Wednesday, February 5, 2020

Kemana "halatuju" politik dan pentadbiran kita..???

.
Kisah perihal bakal terbentuk gabungan baru yang menjadi "kerajaan" semakin galak diperkatakan. Kerjasama kononnya antara Tun Mahathir bersama beberapa anggota dari UMNO, dengan sokongan PAS serta penyertaan beberapa ahli Parlimen dari PKR digembar-gemburkan oleh beberapa pihak. Media Sosial menjadi platform penyaluran berita-berita ini.

Walaupun tiada pengesahan daripada pihak Tun sendiri, saya percaya ianya boleh terjadi sekiranya ia dibahaskan, dibincangkan secara serius.
** keputusan ada ditangan Tun.

Berlakunya beberapa pertemuan antara pihak-pihak yang disebutkan diatas dalam tempoh kebelakangan ini menjadi persoalan. Apakah suatu "petanda" bagi pembentukan gabungan baru ini ..??.
** jika betul ... ia adalah sesuatu yang baik.

Saya kini kerap bertanya ...
** "apa gunanya gabungan parti Pakatan Harapan" ini wujud dengan suasana tidak harmoni yang sedang dilalui ..??".
** bagaimana keadaan akan tenang apabila ada desakan supaya Tun Mahathir berundur untuk digantikan oleh Anwar ...???.
** apakah benar ada perjanjian peralihan kuasa sedangkan ada pihak berkata bahawa "perjanjian itu tidak wujud sama sekali".

Keadaan kusut dan perbahasan mengenai peralihan kuasa ini ternyata menggangu kelancaran pentadbiran kerajaan hari ini.
Prestasi beberapa menteri dari parti-parti tertentu (dalam gabungan PH) tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat. Ia seakan mahu menunjukkan bahawa Tun hilang kawalan dan prestasi kerajaan hari ini tidak seperti dijangka.
** sedarilah .... rakyat telah merobah kerajaan tetapi segelintir pihak dalam kerajaan baru ini terlihat seperti "tak mahu perubahan". Itu bukan seperti yang dikehendaki oleh rakyat.

Seingat saya ... janji Tun sebelum menang PRU14 adalah untuk "memperbaiki kerosakan dan memperbetulkan sistem pentadbiran" yang menjadi kucar-kacir dalam pemerintahan yang lepas.
** bagaimana kerosakan dapat dipulihkan dalam keadaan yang terganggu ..??.
** cukupkah tempoh masa
dua tahun (sebelum berlaku peralihan kuasa) untuk sekian banyak kerosakan diperbaiki ...???. Mustahil.

Tidak ada pilihan lain.
Gabungan baru, kerajaan baru adalah jalan dan pilihan terakhir. Tinggalkan mereka yang bermasalah dan mereka yang kita kira memang bersalah. Barulah kestabilan akan terjamin.

Kerjasama Tun bersama pihak-pihak yang bersih dari sebarang salahlaku amat-amat diimpikan.

Ketika ini kita bukan dalam tempoh berpolitik kerana PRU telah hampir dua tahun kita tinggalkan. Agenda perjuangan kita kini adalah untuk rakyat. Bukan untuk mana-mana individu (yang mengejar impian).

#kami_memilih_untuk_BERUBAH
#tamatkan_ketidakstabilan_ini

FAM @ Sgt.Jo

Tuesday, February 4, 2020

Sejarah TERCIPTA

Malaysia Baru ni mencipta/mencatat beberapa sejarah.
** ada sesiapa perasan tak ...???.

Kerajaan yang berkuasa selama 60 tahun ... tumbang.

Seorang yang berusia 93 tahun dilantik menjadi Perdana Menteri (paling tua didunia).

Perlantikan Perdana Menteri ini adalah buat kali ke 2

Pertama kali seorang Timbalan Perdana Menteri Wanita dilantik.
** ironinya .... suaminya pulak bekas Timbalan Perdana Menteri (yang berkhidmat dibawah Perdana Menteri yang sama).

Pertama kali ....
Seorang bekas Perdana Menteri dihadapkan kepengadilan (atas pelbagai tuduhan).
** turut sama ... isteri bekas Perdana Menteri pun perlu berdepan dengan perbicaraan

Bekas Timbalan Perdana Menteri tak ketinggalan ... diheret kemahkamah jugak (dengan puluhan pertuduhan).

Apa lagi selepas ini ...???.

Yang agak pasti .... bekas Perdana Menteri yang pertama bakal berdepan hukuman penjara. Tak tahu bila dan tak tahu berapa lama tempohnya.

Hebat #Malaysia_BARU

FAM @ Sgt.Jo

Baru Nak MENGAKU ...?

Satu :
Najib Razak told the court today that "the RM42 million from SRC International Sdn Bhd which found its way into his personal accounts was put there by fugitive financier Low Taek Jho".

Dua :
"He must have thought that if he didn't continue to ensure money in my account it would affect his relationship with me, more seriously it would lead me to uncover his scams".

Apa yang dapat difahami dengan dua perkara diatas. Najib yang berada didalam kandang saksi bercakap begitu sewaktu disoal.

Keliru jugak kita dibuatnya.

Perkara satu.
Najib seakan mengaku dan tahu duit 42 juta datang dari Jho Low sedangkan pada pemeriksaan balas dari pihak Pendakwaraya tempohari dia bantai jawapan "tak tahu, tak ingat, tak sedar dan tidak tidak tidak".
Macamana ni Najib ....???

Perkara dua.
Dah tahu pulak apa yang bermain diminda Jho Low. Takut kerja haramjadnya "terbongkar" jika tak jaga hubungan baik dengan Perdana Menteri.
** ooooo. Memang dah tahu Jho Low tu penyangak rupanyaaaaa ...????.

Amboi amboiiiii.
Senangnya cakapppp ....!!!.

Kerja Jho Low tu kerja haram.
Melindungi kerja dia namanya bersubahat. Menerima upah, imbuhan kerana melindungi tu adalah "makan suap @ rasuah".
** kenyang perut, penuh tembolok dengan 42 juta kan ...???.
** dah kecoh orang bercakap pasal wang yang diseleweng ... lagi kamu boleh buat diam.

Satu kesimpulan saja yang boleh dibuat.
** kamu bukan mahu melindungi Jho Low tetapi kamu sama turut bersekongkol (songlap dan menyeleweng). Dibuang orang yang menyiasat, dilantik orang yang boleh disumbat dedak .... dan kamu suka-suka menjaja cerita bohong kepada rakyat.
** ini dinamakan "salahguna kedudukan dan kuasa".

Kamu ingat Allah tidak melihat.
Kamu ingat Allah tidak MELAKNAT.
Kamu ingat Allah sayang kepada Kleptokrat.
** semuanya (kerja busuk) berakhir buat kamu apabila tumpas pilihanraya. Bermula saatnya kamu tersedak dan terdesak lalu mengatakan kamu kalah kerana fitnah.

Nahhhhh.....!!!!
Didalam mahkamah kamu menjerut leher sendiri. Hakim terus mencatat setiap keterangan kamu Najib. Dan pada akhirnya kamu akan temui jalannya.
** Kamu jangan ingat jalan yang nak dilalui adalah "jalan ke syurga" tetapi hakikatnya ... "jalan ke Sungai Buloh".

#hai_lah_BADAN
#hai_lah_NYAWA
#hai_lah_DARLING
#berpisah_jua_akhirnya.
** belum nak mati laaaa ...!!!

FAM @ Sgt.Jo

Jangan Hina Tun M

Jika ada yang bertanya "kenapa saya cukup pantang orang menghina Tun" ...
ini jawapan saya.

           ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

"SILA RUJUK KEPADA RUKUN NEGARA".

A. Jaga tatalaku berlandaskan agama (yang dianut). Yang "tak beragama" tak payah menyibuk.

B. Perlantikan Tun sebagai Perdana Menteri adalah dengan "perkenan" daripada YDPA ... Raja kita.

C. Perlantikan Perdana Menteri adalah tertakluk didalam Perlembagaan Malaysia.

D. Jika Perdana Menteri melakukan sebarang salahlaku ... beliau tetap berada dibawah Undang-undang.

E. Berkelakuanlah seperti orang yang bertamaddun dan manusia yang bermoral.

Jika ditanya pula kenapa saya jugak pernah mengutuk Najib ketika dia bergelar Perdana Menteri .... pun kena rujuk semula kepada Rukun Negara.

Tak jelas lagi ...???

Ruang komen terbuka untuk perbahasan. Saya akan jawab bila ada pertanyaan.

FAM @ Sgt.Jo