Saturday, March 7, 2009

CELAKA, BACUL DAN CABUL

ADUN Skudai Boo Cheng Hau menyamakan dasar kerajaan BN membela Bumiputra dengan apartheid. ADUN Skudai ini mengerti atau tidak erti apartheid kita tidak pasti. Entah dari mana dia mengumpul bukti pun tidak kita ketahui.

Selama berdekad-dekad mungkin Boo tidak menyedari bahawa kaum Bumiputra seolah-olah DISELUBUNGI oleh dasar yang sedemikian apabila banyak bidang ekonomi Malaysia dimonopoli oleh bangsa pendatang.

Apa yang tinggal dan dapat diperjuangkan oleh kaum Bumiputra adalah kuasa politik dan kedudukan Raja-raja Melayu. Kaum bumiputra sanggup berkongsi hak kewarganegaraan dengan kaum pendatang.

Mungkin kaum pendatang berfikiran bahawa mereka perlu menguasai segala-galanya seperti ekonomi, pemilikan harta, hasil bumi dan perundangan Negara barulah dasar apartheid ini tidak akan ditimbulkan.

Membiarkan bangsa peribumi merempat dinegara kelahiran mereka barulah dikatakan adil buat Bumiputra. Mengikut telunjuk dan arahan mereka baru dikatakan tidak apartheid.

Di Parlimen King Karpal menggelar Pemuda UMNO sebagai celaka kerana dia menerima kiriman dua butir peluru hidup. Bila diminta untuk mengakui perbuatannya oleh Pemuda UMNO beliau tidak pula berani bersuara. Bila diminta membuktikan tuduhan tidak pula dapat diberikan. Beliau menggunakan KERUSI RODA dan kedudukan Ahli Parlimen sebagai perisai.

Kebiadapan Karpal menyanggah titah Sultan Perak sehingga sanggup untuk membawa Baginda Sultan ke mahkamah kerana kononnya melangkaui kuasa sebagai seorang Sultan. Sehingga kehari ini belum ada tanda-tanda Karpal bersungguh dengan hasrat untuk menyaman Sultan Perak.

Inilah Karpal. Raja Gempak Malaysia. Sama gemparnya semasa menyarankan kawan-kawan sepakatan untuk bertaubat.

Haji Hadi seirama dengan Karpal bila menuduh mereka yang menyokong perlaksanaan PPSMI sebagai celaka dalam masa yang hampir sama melaungkan agar dapat diwujudkan kerajaan perpaduan di bumi Malaysia.

Hairannya Haji Hadi tidak pula mengikut perilaku Karpal menyuruh pendokong dasar PPSMI untuk bertaubat.

Kurangkah darjat kewarakan Haji Hadi berbanding Karpal Singh?.

Anwar Ibrahim melabelkan Pemuda UMNO bacul didalam satu majlis di Shah Alam hanya kerana beberapa pemimpin Pemuda UMNO mahukan penjelasan Singh the King berkaitan isu yang ditimbulkan di Parlimen. Mungkin kerana Anwar kasihankan Orang Kurang Upaya seperti Karpal atau indirectly (secara tak langsung) ingin menyampaikan penghargaan kepada Karpal kerana mensihatkannya supaya bertaubat tempohari.

Mungkin Anwar sudah mula sedar diri. Sheikh Yusuf al-Qardawi, Nik Aziz, Haji Hadi, Nasharuddin, Mat Sabu malah Datuk Harussani (SS Mufti Perak) tidak dapat memberi tunjuk ajar yang berguna kepada Anwar berbanding seruan yang dibuat oleh Karpal.

Di Perak Sivakumar belum puas-puas lagi menggunakan kuasa sebagai Speaker DUN apabila menggantung Dr Zambry dan 6 Exco dari menghadiri sidang Dewan dan terkini memecat Setiausaha Dewan yang menderhaka kepada beliau.

Sivakumar tidak hiraukan lagi titah Sultan Perak kerana dialah yang paling berkuasa mencorak dan mentadbir perjalanan pentadbiran Negeri Perak. “Sayalah yang berkuasa di Perak kerana saya dilantik sebagai Speaker Dewan”.

Kerana itulah perintah Sivakumar untuk bersidang dibawah pokok wajib dipatuhi. Jadilah 27 ADUN lain seperti “Lembu dicucuk hidung”. Lebihkurang 200 penyokong (Tembok Manusia) kerajaan Pakatan seperti dirasuk, diserang histeria mahu melawan pihak berkuasa Polis.

Selepas ini kita mahu melihat kesan perintah injunksi Mahkamah Tinggi Ipoh terhadap Sivakumar.

Mohd. Nizar berkeras menyatakan dirinya masih MB Perak yang sah biarpun telah diarah meletak jawatan oleh Paduka Sultan Perak.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar titah Sultan Perak belum lagi didengar tetapi sudah berpakat dengan Sivakumar untuk mengadakan Sidang Tergempar Di Bawah Pokok (nama panjangnya: SIDANG YANG MENGGEMPARKAN DUNIA BERLANGSUNG DIBAWAH POKOK) bagi membubarkan Dewan.

Masih belum pudar lagi hasrat untuk menjahanamkan perundangan negeri Perak.

Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming tidak banyak bersuara meskipun semua sedia maklum bahawa mereka berdualah antara sebahagian dalang dalam pergolakan perlembagaan di Negeri Perak.

Dalam riuh rendah suasana politik diperdebatkan mencelah pula Nik Aziz, Tuan Guru, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS menyalahkan KDN kerana bertindak membatalkan Warta Kerajaan yang tersilap membenarkan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat digunakan oleh agama selain dari Islam.

