Saturday, March 7, 2009

ALAHAI WONG…… BUTA BAHASA ATAU TAK RETI BAHASA

Mulanya ADUN Canning dari DAP, Wong Kah Woh tidak faham bahasa kerana merujukkan Dr Zambry dan 6 Exco BN Perak kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh V. Sivakumar, Speaker DUN Perak untuk diambil tindakan.

Kesannya adalah penggantungan selama 18 bulan dan 12 bulan terhadap mereka yang terbabit.

Setelah berjaya dengan misi pertamanya Wong Kah Woh sekali lagi kurang faham bahasa apabila mengaitkan laman web Mykmu.net dengan kes hasutan bagi artikel yang mengaitkan Sivakumar.

Wong Kah Woh bukan Melayu…. mungkin tidak mahir berbahasa Melayu tetapi Wong tidak merujuk orang yang benar-benar memahami maksud artikel berkenaan.

Wong disokong Azhar Saud, Ketua Penerangan PAS Perak, seorang Melayu yang juga buta bahasa Mungkin Melayu ini tidak faham, disalahfahamkan atau sefahaman dengan Wong yang sering sahaja mencari isu-isu untuk diperbesarkan.

Uncle petik sedikit kandungan artikel berkenaan yang dijadikan asas membuat tuduhan tersebut:
“Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu.

Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor
Pada hemat patik pacal yang hina, sudah tiba masanya Tuanku menintahkan hukuman buang negeri ke atas sekumpulan bukan Melayu yang merasakan mereka sekarang raja di Perak. Jangan terus berdiam diri, patik khuatir suatu hari nanti nasi sudah menjadi bubur, tragedi Kuala Sepetang berulang lagi.”

Adakah Wong faham perkataan JIKA….dan….. ZAMAN DAHULU….?

Adakah Melayu yang berketayap itu (Azhar Saud) faham perkataan tersebut?

Atau sengaja buat-buat tak faham…buat-buat lupa untuk faham maksud ayat tersebut kerana ingin menimbulkan kekecohan?

Tidak semestinya apabila terdapat perkataan BUNUH sudah boleh dijadikan bahan untuk membuat tuduhan lalu terburu-buru ke Balai Polis membuat laporan.

Wong dan Azhar……

Nampaknya sekarang sudah menjadi satu trend, satu budaya, satu penyelesaian…apa sahaja yang mendatangkan tidak puas hati… cerita dimahkamah, perkara yang tidak benar-benar faham..terus buat laporan di Balai Polis.

Kalau beginilah gayanya…eloklah Wong Kah Woh letak jawatan.
Wong belum layak lagi mewakili rakyat di Dewan Undangan.Datang berjumpa Uncle untuk belajar memahami secukupnya susunan tatabahasa dalam Bahasa Malaysia tambah-tambah lagi untuk memahami artikel berkenaan. Peluang belajar bahasa ini Uncle buka juga kepada Melayu yang berketayap tu. Tak usahlah bersandarkan Islam bila berhujah membela Sivakumar dalam hal-hal seperti ini.

Kalau waktu mengangkat sumpah Wong boleh memakai songkok… kenalah faham juga bahasa orang-orang yang bersongkok….BAHASA MALAYSIA….. jangan hentam keromo, bahasa kasarnya MAIN BELASAH, MAIN BALUN….. perkara yang kecil jadi terlalu besar pula pada Wong Kah Woh.

Kalau betul boleh juga Uncle terima…tetapi….sekali ini Wong mengarut.

Mengapa….? Sebab BUTA BAHASA atau TAK RETI BAHASA.

Pakar Bahasa mungkin bersetuju dengan Uncle dalam hal ini.

Perkataan dan ayat yang digunakan dalam artikel tersebut hanya memberikan contoh bagaimana orang seperti Sivakumar akan dilayan pada suatu ketika dahulu, bukan sepatutnya yang Sivakumar terima pada zaman ini.

Sivakumar boleh dikira beruntung kerana perbuatan dilakukannya di Negeri Perak. Andaikata dia di Thailand….keadaan mungkin berbeza.

Cuba perhatikan bagaimana rakyat Thailand mengadap Raja mereka. Tidak mengira siapa mereka, apa kedudukan mereka…rakyat Thailand terpaksa mengesot (kalau kurang faham makna mengesot…perkataan mudahnya ialah MERANGKAK) didepan raja mereka.

Bukan bertujuan untuk menghina Perlembagaan Thailand tetapi itulah cara mereka

Rakyat Australia, Harry Nicolaides ditahan semata-mata kerana menulis perkataan yang menghina Raja Thailand.

Malaysia hari ini BUKAN Melaka, Langkasuka, Majapahit, Temasik atau negeri-negeri zaman feudal dulu. Malaysia juga bukan lagi Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Malaysia kini adalah negara bertamadun. Ada sistem perundangan dan peradaban yang diterima dunia.

Jadi Wong Kah Woh….ADUN Canning dan sahabat Melayunya yang berketayap tu….jangan terlalu emosional, jangan terburu-buru, duduk dulu elok-elok…ambil artikel berkenaan….teliti betul-betul perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, cerita demi cerita…..baru boleh buat keputusan.

Jangan baca sekali imbas terus berkejar membuat laporan polis. Itu perbuatan orang BODOH.

Azhar Saud tu sia-sia sahaja bergelar Ketua Penerangan Parti.. maksud ayat yang begitu terang tak juga dia nampak. Patutlah penyokong-penyokong pun KABUR…mat saleh kata “ BLUR”. Kononnya dialah PEJUANG ISLAM SEJATI.

Semua orang tau tak ada agama yang menggalakkan penganutnya berbunuhan sesama sendiri. Dari dulu lagi orang dah tau.

Jangan sempitkan fikiran kerana Politik. Berpolitik dalam keadaan kelam-kabut akan menimbulkan huru-hara tanpa sebab. Tak ada alasan konkrit. Berpolitik biarlah dengan sikap RASIONAL. Jangan berpolitik untuk kepentingan peribadi kerana politik adalah ruang dan peluang untuk membawa kebaikan kepada masyarakat keseluruhan.

Jika terlalu kerap diganggu-gugat dengan isu yang bukan-bukan bila pula masanya rakyat dapat merasakan suasana aman dan damai. Banyak masa akan terbuang kerana menangani perkara yang tak berfaedah hasil pemikiran kolot begitu.

Nota: Cuba-cubalah cari dan baca artikel Kronologi Krisis Politik Perak yang Uncle rasa ditulis oleh salah seorang senior dalam Kerajaan PR Perak. Bukan apa-apa, cuba teliti gaya tulisan dan tatabahasa penulis tersebut.

Sedikit petikan dari tulisan tersebut:

“HARAP SEMUA PENYOKONG PR/BN DAPAT MEMBACA HINGGA HABIS UTK MENDAPAT GAMBARAN SEBENAR DI ISTANA KRISIS PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang. “

Wassalam.

No comments:

Post a Comment