Monday, August 28, 2017

Kerajaan KLEPTOKRASI -Kita Wajib BERBANGGA

Tun Dr Mahathir dah kata ....
Dalam parti Najib yang tinggal kini hanyalah orang-orang bodoh. Orang bodoh memimpin maka yang dipimpin kena lebih bodoh dari ketuanya.

Orang bodoh bila memimpin kena tunjuk-tunjuk pandai.

Bila bodoh berlagak pandai maka bolehlah diistilahkan menipu namanya.

Semua benda nak ditipunya supaya terlihat dia hebat.

Bercakap bab menipu ni ...
Jangan kata Najib ... Kita lihat caramana pula Timbalannya berbohong. Dah banyak kali dia lakukan perbuatan itu.
** bila bercakap tidak disertakan dengan bukti.
 Ianya tak lebih tak kurang ... Sama ertinya dia kaki_kelentong.

Jadi ngam sangatlah barisan pentadbir
(negara dan kerajaan) yang kita miliki hari ini.

PM dah jenis penipu maka sudah pasti yang dilantik sebagai Timbalan kena lagi dua atau tiga kali ganda kuat menipu. Baru boleh bekerjasama.

** orang kata minyak tak boleh bercampur air.
Jadi dah betullah tu. Penipu, pembelit, pembohong, penyangak, penyamun kena duduk sebumbung.

Jika kita dapat peluang untuk memilih parti yang bakal membentuk kerajaan nanti maka pilihlah parti Najib sebab majoriti rakyat kita memang suka berketuakan SI_PENIPU.
** bila lagi kita nak tunjukkan kepada dunia bahawa kita amat berbangga memiliki seorang ketua kerajaan yang dunia labelkan Kleptokrat. Barisan Kabinetnya nanti dibariskan pula gerombolan penipu-penipu tersohor.
** inilah satu-satunya keistimewaan yang kita ada sepanjang kemerdekaan kita capai.

Usah peduli apa dunia luar nak kata
Ini Malaysia kita
Kita kena pilihlah supaya kleptokrat mentadbirnya

** fuhhhhh_BANGGAnya_saya

** hidup_KLEPTOKRASI

** selamat_tinggal_DEMOKRASI

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, August 27, 2017

Buruh Paksa Era Cyber

Barisan Najib (BN) dah jadikan rakyat sebagai buruh PAKSA.

Mereka laksanakan kutipan GST kononnya nak laksanakan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. Kemudian bila dah laksana pembangunan kerajaan Najib didakwa yang TERBAIK la pulak.

** banyak cantik ... !!!!
Ko kutip paksa duit dari poket rakyat kemudian berlagak mendakwa telah buat yang terbaik.
Yang boleh bercakap begitu hanyalah penyamun, perompak, penyangak.

Lepas rompak joli katak.

Rakyat yang dijadikan buruh paksa ni sedar ke tidak ..??
Dalam kita membayar GST
** harga barang meningkat
** subsidi yang ada ditarik
** peruntukan yang biasanya banyak telah dikurangkan
** kemudahan yang disediakan (hasil kutipan GST) hanya dapat dinikmati segelintir kecil rakyat (walhal GST dikutip dari seluruh 30 juta rakyat tak kira kecil besar, tua muda, miskin kaya).
** para menteri, pengerusi-pengerusi GLC dan agensi kerajaan mengaut puluhan ribu pendapatan tiap bulan.

Kita rakyat jadi tukang SUAP tembolok mereka sedangkan kita cakar KAIS pagi petang siang malam nak menampung keperluan hidup sekeluarga dalam keadaan terhimpit.

Jika ini gaya pentadbirannya ....
Mana-mana mat rempit, mat pet, gelandangan pun boleh diangkat jadi pentadbir. Perompak penyamun pun layak.
** dan tidak salahlah jika pimpinan kerajaan boleh juga dipilih dari para profesional dalam gabungan Pakatan Harapan. Didalamnya (PH) kini telah ada mantan PM yang membangunkan negara tanpa GST.

Jadi ...
Apa hal Najib kata Barisannya tak perlu ditukar ..???

Bullshit ....!!!!

Jika Tun M kata PH boleh mansuhkan GST dan bina semula negara ... Kenapa kita pengundi nak menolak ...???

Nak terus jadi BURUH PAKSA Barisan Najib atau mahu bebaskan diri ...???

Fikirkanlah.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed