tidak ada maknanya bersikap angkuh, ego dan berasa cukup kuat sedangkan matlamat untuk menumbangkan UMNO (bersendirian) tidak menampakkan hasil.

Kaedah yang paling berkesan adalah mengeratkan kerjasama semula didalam pakatan pembangkang yang kini telahpun bergabung sebagai "Pakatan Harapan".
Ketepikan perbezaan buat sementara sehingga apa yang dikehendaki tercapai.

Usah teruskan kerja sia-sia jika serius terhadap matlamat utama .... kecuali PAS sememangnya suka "beretorik".

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

SIAPA YANG MEMULAKANNYA ..???

Pulak dah ....!!!!
Mahdzir Khalid patut berpaling kearah Zahid Hamidi dan keluarkan kenyataan begini.

Yaaaa ...
Dr. Mahathir memang menanamkan kebencian terhadap gaya pentadbiran korup yang kini bersarang didalam parti yang pernah dipimpinnya dahulu. Kerana kebencian itulah Tun Mahathir meninggalkan UMNO.

Malang sekali ....
Mahdzir dan sebilangan besar ahli UMNO seluruh negara lebih #menyayangi KORUPSI dan membenci perjuangan untuk menentangnya berhabis-habisan.

Jangan lupa .... Rakyat menyaksikan gelagat kalian sejak sekian lama. Rakyat bakal menghukum apabila masanya tiba.

Terserah kalian samada mahu sedar ketika ini atau mahu tengadah selepas terhantuk nanti.

http://www.astroawani.com/berita-politik/dr-mahathir-tanam-politik-kebencian-mahdzir-152035

Wednesday, August 9, 2017

Aku Telah Dilupakan ker ...???

Lewat pagi.
Mata tak boleh lelap.
** telefon la jadi teman.

Nak tengok apa ..??
** wassap ... Semua kurasa dah hanyut.
** facebook ... Biarlah. Jadi Burung Hantu bertenggek disitu buat apa.

Kesudahannya ....
Mr. Google jadi teman malam.
Taip keyword satu persatu hingga penghujungnya ditaip Bee Fadzil.

Tertarik ke blognya ... Life Goes Suck.
** uhhh. Berblog jugak rupanya Hero Kecik manja aku nih.

Skrol satu persatu catatannya.

Dan .... Yang menyentuh hati ...
"Bee dah besar ....!!!!"
"Fahamilah apa yang Bee inginkan dalam kehidupan..".

Tak apalah....!!!
** Abah dah faham.
Dan keinginan itu telahpun Bee capai.
Cuma ....
Kenapa itu tidak disuarakan lebih awal.

Selepas 7 tahun baru Abah terbaca catatan itu. Alhamdulillah. Bee telah menemui apa yang dicari.

(stop dulu. Nanti disambung...)



APA YANG DIRAWAT ..??

Lain yang sakit ...
Lain pulak yang dirawat.

Kita berdepan dengan kemelut 1MDB.
** Pinjam berpuluh billion
** Bayar faedah pinjaman hampir tiga billion setahun
** harta (asset) dilelong hingga tak jelas lagi apa yang diniagakan
** pemilikan harta tanah dan pembangunannya langsung tak nampak ada kemajuan
** skandal penyelewengan diperkata diserata ceruk dunia
** duit tersalah masuk akaun hingga terpaksa membayar kali kedua (itupun masih mohon bertangguh konon ada masalah teknikal)
** yang amat memalukan ...
Duit pinjaman hilang hampir separuh dari yang diperolehi oleh syarikat.
Duit dikhabarkan diguna untuk tujuan peribadi termasuk membayar hutang judi dan menerbitkan filem separa lucah.
Nama-nama yang dikaitkan adalah mereka yang rapat dengan pimpinan tertinggi negara.
Pihak luar pulak yang bertungkus_lumus merungkai permasalahan penyelewengan dan salahlaku dalam Malaysia.

Pihak berkuasa kita buat apa ....???
** ada pihak yang menegur digugur daripada jawatan
** ada yang membantah langsung dipecat daripada parti (yang mereka anggotai)
** pegawai yang bertanggungjawab dalam kerja siasatan ditamatkan perkhidmatan
** badan yang bertanggungjawab kepada Parlimen dilumpuhkan fungsinya.
** pihak berkuasa siasatan berkejar kesana kemari menyiasat tetapi laporannya entah kemana.
Maklumat yang sepatutnya diketahui umum ... Disimpan menjadi RAHSIA.
** Parlimen dah tidak lagi menjadi tempat untuk bertanyakan tentang urustadbir kerajaan. Hal 1MDB jadi HARAM UNTUK DIPERKATAKAN.
** paling sadis .....
PM Najib diisytiharkan BERSIH oleh Peguam Negara tanpa bicara (mana nak bicara ... DIDAKWA PUN TIDAK).

Disebalik kesemua itu ....
Sempat pulak pentadbiran Najib mencungkil hal yang berlaku 30 tahun dahulu.
** mungkin kisah terdahulu itulah yang menyebabkan pengurusan 1MDB terganggu hingga hutang berselirat keliling pinggang.
Mungkin dengan menyiasat masalah kehilangan (kerugian) dalam urusan Matawang Asing dapat menimbus hutang 1MDB.
Mungkin dengan meletakkan kesalahan kerugian dibahu Tun Mahathir maka #selesailah segala tanggungan hutang 1MDB.

Inilah yang dikata "lain sakit lain dirawat"
Kaki yang bermasalah ... Tangan yang dipotong (dikorbankan).

Selepas ini apa yang Najib serta konco-konconya mahu lakukan ...???
** nak berpesta
** nak bersorak
** bergelak ketawa, berjoget sambil menyanyi Sha_la_la_lala .....?????

Buatlahhhhhh.....!!!!
** selagi kuasa masih digenggaman.

Monday, August 7, 2017

BUKAN SOKONG BAWAK REBAH

Jika "sokong bawak rebah" maka bolehlah pemimpin nak salahkan pengikut.
Yang berlaku ini dah terbalik

Yang disokong itu menyebabkan sokong patah dan rebah.

Saya akui ...
Sebelum terbongkar satu persatu kerja musibah Najib saya memang memberikan sokongan cukup padu.
Sebaik Najib ditabal sebagai Perdana Menteri saya beristirehat seketika. Lelah sewaktu memaksa Paklah turun begitu terasa. Kelegaan jadi gantinya apabila Najib menggantikan Paklah.
** saya cukup yakin UMNO/BN boleh diperkukuh.

Menjelang PRU13 ...
Saya dipanggil sekali lagi untuk membantu perjuangan UMNO/BN.
(kena bagi peringatan dulu :
Saya bukan ORANG HEBAT yaaa).

Teruskan.

Kerana tak mahu UMNO/BN kecundang saya bersetuju untuk kembali beraksi aktif.
** tetapi dalam aktif pun ... Saya tak mengemaskini blog dan menyumbang apa-apa lagi kepada MyKmu (MyKmu hari ini dah bertukar corak).
 Ada medium yang lebih ramai pengunjung (pembaca) menjadi pilihan saya.

Sebenarnya ...
Kembalinya saya aktif pada mulanya agak okay. Tetapi dalam beberapa ketika ... Ada perkara yang tak berapa bagus untuk imej Najib (sebagai Perdana Menteri) yang berlaku. Namun ... Demi untuk mempertahankan BN sebagai kerajaan ... Saya abaikan hal-hal berkenaan.
Pada masa sama ...
Terlintas didalam hati bahawa pencapaian BN didalam PRU13 nanti takkan sebaik seperti PRU12. Ianya saya jangka kesan dari apa yang berlaku (seperti yang saya nyatakan diatas ... Perkara yang tak elok)

Ternyata ...
Pencapaian BN lebih buruk berbanding PRU12. Cuma yang dapat sedikit mengubat lara ... UMNO dapat meningkatkan pemilikan kerusi Parlimen serta merampas kembali Negeri Kedah.

Sebaik sahaja PRU13 berakhir ... Sekali lagi saya ambil istirehat panjang (dari bercakap hal politik) dan merasa terpanggil semula sebaik sahaja kisah kecelaruan 1MDB dan kemasukan derma ke akaun bank peribadi Najib didedahkan.
** skandal dan krisis ini sudah keterlaluan.
** tidak cukup dengan perkara buruk (tentang imej Najib dan BN sebelumnya) ... Pendedahan ini cukup untuk saya berpaling dari menyokong BN.
Inilah yang saya katakan ....
YANG DISOKONG MEMBUATKAN
SOKONGAN REBAH.
Saya tidak lagi dapat berpihak kepada BN apatah lagi kepada Najib.
Maaflahhh.

Keadaan diburukkan lagi setelah Tan Sri Muhyiddin digugur dan dipecat bersama beberapa pimpinan yang lain.

Cukuplah.

Saya ternanti-nanti penubuhan parti baru (setelah TSMY dan Tun mengesahkan keluar UMNO) malah pernah mengusulkan secara terbuka kepada TSMY supaya menubuhkan segera sebuah parti untuk dijadikan platfom menentang UMNO.

Diringkaskan kisah ....
Akhirnya PPBM tertubuh dan bermulalah perjuangan saya didalamnya seiring dengan hasrat Tun Dr Mahathir dan lain-lain pimpinan untuk #mengundurkan Najib serta BN daripada terus berkuasa.

Tiada lagi sokongan untukmu Najib dan BN.

Kepada pimpinan PPBM dan PH.

Bergeraklah secara bersepadu.
Kukuhkan ikatan sesama ahli parti gabungan dan
Kita tentang habis-habisan kerajaan Najib yang kini digelar kerajaan KLEPTOKRASI.

WALA' TAK KENA TEMPAT

Dah tak ada apanya nak dibanggakan dengan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden sekaligus menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Banggakah sekiranya dia berkata "saya ambil najis, kutip lembing dan tombak yang dihalakan kepada ketua saya untuk dibaling kepada lawan.." ..??

Kutip najis tu weiiiiii ....!!!!
Puihhhhh ....!!!!
Itu ker perangai manusia yang belajar di Sekolah Izuddin ...???
(rasanya sekolah tu beraliran agama Islam kan ..??).

Ada ker manusia tu diasuh sedemikian rupa...??
** pernah dengar Baginda Nabi lakukan hal #sebusuk_begitu kepada penentang Baginda ..??

Entah hapa-hapa perangai Timbalan Perdana Menteri ni ...???

Sudahlah sebelum ini banyak merapu.

Dalang lahhhh.
Ungkit keturunan orang laaaahhhh.
** terbaru nak balas balik serangan lawan walhal yang #buat_TAIK dulu tu kamu.
** apa yang kamu gembar-gemburkan selama ini haram satu pun TAK_PERNAH_DIBUKTIKAN.

Sedar-sedar diri laaaaa....!!!
Kamu raih kedudukan dan tempat yang ada sekarang hasil kerja tak berapa elok.
Tindak-tanduk kamu tak serupa manusia yang terdidik dalam bidang agama.
** nak teruskan dengan perbuatan tak bermaruah tu ... diPERSILAKAN tetapi sedikit nasihat untuk difikirkan ...

Tak malu dengan khalayak tolonglah malu pada Allah Subhanahu Wataala.
** daripada Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan. Ingat tu ...!!!!

Saturday, August 5, 2017

TAHNIAH HAJI HADI SYABAS PAS

Sekalung tahniah diucapkan kepada Presiden PAS.
Syabas kepada Setiausaha Agung PAS, ahli-ahli dan jugak para penyokong parti berkenaan.