Pemimpin Pakatan Kedah juga tidak mahu ketinggalan menimbulkan kontroversi apabila mengharapkan kemangkatan segera Sultan Kedah supaya mudah untuk mentadbir negeri.
Walaupun belum ternyata kesahihan surat layang tersebut tetapi bak kata pepatah “Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang” dan pepatah Uncle pula “ “Kalau tiada angin mustahil boleh bermain layang-layang”

Terlalu ramai pemimpin Pakatan yang tidak gemarkan raja-raja Melayu di Malaysia ini.
Ada pemimpin yang mahu mencampur adukkan urusan agama Islam dengan agama lain dan ada pemimpin yang menyanggah kedudukan raja-raja yang secara rasminya adalah Ketua Agama bagi setiap negeri.

Uncle merumuskan agenda mereka hanya satu….. menjatuhkan martabat agama Islam melalui politik dan sekaligus membuang agama Islam dari dijadikan agama rasmi Negara Malaysia ini.

Perlakuan dan segala tindakan mereka menjurus kearah itu dan semakin menjadi-jadi semenjak mereka berjaya meraih kepercayaan pengundi dengan menguasai banyak kerajaan negeri.

Mereka boleh menuduh orang lain sebagai celaka atau bacul. Mereka boleh berbuat apa sahaja yang tidak terfikir oleh orang lain. Walaupun mereka dipilih oleh rakyat, tetapi Uncle pasti tidak semua rakyat yang memilih mereka setuju dengan apa yang mereka lakukan sekarang ini.

Perlu diingat sewaktu mereka bertindak sedemikian, masa yang sama mereka lupa sebenarnya perbuatan mereka adalah perbuatan CABUL.

Mencabul kesucian agama dan mencabul keharmonian dan keluhuran undang-undang.

Rakyat negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya kini perlulah memikirkan kembali apa yang telah dilakukan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang yang mereka pilih pada PRU12 yang lalu. Sandiwara atau kemelut inikah yang ingin mereka saksikan seterusnya atau perkara sebaliknya…fkir-fikirkanlah kembali.

Semua manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, tetapi tidak semua manusia yang mahu mengaku telah melakukan kesilapan. Bagi pemimpin-pemimpin yang Uncle katakan tadi, kesilapan menjadi senjata… kesilapan mereka diputarbelitkan supaya kemenangan pula berpihak kepada mereka.

Mulai sekarang fahamilah….. kesilapan selalunya membawa padah. Tersilap memilih membawa bencana. Rakyat dan Negara menerima bahananya.

Bahananya adalah KECELAKAAN.

Tidak ubah seperti apa yang diucapkan oleh Haji Hadi dan Karpal.

PERAK SEDANG DIHANCURKAN

Politik Perak terus bergolak. Rakyat baru saja melihat keruntuhan kerajaan PR tetapi kini menyaksikan pula penyingkiran 7 wakil rakyat yang memimpin kerajaan baru BN.

DUN Perak tidak bersidang ketika ini tetapi dengan kuasa sebagai Speaker Sivakumar bertindak ‘meruntuhkan’ kerajaan yang baru dilantik. Ini berlaku diluar sidang Dewan Undangan Negeri.

Uncle melihat perbuatan Sivakumar tidak sekadar menghina Sultan Perak tetapi dari sudut yang lain. Sivakumar adalah Raja Politik Perak. Maka Sivakumar menitahkan Sultan Perak untuk membubarkan DUN.

Mungkin rakyat maklum mengapa Sivakumar berbuat demikian, tetapi Ahli Politik veteran seperti Karpal Singh sendiri kurang faham tindakan Speaker DUN Perak itu.

Strategi yang diatur oleh Penasihat PKR memungkinkan Sivakumar mengambil keputusan berkenaan, maka tidak salah jika Karpal Singh menggesa individu berkenaan bertaubat.

Memang benar kata Karpal…Anwar telah membuat banyak kerosakan kepada Negara. Kini Perak sedang dimusnahkan.

Jika Karpal sudah hilang sabar dengan Anwar…apakah rakyat masih mampu menahan sabar?

Anwar sering menuduh BN dalang konspirasi untuk menjatuhkan wakil-wakil rakyat pembangkang, persoalannya kini apakah peristiwa di Perak ini konspirasi Anwar dan PR untuk membubarkan DUN Perak?

Mungkin ia bertujuan untuk mengadakan pilihanraya baru di negeri berkenaan?

Tidak mustahil… kerana inilah satu-satu jalan yang tinggal untuk mencapai hasrat itu. Jika mengharapkan kes Nizar berpihak kepada PR mungkin agak lewat. Kelewatan akan memberi masa untuk ADUN Perak memilih halatuju mereka. Barangkali akan ada kes keluar parti berlaku sementara keputusan mahkamah diperolehi.

Keputusan keluar parti tidak akan hanya berlaku di pihak PR malah mungkin akan melibatkan wakil dari BN juga.

Jika ini berlaku, maka pertembungan kuasa akan menjadi lebih menarik dan hebat. Siapa yang akan meraih hasilnya. Hanya dua pilihan…PR atau BN.

Siapa mangsanya? Tentu sekali rakyat dan para pemilih yang keluar mengundi pada PRU12 tempohari.

Rakyat kini sedang keliru…kekeliruan yang bakal menyaksikan pertembungan yang tiada kesudahan.

JIKA TIADA PILIHAN LAIN....Mungkin hanya pilihanraya baru dapat memberi keputusan muktamad. Maka Sultan Perak akan terpaksa menjunjung titah V. Sivakumar (Speaker DUN Perak @ Raja Politik Perak) dan wajib membubarkan DUN Perak.

