Friday, January 3, 2020

Letak Jawatan

Letak Jawatan

Heboh pulak satu dua hari ini orang bercakap perihal perletakan jawatan Mazlee Malik dari jawatan Menteri Pendidikan.
** dek kerana kesuntukan masa saya pendamkan dulu niat untuk menulis (tentang hal ini).

Pelbagai reaksi, persepsi dan spekulasi mengenainya diperkatakan.

** ada yang kata Mazlee gagal lalu digesa untuk langsung mengosongkan kerusi Parlimen Simpang Renggam. Ini bagi saya hanya dilakukan oleh mereka yang nampak terdesak dan tak ada isu yang nak dibangkitkan. Kebetulan yang bercakap itu wakil dari Pemuda UMNO Johor. Saya nak bagi jelas sikit (tentang desakan ini). Pemuda UMNO ni jenis akal singkat, otak senget. Bongokkkk.

Berapa banyak kegagalan dan kecacatan yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan terdahulu. Ada tak kita dengar sesiapa (khususnya dari UMNO/BN) mendesak menterinya meletak jawatan ..???
** takder pun.

** Mazlee diminta berundur oleh Perdana Menteri sendiri. Tentang ini .... saya tak nampak apa-apa permasalahan pun. Tun yang melantik Mazlee, Tun yang minta MP Simpang Renggam itu berundur (setelah berbincang). Apa masalahnya pulak ..??.
Takder isu (bagi saya) dan dalam Sidang Media Mazlee maklumkan bahawa tidak ada masalah melakukannya (mengundur diri).

** terkesan dengan isu tulisan Jawi, kontrak (Bestari net) dan kasut hitam.
Tulisan Jawi bukan masalah. Walaupun ada tentangan dari beberapa pihak namun ia telah ditangani dengan agak baik oleh pihak berwajib.
Kontrak Bestari net. Dah memang kontrak berkenaan tamat pada tempoh yang ditetapkan. Menjadi hak Kementerian untuk membuka ruang meneruskan kontrak oleh pembida-pembida yang lain. Salah pulak ker ??.
Nak ikut telunjuk siapa pulak.
Terdengar ulasan babun MT UMNO memperlekeh perletakan jawatan ini kerana Mazlee tak mahu mengikut arahan Tun yang mahu mengekalkan kroni (YTL).
Babun UMNO sekor ni hebat bebenor ker .. ???. Nak jadi ADUN Sg. Kandis pun tak lepas. Menyebar fitnah dan tohmahan ajerlah hobi dia kebelakangan ini. Dah banyak sangat fitnah yang dia tabur terhadap Tun.

** isu kasut hitam ...???.
Dah selesai pun. Anak-anak, ibu-bapa serta penjaga tidak pun berkeluh kesah dengan perubahan ini.

Lain-lain ....
Tumpuan khusus untuk murid OKU.
Penambahbaikan infrastruktur serta kemudahan lain sekolah-sekolah pedalaman.
** ini langkah yang terbaik. Tak ada pun bantahan dan ia sesuatu yang "gagal" disempurnakan oleh Menteri Pendidikan terdahulu.

Mazlee sebagai Menteri telah melakukan yang terbaik dan yang termampu oleh beliau. Bagi saya ... Mazlee seorang yang punyai wawasan. Tahu apa yang perlu dilakukan dan tak kisah menerima kritikan. Apa yang difikirkan baik, beliau teruskan.
** saya lihat ada sedikit perwatakan
Tun Dr. Mahathir didalam diri Mazlee.
** kerana masih lagi bergelar MP, Mazlee masih lagi mampu menyumbang sesuatu untuk negara dan dalam tempoh itu saya yakin beliau boleh terus memantapkan diri (dalam politik).

Saya berharap, baik siapa sahaja yang bakal dilantik menggantikan Mazlee boleh terus memperkukuh serta menambahbaik setiap apa yang telah dilakukan.
** untuk sementara waktu, tak perlu ditambah agenda-agenda lain. Tumpukan perhatian terhadap apa yang sedang dalam proses perlaksanaan.

Nota :
Saya akan tampilkan tulisan tentang isu tulisan Jawi (di SJK) dan memberikan pandangan berkaitan hal itu.
InshaAllah.

FAM @ Sgt.Jo

Monday, December 30, 2019

Kaji Semula Pemberian Subsidi Haji

Penghapusan "subsidi (mengerjakan) Haji".

Ada sahabat yang menghantar pesanan difb messenger meminta saya mengulas berkaitan hal ini.

Sebelum membuat ulasan, saya mencari sedikit pandangan yang tersiar dimedia sosial ini (facebook). Matlamatnya adalah untuk melihat reaksi dari netizen.

Majoritinya memberikan reaksi negatif terhadap berita yang dilaporkan.

Ada yang kata :
** kerajaan PH kejam
** ada yang berura-ura untuk menarik keluar setiap sen simpanan mereka didalam Tabung Haji
** banyak lagi pandangan yang pada saya agak menjengkelkan.

Apapun, itulah pandangan mereka
yang saya rasa tidak sesuai untuk diterima dan digunapakai.

