Tuesday, March 19, 2024

 Bila Tun cuba mengusahakan supaya Melayu dapat bersatu maka ramailah Melayu-melayu HAPRAK datang menyerang.

** Tun laaa yang memecahbelahkan Melayu
** Tun yang menjahanamkan Melayu
** Tun sendiri cakap Melayu Malas, Melayu Mudah Lupa
** Tun peralat Melayu untuk kayakan anak-anak dan kroni
** Tun dah tak relevan dan tak diterima oleh orang Melayu sendiri
** Tun patut duduk dimasjid, kekal diatas sejadah kerana sudah tua dan nyanyuk.
** Melayu tolak Tun hingga kalah dan hilang deposit sewaktu bertanding
** yang terkini, Perdana Menteri sendiri membuat andaian bahawa orang miskin (dah tentunya ditujukan kepada Melayu) akan diupah untuk melakukan kekacauan dalam usaha menumbangkan kerajaan sediada
Sebenarnya ramai sedar dan ramai yang nampak, apa yang Tun perkatakan itu adalah perkara yang benar. Ramai yang tak mampu menafikan bahawa kedudukan Melayu, penguasaan Melayu semakin lama semakin terhakis dan tak mustahil akan hapus sama sekali. Puncanya adalah perpecahan yang dialami.
Ehhh ....!!!
Cuba beritahu.
Melayu ni nak jadi apa ..??.
Melayu ini nak yang bagaimana lagi ...???.
** nak terus kekal dalam keadaan yang ada sekarang dan tidak mahu berubah ...???.
Hanya kerana rasa benci dan dengki (terhadap Tun) maka nasib keseluruhan bangsa Melayu sanggup dilihat terus ketinggalan dalam serba-serbi.
Cuba kita tanya lagi :
Kita mahu tahap ekonomi dipertingkat.
Kita nak lihat matawang Ringgit kukuh.
Nak harga barangan murah dan mudah diperoleh.
** untuk apa kesemua ini jika yang menguasai segalanya adalah bangsa asing, kaum lain selain Melayu ..???.
Jadi adakah salah Tun mengusahakan Penyatuan dan Perpaduan Melayu untuk merobah dan meletakkan bangsa Melayu pada tahap "boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi" dengan kaum-kaum dan bangsa lain ..???.
Jikalah Tun pernah lakukan kesilapan :
Adakah salah untuk Tun memperbaikinya semula.
Berdosakah kita seandainya Tun diberi peluang sekali lagi untuk memperbetulkan keadaan ..???.
Keadaan yang bagaimana sebenarnya diidamkan oleh Melayu-melayu kita ni ...???.
** melihat apa yang berlaku ... saya dah tak mampu menemukan sebarang jawapan. Kerana Melayu-Melayu yang ada dah terlalu ramai yang berpersepsi negatif terhadap "penyatuan" yang cuba diusahakan.
Lalu ... apa lagi yang kita harapkan selepas ini ...???.

Thursday, March 7, 2024


Pernah dengar dia cakap "kita baru lapan bulan".

Pun pernah dengar ada orang kata "bagi dia masa".
Tapi laaa kan .... masih lagi terngiang dicuping telinga saya teriakan "bagi saya 24 jam ..".
** sekarang ni cuba kira berapa jam.
** tukar jadi hari.
** jadi minggu.
** jejak bulan ke bulan
** dan dah jadi tahun.
Berapa banyak masa lagi yang dia nak ....?????.
Kalau tengokkan dia punya lagak.
Perhati-perhatikan dia punya tamak.
Iskkkk .... Malas dah nak cakap banyak.
** begini gayanya cara dia .... MATILANAKKKKK ...!!!!.


Saya setuju katakan bahawa sebahagian dari isi posting sahabat ini ada kebenarannya. Cuma bab "semua perniagaan akan lumpuh" tu perlu ada penyelesaiannya.

