Wednesday, February 5, 2020

Kemana "halatuju" politik dan pentadbiran kita..???

.
Kisah perihal bakal terbentuk gabungan baru yang menjadi "kerajaan" semakin galak diperkatakan. Kerjasama kononnya antara Tun Mahathir bersama beberapa anggota dari UMNO, dengan sokongan PAS serta penyertaan beberapa ahli Parlimen dari PKR digembar-gemburkan oleh beberapa pihak. Media Sosial menjadi platform penyaluran berita-berita ini.

Walaupun tiada pengesahan daripada pihak Tun sendiri, saya percaya ianya boleh terjadi sekiranya ia dibahaskan, dibincangkan secara serius.
** keputusan ada ditangan Tun.

Berlakunya beberapa pertemuan antara pihak-pihak yang disebutkan diatas dalam tempoh kebelakangan ini menjadi persoalan. Apakah suatu "petanda" bagi pembentukan gabungan baru ini ..??.
** jika betul ... ia adalah sesuatu yang baik.

Saya kini kerap bertanya ...
** "apa gunanya gabungan parti Pakatan Harapan" ini wujud dengan suasana tidak harmoni yang sedang dilalui ..??".
** bagaimana keadaan akan tenang apabila ada desakan supaya Tun Mahathir berundur untuk digantikan oleh Anwar ...???.
** apakah benar ada perjanjian peralihan kuasa sedangkan ada pihak berkata bahawa "perjanjian itu tidak wujud sama sekali".

Keadaan kusut dan perbahasan mengenai peralihan kuasa ini ternyata menggangu kelancaran pentadbiran kerajaan hari ini.
Prestasi beberapa menteri dari parti-parti tertentu (dalam gabungan PH) tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat. Ia seakan mahu menunjukkan bahawa Tun hilang kawalan dan prestasi kerajaan hari ini tidak seperti dijangka.
** sedarilah .... rakyat telah merobah kerajaan tetapi segelintir pihak dalam kerajaan baru ini terlihat seperti "tak mahu perubahan". Itu bukan seperti yang dikehendaki oleh rakyat.

Seingat saya ... janji Tun sebelum menang PRU14 adalah untuk "memperbaiki kerosakan dan memperbetulkan sistem pentadbiran" yang menjadi kucar-kacir dalam pemerintahan yang lepas.
** bagaimana kerosakan dapat dipulihkan dalam keadaan yang terganggu ..??.
** cukupkah tempoh masa
dua tahun (sebelum berlaku peralihan kuasa) untuk sekian banyak kerosakan diperbaiki ...???. Mustahil.

Tidak ada pilihan lain.
Gabungan baru, kerajaan baru adalah jalan dan pilihan terakhir. Tinggalkan mereka yang bermasalah dan mereka yang kita kira memang bersalah. Barulah kestabilan akan terjamin.

Kerjasama Tun bersama pihak-pihak yang bersih dari sebarang salahlaku amat-amat diimpikan.

Ketika ini kita bukan dalam tempoh berpolitik kerana PRU telah hampir dua tahun kita tinggalkan. Agenda perjuangan kita kini adalah untuk rakyat. Bukan untuk mana-mana individu (yang mengejar impian).

#kami_memilih_untuk_BERUBAH
#tamatkan_ketidakstabilan_ini

FAM @ Sgt.Jo

No comments:

Post a Comment