Monday, February 26, 2024

SAIYA ULANGGGG ...!!!.



Saiya Ulanggg ..!!!.

InsyaAllaah ..!!!.


Saiya Ulanggg ..!!!.

InsyaAllaah ..!!!.


Saiya Ulanggg ..!!!.

InsyaAllaah ..!!!.


Begitulah bila dia buat janji.

Kalau nak diibaratkan janji dia ...

"bulan, bintang, matahari dengan kesemua planet dia boleh rentap turun bagi kat rakyat". Tak payah tunggu lama ... 24 jam selepas angkat sumpah jawatan.

Begitulah dia punya kelentong hangit.

Sekarang semua terpukul ke mukanya sendiri.


Bila ditanya tuding jari lagi ...

Senang-senang jawab untuk lepaskan diri.

** haritu OPR mencanak bukan wewenang dia (untuk mengawal).

** harini nilai ringgit MELEDAK .. nak mencapai angka RAHMAH bukan dia yang patut disoal.

Tetapppppp tuding jari kat orang lain ...!!!!!.


Habis dulu waktu berjanji macam dah tak ada orang lain yang akan terbabit, tak ada pihak lain yang perlu dikaitkan dengan sistem pengurusan negara. Dia ... diaaa ... diaaaaa ...!!!.


Sekarang HAMBEK KAOOOO ...!!!.


Buatlah MUKA SADIN selagi boleh.

Jangan peduli rakyat marah.

Tak usah hirau pemimpin lain mencebik bibir.


Janji jawatan tetap dapat disandang.

** tak apa. Duduklah disitu ikut suka nak berapa lama.

** kerja pun bukan ada gaji kannnn ..???. Negara tak payah berbelanja apa-apa untuk kamu. Untung sangatlah.


Untuk bagi rakyat hadap dan hadam apa yang berlaku sekarang : 

Jangan kata Allaah tak izinkan untuk kesemuanya dilakukan.

Jangan pulak kata ... "sat sabar, baru satu tahun lebih.

Tunggu hingga habis penggal".

Bagi hang mentadbir sampai habis penggal.

GIGI dengan GUSI ajer yang tinggal.

Sebab ... semua ini dah membuktikan bahawa HANG MEMANG DAH GAGAL.


RAIKAN KEJATUHAN NILAI RINGGIT

Tourism Johor kata "manfaatkan kejatuhan nilai ringgit" yang berlaku sekarang.
** maksudnya bagi menarik pelancong luar terutama daripada Singapura datang ke Malaysia untuk berbelanja.
** maknanya kejatuhan nilai ringgit ni tak boleh kita menyalahkan mana-mana pihak. Biarlah ianya jatuh terus. Lagi BESAR MANFAATNYA kan ..???.

Niiiihhh ...!!!.

Penduduk Singapura tu sikit sangat berbanding kita.
Dan yang nak datang berbelanja pun bukannya semua.

Kalau nak lebih ramai pengunjung saya syor dua benda.
** fokus kepada negara jiran kita Indonesia.
** turunkan nilai ringgit sehingga sama seperti nilai rupiah Indonesia.

Indonesia punyai hampir 280 juta penduduk. Jika separuh saja pun datang ke negara kita ...dah ada 140 juta orang.

Bila nilai ringgit dengan rupiah dah sama level ... berpusu-pusu orang seberang datang kesini untuk membelanjakan duit mereka. Nilai dah sama kan ...???. Tak cukup kapalterbang, kapal laut .. dengan sampan pun mereka akan sampai.
** buatlah macamtu. BESAR MANFAATNYA ...!!!.

Itu belum lagi diambilkira kedatangan dari pengunjung dari negara lain. Almaklumlah ... kita dah jadikan dan tawarkan nilai ringgit yang PALING RENDAH dalam Sejarah.

Ketika itu pulak ... jangan lupa bahawa HIDANGAN WARISAN terbaru kita ..

BAK KUT TEH dah boleh dipromosikan kaw-kaw. Pasti LARIS.



Waktu kedepan nanti kehidupan kita cukup mewah dan negara kita jadi terkenal seantero dunia.

Seronokkkkk ....!!!!.

