Saturday, March 7, 2009

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang mengadakan sidang tergempar dewan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan selepas tidak dibenarkan masuk.

Sivakumar membawa kesemua ADUN beristirehat dibawah pokok 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan dalam “perbualan bawah pokok” mereka memutuskan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Kelompok wakil rakyat pilihan pengundi Perak pada PRU12 tempohari disertai oleh lebihkurang 200 orang pengikut setia mereka yang sebelum itu memaki hamun pihak Polis di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Amat menyedihkan…. belum tercatat dalam sejarah Perlembagaan Negeri dibincang oleh wakil-wakil rakyat cara bersidai di bawah pokok …..

Uncle ulang sekali lagi “BERSIDAI”….bukan “BERSIDANG”.

Hanya kerana ingin menunjukkan KEMURNIAN jiwa mereka kepada lebihkurang 200 penyokong dalam usaha menentang dan seterusnya … MENDERHAKA… kepada SPB Sultan Perak.

Perbualan di BAWAH POKOK tersebut memutuskan tiga usul dan Nizar akan mengadap Sultan Perak dengan hasrat memohon MEMBUBARKAN DUN untuk diadakan satu pilihanraya baru.

Uncle tidak mahu menyatakan ketiga-tiga usul tersebut kerana tidak mengiktiraf perbualan bawah pokok seperti itu.

Mudahnya keputusan dibuat?

Rendahnya martabat Dewan Undangan Negeri Perak?

Ibarat Beruk dapat bunga
Macam sikudung dapat cincin
Seperti kadok naik junjung

Boleh guna tak pepatah-pepatah diatas ini kepada si Sivakumar ni?

Boleh kut? Pantang dicabar…terus saja bertindak memperalatkan kuasa yang ada. Tindak-tanduknya seolah-olah dialah Sultan Perak. Macamana dengan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming?. Nizar pun dah jadi seperti mereka juga. Mereka ini boleh diibaratkan sebagai hulubalang-hulubalang Siva.

Uncle merujuk perhimpunan Siva sebagai perjumpaan kedai kopi. Maka segala perbuatan dan perbincangan dalam keadaan tersebut bolehlah dianggap hanya sebagai perbualan kedai kopi yang tak perlu diterima sebagai sesuatu yang rasmi.

Pihak Mahkamah Tinggi Ipoh sudah pun meluluskan perintah injunksi terhadap Sivakumar bagi melarangnya bersuara atau membuat sebarang tindakan berkaitan dengan Dewan Undangan Negeri Perak berkuatkuasa serta merta tanpa had masa.Berkuatkuasa serta merta………. sebagaimana tindakan Sivakumar terhadap Dr Zambry dan 6 orang Exco serta Setiausaha Dewan Abdullah Antong Sabri.

Siva dan rakan kongsinya boleh bersidai terus di KEDAI KOPI SIVA untuk memperkatakan POLITIK KEDAI KOPI mereka. Kenakanlah pakaian seragam rasmi Speaker Dewan di kedai kopi itu kelak supaya sentiasa kelihatan segak, bergaya dan lebih berkarisma.

Usah pedulikan lagi hal ehwal dan kebajikan rakyat Perak kerana mereka kini semakin meluat dan loya dengan tingkahlaku wakil rakyat yang mereka pilih tempohari. Rakyat membuang masa keluar mengundi. Mengundi mereka untuk dihantar ke Dewan Undangan dahulu satu kerja sia-sia kerana mereka tidak memperjuangkan kehendak rakyat tetapi lebih mementingkan perjuangan merebut kuasa dan meraih populariti.

Belumpun cukup setahun mentadbir negeri pelbagai kerenah ditimbulkan sehingga rakyat yang tidak pernah menghina raja telah berani berbuat demikian.

Andaikata pengundi-pengundi di Perak diberi peluang memilih semula wakil-wakil mereka, maka pilihlah setelah berfikir semasak-masaknya apa yang terbaik yang diharapkan untuk masa depan.

Mendengar tohmahan, khabar angin, fitnah dan caci keji bukanlah kaedah untuk memilih wakil untuk mentadbir negeri.Jikapun terdapat kata-kata yang mengelirukan, pengundi harus menyelidik dahulu kesahihan isu yang digembar-gemburkan.

Pikior Yob Pikior. Semua itu untuk masa depan kita dan generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment