Saturday, November 20, 2010

Anwar = Su Kyi

Mak datok aiiii…

Uncle hairan bila membaca banyak status kawan-kawan di Facebook yang memperkatakan Anwar menyamakan dirinya dengan pejuang demokrasi di Myanmar, Aung San Su Kyi.

Mungkin Uncle ketinggalan mengikuti berita tu, tapi kalau ramai dah bercakap tentunya ada sumber-sumber sahih yang mewar-warkannya.

Kenapa Anwar menyamakan dirinya dengan pejuang wanita itu? Hairan.

Kenapa Anwar tak letak dirinya standing dengan Bush, Blair, John Howard… dan lain-lain pemimpin dunia yang meletakkan Iraq dan Afghanistan sekarang dalam huru-hara. Kerana angkara merekalah kedua-dua negara tersebut menjadi tidak stabil.

Bezanya…. Anwar bercakap untuk menjahanamkan negara sendiri berbanding kelompok pengganas antarabangsa yang Uncle sebutkan diatas. Bukankah apa yang Anwar lakukan sekarang adalah untuk menjahanamkan Negara?.

Sebusuk-busuk hati Nentanyahu, Sharon dan Olmert…. (yang dibenci oleh sekelian umat Islam didunia), mereka masih berusaha mempertahankan Israel. Mereka tak berkeliling dunia untuk mempertahankan diri sendiri dari tuduhan. Olmert sendiri masih kekal dibumi Israel bila dikatakan terlibat dengan rasuah. Habis hebatpun Zionis berkenaan berulang-alik ke Amerika Syarikat untuk mempertahankan pendirian mereka.

Berbalik kepada Anwar dan Su Kyi…. Isy… jauh sangat bezanya. Su Kyi ditahan dirumahnya bagi tempoh yang lama sehingga parti pro-demokrasi pimpinannya memutuskan untuk memulaukan pilihanraya.

Anwar dan PKR pimpinan isterinya, didokong oleh Azmin dan anaknya Izzah bebas bertanding dalam pilihanraya, berjaya mendapatkan beberapa kerusi di Parlimen dan menguasai Selangor apabila meletakkan wakilnya sebagai Menteri Besar. Dan uniknya Anwar dilantik oleh MB bonekanya itu sebagai Penasihat Ekonomi negeri berkenaan dengan bayaran elaun RM1.00 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja).

Kerana terlalu bebas, Anwar juga berjaya memperdaya Ahli-ahli Parlimen bahawa beliau akan berjaya merampas Putrajaya…. “We got the number…” hahahahaha.

Apa jawatan yang dipegang oleh Su Kyi, berapa elaun yang diperolehi oleh wanita tersebut dan sejauh mana dia boleh pergi…….?

Bukan seperti Anwar, yang dibenarkan memegang gelaran Ahli Parlimen Permatang Pauh… lebih hebat menyandang jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen……. (Jawatannya Ketua Pembangkang tetapi apabila penipuannya dibentang oleh bekas penyokong kuatnya… Anwar terkangkang-kangkang lari keluar Dewan)…. Hahahaha.

Anwar cukup bebas… sebebas-bebasnya. Malahan kalau Anwar mau mengikut Charles Branson ke angkasalepas sekalipun tiada siapa yang menghalang…..

Memang sah… kerana terdesak…. Anwar sanggup bercakap apa sahaja untuk memperlihatkan dia pejuang demokrasi yang tulen….. (Lawan tetap lawan... tapi bila YB Zahrain hentam dia tak melawan)

Kalau Anwar membaca tulisan Uncle ni memang mau dia tersedak…..

Sudahlah Anwar… pergilah rujuk balik kepada Karpal Singh berkaitan desakan menyuruhnya bertaubat dahulu….

Hmmmmm…. Semakin penat melihat sandiwara Anwar ni.

Jom minum dulu……..

Assalamualaikum.

Tuesday, November 9, 2010

Dilema Rakyat dan Pengundi

Wakil Rakyat tak buat kerja
Tak lawat kawasan
Sukar ditemui
Menyesal kerana memilih
Sombong, kaya mendadak
PRU akan datang cari orang lain ………. dan bermacam rungutan sepertinya diluahkan oleh pengundi selepas berlangsungnya setiap Pilihanraya.

Apakah yang silapnya?

Silap calon?
Silap parti?
Silap pengundi?