Harus diingat…tempoh berkempen yang harus ditempoh akan menjadi saat yang kritikal kepada rakyat Negeri Perak. Semuanya akan berlangsung dalam suasana sukar dan sentimen rakyat menjadi tidak terkawal.

Inilah keadaan yang ingin dielakkan.

Sebelum semua ini berlaku, maka tindakan Sivakumar hendaklah diperhalusi supaya kerosakan dapat dihentikan.

Jikapun pilihanraya terpaksa kita hadapi, janganlah pengundi-pengundi mengambil pilihan yang bakal menghancurkan Negeri Perak.

Wassalam.

CUKUP-CUKUPLAH POK NIK…….

Mendengar kata-kata Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan melalui siaran berita semalam Uncle rasa loya, geli geleman dan ditambah pulak rasa meluat.

Adakah patut seorang yang bergelar Tuan Guru mengeluarkan kenyataan sedemikian didepan masyarakat.

Cukup-cukuplah Pok Nik….jangan banyak sangat berdalih. Banyak perkataan lain jika hendak membela puak-puak yang bersekongkol dengan Pok Nik..

Uncle tidak pandai berkaitan hal-hal agama ni, tapi tidak juga terlalu jahil. Uncle tak rasa bangga kalau membela mereka yang tidur berbogel, bersekedudukan, atau memperjuangkan individu yang rendah moral seperti yang Pok Nik katakan itu.

Apa pengajarannya kepada generasi pendokong perjuangan Parti Islam SeMalaysia?

Berbogellah kerana itu tidak salah…..telanjanglah tapi kena ingat…biar ada rasa malu dengan malaikat?

Maka perbuatan tidur telanjang atau berbogel tak jadi masalah? Memang betul…itu hak peribadi…tapi jangan pulak Pok Nik mempromosi perkara-perkara begitu hanya kerana individu itu rakan politik.

Macamana kelak jikalau PAS memerintah….melaksanakan hukum hudud …perbuatan itu digalakkan atau ditegah?

Uncle dah dapat jangkakan jawapannya….ITU NANTI KITA AKAN FIKIRKAN….
Ilmu agama Uncle terlalu cetek berbanding Mursyidul Am PAS, tetapi rasanya perbuatan sedemikian harus kita nasihatkan, bukan digembar-gembur kerana makhluk tu berada dipihak kita.

Katakanlah seorang ulama lain yang tidak berpolitik mengajarkan begitu….. apa ulasan Pok Nik? Katakanlah pula makhluk tu lawan Pok Nik…MACAMANA?

Pok Nik kena sedar beliau berkata atas kapasiti apa? Apa penilaian orang lain bila perkataan sedemikian keluar dari mulut seorang Tuan Guru seperti Pok Nik?

Karpal patut menyarankan Nik Aziz juga bertaubat. Karpal lebih faham apa maknanya bertaubat melebihi kefahaman Nik Aziz agaknya. Atau Pok Nik dah termakan ideologi Karpal sejak Pakatan Rakyat terbentuk?

Uncle pun nak juga dengar ulasan dari Haji Hadi, Presiden PAS berkaitan kata-kata Nik Aziz tu. Husam, Mat Sabu, Nasarudin, Dr Azizan, Nizar….. takkan sama menyokong kenyataan Nik Aziz juga?

Bagaimana dengan Anwar…betulkah perkataan Mursyidul Am PAS tu?

Bagi Uncle….biar sakit telinga mendengar …..asalkan lega sesak didada, ringan sedikit beban dosa.

Uncle tidak hendak bertelingkah sesama Islam, tetapi sekadar ingat memperingati… itulah tanggungjawab kita dilahir dan dibesarkan dalam Islam.

Buat Nik Aziz….Ulama tidak maksum, Tuan Guru manapun tidak maksum, mana-mana pewaris Nabi juga demikian. Uncle ingin pesan berpesan. Perbanyakkanlah minta ampun dari Allah. Dah tak terpikul dosa-dosa yang terhimpun selama hidup ini.

Wassalam.

SAYA TIDAK BERASA MALU TETAPI……. SAYA MAHU BERUNDUR

Saya tidak malu… Uncle memetik sedikit ungkapan Elizabeth Wong semasa sidang akhbar semalam (17 Feb 2009). Sebelum ini Wong mendakwa bahawa penyebaran gambar dan video beliau bertujuan untuk memalu dan mencemarkan nama baiknya.

NAMA BAIK? Bagaimana pula dengan moral yang tidak baik?

Memang YB Wong tidak tahu malu. Apa yang hendak dimalukan oleh YB Wong kerana itu hak peribadinya dan dia tidak melanggar undang-undang?

Sebagai rakyat yang mematuhi undang-undang Uncle berpendapat perbuatan individu terbabit memang salah dan perlu dikenakan tindakan. Tetapi jika Uncle ini salah seorang pemilih di DUN Bukit Lanjan, rasanya Uncle berterimakasih juga kepada DALANG penyebaran gambar bogel tersebut kerana memberi peluang untuk mengenali sedikit latarbelakang Wong yang terselindung disebalik nama baiknya. Uncle akan berasa malu jika kertas undi yang Uncle pangkah memenangkan Wong.

Kerana itu, para pemilih Wong seharusnya berasa malu kerana kedudukan dan jawatan YB Wong hasil mandat yang diberi oleh pengundi di kawasan Bukit Lanjan.

Uncle tidak tahu apa yang difikirkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamarudin, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nurida Mohamad Salleh dan Makcik-makcik BERTUDUNG yang hadir sama didalam sidang akhbar Wong tempohari. Mungkin Setiausaha Penyelaras DAP Teresa Kok dan Naib Presiden PKR A. Sivarasa tidak perlu memikirkan apa-apa berkaitan moral Wong.