** bayangkan sekiranya semua perniagaan gulung tikar, kemana arah kita untuk mendapatkan bekalan keperluan seharian ..???.
Masalah takkan selesai disitu sahaja.
Ini saya bagi contoh (untuk difikirkan).
Andaikata peniaga tutup kedai seminggu (kebiasaannya pada hari perayaan mereka) menggelupur kita mencari bekalan. Takpun seminggu sebelum mereka beraya ... rumah kita dah penuh dengan stok persediaan.
** siapa yang KAYA ...???. Puak tuuuuu jugak ...!!!.
Penyelesaiannya memang ada.
Caranya :
Bangsa kita beramai-ramai perlu aktif membabitkan diri dalam perniagaan.
Bangsa kita sokong dan beri tumpuan kepada perniagaan bangsa sendiri.
Tak mampu untuk bangunkan sendiri, bangsa kita bekerjasama membina perniagaan dan jika boleh ... pekerja-pekerja yang menjalankan urusniaga (didalam sesuatu perniagaan) dijadikan rakan kongsi serentak.
** disamping mereka bekerja, mereka dapat meraih hasil keuntungan secara bersama.
** galakkan kita sesama bangsa untuk membeli-belah di pusat perniagaan milik bangsa sendiri.
Jika ini dapat dilakukan ... tak mustahil bangsa kita akan bangkit dan berdiri gah (dalam apa jugak bentuk perniagaan dan perusahaan).
Perniagaan kaum lain nak lumpuh ... gasak ker dia laaa.
** kita dah ada tempat lain sebagai pengganti.
Persoalannya :
Mahukah bangsa kita melakukannya ...???.
Perkara ini dah lama saya ajukan kepada kawan dan saudara mara tetapi seperti yang saya pernah bangkitkan dalam posting saya sebelum ini ... "bila ajak berniaga ... usahkan kawan .. sedara mara sendiri pun CEBIKKAN BIBIR".
** memperlekeh dan langsung tidak memberi respon terhadap syor yang diberi sepertimana yang diharapkan.
** "never too late" kata orang putih tapi selagi mana minda bangsa kita tak mahu berubah .... selamanya kita akan berkeadaan begini.

 


Dikhabarkan miskin tegar dah tak ada.

Kiranya ... takder masalah rakyat boleh jadi kaya raya.
Habistu apanya sibuk sangat menjelajah keluar negara.
Baik dok dalam negeri, ajak dan ajar rakyat berniaga.
Gunakanlah modal dari dalam sahaja.
Apa kejadah dulunya melalak kononnya "nasib rakyat nak dibela".
Orang bagi duduk dikerusi tu ... disuruh buat kerja.
Bukan menuduh orang itu orang ini sampai kena saman berjuta.
Faham ke tak niiii .... janganlah buat pekak, bisu dan buta.

Monday, February 26, 2024

SAIYA ULANGGGG ...!!!.



Saiya Ulanggg ..!!!.

InsyaAllaah ..!!!.


Saiya Ulanggg ..!!!.

InsyaAllaah ..!!!.


Saiya Ulanggg ..!!!.

InsyaAllaah ..!!!.


Begitulah bila dia buat janji.

Kalau nak diibaratkan janji dia ...

"bulan, bintang, matahari dengan kesemua planet dia boleh rentap turun bagi kat rakyat". Tak payah tunggu lama ... 24 jam selepas angkat sumpah jawatan.

Begitulah dia punya kelentong hangit.

Sekarang semua terpukul ke mukanya sendiri.


Bila ditanya tuding jari lagi ...

Senang-senang jawab untuk lepaskan diri.

** haritu OPR mencanak bukan wewenang dia (untuk mengawal).

** harini nilai ringgit MELEDAK .. nak mencapai angka RAHMAH bukan dia yang patut disoal.

Tetapppppp tuding jari kat orang lain ...!!!!!.


Habis dulu waktu berjanji macam dah tak ada orang lain yang akan terbabit, tak ada pihak lain yang perlu dikaitkan dengan sistem pengurusan negara. Dia ... diaaa ... diaaaaa ...!!!.


Sekarang HAMBEK KAOOOO ...!!!.


Buatlah MUKA SADIN selagi boleh.

Jangan peduli rakyat marah.

Tak usah hirau pemimpin lain mencebik bibir.


Janji jawatan tetap dapat disandang.

** tak apa. Duduklah disitu ikut suka nak berapa lama.

** kerja pun bukan ada gaji kannnn ..???. Negara tak payah berbelanja apa-apa untuk kamu. Untung sangatlah.


Untuk bagi rakyat hadap dan hadam apa yang berlaku sekarang : 

Jangan kata Allaah tak izinkan untuk kesemuanya dilakukan.

Jangan pulak kata ... "sat sabar, baru satu tahun lebih.

Tunggu hingga habis penggal".

Bagi hang mentadbir sampai habis penggal.

GIGI dengan GUSI ajer yang tinggal.

Sebab ... semua ini dah membuktikan bahawa HANG MEMANG DAH GAGAL.


RAIKAN KEJATUHAN NILAI RINGGIT

Tourism Johor kata "manfaatkan kejatuhan nilai ringgit" yang berlaku sekarang.
** maksudnya bagi menarik pelancong luar terutama daripada Singapura datang ke Malaysia untuk berbelanja.
** maknanya kejatuhan nilai ringgit ni tak boleh kita menyalahkan mana-mana pihak. Biarlah ianya jatuh terus. Lagi BESAR MANFAATNYA kan ..???.