Keadaan ini banyak berlaku dan tidak memilih parti mana yang dianggotai oleh Wakil-wakil Rakyat berkenaan. Yang menerima kesan dari keadaan ini adalah pengundi, rakyat disetiap kawasan yang diwakili, dan kesan paling besar kepda parti yang diwakili.

Terlalu banyak rungutan dari rakyat yang tidak diambil pusing, mungkin kerana Wakil Rakyat kini sudah duduk selesa dikerusi empuk… bagi tempoh sekurang-kurangnya satu penggal. Kerana singkatnya tempoh menduduki kerusi berkenaan membuatkan individu yang bergelar Wakil Rakyat banyak menumpukan usaha mengukuhkan kedudukan ekonomi (keluarga dan kroni) berbanding mengukuhkan kedudukan sebagai calon yang bakal dipilih pada pemilihan yang akan datang…. ekoran dari itu, mereka mula terlibat dengan pelbagai salahlaku dan penyelewengan yang merugikan, menjatuhkan dan menjahanamkan kredibiliti diri serta imej parti yang diwakili.

Tanggungjawab yang diamanahkan ditangannya diabaikan dan setelah sepenggal atau berpenggal-penggal berkuasa… kawasan yang diwakili masih berkeadaan sama seperti sebelumnya.

Banyak kepincangan boleh berlaku dan bakal berlaku andainya keadaan ini berlanjutan. Majoriti rakyat hilang minat dan mula mengasingkan diri dari terlibat didalam proses demokrasi dinegara ini.

Salah satu kesan yang jelas dilihat kini adalah tiadanya inisiatif dan kesedaran masyarakat (terutamanya golongan belia) untuk mendaftar diri sebagai pemilih berdaftar bagi membolehkan mereka mengundi. Ini mungkin berlaku kerana mereka berpandangan bahawa memilih wakil rakyat tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Apakah usaha yang boleh dilakukan supaya wakil rakyat berfungsi sepertimana yang dikehendaki?

Jika satu rumusan diperolehi, kemelut ini dapat diatasi dan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi akan bercambah dan menjadi subur kembali. Terserah kepada mereka yang telah dilantik untuk menangani permasalahan ini.

Wallahualam.

Wednesday, October 27, 2010

Pengajaran dari si Penjaja Kuih

Ketika mata tidak mahu terlelap... Uncle membuka laptop dan mula menerawang ke laman web dan terjumpalah tulisan ini....

Kammi Sumatera Utara:

Pengajaran dari seorang Penjaja Kuih

Dalam suatu ceramah di kantor beberapa waktu lalu, seorang ustadz menceritakan kisah yang sangat menyentuh. Alkisah seorang pemuda yang sedang lapar pergi menuju restoran jalanan dan ia pun menyantap makanan yang telah dipesan. Saat pemuda itu makan datanglah seorang anak kecil laki-laki menjajakan kue kepada pemuda tersebut, “Pak mau beli kue, Pak?”

Dengan ramah pemuda yang sedang makan menjawab “Tidak, saya sedang makan”.

Anak kecil tersebut tidaklah berputus asa dengan tawaran pertama. Ia tawarkan lagi kue setelah pemuda itu selesai makan, pemuda tersebut menjawab “tidak dek saya sudah kenyang”.

Setelah pemuda itu membayar ke kasir dan beranjak pergi dari warung kaki lima, anak kecil penjaja kue tidak menyerah dengan usahanya yang sudah hampir seharian menjajakan kue buatan bunda.

Mungkin anak kecil ini berpikir “Saya coba lagi tawarkan kue ini kepada bapak itu, siapa tahu kue ini dijadikan oleh-oleh buat orang dirumah”.
Ini adalah sebuah usaha yang gigih membantu ibunda untuk menyambung kehidupan yang serba pas-pasan ini.

Saat pemuda tadi beranjak pergi dari warung tersebut anak kecil penjaja kue menawarkan ketiga kali kue dagangan.“Pak mau beli kue saya?”, pemuda yang ditawarkan jadi risih juga untuk menolak yang ketiga kalinya, kemudian ia keluarkan uang Rp. 1.500,00 dari dompet dan ia berikan sebagai sedekah saja.

“Dik ini uang saya kasih, kuenya nggak usah saya ambil, anggap saja ini sedekahan dari saya buat adik”. Lalu uang yang diberikan pemuda itu ia ambil dan diberikan kepada pengemis yang sedang meminta-minta. Pemuda tadi jadi bingung, lho ini anak dikasih uang kok malah dikasih kepada orang lain.