Khabarnya Wong mendapat sokongan padu…dari keluarga, pemilih, rakan Pakatan Rakyat, kawan-kawan dan orang awam……..Benarkah dakwaan ini? Sokongan untuk watak yang mana satu?

Tidak seperti V. Arumugam (bekas ADUN Bukit Selambau) yang tahu malu. Menghilangkan diri sebaik memorandum diserahkan kepada SPB Sultan Kedah sehingga berita peletakan jawatan exco dan ADUN diumumkan oleh MB Kedah. Dimana Arumugam ketika ini masih tidak diketahui.

YB Wong seharusnya diberi pujian kerana tidak malu untuk bertanggungjawab berikutan pendedahan tersebut. YB Wong rela untuk berundur dan telahpun menyerahkan surat kepada MB Selangor mengenai hasrat beliau.

Dalam kes ini masyarakat mula beralih untuk melihat reaksi dari Pakatan Rakyat berkaitan isu ini. Pemimpin Agung PKR memujuk Wong untuk mempertimbang semula keputusannya.. Suara MB Selangor turut senada (tak mahu melawan Boss). YB Husam bersetuju jika Wong mengosongkan kerusi DUN dan kerusi Exco.

Siasatan polis sedang dijalankan dan harapannya adalah YB Wong TIDAK AKAN MALU-MALU untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku antara beliau dengan dalang tersebut sehingga gambar-gambar sensasi berkenaan boleh dirakam. Hanya YB Wong yang mengetahui segala-galanya.

Wong mengesyaki bekas teman lelakinya berkemungkinan mendalangi perbuatan. Mungkin benar… kerana siapa lagi yang dapat mendekati Wong dalam keadaan sebegitu?.. Apa agenda penyebaran gambar tersebut hanya diketahui oleh Wong dan individu berkenaan.

Wong tidak harus menuding jari kepada orang lain khasnya penentang-penentang beliau kerana itulah resam dalam dunia politik. Kesilapan sekecil hama sekalipun akan digunakan sebagai senjata untuk menumbangkan musuh.

Imej Pakatan telah banyak tercalar dengan pendedahan isu-isu moral. Kepercayaan yang diberikan pengundi sedikit sebanyak akan merosot.

Tapi…siapa yang tahu? Tidak mustahil pembongkaran ini mampu menambah populariti pemimpin-pemimpin Pakatan kerana mereka bijak memanipulasi kisah. Bijak memainkan sentimen rakyat dan mungkin inilah senjata paling berkesan untuk mereka menguasai lebih banyak kawasan hasil dari pilihanraya kecil yang bakal diadakan.

Tarikh 7 April 2009 bakal menentukan siapakah RAJA BUKIT yang baru.
Bukit Gantang, Bukit Selambau……..Mungkin juga Bukit Lanjan.

Ratu Bukit Gasing sudah pasti tidak akan menguasai persaingan di Bukit Lanjan sekiranya beliau sah meninggalkan kerusi berkenaan. Kita ingin juga melihat reaksi dan komen dari Raja Bukit Gelugor berkaitan isu ini.

ALAHAI WONG…… BUTA BAHASA ATAU TAK RETI BAHASA

Mulanya ADUN Canning dari DAP, Wong Kah Woh tidak faham bahasa kerana merujukkan Dr Zambry dan 6 Exco BN Perak kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh V. Sivakumar, Speaker DUN Perak untuk diambil tindakan.

Kesannya adalah penggantungan selama 18 bulan dan 12 bulan terhadap mereka yang terbabit.

Setelah berjaya dengan misi pertamanya Wong Kah Woh sekali lagi kurang faham bahasa apabila mengaitkan laman web Mykmu.net dengan kes hasutan bagi artikel yang mengaitkan Sivakumar.

Wong Kah Woh bukan Melayu…. mungkin tidak mahir berbahasa Melayu tetapi Wong tidak merujuk orang yang benar-benar memahami maksud artikel berkenaan.

Wong disokong Azhar Saud, Ketua Penerangan PAS Perak, seorang Melayu yang juga buta bahasa Mungkin Melayu ini tidak faham, disalahfahamkan atau sefahaman dengan Wong yang sering sahaja mencari isu-isu untuk diperbesarkan.

Uncle petik sedikit kandungan artikel berkenaan yang dijadikan asas membuat tuduhan tersebut:
“Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu.

Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor
Pada hemat patik pacal yang hina, sudah tiba masanya Tuanku menintahkan hukuman buang negeri ke atas sekumpulan bukan Melayu yang merasakan mereka sekarang raja di Perak. Jangan terus berdiam diri, patik khuatir suatu hari nanti nasi sudah menjadi bubur, tragedi Kuala Sepetang berulang lagi.”

Adakah Wong faham perkataan JIKA….dan….. ZAMAN DAHULU….?

Adakah Melayu yang berketayap itu (Azhar Saud) faham perkataan tersebut?

Atau sengaja buat-buat tak faham…buat-buat lupa untuk faham maksud ayat tersebut kerana ingin menimbulkan kekecohan?

Tidak semestinya apabila terdapat perkataan BUNUH sudah boleh dijadikan bahan untuk membuat tuduhan lalu terburu-buru ke Balai Polis membuat laporan.

Wong dan Azhar……

Nampaknya sekarang sudah menjadi satu trend, satu budaya, satu penyelesaian…apa sahaja yang mendatangkan tidak puas hati… cerita dimahkamah, perkara yang tidak benar-benar faham..terus buat laporan di Balai Polis.