SUA PAS telah mengotakan janji dan melaksanakan tugas dengan cemerlang kerana berjaya mengheret pemilik portal Sarawak Report ... Clare-Rewcastle Brown kemuka pengadilan di UK.
Syabas para ahli dan penyokong PAS kerana berjaya mengumpulkan dana (berapa jumlahnya tidak diketahui) bagi tujuan pembiayaan kes saman berkenaan.

Ucapan tahniah dan syabas saya ini dirasakan suatu pujian yang amat istimewa kerana saya menganggap Haji Hadi dan barisan pimpinan PAS cukup berani ... Berani menyaman dan berani menyatakan tentangan terhadap penyebaran berita oleh CRB (tentang pemberian wang 90juta).

Jangan fikirkan soal kalah atau menang terlebih dahulu kerana kes belum lagi selesai.
** ini sesuai dengan semangat keseluruhan anggota PAS. Yang penting "berjuang". Kalah pun bukan jadi persoalan.
(Ini sama serupa dengan kisah bertanding didalam pilihanraya dinegara ini. Kalah bertanding tak apa tetapi roh perjuangan diutamakan).

Disebalik kisah saman Haji Hadi dan PAS ini ... Saya cuba mengimbas kepada kiaah saman hari Selasa terhadap akhbar Wall Street Journal (yang dikatakan memfitnah pimpinan tertinggi Malaysia).

Ternyata Presiden PAS lebih berani berbanding Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Cuba bayangkan :
Kerana Haji Hadi merasa dirinya difitnah menerima 90 juta dari PM Najib, Hadi mampu mengemukakan saman.
Bagaimana dengan Najib ...???
Beliau dituduh menyelewengkan paling kurang RM2.6 billion duit 1MDB tetapi selepas beratus hari Selasa berlalu masih tiada tindakan terhadap WSJ direalisasikan (walaupun janji berkenaan keluar dari mulut PM Najib sendiri)..

Diulang sekali lagi .... Dituduh menerima RM2.6 billion tak berani mengemukakan saman. Bagaimana jika dibandingkan dengan apa yang Hadi lakukan.

Bukan sahaja saman terhadap WSJ tidak terjadi tetapi tindakan-tindakan yang dilakukan oleh United State Department of Justice  langsung tidak dicabar ... Maupun oleh PM Najib atau oleh pihak berkuasa Malaysia.

Kerajaan Malaysia punya banyak agensi, jabatan dan badan-badan bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan tetapi malangnya kita tidak langsung memberi tindakbalas yang bersesuaian terhadap apa yang dilakukan (oleh beberapa negara luar).

** apapun ...
Rakyat tetap menunggu Selasa-Selasa yang mendatang (kut-kut laaa ada saman bakal dibuat) yang dirasakan mampu menjawab banyak persoalan dibenak fikiran rakyat.

Tahniah sekali lagi buat Haji Hadi, pimpinan, ahli dan para penyokong PAS.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

UMNO sudah ROSAK

Sebelum membuat keputusan keluar dari UMNO .. Tun Dr Mahathir telah pun berusaha untuk menyelamatkan parti berkenaan.
Usaha itu bukan sahaja untuk menyelamatkan parti malah untuk kepentingan ahli, orang Melayu, kerajaan BN yang memerintah dan meletakkan semula UMNO dan BN diatas landasan yang betul.

UMNO TELAH ROSAK.

Ianya dirosakkan oleh pemimpinnya sendiri.
Jika dibiarkan berterusan ... Kerosakan bakal menjadi lebih parah lalu usaha untuk memulihkannya menjadi lebih sukar dan rumit.

Matlamat dan permintaan Tun hanya satu .... Tukarlah pemimpin (yang membuat kerosakan) dan pulihkan parti..
Tun tidak pun mintak untuk kembali menerajui parti mahupun kerajaan.
Dengan pertukaran itu (jika dilakukan) maka parti dan kerajaan dapat diselamatkan.

