Tuesday, December 1, 2009

Lelaki Yang Ditarik Wanita ke NERAKA

Sudah lama ingin saya utarakan permasalahan ini untuk diperhatikan dan dibincangkan oleh para Muslimin dan Muslimat sekelian.

Malaysia mengistiharkan diri sebuah Negara Islam, maka agak penting bagi kita Muslimin dan Muslimat mendalami, menghayati dan seterusnya mempraktikkan apa yang kita laungkan. Jangan kita hanya bercakap tetapi tidak berbuat, jangan kita melakukannya tetapi tidak ikhlas (dengan alasan didalam Islam tiada paksaan). Keikhlasan terhadap apa yang kita lakukan, tekadkan hanya kerana ia perintah Allah Subhanahu Wataala.

Demi mendapat Rahmat dari Allah, marilah sama-sama kita renungi seterusnya kita amalkan bersama.


Apa yang ingin saya sampaikan ini mungkin dapat dipergunakan oleh masyarakat secara keseluruhan, namun sebenarnya saya amat berharap supaya tulisan ini diteliti secara mendalam oleh para pemimpin negara terutamanya wanita.

Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Wanita
, sama-samalah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.