Sunday, May 31, 2009

PM BAHAN KEMPEN DI PENANTI


Pihak Pembangkang akan kerap menjadikan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sebagai bahan perbualan atau topik utama untuk diperkatakan. Biar dimana mereka berada, Perdana Menteri akan menjadi bahan umpatan, isu fitnah dan kutukan. Tidak kurang juga pujian melambung atas sikap pengkritik seperti Raja Petra yang kononnya membuatkan Dato Seri Najib tidak senang duduk berkaitan kes Altantuya.

Di Penanti Dato Seri Najib memutuskan untuk tidak meletakkan calon tetapi kononnya BN pimpinan Dato Seri Najib meletakkan calon proksi yang bertanding atas tiket Bebas. Entah ya atau tidak kita yang jahil politik ni dah malas nak mengulas. Tetapi apa yang terlalu seronok untuk diulas adalah fobianya pihak pembangkang kepada Dato Seri Najib dan Barisan Nasional.

Mungkin kerana tidak ada bahan lain untuk dibicarakan, Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS membandingkan Dato Seri Najib dengan Almarhum Ayahandanya Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua Malaysia.

Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak. Mustafa berkata sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, walaupun Dato' Seri Najib cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama dilawati setelah menerajui negara.

Mustafa berkata kepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana gemar mendekati rakyat dengan program seperti 'Buku Hijau' pembukaan kawasan Felda dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.

Mustafa mendakwa Dato Seri Najib bersikap keras kerana sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya. Nampaknya memang kuat restu dari Mustafa kepada mereka yang berpiket, mogok lapar, puasa sunat. Maka bagi Mustafa amat wajar PAS yang menjadi penumpang dalam Pakatan Rakyat diberi ruang untuk mentadbir Negara supaya akan banyaklah tindakan piket, demonstrasi, mogok lapar puasa sunat akan berlangsung disana sini diseluruh Negara.

Semuanya atas nama demokrasi…DEMOKRASI ALA PAKATAN RAKYAT.

Tidak akan ada tangkapan, tindakan atau sebarang halangan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap aksi-aksi samseng ala PR sekiranya mereka menerajui kepemimpinan Negara. Maka pasukan Polis dan Tentera perlu dibubarkan kerana jentera penguatkuasa tidak perlu berperanan keatas sebarang pelanggaran undang-undang Negara.

Maka Malaysia akan mempraktikkan UNDANG-UNDANG RIMBA yang diiktiraf diseluruh dunia.

Dalam pada itu, Mustafa mengakui pula bahawa lawatan Dato Seri Najib ke China bermatlamat membuka ruang pelaburan dan perniagaan di samping membina hubungan dua hala dalam bidang pelancungan. namun kemudian berdalih dengan alasan Dato Seri Najib terpaksa ke China untuk mengembalikan sokongan masyarakat itu terhadap kepemimpinan Barisan Nasional (BN) yang nyata makin terhakis.

Mustafa berkata sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat membuatkan BN hampir menjadi pembangkang maka langkah terkini ialah mengembalikan kepercayaan mereka pada BN.

"Najib mengharapkan lawatan ke China membolehkan sokongan kembali semula sebelum pilihan raya umum akan datang atau BN berputih mata melihat perubahan yang berlaku,"

Mungkin Dato Seri Najib tidak ada kena mengena dengan kempen Pakatan Rakyat di Penanti dan kerana itulah Mustafa mengakhiri ulasan dengan seruan supaya jentera Pakatan Rakyat bersatu tenaga untuk menentukan kemenangan berpihak kepada Dr Mansor Othman.

Ceramah berkenan dihadiri sama oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi.

Kita sama-sama menanti keputusan PRK Penanti kerana jumlah yang keluar mengundi agak kecil mungkin kerana kempen kali ini diselubungi oleh isu rasuah yang dibongkar oleh Aminah Abdullah.