SALAH MENILAI KEIKHLASAN

Tetapi malang sungguh.
Niat dan hasrat Tun dipandang serong, dinilai dan ditafsir secara negatif. Bukan saja oleh para pemuka parti malahan oleh sebilangan besar ahli UMNO sendiri.

Justeru kerana itu ....
Maka berakhirlah jodoh Tun bersama UMNO.
Saya amat percaya ....
Tun meninggalkan UMNO dengan penuh kekesalan (dengan sikap pemimpin dan ahli). Beliau berundur dengan rasa berat hati.

Sudah tiada lagi "jalan pulang" buat Tun kepada UMNO senentelahan setelah rasmi tertubuhnya  Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
** dan dengan tekad baru itu .. Tun dipilih untuk menerajui gabungan parti-parti pembangkang.

NASI SUDAH JADI BUBUR.

Tiada lagi istilah berundur buat Tun.
UMNO yang menerajui Kerajaan BN sudah ROSAK.
** Rosak UMNO maka rosaklah kerajaan.

Dapat kita perhatikan kebelakangan ini bagaimana nyata benar (kata-kata Tun) bahawa pimpinan UMNOlah yang telah merosakkan parti.
** ianya berlaku setiap hari (kebelakangan ini) tanpa dapat dibendung oleh ahli mahupun rakyat.

USAH MENYESAL

Peringatan dan nasihat telahpun diberikan oleh seorang yang paling berpengalaman dalam UMNO.
Sayang ... Ia tak mampu dinilai dengan baik oleh ahli UMNO yang majoritinya tertutup minda dan terbelenggu oleh keyakinan (terhadap muluk-muluk yang digembar-gemburkan pemimpin).
** telanlah kekecewaan itu sendiri kerana kalian sendiri yang menempanya.
Tun telah bertukar menjadi lawan kalian.

UMNO sudah ROSAK
UMNO dan BN bakal tumbang.
** nikmatilah hari-hari terakhir kalian dengan membuat persediaan.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Friday, August 4, 2017

FIKIRKAN SEBELUM TERLAMBAT

Khusus untuk perhatian ahli-ahli akar umbi UMNO.

Tulisan ini tidak bertujuan untuk menghasut, mendesak untuk melakukan protes atau untuk bertindak secara melulu.
Tujuan saya hanyalah untuk membuka minda kalian yang selama ini tidak tetlintas akan persoalan serumit ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan ahli UMNO sekelian.
Saya rasa tuan puan sudah boleh mula bertanya ....
Adakah berbaloi sokongan dan kesetiaan yang tuan-puan berikan kepada ketua-ketua kalian...???

Saya tidak hendak memberikan terlalu banyak contoh  peristiwa-peristiwa yang berlaku sehingga mengajak tuan-puan mempersoalkan kesetiaan dan sokongan selama ini.
Cukup dengan dua perkara (peristiwa) yang dilakukan oleh dua tokoh tertinggi parti tuan-puan.

Pertama :
Tuan-puan sedia maklum akan perihal penerimaan sejumlah besar wang (dalam akaun bank peribadi) oleh Presiden parti.
Hal tersebut langsung tidak dimaklumkan kepada anggota pimpinan tertinggi parti apatah lagi kepada ahli-ahli bawahan (akar umbi).
Hal berkenaan hanya diketahui setelah dibongkar dan didedahkan oleh sebuah akhbar diluar negara.
** tidak perlulah saya menulis lanjut kerana hal berkenaan telah menjadi buah mulut diserata ceruk dunia.