“Kenapa kamu berikan uang tersebut, kenapa tidak kamu ambil?” Anak kecil penjaja kue tersenyum lugu menjawab, “Saya sudah berjanji sama ibu dirumah ingin menjualkan kue buatan ibu, bukan jadi pengemis, dan saya akan bangga pulang kerumah bertemu ibu kalau kue buatan ibu terjual habis. Dan uang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya jadi pengemis”.

Pemuda tadi jadi terkagum dengan kata-kata yang diucapkan anak kecil penjaja kue yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etos kerja bahwa “kerja itu adalah sebuah kehormatan”, kalau dia tidak sukses bekerja menjajakan kue, ia berpikir kehormatan kerja dihadapan ibunya mempunyai nilai yang kurang, dan suatu pantangan bagi ibunya, anaknya menjadi pengemis, ia ingin setiap ia pulang ke rumah ibu tersenyum menyambut kedatangannya dan senyuman bunda yang tulus ia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan uang.

Kemudian pemuda tadi memborong semua kue yang dijajakan lelaki kecil, bukan karena ia kasihan, bukan karena ia lapar tapi karena prinsip yang dimiliki oleh anak kecil itu “kerja adalah sebuah kehormatan” ia akan mendapatkan uang kalau ia sudah bekerja dengan baik.

Sahabat, semoga cerita di atas bisa menyadarkan kita tentang arti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk uang semata…. Jangan sampai mata kita menjadi “hijau” karena uang sampai akhirnya melupakan apa arti pentingnya kebanggaan profesi yg kita miliki. Sekecil apapun profesi itu, kalo kita kerjakan dengan sungguh-sungguh, pastilah akan berarti besar…..

Pelajaran lain dari kisah ini adalah, jangan kita menganggap bahwa uang dapat membeli segalanya, hal ini biasa menimpa orang yang punya rezeki berlebih, yang menganggap orang miskin pasti akan senang dengan diberi uang.

Kisah anak kecil penjaja kue tadi justru tidak, orang miskin ternyata lebih menghargai pekerjaan dan rezeki halal dari sekedar uang belas kasihan. Kita hasrus berterima kasih telah diberi pelajaran penting dari anak kecil penjaja kue.

Wallahualam bissawab

Semoga bermanfaat


Wassalamualaikum wr.wb


Moga diizinkan terbitan semula oleh pemilik artikel ini:


Imam Puji Hartono (IPH)

Tuesday, October 5, 2010

Daftar Facebook dan mulalah Berpolitik

Assalamualaikum wbt.

Anda ada akaun di laman social Facebook? Jika tiada segerakan membuka akaun untuk berinteraksi. Bagi mereka yang amat berminat dengan politik ruang tersebut cukup sesuai dengan anda.

Ada pemegang akaun Facebook tidak boleh berenggang dengan laman sosial tersebut.

Menyebut soal politik, Uncle sarankan supaya mereka yang ingin berdebat, berhujah, berpandangan dan meluahkan pendapat supaya tidak lupa berada diruang tersebut sepanjang masa.

Jika berada dilaman Facebook, jangan katakan anda adalah amatur, ahli politik kedai kopi, suka-suka atau apa-apa kategori sekalipun kerana sekali anda masuk campur anda adalah PROFESIONAL.

Mengapa begitu?.

Sebaik sahaja berada diruang tersebut, anda akan dapat melihat majoriti isi kandungan yang dipaparkan berkaitan dengan politik.... status, gambar dan artikel-artikel yang berkaitan soal politik mempunyai purata amat tinggi... terutama dari rakyat Malaysia.

Gambaran ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memang arif berpolitik.

Sejak bila kegilaan ini bermula? Rata-ratanya selepas berlaku Tsunami pada 2008 yang lalu.... Tsunami Politik yang menghadiahkankan Pakatan Rakyat lima buah negeri untuk dikuasai.

Bagi mereka yang berhasrat untuk bersuara dan tidak mahu ketinggalan dalam arus ini... segerakanlah mendaftar.... Jika bukan sebagai pengundi/pemilih dalam pilihanraya pun jadilah penggiat politik didalam Facebook.

Uncle berhenti setakat ini dahulu. Insyaallah, kita bakal berbicara dilain kali berkenaan kegilaan berFacebook dan berpolitik.

Wassalam. Jumpa lagi.

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Selamat berjumpa kembali.

Setelah berbulan Uncle mengabaikan blog ini, tergerak pula untuk aktif semula. Mungkin bersempena dengan Hari Malaysia hari ini sudah ada bahan-bahan yang mahu diperkatakan.