Niiiihhh ...!!!.

Penduduk Singapura tu sikit sangat berbanding kita.
Dan yang nak datang berbelanja pun bukannya semua.

Kalau nak lebih ramai pengunjung saya syor dua benda.
** fokus kepada negara jiran kita Indonesia.
** turunkan nilai ringgit sehingga sama seperti nilai rupiah Indonesia.

Indonesia punyai hampir 280 juta penduduk. Jika separuh saja pun datang ke negara kita ...dah ada 140 juta orang.

Bila nilai ringgit dengan rupiah dah sama level ... berpusu-pusu orang seberang datang kesini untuk membelanjakan duit mereka. Nilai dah sama kan ...???. Tak cukup kapalterbang, kapal laut .. dengan sampan pun mereka akan sampai.
** buatlah macamtu. BESAR MANFAATNYA ...!!!.

Itu belum lagi diambilkira kedatangan dari pengunjung dari negara lain. Almaklumlah ... kita dah jadikan dan tawarkan nilai ringgit yang PALING RENDAH dalam Sejarah.

Ketika itu pulak ... jangan lupa bahawa HIDANGAN WARISAN terbaru kita ..

BAK KUT TEH dah boleh dipromosikan kaw-kaw. Pasti LARIS.



Waktu kedepan nanti kehidupan kita cukup mewah dan negara kita jadi terkenal seantero dunia.

Seronokkkkk ....!!!!.

Sunday, February 25, 2024

KELENTONG HANGIT


 "Bukan 2 bulan, bukan 2 minggu .... 24 jammmmmm.

Saiya Ulang sedagha-sedagha ....!!!!!."


Dia dah buat lagi dahhhhhhhh ...!!!!.

Dia punya sembang ... dapat duit terus nak buat pembaikan. Nak bantu rakyat.

Sapa yang percaya .... saya sarankan elok pergi check otak dengan Pakar Sakit Mental. Boh karan kat kepala tu bagi wayar-wayar putus dalam otak tu fungsi balik.

Dengar kelentong manusia sorang ni .... mampuihhhh kita.

Najib yang menyakau tu dah dibuktikan dimahkamah. Denda 210 juta tak bayar lagi boleh pulak ko bagi diskaun. Belum pun lalui satu perempat tempoh BERTAPA dah dikurangkan tempoh hukuman sampai separuh. Apa kejadahnya ..????.

** tuduhan sakau seleweng samun songlap yang tak pernah didedahkan bukti datang dari hasil sakau ... riuh kehulu kehilir ko berkompang. KEPALA HOTAKKKKKKKK ....!!!.

** beginilah jadinya bila manusia songsang, luar tabie diamanahkan jadi peneraju pentadbiran negara.

** benda alah dalam seluar, lidah dalam mulut sendiri pun tak boleh nak kawal. Lagi nak harap memperbaiki keadaan negara dengan berpuluh juta rakyat.

Memang HANYUT KELAUT laaa.

TAK RETI BUAT KERJA ... SILA KELUAR


Ni satu nak bagi ingat dekat PM Kaki Temberang tu.

Pertama :

Ko dapat duduk kerusi sekarang ni pun atas PLATFORM POLITIK.

Tak payah nak nafikan.

Kedua :

Perkara-perkara yang ditegur sekarang ni oleh bukan sahaja oleh barisan pembangkang malah oleh majoriti rakyat inilah yang ko jadikan bahan kempen bagi ko menjuarai dunia politik Malaysia.

** ringgit jatuh

** harga barang mencanak naik

** kisah bangangkan orang sebab tak pandai jaga negeri.

Ketiga :

Tidak semua orang lupa apa yang ko canang selama ini pasal nak turunkan harga itu ini, nak tamatkan, mansuhkan macam-macam perkara konon-kononnya nak membela nasib rakyat.

Sekarang kesemua yang ko canangkan dulu tak dilaksana sepertimana yang berpuluh tahun dijanjikan. Bila orang tegur ko kata "jangan jadikan sepak terajang politik".

** semua yang ko cakap dulu dah jadi SENJATA MAKAN TUAN. LUDAH JATUH KEMUKA SENDIRI.

Jika taknak orang jadikan ianya hal politik ... jalankan kerja sebagaimana yang dijanjikan. Bukan bagi alasan, bukan mengelak untuk menjawab bila ditanya. Dan ... paling penting jangan salahkan orang.

