Saturday, August 26, 2017

RCI Memali : Siapa Untung Siapa Rugi

Isu Insiden Memali.

Tindakan :
** Puak-puak Najib bangkitkan kembali insiden berkenaan untuk memerangkap Tun (sambil berharap isu 1MDB dan songlap berbillion dananya dapat diselubung)
** Hadi Awang dan puak PAS menyokong puak Najib kononnya nak menunjukkan politik matang dan sejahtera sekaligus nak mengukuhkan hubungan keduanya ... PAS dan BN. Hadi jugak bermaksud untuk mengenakan Tun M.
** Tun M yang menjadi pihak yang mahu dipersalahkan sebagaimana biasa punya jawapan dan kebiasaannya jawapan berlandaskan fakta.

Kesannya :

** Najib dan konco-konco beranggapan gerakan penentangan terhadapnya bakal menjadi kendur dan sokongan yang ditunjukkan oleh Hadi dan PAS memperkukuh usaha mereka untuk melumpuhkan Tun dan parti gabungan pembangkang.
** Hadi yang nampak ghairah apabila isu Memali dibangkitkan pula terlupa bahawa peristiwa berkenaan berpunca dari ketaksuban pengikutnya dengan Amanat Banggol Peradong. Keghairahan Hadi dilihat ketara kerana dah terlalu banyak ulasan dan kenyataan yang beliau keluarkan kebelakangan ini (berkaitan insiden berkenaan).
Menubuhkan RCI Memali secara tak langsung sebenarnya memerangkap Hadi dan PAS. Disini Hadi dan PAS silap mentafsir gerakan tersirat puak Najib.
** Tun telah pun memberi respon.
Beliau tidak menghalang malah mendesak penubuhan RCI ini disegerakan. Beliau bersedia dipanggil dan akan memberikan keterangan.

Rumusan :
** biarpun RCI berjaya diwujudkan Najib dilihat akan gagal mempersalahkan Tun M
** tertubuhnya RCI berkenaan bakal mendedahkan kesalahan Hadi Awang kepada para pengundi baru yang kabur dan keliru tentang punca insiden.
** jawapan-jawapan dari Tun kebiasaannya jarang dapat dipertikaikan (kecuali ianya diputarbelitkan)

Kesimpulan :
Saya simpulkan dengan pertanyaan
** "Antara Najib (UMNO/BN),Hadi (PAS) dan Tun M (PH) ... Siapa yang UNTUNG siapa yang RUGI ..???"

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Thursday, August 24, 2017

Apa Yang Ingin Diperolehi ...???

Gabungan Persatuan Ketua Kampung SeMalaysia bertekad nak serang Tun Mahathir habis-habisan.

Wah wah wahhhhhh ...!!!
Berkobar-kobar bukan main ya ...!!!!

Baru dijanjikan Kad Diskaun dan skim Insuran Berkelompok dah buat keputusan nekad nak menyerang.

** kamu semua disuap dengan Kad Diskaun dan bolehlah berbelanja sakan dengan diskaun yang khabarnya boleh mencecah 10%.
Maknanya lebihkurang kamu tak perlu bayar GST la tu kan ...??
Ada pulak Extra 4% yang boleh dijimatkan.
Untunglah lebihkurang 265,000 Ahli-ahli JKKK yang terbabit (termasuk Ketua-ketua Kampung).

** tak cukup dengan diskaun dibagi pulak dengan skim Insuran. Uhhh. Cantiklah. Mati eksiden dapat duit, mati biasa pun dapat jugak.

Nak tanya kepada 265,000 hamba perang Najib nih.

** kamu dapat diskaun pembelian ... Baki BERJUTA rakyat (anak-anak buah kamu) hanya dapat mentekedarah dan membeli belah selepas membayar GST tanpa sebarang diskaun tu ...
Ada kamu AMBIL KIRA tak ..??
Ada kamu KESIAN tak ...??
Ada kamu SIMPATI tak ...???

** kamu dapat insuran berkelompok dan jika terjadi apa-apa kamu dibayar.
Rakyat yang berjuta ni DAPAT APA ...???

Kerana kamu (KETUA KAMPUNG DAN AHLI JKKK) semuanya BEROTAK KALDAI dan BUTA KAYU maka kamu semua bersorak bertempik nak menyerang mantan PM yang dah menabur jasa berpuluh tahun (dan kini beliau berjuang untuk membela jutaan rakyat yang tersiksa kehidupannya akibat bala bencana yang dicipta Panglima pujaan kamu).

** berapa besar JASA kamu kepada Rakyat wahai Ketua Kampung dan ahli JKKK samdol ...???
.
Pakai akal tu sikit.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Wednesday, August 23, 2017

Hormati Kehendak RAKYAT

Kerajaan jenis apa yang kita ada pada hari ini ...??

Setiap pilihanraya dijalankan ia bertujuan untuk memilih wakil rakyat yang bakal memberikan perkhidmatan terbaik mengikut tempoh penggal yang telah ditetapkan.
** satu pihak yang mempunyai milikan kerusi terbanyak bakal membentuk kerajaan.
Melantik sebilangan wakil yang terpilih untuk menjawat jawatan Menteri dan sebagainya.
Kerajaan inilah yang bakal menentukan halatuju negara dan rakyat (yang telah melaksanakan tanggungjawab menentukan pilihan).
** satu pihak lain pula (yang tidak berjaya membentuk kerajaan) bakal berperanan sebagai pembangkang. Kewujudan barisan pembangkang ini juga dilihat penting kerana merekalah yang menjadi kuasa pengimbang supaya kerajaan tidak melaksanakan sebarang peraturan sesuka hati.

Berbalik kepada peranan kerajaan
(dan barisan kabinet yang dilantik).
Walaupun mereka berjawatan namun tanggungjawab sebagai wakil rakyat adalah keutamaan yang tidak wajib diabaikan.

Justeru itu ...
Suara dan kehendak rakyat hendaklah didengari.
Setiap yang disampaikan (oleh rakyat) wajib disalur kepada badan-badan pentadbir yang bertanggungjawab untuk dilaksanakan sebaiknya.
Selain dari itu ...
Kerajaan bertanggungjawab merencana, menentukan kaedah terbaik dan melaksanakannya untuk kebaikan keseluruhan rakyat.

Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini ??

Yang dapat kita perhatikan kini hanyalah kepincangan yang berleluasa dimana-mana.

Perbalahan dan percanggahan yang terjadi sesama wakil rakyat meresahkan kita semua.
Tindakan-tindakan dan gelagat sebilangan besar pimpinan dilihat amat memualkan.

** Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya.

Lihat sajalah apa yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Yang paling mengejutkan :
Penubuhan RCI Forex dan gembar-gembur cadangan penubuhan RCI untuk insiden Memali.

Ini semua berlaku gara-gara kritikan dan penentangan secara terus oleh mantan PM terhadap gaya kepimpinan dan pentadbiran kerajaan hari ini.

Soalnya :

** Mampukah hasil siasatan RCI itu kelak merobah corak kehidupan rakyat (yang kini dihimpit pelbagai masalah) ...???
** Jikalah ada individu yang terhukum dek hasil siasatan maka adakah gaya pimpinan hari ini perlu dikekalkan ..??
** Adakah beban hutang yang ditanggung (kini mencecah RM1 trillion) dapat dikurangkan selepas anggota RCI menyelesaikan tugas mereka ..??

Cukuplah buat kerja bodoh dan membazir.

Jemaah Menteri dan Wakil-wakil Rakyat dipilih bukan untuk ditugaskan mengorek kisah-kisah silam.
Kalian punya tanggungjawab besar untuk mempastikankan rakyat hidup sejahtera dan corak kepimpinan (pemerintahan) tidak terjerumus kearah pimpinan kleptokrasi ...
Dan tentu perlu jauh dari pemerintahan oleh seorang DIKTATOR.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Monday, August 21, 2017

RCI Memali : Kenapa PAS Over Sangat ..??

TUBUH RCI

Dibawah ini saya petik tulisan dari Saudara Shahbudin Hussin mengulas mengenai desakan PAS untuk penubuhan RCI Peristiwa Memali.

***

PAS TERLEBIH GHAIRAH

Pas kelihatannya tidak sabar-sabar lagi untuk melihat sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI ditubuhkan berhubung tragedi Memali.

Selain menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan berperanan untuk berurusan terus dengan Putrajaya ke arah penubuhan RCI itu, Pas juga bercadang untuk membawa keluarga mangsa tragedi Memali bertemu dengan Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.

Wah...
terlebih ghairah nampaknya Pas kali ini.

Belum pun apa-apa, cuma kerajaan baru mengatakan tidak menolak kemungkinan menubuhkan RCI berkaitan Memali, Pas kelihatannya sudah "lebih lajak daripada laju" dalam tindakannya.

Hakikatnya, UMNO dan Pas sama-sama bermotif politik dalam perkara ini dan bukan kebenaran yang mereka ingin kejar dan buktikan.

Harus diingatkan, dalam ghairahnya Pas kali ini, jangan sampai mereka terlupa  hakikat sebenar kenapa Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang bertempur dengan pihak polis itu jadi begitu taksub, tidak takut mati dan seolah-olah hilang pertimbangan kepada aturan undang-undang duniawi.

Apakah punca dan sebabnya?

Apakah Hadi Awang dan Amanatnya boleh diketepikan begitu saja dalam tragedi Memali jika RCI menjalankan inkuirinya nanti?

Selain itu, jika Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri mahu dikaitkan atau dipersalahkan dalam tragedi Memali, apakah Najib Razak dan Zahid Hamidi yang ketika itu berada dalam Pemuda UMNO boleh dilepaskan begitu saja daripada ada saham kesalahan yang sama?

(ShahbudinHusin 21/08/2017).

*****

Ulasan saya :

Saya menyokong penubuhan RCI bagi menyiasat kembali segala skandal dan insiden yang berlaku didalam negara maupun diluar negara.
Tubuhlah berpuluh RCI mengikut kehendak masing-masing. Kebenaran harus dicari dan yang bersalah wajib dipertanggungjawabkan.

Tetapi timbul persoalan disini.
** kenapa perkara penubuhan ini timbul sewaktu kita semakin menghampiri Pilihanraya Umum ..??
** kenapa tidak reti bersabar, tunggu sedikit lagi masa untuk ianya ditubuhkan ...???
** baik BN, PH atau PAS boleh memasukkan hal ini didalam manifesto masing-masing sebagai umpan meraih undi (tetapi butiran terperinci dan sulit mengenainya janganlah dijadikan modal berkempen). Barulah ianya kelihatan lebih adil.
** Apakah PAS dah jadi Pak Sibuk dan mewar-warkan usul penubuhan RCI kerana ia intim dengan UMNO/BN ..??
** Bukankan ia akan hanya memperlihatkan betapa jijiknya permainan politik PAS ..???

Pemuka-pemuka PAS ini kehulu kehilir bercakap kononnya menjunjung perjuangan menegakkan Islam walhal yang sebenarnya PAS sedang menjaja agama untuk mendapatkan kekuasaan dan nikmat dunia yang sedikit.

Berhentilah berserban, berkopiah, berjubah, beranta ente jika inilah niat dan perlakuan yang pemuka-pemuka PAS pamerkan.

Ingat ...!!!!
Kalian juga tidak pernah terlepas dari perhatian Allah SWT.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Hanya PH atau BN .. Bukan PAS

Berdekad PAS berjuang menentang UMNO yang dikatakan memerintah dengan berlandaskan Perlembagaan penjajah.
UMNO mengekalkan kuasa bermula dengan kemenangan Perikatan dan diteruskan dengan gabungan parti-parti didalam Barisan Nasional.
** untuk beberapa ketika PAS berada bersama didalam Barisan Nasional sebelum disingkirkan keluar diera pentadbiran Tun Hussein Onn.

Saya hairan dengan PAS atas beberapa perkara :

** semasa bersama didalam BN kemana pergi pendirian mereka yang menentang Perlembagaan Penjajah (yang dilaksanakan oleh BN)...???
** Apa perubahan yang dapat mereka lakukan semasa masih berada didalam BN (yang ada sedikit kelainan hanyalah ada wakil dari PAS yang dilantik membarisi Kabinet Menteri)
** setelah keluar dari BN ... PAS meneruskan propaganda dengan perjuangan menentang Perlembagaan penjajah yang diwarisi BN.

Ironinya ....
Dalam penentangan terhadap Perlembagaan berkenaan ... Mereka sendiri tetap hidup sepertimana biasa, mengamalkan agama dan tatacara kehidupan Melayu Islam tanpa banyak permasalahan.

Sewaktu bersama DAP dan PKR didalam Pakatan Rakyat ... PAS berikrar bahawa mereka menghormati Perlembagaan yang sedia ada.
Namun dalam kempen serta ceramah kepada ahli dan para penyokong hal menentang Perlembagaan Kafir tetap mereka mainkan.

Terkini...
Selepas mengambil keputusan berundur dari Pakatan Rakyat ... PAS dilihat intim bersama pengamal/pelaksana Perlembagaan Kafir.

PAS dah pandai bermain wayang.
** berseteru dengan parti gabungan pembangkang.
** berbaik dengan UMNO/BN tetapi tetap dengan pendirian mahu menjatuhkan UMNO/BN
** kemudian boleh pula mewar-warkan mahu menjadi pihak "pengimbang" (antara pemerintah dan pembangkang).

Apa sebenarnya halatuju PAS ...???
Bagaimana rakyat mahu menentukan pilihan ...??

Dalam keadaan pendirian PAS yang dilihat kabur serta mengelirukan ini ... Saya berharap para pengundi mampu membuat pilihan yang betul dan tepat.

** BN atau PH.
** tidak boleh berpaut kepada PAS kecuali PAS sendiri membuat pilihan samada mahu bersama BN atau PH.

PAS tidak mampu dan tidak boleh mengambil keputusan untuk berjuang bersendirian (jika mahu terus berperanan dalam arena politik tanahair).

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, August 20, 2017

Menebus Kesilapan Silam

Sewaktu masih menyokong UMNO/BN dahulu sudah ada kegusaran dihati saya dengan gelagat bini MO1 tu. Kerap jugak saya dan kawan-kawan rapat bercakap-cakap mengenainya. Tak kurang jugak melemparkan kata-kata kiasan dan sindiran terhadap dia.
** kebetulan ada rakan yang rapat dan boleh kata acapkali bertemu beliau. Kut-kut laaa kiasan dan sindiran yang kami buat sampai ke pengetahuan bini MO1.
** Bukan nak menjahanam atau menggugat kedudukannya. Tidak ada niat lain kecuali untuk melihat ada perubahan dan dapat mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap UMNO/BN.
Almaklumlah ...
Diketika itu serangan terhadap beliau cukup hebat.

Malang sungguh.
Tiada sebarang perubahan.
** jika dah penyokong sendiri menegur diabaikan, mana mahu kita mengharap dia berubah dek hentaman pihak lawan.

Sokongan saya yang sudah mula sedikit tercalar (terhadap UMNO/BN) menjadi lebih parah. Dari garis-garis calar kecil ia menjadi luka yang dalam.

Terbongkarnya skandal derma dan kemelut 1MDB menjadi titik peralihan saya untuk bertukar arah.
** bukan lagi bini MO1 yang rupanya bermasalah tetapi manusia yang menerajui kerajaan lebih teruk daripada itu.

Memang pada mulanya keadaan amat sukar bagi saya untuk bersama dengan pihak pembangkang.
Bayangkanlah ...
Bertahun-tahun bertentangan ideologi dan haluan ...
Kini saya harus bersama mereka untuk menentang kemungkaran yang dilakukan oleh mereka yang saya sokong sebelum ini.

Tidak mengapalah.
Saya berjuang bukan untuk meraih laba, mengejar kedudukan atau mengumpul kekayaan serta pengaruh. Perjuangan yang lebih besar adalah untuk mewariskan negara dengan kepimpinan yang beramanah serta bermaruah.

Bukan negara yang kesejahteraan dan kedaulatannya telah punah.

Inilah sahaja sumbangan dan bakti yang mampu saya berikan untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Berjuanglah ...!!
Selamatkan Malaysia
Kita bina semula negara Merdeka ini.

Bersatu, Beramanah, Bermaruah.

Fb ID :

Fadzil Ams Mohamed