Monday, August 21, 2017

RCI Memali : Kenapa PAS Over Sangat ..??

TUBUH RCI

Dibawah ini saya petik tulisan dari Saudara Shahbudin Hussin mengulas mengenai desakan PAS untuk penubuhan RCI Peristiwa Memali.

***

PAS TERLEBIH GHAIRAH

Pas kelihatannya tidak sabar-sabar lagi untuk melihat sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI ditubuhkan berhubung tragedi Memali.

Selain menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan berperanan untuk berurusan terus dengan Putrajaya ke arah penubuhan RCI itu, Pas juga bercadang untuk membawa keluarga mangsa tragedi Memali bertemu dengan Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.

Wah...
terlebih ghairah nampaknya Pas kali ini.

Belum pun apa-apa, cuma kerajaan baru mengatakan tidak menolak kemungkinan menubuhkan RCI berkaitan Memali, Pas kelihatannya sudah "lebih lajak daripada laju" dalam tindakannya.

Hakikatnya, UMNO dan Pas sama-sama bermotif politik dalam perkara ini dan bukan kebenaran yang mereka ingin kejar dan buktikan.

Harus diingatkan, dalam ghairahnya Pas kali ini, jangan sampai mereka terlupa  hakikat sebenar kenapa Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang bertempur dengan pihak polis itu jadi begitu taksub, tidak takut mati dan seolah-olah hilang pertimbangan kepada aturan undang-undang duniawi.

Apakah punca dan sebabnya?

Apakah Hadi Awang dan Amanatnya boleh diketepikan begitu saja dalam tragedi Memali jika RCI menjalankan inkuirinya nanti?

Selain itu, jika Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri mahu dikaitkan atau dipersalahkan dalam tragedi Memali, apakah Najib Razak dan Zahid Hamidi yang ketika itu berada dalam Pemuda UMNO boleh dilepaskan begitu saja daripada ada saham kesalahan yang sama?

(ShahbudinHusin 21/08/2017).

*****

Ulasan saya :

Saya menyokong penubuhan RCI bagi menyiasat kembali segala skandal dan insiden yang berlaku didalam negara maupun diluar negara.
Tubuhlah berpuluh RCI mengikut kehendak masing-masing. Kebenaran harus dicari dan yang bersalah wajib dipertanggungjawabkan.

Tetapi timbul persoalan disini.
** kenapa perkara penubuhan ini timbul sewaktu kita semakin menghampiri Pilihanraya Umum ..??
** kenapa tidak reti bersabar, tunggu sedikit lagi masa untuk ianya ditubuhkan ...???
** baik BN, PH atau PAS boleh memasukkan hal ini didalam manifesto masing-masing sebagai umpan meraih undi (tetapi butiran terperinci dan sulit mengenainya janganlah dijadikan modal berkempen). Barulah ianya kelihatan lebih adil.
** Apakah PAS dah jadi Pak Sibuk dan mewar-warkan usul penubuhan RCI kerana ia intim dengan UMNO/BN ..??
** Bukankan ia akan hanya memperlihatkan betapa jijiknya permainan politik PAS ..???

Pemuka-pemuka PAS ini kehulu kehilir bercakap kononnya menjunjung perjuangan menegakkan Islam walhal yang sebenarnya PAS sedang menjaja agama untuk mendapatkan kekuasaan dan nikmat dunia yang sedikit.

Berhentilah berserban, berkopiah, berjubah, beranta ente jika inilah niat dan perlakuan yang pemuka-pemuka PAS pamerkan.

Ingat ...!!!!
Kalian juga tidak pernah terlepas dari perhatian Allah SWT.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment