Sunday, May 24, 2009

APA KATA GUAN ENG...?


Nampaknya perkembangan politik di Malaysia akan menuju kearah yang lebih aneh selepas ini apabila Lim Guan Eng meneruskan usaha yang dipelopori oleh DS Anwar Ibrahim.

Walaupun BN tidak masuk campur dalam Pilihanraya Kecil Di Penanti, Lim tetap menyentuh hal-hal berkaitan BN.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) patut menganggap kejadian politik yang terjadi di Malaysia 'perkara biasa' ,tidak perlu dikelam-kabutkan. Lim mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak boleh terima 'perkara biasa' yang ditentukan oleh rakyat bila kalah lima buah negeri dalam pilihanraya umum ke 12 lalu. Itu kata Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Sebelum ini, Umno dan BN tidak pernah hirau apa yang berlaku terutamanya senario politik tetapi selepas tamparan hebat kalah banyak kerusi, BN bertukar kepada tidak dapat menerima hakikat.

"BN patut anggap perkara biasa apa yang terjadi di Malaysia, mereka kena anggap perkara biasa kalah di lima buah negeri, tidak bertanding di Penanti, hilang majoriti pun perkara biasa, setiap kali BN sertai pilihan raya kecil kalah pun perkara biasa dan BN patut adakah pilihan raya seluruh Perak pun satu perkara biasa yang patut diterima, "

Lim juga menyentuh keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya dengan berkata jika mahkamah memihak kepada Pakatan Rakyat pun jalan paling baik ialah bubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) rakyat menentukan kerajaan yang mereka inginkan.

Kuasa yang berhak bukan hakim sebaliknya rakyat yang telah memberi mandat pada pilihan raya umum lepas.

Lim hairan BN tidak boleh anggap semua kejadian politik perkara biasa sebaliknya mahukan mereka menang sahaja. Jika kalah mereka akan buat seribu macam usaha merampas kembali walaupun rakyat telah menolak mereka dalam semua aspek,

Kata-kata ini akan ditelan bulat-bulat oleh penyokong Pakatan Rakyat kerana BN tidak ada penceramah di Penanti. Yang menghairankan, jika Hakim tidak berhak menentukan sebarang keputusan mengapa Nizar membawa perkara ni ke depan Hakim untuk diputuskan.

Jika sudah begitu keadaannya…maka Hakim-Hakim terpaksalah bersidang dan perlu membuat keputusan. Kalau tidak ada keputusan maka akan bergoncang lebih hebat bumi Perak dengan ceramah yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.

Mana satu pilihan Guan Eng?

Tentulah ingin bubarkan DUN Perak tetapi harus diingat…Sultan juga mempunyai kata putus dalam hal berkenaan. Nizar pun sepatutnya lebih memahami peraturan. Kenapa tidak dimohon untuk mengadakan Sidang Tergempar sahaja berbanding memohon untuk dibubarkan Dewan?

Jawapannya adalah Nizar akan kehilangan jawatan jika Dewan mengusulkan Undi Tidak Percaya terhadapnya…dan tidak akan ada sebarang alasan untuk tidak mengosongkan kerusi Menteri Besar Perak selepas keputusan dicapai.

Maka…jalan yang paling mudah untuk tidak mengeruhkan keadaan adalah..... Nizar dan barisan kepemimpinan Pakatan Rakyat menerima sahaja keputusan Mahkamah seperti yang dikehendaki. Nizar pun sudah dibebani dengan bebanan tugas berganda apabila kini bergelar Ahli Parlimen Bukit Gantang.