Saturday, August 5, 2017

TAHNIAH HAJI HADI SYABAS PAS

Sekalung tahniah diucapkan kepada Presiden PAS.
Syabas kepada Setiausaha Agung PAS, ahli-ahli dan jugak para penyokong parti berkenaan.

SUA PAS telah mengotakan janji dan melaksanakan tugas dengan cemerlang kerana berjaya mengheret pemilik portal Sarawak Report ... Clare-Rewcastle Brown kemuka pengadilan di UK.
Syabas para ahli dan penyokong PAS kerana berjaya mengumpulkan dana (berapa jumlahnya tidak diketahui) bagi tujuan pembiayaan kes saman berkenaan.

Ucapan tahniah dan syabas saya ini dirasakan suatu pujian yang amat istimewa kerana saya menganggap Haji Hadi dan barisan pimpinan PAS cukup berani ... Berani menyaman dan berani menyatakan tentangan terhadap penyebaran berita oleh CRB (tentang pemberian wang 90juta).

Jangan fikirkan soal kalah atau menang terlebih dahulu kerana kes belum lagi selesai.
** ini sesuai dengan semangat keseluruhan anggota PAS. Yang penting "berjuang". Kalah pun bukan jadi persoalan.
(Ini sama serupa dengan kisah bertanding didalam pilihanraya dinegara ini. Kalah bertanding tak apa tetapi roh perjuangan diutamakan).

Disebalik kisah saman Haji Hadi dan PAS ini ... Saya cuba mengimbas kepada kiaah saman hari Selasa terhadap akhbar Wall Street Journal (yang dikatakan memfitnah pimpinan tertinggi Malaysia).

Ternyata Presiden PAS lebih berani berbanding Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Cuba bayangkan :
Kerana Haji Hadi merasa dirinya difitnah menerima 90 juta dari PM Najib, Hadi mampu mengemukakan saman.
Bagaimana dengan Najib ...???
Beliau dituduh menyelewengkan paling kurang RM2.6 billion duit 1MDB tetapi selepas beratus hari Selasa berlalu masih tiada tindakan terhadap WSJ direalisasikan (walaupun janji berkenaan keluar dari mulut PM Najib sendiri)..

Diulang sekali lagi .... Dituduh menerima RM2.6 billion tak berani mengemukakan saman. Bagaimana jika dibandingkan dengan apa yang Hadi lakukan.

Bukan sahaja saman terhadap WSJ tidak terjadi tetapi tindakan-tindakan yang dilakukan oleh United State Department of Justice  langsung tidak dicabar ... Maupun oleh PM Najib atau oleh pihak berkuasa Malaysia.

Kerajaan Malaysia punya banyak agensi, jabatan dan badan-badan bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan tetapi malangnya kita tidak langsung memberi tindakbalas yang bersesuaian terhadap apa yang dilakukan (oleh beberapa negara luar).

** apapun ...
Rakyat tetap menunggu Selasa-Selasa yang mendatang (kut-kut laaa ada saman bakal dibuat) yang dirasakan mampu menjawab banyak persoalan dibenak fikiran rakyat.

Tahniah sekali lagi buat Haji Hadi, pimpinan, ahli dan para penyokong PAS.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

UMNO sudah ROSAK

Sebelum membuat keputusan keluar dari UMNO .. Tun Dr Mahathir telah pun berusaha untuk menyelamatkan parti berkenaan.
Usaha itu bukan sahaja untuk menyelamatkan parti malah untuk kepentingan ahli, orang Melayu, kerajaan BN yang memerintah dan meletakkan semula UMNO dan BN diatas landasan yang betul.

UMNO TELAH ROSAK.

Ianya dirosakkan oleh pemimpinnya sendiri.
Jika dibiarkan berterusan ... Kerosakan bakal menjadi lebih parah lalu usaha untuk memulihkannya menjadi lebih sukar dan rumit.