Kita sedia maklum bahawa kos mengerjakan haji adalah dalam anggaran jumlah RM23,000 setiap seorang jemaah sedangkan kos yang selama ini dikenakan kepada jemaah hanyalah sekitar RM10,000.00 sahaja.
** jika hendak menyebut tindakan untuk menamatkan pemberian subsidi itu "zalim atau kejam", cuba fikirkan kembali betapa "kejamnya" kita kerana mengambil lebihkurang RM13,000 wang dari TH (setiap seorang) hanya kerana kita hendak mencapai matlamat peribadi (dalam mengerjakan rukun Haji).

Setiap tahun lebih 25,000 orang yang diperuntukkan subsidi berkenaan.
** kiralah sendiri berapa jumlah keseluruhan yang terpaksa disediakan sebagai subsidi.

Pendeposit nak menarik balik keseluruhan  simpanan dari TH ...???
Terserah.
** cuba fikir elok-elok. Adakah dengan mengeluarkan simpanan boleh memudahkan bekas pendeposit menunaikan Haji selepas itu ...???.

Saya tak mahu mengulas terlalu panjang. Jadi ... mungkin lebih mudah jika saya sertakan petikan tulisan orang yang secara langsung terbabit dalam hal-hal seperti ini.

         ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

"Ada maklumat menyatakan bahawa jumlah tanggungan subsidi oleh pihak TH setiap tahun kini mencecah RM300 juta hingga RM400 juta.

Banyak bukan?

Subsidi itu hanya dimanfaatkan oleh 30,000 jemaah haji Malaysia setiap tahun berbanding 9.4 juta pendeposit TH.
Adakah ini sesuatu yang wajar ?

Lupakan subsidi haji.
Ia kerana haji diwajibkan keatas umat Islam yang cukup syarat dan salah satu daripadanya ialah ada kemampuan (istito’ah) dari segi kesihatan atau kewangan.

Kemampuan kewangan bermakna kita mampu menanggung kesemua kos pergi haji dan bukan sekadar mampu pergi dengan kos yang sudah diberi subsidi.

Merujuk kepada syarat istito’ah, saya berpandangan sudah tiba masanya pihak TH mengkaji semula pemberian subsidi kepada jemaah haji kerana memberi subsidi bukan menjadi tanggungjawab TH sebenarnya tetapi menjaga kebajikan para jemaah haji merupakan peranan dan tanggungjawab utama TH.

- Dr Shamsiah Mohamad
Penyelidik Kewangan Islam dan Syariah

         ðŸ‘†ðŸ‘†ðŸ‘†ðŸ‘†

Bacalah dan fahamkan betul-betul.

FAM @ Sgt.Jo

Tekad Seorang PERMAISURI

Tuanku Permaisuri Agung mahu "memperkasakan" tulisan Jawi.

Tapi ... ada sorang pompuan "rambut karat" yang "memperlekeh" tulisan Jawi dengan menyatakan bahawa "tulisan Jawi sama seperti tulisan Sanskrit dan Latin yang dah pupus".

Tak cukup dengan buat kenyataan begitu, dia bersekongkol pulak dengan kulop-kulop lain untuk menentang usaha Kementerian Pendidikan (dalam memperkenalkan Jawi kesekolah-sekolah jenis kebangsaan).
** agak-agak jika si rambut karat tu bergelar Permaisuri Agung .... apa yang dia akan buat dengan tulisan Jawi...??.

FAM @ Sgt.Jo

Hebat Dia MENYALAK

Baguih dia punya menyalak.

Harini dah terpaksa mengadap
pihak Polis untuk diambil kenyataan.
** pandai pulak up status fb ajak
orang datang "support" depan IPD.

Support "kepala bapak" dia ....???.

Mulut awak yang lancang. Cakap
main lepas ajer. Tanggunglah sendiri akibatnya.
** bagilah segala bukti yang boleh menguatkan hujah bahawa "kerajaan harini kerajaan Komunis".

Otak taruk kat bontot.
** akal jatuh kepangkal lutut.

Bongokkkkk ....!!!!

FAM @ Sgt.Jo

Hadi Awang : Bicaranya diluar konteks

Bila politikus "sasau" memberi kenyataan (berkaitan isu tulisan Jawi).

Saya dah lama sangat tengok kenyataan-kenyataan mengelirukan keluar dari mulut Pak Aji Marang.
** yang buat saya tambah pelik ... macamana dia boleh terus kekal memimpin PAS tu. Dah tak ada yang lebih bagus lebih rasional pemikirannya berbanding Pak Aji ni ker ...??.

Kenyataannya tentang pengenalan tulisan Jawi di SJK melencong terlalu jauh. Entah apa-apa. Tak seperti kenyataan seorang Presiden.
** dia dah tengok dan faham sepenuhnya apa yang orang dok heboh sekarang ni ...??.

Tulisan Jawi yang terkandung dalam dua tiga mukasurat memang tak memadai untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah Islamiah.
** macamana pulak dia boleh melalut bercakap pasal dakwah (bila menyentuh isu pengenalan tulisan Jawi tu)...???.

Buang masa wartawan jer (bertanyakan pandangan dia).

FAM @ Sgt.Jo

Mengata Dulang Paku SERPIH

Sebelum PRU14 ini kenyataan yang Hadi Awang keluarkan.
** dia sebutkan benda-benda dibawah ni sewaktu merasmikan "titi" ajer pun.

     ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Sebagai seorang warga emas Dr Mahathir masih gemar "bercakap" dalam semua hal dan mendakwa ia termasuk dalam bab agama.

"Dia ni dia nak cakap belaka. Agama nak bercakap, politik nak bercakap. Bab agama - Quran (dia) tak boleh terima semua, hadis tak boleh pakai, macam-macam," katanya.

Abdul Hadi PAS menganggap Dr Mahathir sebagai orang tua yang "perlu diilmukan".

    👆👆👆👆👆

Selepas PRU14 berlangsung, Tun Dr Mahathir bergelar Perdana Menteri. Mengetuai kerajaan dan diundang kemerata tempat untuk mewakili negara serta menyampaikan buah fikirannya kepada warga dunia.

Dimana kedudukan Hadi Awang ...???.
** kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut pak Aji ni 90% merapu meraban. Dunia belah mana yang menjemput dia untuk berucap atau menyalurkan idea ...???.
** didalam negara sendiripun soalan yang ditanya lain, dijawabnya lain. Kerap berada diluar topik dan konteks perbincangan.

Mengata dulang paku serpih
** dok mengata kat orang, dia sendiri pun tak ada apa yang lebih.

Itupun walaun sikit punya sanjung kat Pak Aji ni.

https://m.malaysiakini.com/news/420090

FAM @ Sgt.Jo

Lima Melayu penentang JAWI

Banyak benda yang boleh saya perkatakan tentang isu pembelajaran Jawi disekolah jenis kebangsaan.
Saya memilih untuk menumpukan komen terhadap empat lima orang Melayu yang menghadiri Kongres Jawi Kebangsaan yang dikhabarkan berlangsung di Petaling Jaya.
** disekat di Kajang depa buat pulak
di PJ.

Pihak Polis melaporkan perjumpaan berjalan dengan lancar tanpa ada kekacauan. Baguslah.

Macamana tak kacau pun, ada sedikit persoalan yang bermain-main diminda saya ni.

Apa sebenarnya peranan empat lima orang Melayu berada disana ..??.
** yang dikenal pasti ada dua individu. Siti Kassim dan Ellie Suryati. Tiga lagi
tu entah siapa. Seorang perempuan nampak elok benar bertudung. Seorang lagi lelaki dan baki seorang jadi misteri.

Ya .... apa peranan mereka semua tu..??.

Dulu sebelum PRU14 bekas Menteri Besar Negeri Sembilan kerap berpepatah .... "kok kito tak bulih jadi garam, janganlah pulak kito jadi LANGAU".

Garam tu diguna untuk menangguhkan ikan atau daging cepat rosak manakala langau nih kerjanya nak bagi cepat rosak (sesuatu bahan makanan yang dihinggapi).

Haaaa.
Pepatah "langau" nih elok benar ditujukan kepada "empat lima orang Melayu" yang hadir di Kongres berkenaan. Memang sesuai betullll.

Siti Kassim kononnya bergelar aktivis sosial. Tapi ... yang dia pi campur aktiviti "menentang membangkang" tulisan Jawi yang jadi warisan bangsanya sendiri .... apa pasal. Apa masalah.
Apa yang sakitnya tulisan Jawi tu terhadap dia ...???.
** langau ni suka memekak. Begitu jugak dengan Siti Loyar nih. Dulu jika
tak silap kecoh bertekak bab agama.

Pernah tak dia declare bab agama
yang dianutinya ...???.
Pernah tak dia declare dia bukan lagi layak berbangsa Melayu ...???.
** Perjuangannya cukup mengelirukan saya.

Ellie Suriyati.
Ini satu lagi manusia yang saya ingat dah hilang jatidiri sebagai Melayu.
Sekejap bersama Lokman perjuangkan Najib. Sekejap muncul dikhalayak bercakap pasal komunis. Terakhir muncul bersama Siti ditengah kelompok penentang-penentang tulisan Jawi.
Apa sebenarnya fokus perjuangannya ..??.
Konfius kita.

Kehadiran lima orang yang dikatakan "Melayu" nih sebenarnya memberikan "tonik" kepada para penentang tulisan Jawi sehingga khabarnya soal ini akan diheret kemahkamah untuk diputuskan.

Siapa yang memberikan "perangsang" untuk NGO berkenaan mengambil tindakan sedemikian ...???.

Nak dinasihat ... kesemua mereka dah dewasa. Nak dimarahi, bukan kerja kita.

Apa yang diharapkan, jangan pulak ditambah lagi jumlah Melayu yang bersekongkol dengan NGO penentang
tu sehingga terjadi pertelingkahan
yang lebih besar.

Kepada lima "Melayu" tu .... biarlah mereka "hanyut" dek arus publisiti.
Itu yang mereka inginkan.

#JAWI_warisan_MELAYU.

FAM @ Sgt.Jo