** hentikan tohmahan orang itu buat komplot, adakonspirasi atau sebagainya.

** jangan benarkan sesiapa saja mengada-adakan cerita yang kononnya ada pihak tertentu mensabotaj setiap usaha kerajaan.

Dah setahun lebih berlalu.

SATU TAHUN LEBIH ....!!!!!.

** bukan 20 hari, bukan 24 jam.

Prestasi, KPI kerajaan yang ko kepalai ini sekarang memang berada pada tahap PALING TERUK.

** tak salah kalau saya ulang ... "ini kerajaan yang MELAMPAU-LAMPAU BANGANGNYA" melebihi bangangnya kerajaan yang ko kata bangang dulu.

Setahun lebih ini ... tanpa ada apa-apa pandemik, tanpa ada apa-apa halangan berat ... masih gagal mengKOTAkan apa yang pernah ko cakap.

Ringkasnya : CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

                     CANANG LAIN DIBUATNYA LAIN.

Dengar rungutan rakyat dan ubah semampunya.

** kalau tak mampu melakukan ... tak perlulah rakyat atau sesiapa tolong tunjukkan PINTU KELUAR.

Sendiri kena SEDAR.

Friday, February 2, 2024



UNDANG-UNDANG SISTEM KASTA

Malaysia dah perlu ada dua set peruntukan undang-undang.
Kayangan satu set
Marhaen dan rakyat yang merempat guna set yang lain.

Kes-kes yang membabtkan kayangan tak payah keluar masuk mahkamah, selepas disiasat dan dikumpul bahan bukti ... mereka yang terdakwa bawak terus kepada Lembaga Pengampunan. Bagi shortcut proses perundangan.
** Lembaga Pengampunan terus tetapkan hukum. Tak buang masa mahkamah, hiruk pikuk dengan penyokong pentaksub. Loyar-loyar tak kelam-kelibut bertekak bertahun-tahun.

Kes marhaen/rakyat merempat tak makan masa sebab mereka tiada penyokong yang nak buat huru-hara.. Jika hari ini dibicara, esok dah boleh jatuh hukum atau paling lewat sebulan dah dapat keputusan.
** wajid diingat ... amat jarang dengar, atau langsung tak pernah berlaku kes rakyat merempat yang dihukum ni mohon pengampunan. Jadi Lembaga Pengampunan tak terkait dengan rakyat.

Untuk realisasikan peruntukan undang-undang SISTEM KASTA ni ... Perlembagaan perlu dirombak.
** dan kita tahu mereka yang terpilih sebagai wakil rakyat punya kuasa untuk melakukannya di Dewan Rakyat. Mereka jugak (wakil-wakil rakyat) termasuk sama dalam kelompok KAYANGAN, golongan DEWA-DEWA yang saya maksudkan pasti gembira jika ada peruntukan undang-undang sebegini diwujudkan.
Kerajaan ini kerajaan KAMI, ikut suka kami apa nak buat.
** rakyat dah serah segala mandat berkaitan pada PRU yang diadakan. Dan rakyat tak boleh cakap banyak kerana kuasa ditangan mereka hanya dikertas undi.
Syor ini saya tak buat main-main tetapi dah diteliti dan buat pemerhatian dari segala yang berlaku pada kebelakangan ini FAM @ Sgt.Jo (Unclejarum) 03022024

Thursday, February 1, 2024

 


MB Johor update pergerakannya hari ini.

OTW ke Pasir Gudang.
Saya takderlah nak menyambutnya sebab dah terlambat. Malam-malam lepas Isyak baru terbaca status hantaran fb berkenaan.
Cuma ... saya selusuri komen-komen "popular" didalam hantaran berkenaan.

Sebahagian besar berpesan :

Hati-hati Dato MB. Jalanraya di Pasir Gudang banyak berlubang. Jangan pulak nanti tersadai sebab tayar kenderaan bersepai.
Ada jugak yang bagitahu ... "jalan-jalan di Pasir Gudang ni dah macam dekat bulan dan kekadang ada banyak kolam ikan sekali".
Tak susah nak dirumuskan keseluruhan pandangan penduduk dikawasan Bandaraya Pasir Gudang (bANYAK bEKAS bOM).dang BBB
** MAJORITINYA meluahkan kesengsaraan DAN KEKECEWAAN.

Malas nak saya ceritakan berapa banyak kemalangan yang berlaku akibat "keindahan" jalanraya di Bandaraya ini.
** dan saya pernahlah sekali pecah tayar beserta rim kereta berhampiran susur masuk ke Lebuhraya Pasir Gudang.
Inilah nasib kita rakyat.