Kalau beginilah gayanya…eloklah Wong Kah Woh letak jawatan.
Wong belum layak lagi mewakili rakyat di Dewan Undangan.Datang berjumpa Uncle untuk belajar memahami secukupnya susunan tatabahasa dalam Bahasa Malaysia tambah-tambah lagi untuk memahami artikel berkenaan. Peluang belajar bahasa ini Uncle buka juga kepada Melayu yang berketayap tu. Tak usahlah bersandarkan Islam bila berhujah membela Sivakumar dalam hal-hal seperti ini.

Kalau waktu mengangkat sumpah Wong boleh memakai songkok… kenalah faham juga bahasa orang-orang yang bersongkok….BAHASA MALAYSIA….. jangan hentam keromo, bahasa kasarnya MAIN BELASAH, MAIN BALUN….. perkara yang kecil jadi terlalu besar pula pada Wong Kah Woh.

Kalau betul boleh juga Uncle terima…tetapi….sekali ini Wong mengarut.

Mengapa….? Sebab BUTA BAHASA atau TAK RETI BAHASA.

Pakar Bahasa mungkin bersetuju dengan Uncle dalam hal ini.

Perkataan dan ayat yang digunakan dalam artikel tersebut hanya memberikan contoh bagaimana orang seperti Sivakumar akan dilayan pada suatu ketika dahulu, bukan sepatutnya yang Sivakumar terima pada zaman ini.

Sivakumar boleh dikira beruntung kerana perbuatan dilakukannya di Negeri Perak. Andaikata dia di Thailand….keadaan mungkin berbeza.

Cuba perhatikan bagaimana rakyat Thailand mengadap Raja mereka. Tidak mengira siapa mereka, apa kedudukan mereka…rakyat Thailand terpaksa mengesot (kalau kurang faham makna mengesot…perkataan mudahnya ialah MERANGKAK) didepan raja mereka.

Bukan bertujuan untuk menghina Perlembagaan Thailand tetapi itulah cara mereka

Rakyat Australia, Harry Nicolaides ditahan semata-mata kerana menulis perkataan yang menghina Raja Thailand.

Malaysia hari ini BUKAN Melaka, Langkasuka, Majapahit, Temasik atau negeri-negeri zaman feudal dulu. Malaysia juga bukan lagi Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Malaysia kini adalah negara bertamadun. Ada sistem perundangan dan peradaban yang diterima dunia.

Jadi Wong Kah Woh….ADUN Canning dan sahabat Melayunya yang berketayap tu….jangan terlalu emosional, jangan terburu-buru, duduk dulu elok-elok…ambil artikel berkenaan….teliti betul-betul perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, cerita demi cerita…..baru boleh buat keputusan.

Jangan baca sekali imbas terus berkejar membuat laporan polis. Itu perbuatan orang BODOH.

Azhar Saud tu sia-sia sahaja bergelar Ketua Penerangan Parti.. maksud ayat yang begitu terang tak juga dia nampak. Patutlah penyokong-penyokong pun KABUR…mat saleh kata “ BLUR”. Kononnya dialah PEJUANG ISLAM SEJATI.

Semua orang tau tak ada agama yang menggalakkan penganutnya berbunuhan sesama sendiri. Dari dulu lagi orang dah tau.

Jangan sempitkan fikiran kerana Politik. Berpolitik dalam keadaan kelam-kabut akan menimbulkan huru-hara tanpa sebab. Tak ada alasan konkrit. Berpolitik biarlah dengan sikap RASIONAL. Jangan berpolitik untuk kepentingan peribadi kerana politik adalah ruang dan peluang untuk membawa kebaikan kepada masyarakat keseluruhan.

Jika terlalu kerap diganggu-gugat dengan isu yang bukan-bukan bila pula masanya rakyat dapat merasakan suasana aman dan damai. Banyak masa akan terbuang kerana menangani perkara yang tak berfaedah hasil pemikiran kolot begitu.

Nota: Cuba-cubalah cari dan baca artikel Kronologi Krisis Politik Perak yang Uncle rasa ditulis oleh salah seorang senior dalam Kerajaan PR Perak. Bukan apa-apa, cuba teliti gaya tulisan dan tatabahasa penulis tersebut.

Sedikit petikan dari tulisan tersebut:

“HARAP SEMUA PENYOKONG PR/BN DAPAT MEMBACA HINGGA HABIS UTK MENDAPAT GAMBARAN SEBENAR DI ISTANA KRISIS PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang. “

Wassalam.
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang mengadakan sidang tergempar dewan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan selepas tidak dibenarkan masuk.

Sivakumar membawa kesemua ADUN beristirehat dibawah pokok 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan dalam “perbualan bawah pokok” mereka memutuskan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Kelompok wakil rakyat pilihan pengundi Perak pada PRU12 tempohari disertai oleh lebihkurang 200 orang pengikut setia mereka yang sebelum itu memaki hamun pihak Polis di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Amat menyedihkan…. belum tercatat dalam sejarah Perlembagaan Negeri dibincang oleh wakil-wakil rakyat cara bersidai di bawah pokok …..

Uncle ulang sekali lagi “BERSIDAI”….bukan “BERSIDANG”.

Hanya kerana ingin menunjukkan KEMURNIAN jiwa mereka kepada lebihkurang 200 penyokong dalam usaha menentang dan seterusnya … MENDERHAKA… kepada SPB Sultan Perak.

Perbualan di BAWAH POKOK tersebut memutuskan tiga usul dan Nizar akan mengadap Sultan Perak dengan hasrat memohon MEMBUBARKAN DUN untuk diadakan satu pilihanraya baru.

Uncle tidak mahu menyatakan ketiga-tiga usul tersebut kerana tidak mengiktiraf perbualan bawah pokok seperti itu.