Sunday, February 25, 2024

KELENTONG HANGIT


 "Bukan 2 bulan, bukan 2 minggu .... 24 jammmmmm.

Saiya Ulang sedagha-sedagha ....!!!!!."


Dia dah buat lagi dahhhhhhhh ...!!!!.

Dia punya sembang ... dapat duit terus nak buat pembaikan. Nak bantu rakyat.

Sapa yang percaya .... saya sarankan elok pergi check otak dengan Pakar Sakit Mental. Boh karan kat kepala tu bagi wayar-wayar putus dalam otak tu fungsi balik.

Dengar kelentong manusia sorang ni .... mampuihhhh kita.

Najib yang menyakau tu dah dibuktikan dimahkamah. Denda 210 juta tak bayar lagi boleh pulak ko bagi diskaun. Belum pun lalui satu perempat tempoh BERTAPA dah dikurangkan tempoh hukuman sampai separuh. Apa kejadahnya ..????.

** tuduhan sakau seleweng samun songlap yang tak pernah didedahkan bukti datang dari hasil sakau ... riuh kehulu kehilir ko berkompang. KEPALA HOTAKKKKKKKK ....!!!.

** beginilah jadinya bila manusia songsang, luar tabie diamanahkan jadi peneraju pentadbiran negara.

** benda alah dalam seluar, lidah dalam mulut sendiri pun tak boleh nak kawal. Lagi nak harap memperbaiki keadaan negara dengan berpuluh juta rakyat.

Memang HANYUT KELAUT laaa.

TAK RETI BUAT KERJA ... SILA KELUAR


Ni satu nak bagi ingat dekat PM Kaki Temberang tu.

Pertama :

Ko dapat duduk kerusi sekarang ni pun atas PLATFORM POLITIK.

Tak payah nak nafikan.

Kedua :

Perkara-perkara yang ditegur sekarang ni oleh bukan sahaja oleh barisan pembangkang malah oleh majoriti rakyat inilah yang ko jadikan bahan kempen bagi ko menjuarai dunia politik Malaysia.

** ringgit jatuh

** harga barang mencanak naik

** kisah bangangkan orang sebab tak pandai jaga negeri.

Ketiga :

Tidak semua orang lupa apa yang ko canang selama ini pasal nak turunkan harga itu ini, nak tamatkan, mansuhkan macam-macam perkara konon-kononnya nak membela nasib rakyat.

Sekarang kesemua yang ko canangkan dulu tak dilaksana sepertimana yang berpuluh tahun dijanjikan. Bila orang tegur ko kata "jangan jadikan sepak terajang politik".

** semua yang ko cakap dulu dah jadi SENJATA MAKAN TUAN. LUDAH JATUH KEMUKA SENDIRI.

Jika taknak orang jadikan ianya hal politik ... jalankan kerja sebagaimana yang dijanjikan. Bukan bagi alasan, bukan mengelak untuk menjawab bila ditanya. Dan ... paling penting jangan salahkan orang.

** hentikan tohmahan orang itu buat komplot, adakonspirasi atau sebagainya.

** jangan benarkan sesiapa saja mengada-adakan cerita yang kononnya ada pihak tertentu mensabotaj setiap usaha kerajaan.

Dah setahun lebih berlalu.

SATU TAHUN LEBIH ....!!!!!.

** bukan 20 hari, bukan 24 jam.

Prestasi, KPI kerajaan yang ko kepalai ini sekarang memang berada pada tahap PALING TERUK.

** tak salah kalau saya ulang ... "ini kerajaan yang MELAMPAU-LAMPAU BANGANGNYA" melebihi bangangnya kerajaan yang ko kata bangang dulu.

Setahun lebih ini ... tanpa ada apa-apa pandemik, tanpa ada apa-apa halangan berat ... masih gagal mengKOTAkan apa yang pernah ko cakap.

Ringkasnya : CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

                     CANANG LAIN DIBUATNYA LAIN.

Dengar rungutan rakyat dan ubah semampunya.

** kalau tak mampu melakukan ... tak perlulah rakyat atau sesiapa tolong tunjukkan PINTU KELUAR.

Sendiri kena SEDAR.