Matlamat dan permintaan Tun hanya satu .... Tukarlah pemimpin (yang membuat kerosakan) dan pulihkan parti..
Tun tidak pun mintak untuk kembali menerajui parti mahupun kerajaan.
Dengan pertukaran itu (jika dilakukan) maka parti dan kerajaan dapat diselamatkan.

SALAH MENILAI KEIKHLASAN

Tetapi malang sungguh.
Niat dan hasrat Tun dipandang serong, dinilai dan ditafsir secara negatif. Bukan saja oleh para pemuka parti malahan oleh sebilangan besar ahli UMNO sendiri.

Justeru kerana itu ....
Maka berakhirlah jodoh Tun bersama UMNO.
Saya amat percaya ....
Tun meninggalkan UMNO dengan penuh kekesalan (dengan sikap pemimpin dan ahli). Beliau berundur dengan rasa berat hati.

Sudah tiada lagi "jalan pulang" buat Tun kepada UMNO senentelahan setelah rasmi tertubuhnya  Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
** dan dengan tekad baru itu .. Tun dipilih untuk menerajui gabungan parti-parti pembangkang.

NASI SUDAH JADI BUBUR.

Tiada lagi istilah berundur buat Tun.
UMNO yang menerajui Kerajaan BN sudah ROSAK.
** Rosak UMNO maka rosaklah kerajaan.

Dapat kita perhatikan kebelakangan ini bagaimana nyata benar (kata-kata Tun) bahawa pimpinan UMNOlah yang telah merosakkan parti.
** ianya berlaku setiap hari (kebelakangan ini) tanpa dapat dibendung oleh ahli mahupun rakyat.

USAH MENYESAL

Peringatan dan nasihat telahpun diberikan oleh seorang yang paling berpengalaman dalam UMNO.
Sayang ... Ia tak mampu dinilai dengan baik oleh ahli UMNO yang majoritinya tertutup minda dan terbelenggu oleh keyakinan (terhadap muluk-muluk yang digembar-gemburkan pemimpin).
** telanlah kekecewaan itu sendiri kerana kalian sendiri yang menempanya.
Tun telah bertukar menjadi lawan kalian.

UMNO sudah ROSAK
UMNO dan BN bakal tumbang.
** nikmatilah hari-hari terakhir kalian dengan membuat persediaan.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Friday, August 4, 2017

FIKIRKAN SEBELUM TERLAMBAT

Khusus untuk perhatian ahli-ahli akar umbi UMNO.

Tulisan ini tidak bertujuan untuk menghasut, mendesak untuk melakukan protes atau untuk bertindak secara melulu.
Tujuan saya hanyalah untuk membuka minda kalian yang selama ini tidak tetlintas akan persoalan serumit ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan ahli UMNO sekelian.
Saya rasa tuan puan sudah boleh mula bertanya ....
Adakah berbaloi sokongan dan kesetiaan yang tuan-puan berikan kepada ketua-ketua kalian...???

Saya tidak hendak memberikan terlalu banyak contoh  peristiwa-peristiwa yang berlaku sehingga mengajak tuan-puan mempersoalkan kesetiaan dan sokongan selama ini.
Cukup dengan dua perkara (peristiwa) yang dilakukan oleh dua tokoh tertinggi parti tuan-puan.

Pertama :
Tuan-puan sedia maklum akan perihal penerimaan sejumlah besar wang (dalam akaun bank peribadi) oleh Presiden parti.
Hal tersebut langsung tidak dimaklumkan kepada anggota pimpinan tertinggi parti apatah lagi kepada ahli-ahli bawahan (akar umbi).
Hal berkenaan hanya diketahui setelah dibongkar dan didedahkan oleh sebuah akhbar diluar negara.
** tidak perlulah saya menulis lanjut kerana hal berkenaan telah menjadi buah mulut diserata ceruk dunia.

Persoalannya :
** apakah keuntungan, manfaat dan kebaikan kepada parti dan ahli-ahli dengan jumlah wang (derma) sebesar itu apabila ianya langsung tidak dimasukkan kedalam akaun parti (ternyata penerimaan berkenaan tidak dicatat didalam penyata kewangan tahunan).
** tidakkah tuan-puan fikirkan apa yang bakal terjadi (dengan wang berkenaan) sekiranya ia tidak didedahkan oleh laporan akhbar ..???
** bagaimana Presiden parti tuan-puan boleh sewenang-wenangnya bertindak membuat keputusan memulangkan pemberian berkenaan kepada pemberi sedangkan ia adalah untuk kegunaan parti ..??
** tidakkah wang dengan jumlah sebesar itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh 192 bahagian UMNO seluruh negara ..???
** tidakkah tuan-puan terfikirkan akan hal-hal diatas ...???

Kedua :
Baru-baru ini telah didedahkan bahawa adanya pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO dengan bekas Perdana Menteri (yang  kuat mengkritik Presiden parti) sepuluh hari selepas dilantik menggantikan Timbalan Presiden yang digugurkan dari jawatan Menteri Kabinet.

Siapa diantara pimpinan tertinggi parti tahu akan hal ini ...???

Siapa diantara ahli akar umbi dimaklumkan tentang pertemuan ini ...???

Dan persoalan paling penting .... Apa sebenarnya motif Naib Presiden UMNO yang dipilih menggantikan Timbalan Presiden bertemu dengan pengkritik tegar parti.

Tidak siapapun tahu hingga bekas Presiden sendiri yang mendedahkan bahawa pertemuan berkenaan adalah untuk mengambilalih jawatan Perdana Menteri.
** biarlah TPM berkata apa sekalipun tetapi pertemuan (yang langsung tidak diketahui sesiapa sebelum ini) memang ada berlaku.

Buktinya ...???
TPM sendiri berkata "ada rakaman perbincangan" yang masih beliau simpan.

Dari dua peristiwa yang saya catatkan diatas maka tidakkah tuan-puan mahu bertanya, tergerak hati untuk tahu "apakah sebenarnya permainan yang sedang berlaku" didalam parti tuan-puan sekelian ...???.

** kemanakah sokongan dan kesetiaan tuan-puan sebenarnya ...???

Kepada Presidenkah atau Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Parti ..???

Apa yang lebih penting .... Apa perlukah tuan-puan terus setia dan menyokong perlakuan kedua-dua pimpinan tersebut ekoran tindak-tanduk mereka yang ketara mengutamakan kepentingan dan kedudukan masing-masing ...???.

Perlu diperingatkan ....
Rakyat Malaysia kini berjumlah lebihkurang 30 juta.
Jumlah keanggotaan UMNO diberitakan sebanyak 3 juta orang.
** dek kerana tuan-puan seramai 3 juta orang ahli UMNO terus setia dan menyokong (dua ketua diatas) kesan buruknya tertimpa keatas majoriti rakyat (tidak terkecuali juga tuan-puan sendiri).

Kerana itulah saya tegaskan sekali lagi .... Bermula dari sekarang tuan-tuan dan puan-puan sudah boleh mula menilai dan bertanya pada diri sendiri ....
** BERBALOIKAH terus setia dan menyokong dua ketua berkenaan ..???
** perlukah ianya DITERUSKAN ...???

Terserah kepada tuan-tuan dan puan-puan mencari jawapannya.
Tuan-puan yang memilih untuk bersama UMNO dan parti ini mendakwa bahawa dikalangan partilah perjuangan menegak Agama, memperkasa Bangsa dan mendaulatkan Negara mampu terlaksana.

Namun ....
Matlamat tersebut mustahil akan tercapai jika berlaku percanggahan kepentingan dikalangan pucuk pimpinan yang tuan-puan sokong dan berikan kesetiaan selama ini.

Penilaian yang baik, menyokong dan setia kepada pihak yang tepat bakal menentukan kehidupan kita hari ini dan generasi akan datang "dapat pembelaan yang sewajarnya".

Wallahualam.
Kepada Allah BESERAH.