Mudahnya keputusan dibuat?

Rendahnya martabat Dewan Undangan Negeri Perak?

Ibarat Beruk dapat bunga
Macam sikudung dapat cincin
Seperti kadok naik junjung

Boleh guna tak pepatah-pepatah diatas ini kepada si Sivakumar ni?

Boleh kut? Pantang dicabar…terus saja bertindak memperalatkan kuasa yang ada. Tindak-tanduknya seolah-olah dialah Sultan Perak. Macamana dengan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming?. Nizar pun dah jadi seperti mereka juga. Mereka ini boleh diibaratkan sebagai hulubalang-hulubalang Siva.

Uncle merujuk perhimpunan Siva sebagai perjumpaan kedai kopi. Maka segala perbuatan dan perbincangan dalam keadaan tersebut bolehlah dianggap hanya sebagai perbualan kedai kopi yang tak perlu diterima sebagai sesuatu yang rasmi.

Pihak Mahkamah Tinggi Ipoh sudah pun meluluskan perintah injunksi terhadap Sivakumar bagi melarangnya bersuara atau membuat sebarang tindakan berkaitan dengan Dewan Undangan Negeri Perak berkuatkuasa serta merta tanpa had masa.Berkuatkuasa serta merta………. sebagaimana tindakan Sivakumar terhadap Dr Zambry dan 6 orang Exco serta Setiausaha Dewan Abdullah Antong Sabri.

Siva dan rakan kongsinya boleh bersidai terus di KEDAI KOPI SIVA untuk memperkatakan POLITIK KEDAI KOPI mereka. Kenakanlah pakaian seragam rasmi Speaker Dewan di kedai kopi itu kelak supaya sentiasa kelihatan segak, bergaya dan lebih berkarisma.

Usah pedulikan lagi hal ehwal dan kebajikan rakyat Perak kerana mereka kini semakin meluat dan loya dengan tingkahlaku wakil rakyat yang mereka pilih tempohari. Rakyat membuang masa keluar mengundi. Mengundi mereka untuk dihantar ke Dewan Undangan dahulu satu kerja sia-sia kerana mereka tidak memperjuangkan kehendak rakyat tetapi lebih mementingkan perjuangan merebut kuasa dan meraih populariti.

Belumpun cukup setahun mentadbir negeri pelbagai kerenah ditimbulkan sehingga rakyat yang tidak pernah menghina raja telah berani berbuat demikian.

Andaikata pengundi-pengundi di Perak diberi peluang memilih semula wakil-wakil mereka, maka pilihlah setelah berfikir semasak-masaknya apa yang terbaik yang diharapkan untuk masa depan.

Mendengar tohmahan, khabar angin, fitnah dan caci keji bukanlah kaedah untuk memilih wakil untuk mentadbir negeri.Jikapun terdapat kata-kata yang mengelirukan, pengundi harus menyelidik dahulu kesahihan isu yang digembar-gemburkan.

Pikior Yob Pikior. Semua itu untuk masa depan kita dan generasi akan datang.

POKOK - MONUMEN SEJARAH PAKATAN RAKYAT

5 pokok ditanam

Ipoh: Pakatan Rakyat akan menanam lima pokok, esok berhampiran tapak ‘sidang tergempar’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Selasa lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming, berkata lima pokok itu akan dinamakan ssempena lima prinsip yang menjadi moto Pakatan DAP,Pas dan PKR ketika ia mentadbir Perak sebelum bertukar kepada Barisan Nasional (BN) bulan lalu selepas tiga anggota pembangkang keluar parti masing-masing untuk menyokong BN.

Lima prinsip itu ialah keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan

-Bernama.


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula TEMPAT BERSIDANG”.

Untuk menjadikan lokasi persidangan tergempar tersebut satu memori paling indah, usaha menanam pokok-pokok kenangan itu disarankan oleh Nga Kor Ming semalam.

Idea amat unik bercambah dari benak Nga menjadi bertambah unik apabila pokok-pokok itu akan dinamakan dengan lima prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Maka setiap tahun kelak akan adalah perhimpunan besar-besaran pemimpin bersama penyokong setia di bawah pokok bagi mengingati peristiwa tersebut.

Nga disaran mengambil kira pandangan Uncle untuk menamakan pokok berkenaan dengan nama-nama pemimpin Pakatan disamping lima prinsip kerajaan Pakatan Rakyat berkenaan.

Pokok besar yang sedia ada sekarang patut diberikan nama POKOK TUANKU SULTAN kerana Paduka Sultan yang berkuasa di Perak dan akan menaungi kelima-lima pokok baru tumbuh yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat.

Dibawah ini Uncle berikan sedikit huraian mengapa nama-nama tersebut perlu diabadikan kepada pokok-pokok tersebut.

Pembaca boleh memberi tafsiran berbeza dari apa yang Uncle catatkan bergantung kepada fahaman masing-masing.


Pokok Keadilan – Anwar

Pokok Keadilan patut dinamakan disamping nama DS Anwar kerana dialah penggerak jentera keadilan (untuk dirinya sendiri) bermula tahun 1999 (Uncle akan kaitkan signifikan angka ini dengan tempoh hak pemilikan tanah selepas ini). Tahun ini adalah tahun kesepuluh gerakan membela Anwar dimulakan.

Keadilan mungkin telah terlaksana apabila rakyat memilih Anwar sebagai Ahli Parlimen dan kini menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Pokok Amanah - Nizar

Nizar diberikan amanah oleh Sultan Perak untuk mentadbir negeri sebaik sahaja Pakatan Rakyat terbentuk pada April 2008. Amanah diberikan kepada Nizar kerana sifatnya sebagai pemimpin PAS dan satu-satunya orang Melayu yang memenuhi kriteria untuk menerajui kerajaan negeri (Melayu, Islam dan berpendidikan agak tinggi). Nizar juga menerima amanah dari Ngeh dan Nga dari DAP.untuk mengutamakan puak-puaknya atas dasar kebajikan.

Pokok Ketelusan - Nga Kor Ming

Nga mengamalkan ketelusan dalam semua tindak tanduknya dan ini memudahkan Nizar melaksanakan dasar keadilan dan kebajikan dalam setiap urusan pentadbiran negeri Perak. Warga Perak tak perlu bersusah payah mentafsir sikap pemimpin-pemimpin Pakatan di Perak kerana mereka tidak pernah berselindung dalam melaksanakan agenda perjuangan politik mereka.

Pokok Wibawa – Sivakumar

Sivakumar, Speaker DUN yang dilantik adalah tokoh paling berwibawa di Perak kerana mampu bertindak berseorangan biarpun kerajaan yang mendukungi beliau telah tidak berfungsi. Dengan kewibawaan beliaulah MB Perak yang baru bersama exco digantung juga membuatkan terlakarnya sejarah persidangan bawah pokok dalam pentadbiran kerajaan Malaysia terutama dinegeri Perak.

Pokok Kebajikan – Ngeh Koo Ham

Demi kebajikan keturunannya, Ngeh Koo Ham mengarahkan Nizar untuk menganugerahkan penduduk di kampong baru mendapat hak tanah bagi tempoh 999 tahun. Mungkin angka 999 ini diambil sempena tahun mula Anwar berjuang (1-999). Nasib baik tempoh 999 tahun diberi. Jika diberikan tempoh 1999 tahun (mengikut angka tahun) sudah tentu isu ia bertambah parah. Ngeh rasanya telah berjaya melaksanakan kebajikan dengan dasarnya tersebut.

Biar apapun perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku di Negeri Perak, Uncle berharap rakyat mula membuka mata, menggerakkan akal demi menilai kembali pilihan mereka dalam PRU12 tempohari.

Semuanya adalah untuk kebajikan dan kemajuan masa depan rakyat Negeri Perak.

Kebijaksanaan warga Perak perlu diterjemahkan didalam PRK Bukit Gantang pada 7 April 2009 nanti.

Wallahualam.

Thursday, March 5, 2009

MELAYU ISLAM DAN KERAJAAN PERPADUAN

Ketika sedang beristirehat di bangku sebuah taman, Uncle dihampiri oleh seorang lelaki Melayu agak berumur. Beliau baru selesai bertugas dan mahu meluangkan sedikit masa membaca akhbar Berita Harian yang dibawa bersama.

Sewaktu sampai lelaki tersebut memberi salam dan kami berjabat tangan sambil memperkenalkan diri. Untuk lebih mudah biar Uncle namakan lelaki berkenaan sebagai H.

H duduk dan membelek helaian akhbar seketika. Uncle mengambil peluang untuk mencungkil isihati H kerana Uncle lihat dia amat khusyuk dengan berita pergolakan yang berlaku di Perak.

Soalan pertama Uncle dijawab oleh H “Bubarkan saja Dewan dan adakan pilihanraya baru…lebih senang”

Ya…Itulah jawaban yang Uncle jangkakan akan keluar dari mulut H. Tetapi adakah realitinya nanti akan jadi semudah itu?

Soalan Uncle lagi “apakah keadaan sekarang tidak senang?”

Jawab H “Tak senanglah…tengok apa dah jadi sekarang ni, entah bila pulak baru nak selesai?” dia menyoal Uncle.

Uncle tanya kembali” Negara ni Negara siapa H….” Negara kitalah, jawabnya. "Siapa penduduk peribumi Malaysia ni?". Melayulah.

Kalau betul Melayu kenapa Nizar jadi ayam laga menentang bangsanya sendiri?

“Inilah yang susahnya…..” Jujur jawaban H kepada Uncle.

Memang itulah yang susahnya. Kita Melayu tak pernah mahu lari dari berbeza pendapat. Kita sering berbeza keinginan, selalu bertingkah kepentingan dan kerana keadaan itulah kita dijadikan Ayam Laga oleh bangsa lain.

Hakikatnya bangsa Melayu lahir dalam kelompok penganut agama Islam. Sejauh mana keislamannya tidak dapat kita ukur secara terperinci.

Disini saja kita sudah berbeza. Mengambil dari perbezaan yang wujud tadi kita tidak tahu sejauh mana keIslaman orang Melayu UMNO, orang Melayu PAS, orang Melayu PKR dan orang-orang Melayu dari lain-lain parti dan orang Melayu yang tidak berparti.

Allah Maha Mengetahui dan orang Melayu itu sendiri pasti lebih tahu. Itupun jika orang Melayu mahu bermuhasabah diri.

Terserah.

Asasnya kita tahu…orang Islam adalah bersaudara, tidak kira bangsa, warna kulit, miskin atau kaya, cantik atau hodoh. Yang tua harus lebih tahu keadaan itu dan apabila yang tua tahu wajib pula memberitahu kepada yang lebih muda. Sentiasa ingat mengingat sesama kita.

Banyak orang berkata yang membezakan keIslaman seseorang adalah ketaqwaan mereka kepada Allah. Bagaimana mahu menambah ketaqwaan sekiranya tanggungjawab kita untuk ingat mengingat sesama Islam tidak diterap dan diamalkan sentiasa?

Ada persoalannya disini…. mengapa wujud perbezaan antara orang Melayu Islam?. Pada zaman ini, pada trend terkini jawapannya tak lain dan tak bukan adalah kerana POLITIK.