Hadap ajerlah seadanya. FAM@Sgt.Jo(Unclejarum) 23012024

 



Statement yang agak "kurang cerdik" yang keluar dari mulut dia.

Siapa yang didakwa pernah menjadi Menteri Kewangan Terbaik Asia satu masa dulu ..???.
** terbaik bab apa, prestasi yang macamana.
** berapa tahun duduk dikerusi berkenaan ...???.
** dan paling penting. Kalau begini punya statement yang dikeluarkan, apakah Menteri Kewangan masa tu memang BODOH langsung tak buat berbillion duit semasa menjawat jawatan berkenaan. Kalau statement itu menyatakan KEBENARAN bererti Menteri Kewangan ketika itu pun pasti MENGUMPUL BERBILLION WANG.
Dan ... Menteri Kewangan hari ini memang BODOHlah ya ...???.
** sebab tak kumpul billiyun-billiyun duit.
Dah tu memang elok tak payah kita tanya kenapa RINGGI hari ini jatuh MERUDUM teruk.
Sebab kita ada Menteri Kewangan tahap:
BODOH BINGAI BANGANG BENGONG BAHALOL BENGAP ...
TAK PANDAI JAGA NEGEGHI .....!!!!!!
(hang jangan nak berasa hati, jangan nak marah sebab perkataan-perkataan "tak pandai jaga negeghi" tu HANG SENDIRI YANG SEBUT dulu. FAM@Sgt.Jo(Unclejarum) 2224

 Sembang Sekejap :



Isu :
** menunggang Agama
** menungging Agama

Bercakap hal-hal berat dengan kawan memang leceh terutama bab-bab berkait agama Islam yang MAHA SUCI. Kekadang dia buat muka konfius bila saya sentuh beberapa perkara yang agak sensitif.
** saya pun faham bahawa tak semua orang boleh cepat "tangkap" beberapa perkara yang saya sampaikan. Dua bab diatas baru jer saya perkatakan.

Ada "orang tu" dia selalu mengutuk mencaci para agamawan yang dikatakan "menunggang agama". Lebai-lebai berkopiah, berserban, berketayap bermain isu agama dalam berpolitik. Saya pun tak berapa suka jika hal begitu dijadikan isu.
** dalam negara yang majoriti warganya beragama Islam sepatutnya tak payah kisah sangat bab berpolitik guna isu agama ni. Sebab ... dah dalam masyarakat sendiri memang begitu jalan kehidupannya. Berteraskan Islam.

Cuma, seperti yang saya sebutkan diatas tadi ... ada orang kurang pantas dan tak cepat memahami hal-hal yang disampaikan hingga jadi BLUR kemudian HANYUT.

Bab "orang tu" yang memperlekeh agamawan tu pulak .. saya memang langsung tak berkenan sebab dia sendiri TAK TENGOK CERMIN.

Kenapa kena tengok cermin ..???.

Sebab dia ada rekod masuk kedalam dua kali dan salah satunya kerana KELAKUAN LUAR DARI TABIE MANUSIA apatah lagi bila dia mengaku beragama Islam.
** dia pun aktif dalam politik dan kini menyandang kedudukan paling utama dalam pentadbiran negara. Negara yang agama rasminya adalah ISLAM.

Menungging AGAMA.

Kenapa saya sebut begitu ..???.

Bukan ker dia sendiri sedang MENUNGGINGkan Agama Islam ..???.
Dia tungging agama Islam kerana dia mengaku Melayu dan Melayu jelasnya beragama Islam (yang tentunya melayakkan dia berada dikedudukan sekarang ini)..???.

Tetapi .... layakkah dia diterima sebagai Islam ..???.

Tanda tanya :

Ada ker agama Islam membenarkan habit LUAR TABIE ...???.

Bukankah ada disebut dalam Al-Quran (Kitab Suci bagi orang Islam) bahawa perlakuan itu dilarang dan umat yang mengamalkannya dah dibinasakan ..???.
** dan ... Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengaku manusia berkelakuan begitu sebagai UMATNYA. Habis kalau dah tak diakui sebagai umat Nabi SAW, dia umat Nabi yang mana ...???.

Jawablah persoalan ni.
Dia umat Nabi mana dan
agama apa yang dia bawak dan junjung ..???.

Dah tuuu ... bukan ker perbuatan dia tu selayaknya dia dikatakan sedang MENUNGGING AGAMA (Islam).
** tak malu ker mengata kat orang lain sedang sendiri pun berlumuran TAHIK ..???.

Fikir-fikirkanlah ...!!!.
(kalau nak berfikir. Kalau taknak tak paksa). 

FAM@Sgt.Jo (Unclejarum)
31 Januari 2024