Selama berbulan meninggalkan ruang blog ini, Uncle terlalu asyik melayani laman sosial Facebook. Berbincang, bertukar pendapat, menambah dan membuang teman…huh. Banyak juga bertelagah apabila pendapat tidak seiring. Banyak membuat posting dan mengirimkan gambar-gambar.

Alhamdulillah, setakat ini laman sosial tersebut banyak menambah ilmu pengetahuan. Namun Uncle tidak kesempatan memberi ruang untuk menulis diblog sendiri. Terasa pula ruginya. Sempena Hari Malaysia yang diisytiharkan sebagai cuti umum ini ingin juga Uncle mengulas mengenainya.

Setelah 47 tahun ianya seolah dilupakan, maka bermula tahun 2010 ini ianya diputuskan untuk disambut sebagai salah satu hari yang bersejarah. Mungkin bagi kebanyakan rakyat Malaysia hanya mementingkan Hari Kebangsaan tetapi ramai juga sahabat-sahabat kita di Sabah dan Sarawak merasakan seolah mereka terpinggir kerana 16 September tidak diraikan sebagaimana wajarnya. Dengan pengisytiharan ini diharap kini mereka berpuashati dan bertambahlah senarai hari cuti dikalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang bekerja makan gaji.

Ada yang berpandangan bahawa Hari Malaysia ini tidak perlu disambut kerana kita telah ada Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos saban tahun. Mengisytiharkan cuti pada 16 September bermakna akan berkuranglah produktiviti sehari. Namun harus diingat bahawa ada banyak lagi hari-hari dalam setahun dimana produktiviti menurun dikalangan pekerja-pekerja terutamanya mereka yang berkhidmat dijabatan Kerajaan. Tidak perlu Uncle sebutkan kerana ingin pembaca memikirkan sendiri…. (Kalau agaknya tidak juga menemukan jawapan…. Bertanyalah dilain kali…hahaha)

Rasionalnya Hari Malaysia disambut adalah kerana inilah harinya dimana negara Malaysia terbentuk secara rasmi. Penyatuan Tanah Melayu (termasuk Singapura), Sabah dan Sarawak menjadi kenyataan pada hari ini. Maka wajar ia disambut sebagai Hari Malaysia. Hari Kebangsaan juga tidak patut dilupakan kerana jika difikirkan logiknya, kerana adanya Hari Kemerdekaan tersebut maka terbentuklah Malaysia seperti yang ada hari ini. Adalah mustahil tanpa Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dapat bergabung (membuat keputusan sendiri) dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Negara Malaysia. Memang mustahil kerana tanpa kemerdekaan Tanah Melayu bagaimana kita boleh menyuarakan hasrat untuk bergabung dengan Negeri-Negeri yang lain?

Dari sudut lain, Uncle berpandangan bahawa inilah satu langkah bijak untuk menenggelamkan peristiwa 16 September yang digembar-gembur sebagai Hari Menawan Putrajaya oleh Ketua Umum PKR yang bercita-cita menggantikan PM Dato Seri Najib. Maka langkah ini...(menetapkan Hari Malaysia) dapat menutup cerita pengambilalihan tersebut dari terus diperkatakan.

Pada peringkat awal meraikan hari ini memang agak janggal... tetapi Uncle amat percaya akan sampai ketikanya kelak kita tidak sabar menunggu hadirnya tarikh 16 September saban tahun untuk merayakannya. Amatlah bermakna kita namakan bulan Kemerdekaan setiap tahun yang biasanya bermula dari bulan Ogos dan kemuncaknya pada 16 september setiap tahun.

Satu lagi persepsi negatif yang ditimbulkan adalah tarikh 16 September ini dikaitkan dengan tarikh lahir bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew. LKY dilahirkan pada 16 September 1923 (kalau tidak silap).

Uncle tidak langsung terpengaruh dengan cerita ini, kerana pada tarikh tersebut ribuan lagi rakyat Malaysia meraikan hari Ulangtahun kelahiran, maka mengapa Lee Kuan Yew sahaja yang dikaitkan? Dan jika diselidiki betul-betul jutaan lagi manusia didunia lahir pada tarikh yang sama. Lupakanlah itu semua.... yang penting didalam sejarah ...hari ini adalah Hari Malaysia.

Selamat Hari Malaysia. 1 Malaysia Menjana Transformasi.

Assalamualaikum.