Politik menentukan darjat , kedudukan, kuasa dan pemilikan harta seseorang.
Politik yang kita utamakan untuk mendapatkan perkara-perkara yang bakal membezakan kita dengan orang lain.

Kerana politik kita berdebat, berperang mulut, berkempen, berdemonstrasi dan berbagai lagi tindakan. Sesama Melayu kita memaki hamun, mencaci cerca, fitnah dan tuduh menuduh, menyebar tohmahan bertujuan meraih keyakinan penyokong yang bakal memberikan kita kemenangan.

Akhirnya kita sesama Melayu berdendam kesumat.

Patutkah politik merungkai ikatan persaudaraan Islam itu?

Uncle ulangi perkataan diatas tadi sekali lagi…kerana politik “Bangsa Melayu sanggup menjadi Ayam Laga”.

Dimana warasnya pemikiran kita umat Melayu ini? Bangsa Melayu melupakan sejarah hitam yang menimpa mereka berkurun dahulu. Kita terjajah sekian lama kerana kita berpecah belah.. Kehidupan kita ditentukan oleh orang lain. Arah tuju kita mengikut telunjuk asing. Kekayaan bumi kita hampir kesemuanya dinikmati oleh orang lain.

Tidak cukupkah lagi semua itu? Patutkah perkara ini berlanjutan?

Uncle tidak mahu menidakkan hak bangsa asing yang telah memegang kerakyatan, menjadi warganegara kita, tetapi wajarkah mereka hilang rasa hormat kepada bangsa yang memberikan mereka ruang berteduh dibumi ini?

Seandainya mereka ini dihantar kembali ketempat asal-usul nenek moyang mereka belum tentu mereka ini diterima, mendapat layanan dan cara kehidupan seperti di Malaysia ini.

Uncle perhatikan mereka ini yang banyak merencanakan perpecahan dikalangan bangsa Melayu?

Dan pertanyaan kepada orang Melayu…..wajarkah Melayu menerima bulat-bulat perkara-perkara yang mengarah kepada kehancuran bangsa sendiri?

Sudah berdekad lamanya bangsa Melayu diperkotak-katikkan oleh bangsa penjajah dan bangsa pendatang.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bangsa Melayu memperoleh pendidikan yang semakin hari semakinbaik. Melayu mennjadi bangsa bertamaddun dan maju dalam banyak bidang.

Tetapi kemajuan tidak membawa apa-apa erti sekiranya mudah diperalatkan kerana politik. Bangsa Melayu yang disatukan oleh anutan agama yang satu (Islam) dihancur-hancurkan oleh ideologi yang berbeza.

Perkataan-perkataan yang dilaungkan untuk penyatuan, untuk kesepaduan orang Melayu kini dipersendakan oleh bangsa Melayu sendiri. Melayu kini sanggup berpecah dan mendokong cita-cita bangsa lain.

Uncle melihat kepada keanggotaan bangsa Melayu dalam beberapa parti siasah ini amat merugikan masa depan bangsa itu sendiri. UMNO, Gerakan, PAS, PKR, Sosialis, PPP, ada juga didalam DAP dan bermacam parti lagi. Adakah perpecahan ini satu kekuatan?

Bangsa Melayu sekarang telah terlalu maju untuk menerima pakai peribahasa orang-orang terdahulu. Semua itu telah ketinggalan zaman.

Jadi mari kita tukar peribahasa BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH peninggalan nenek moyang kita dahulu menjadi BERCERAI TEGUH BERSATU KITA ROBOH.

Dan kelak suasana berperang dan bergaduh akan menjadi selesa dan menggembirakan berbanding keadaan aman dan damai yang selama ini kita pinggirkan.

Uncle memikirkan saranan Haji Hadi supaya diwujudkan KERAJAAN PERPADUAN. Uncle tidak berhajat mempertikaikan hasrat beliau tetapi ingin bertanya.

A) Apakah idea ini dibincang dan dipersetujui oleh anggota-anggota PAS?

B) Ikhlaskah saranan tersebut? Jika benar-benar ikhlas putuskan dahulu di peringkat dalaman PAS. Jika boleh membawa PKR memahami hasrat tersebut mungkin lebih baik.

C) Bentuk PERPADUAN yang bagaimana yang dimaksudkan oleh Haji Hadi?

Sedikit pandangan,

Andai Haji Hadi sudah mengatur dengan sempurna semua perkara didalam parti pimpinannya Uncle kira barulah sesuai semua langkah untuk menuju PERPADUAN dilaksanakan. Bentangkan agenda PERPADUAN tanpa berselindung. Biar segalanya telus dan terbuka.

Uncle tidak mahu mendengar lagi perkataan-perkataan RETORIK, SANDIWARA, TIPU MUSLIHAT, STRATEGI, TAKTIK atau ada perkara lain yang diperdebatkan selepas ini.

Ingatlah bangsa MELAYU sudah terlalu jauh terpesong dari matlamat hidup sebagai seorang MUSLIM. Renung dan fikirkanlah sedalam-dalamnya jika kita mahukan warisan terbaik untuk generasi akan datang tanpa lupa bahawa kita MAHUKAN YANG TERBAIK SEWAKTU MENUJU KEALAM AKHIRAT.

Perbualan Uncle dengan H berlangsung agak lama dan semua yang Uncle debatkan bersama H menjadi input dalam menulis artikel ini. Mungkin tulisan ini dapat membawa bersama para blogger untuk memikirkan pelbagai perkara dari berbagai sudut kehidupan orang Melayu secara lebih mendalam. Mungkin dilain masa Uncle akan membawakan isu berkaitan PPSMI untuk tatapan semua.

Wallahuallam.