Persoalannya :
** apakah keuntungan, manfaat dan kebaikan kepada parti dan ahli-ahli dengan jumlah wang (derma) sebesar itu apabila ianya langsung tidak dimasukkan kedalam akaun parti (ternyata penerimaan berkenaan tidak dicatat didalam penyata kewangan tahunan).
** tidakkah tuan-puan fikirkan apa yang bakal terjadi (dengan wang berkenaan) sekiranya ia tidak didedahkan oleh laporan akhbar ..???
** bagaimana Presiden parti tuan-puan boleh sewenang-wenangnya bertindak membuat keputusan memulangkan pemberian berkenaan kepada pemberi sedangkan ia adalah untuk kegunaan parti ..??
** tidakkah wang dengan jumlah sebesar itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh 192 bahagian UMNO seluruh negara ..???
** tidakkah tuan-puan terfikirkan akan hal-hal diatas ...???

Kedua :
Baru-baru ini telah didedahkan bahawa adanya pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO dengan bekas Perdana Menteri (yang  kuat mengkritik Presiden parti) sepuluh hari selepas dilantik menggantikan Timbalan Presiden yang digugurkan dari jawatan Menteri Kabinet.

Siapa diantara pimpinan tertinggi parti tahu akan hal ini ...???

Siapa diantara ahli akar umbi dimaklumkan tentang pertemuan ini ...???

Dan persoalan paling penting .... Apa sebenarnya motif Naib Presiden UMNO yang dipilih menggantikan Timbalan Presiden bertemu dengan pengkritik tegar parti.

Tidak siapapun tahu hingga bekas Presiden sendiri yang mendedahkan bahawa pertemuan berkenaan adalah untuk mengambilalih jawatan Perdana Menteri.
** biarlah TPM berkata apa sekalipun tetapi pertemuan (yang langsung tidak diketahui sesiapa sebelum ini) memang ada berlaku.

Buktinya ...???
TPM sendiri berkata "ada rakaman perbincangan" yang masih beliau simpan.

Dari dua peristiwa yang saya catatkan diatas maka tidakkah tuan-puan mahu bertanya, tergerak hati untuk tahu "apakah sebenarnya permainan yang sedang berlaku" didalam parti tuan-puan sekelian ...???.

** kemanakah sokongan dan kesetiaan tuan-puan sebenarnya ...???

Kepada Presidenkah atau Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Parti ..???

Apa yang lebih penting .... Apa perlukah tuan-puan terus setia dan menyokong perlakuan kedua-dua pimpinan tersebut ekoran tindak-tanduk mereka yang ketara mengutamakan kepentingan dan kedudukan masing-masing ...???.

Perlu diperingatkan ....
Rakyat Malaysia kini berjumlah lebihkurang 30 juta.
Jumlah keanggotaan UMNO diberitakan sebanyak 3 juta orang.
** dek kerana tuan-puan seramai 3 juta orang ahli UMNO terus setia dan menyokong (dua ketua diatas) kesan buruknya tertimpa keatas majoriti rakyat (tidak terkecuali juga tuan-puan sendiri).

Kerana itulah saya tegaskan sekali lagi .... Bermula dari sekarang tuan-tuan dan puan-puan sudah boleh mula menilai dan bertanya pada diri sendiri ....
** BERBALOIKAH terus setia dan menyokong dua ketua berkenaan ..???
** perlukah ianya DITERUSKAN ...???

Terserah kepada tuan-tuan dan puan-puan mencari jawapannya.
Tuan-puan yang memilih untuk bersama UMNO dan parti ini mendakwa bahawa dikalangan partilah perjuangan menegak Agama, memperkasa Bangsa dan mendaulatkan Negara mampu terlaksana.

Namun ....
Matlamat tersebut mustahil akan tercapai jika berlaku percanggahan kepentingan dikalangan pucuk pimpinan yang tuan-puan sokong dan berikan kesetiaan selama ini.

Penilaian yang baik, menyokong dan setia kepada pihak yang tepat bakal menentukan kehidupan kita hari ini dan generasi akan datang "dapat pembelaan yang sewajarnya".

Wallahualam.
Kepada Allah BESERAH.