Wednesday, September 20, 2017

Siapa RPK ni ..?

Huhhhh ....!!!!
RPK yang duduk nun jauh di UK boleh menulis begitu terperinci setiap bijik butir perbualan antara Noh Omar, Azeez Rahim dan Muhammad Taib ...???
Kononnya Mat Taib merungut tentang kekecewaannya terhadap kerajaan Pakatan yang diterajui oleh Azmin.

Kekecewaan inilah dikatakan punca Mat Taib kembali menyertai UMNO. RPK juga mendakwa sebenarnya tiada usaha oleh pihak Najib untuk mengambil-alih kerajaan Selangor kerana penggal plihanraya sudah pun hampir ke penghujung.

Iyalah Raja Petra.
Itu apa yang kamu fikir dan yang kamu tulis.

Saya pun berfikir serta tertanya-tanya ni.

** apakah setiap inci pergerakan, setiap patah percakapan antara Mat Taib, Noh Omar dan Azeez Rahim memang perlu dilapor atau diperdengarkan kepada kamu sentiasa (hingga kamu boleh menulis setiap butiran dengan begitu terperinci) ...???
** jikalah benar tiada cubaan mengambil-alih kuasa di Selangor, apa gilernya mereka mengadakan Sidang Media Khas Tergempar (di PWTC) yang dipanggil oleh Najib sendiri ...??
** bukan kerja bodoh namanya sidang tersebut diadakan hanya untuk mengumumkan kemasukan semula Mat Taib kedalam UMNO ...?? Cehhhh....!!!

Satu lagi kemusykilan ni ...
Diberitakan Mat Taib bertolak ke UK selepas selesai pengumuman di PWTC.
** kenapa nampak tergesa-gesa ...??
** adakah Mat Taib terpaksa berdepan dengan kamu, mengadap dan menjawab kepada kamu kerana gagal dalam menukar kerajaan negeri Selangor ...???

Kamu tu siapa Raja Petra ...??
** Sultan dalam BUANGAN ker ...???

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Kleptokrats Vs Tun M

Setiap hari setiap masa dia sendiri berfikir mencari isu, mencuba pelbagai kaedah untuk memburukkan reputasi Tun Dr M. Usahanya dibantu sama oleh puluhan penasihat yang berada disekellingnya. Tak cukup dengan itu dia gunakan menteri, ahli MT, Ketua sayap parti dan ketua bahagian. Untuk menambah ramai bilangan anggota jentera serangannya terhadap Tun Mahathir ... Dibentuk Skuad_MENYALAK dan dibekalkan dengan Samsung A9 Pro.
Slogan khusus dicipta untuk membakar semangat
#Attack_attack_attack.
** ketara sungguh keadaannya yang amat #TERDESAK untuk mengekalkan kuasa hingga dia lupa bahawa setiap yang dibelanjakan untuk mempertahankan kedudukan adalah wang rakyat, perolehan negara.

Namun ... Bagaimanapun hebat pun serangan yang dia lakukan ... Tun M tetap bertahan dan masih mendapat sokongan dari sebilangan besar rakyat.
Lihat bagaimana serangan hebat berkenaan #ditangkis hanya oleh Tun seorang. Setiap hujahan, serangan dan perlekehan dibidas oleh Tun sendiri melalui tulisannya (jawapan) di blog Chedet.
** jika ada pun pasukan yang bersama Tun ... Mereka tidak pun dibayar, tidak pun menyelok poket  setiap 30 juta rakyat Malaysia apatah lagi untuk mengikis kantung Perbendaharaan negara.
** pasukan Tun terbentuk secara ikhlas dan jujur. Datang dari hati yang benar-benar mahu menyelamatkan Malaysia dan menyingkirkan pimpinan Kleptokrasi yang #mengaibkan.

Kita sama-sama lihat ...
** Sampai bila Kleptokrat mampu bertahan ..???

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Negarawan Terulung : Najib Tun Razak

Tempohari saya dah menyentuh mengenai pembelian Boeing yang diumumkan oleh Najib didepan Trump. Ada jugak saya sebut tentang hal pelaburan tambahan oleh KWSP dan Khazanah di US.

Link posting saya (sebelum ini) :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=496766444006971&id=100010208582637

Terbaru terdapat laporan bahawa ada perkembangan lain berkait dengan perkara yang Najib janjikan kepada Presiden Amerika terutamanya melibatkan MAS dan KWSP.

Dengan laporan berkenaan saya mahu menyatakan bahawa Najib telah cukup_berjaya.
** amat-amat berjaya menipu ramai rakyat Malaysia.
** kejayaannya itu membuatkan ada rakyat yang terus memberikannya gelaran "Negarawan".

Cubalah dengar dan baca dua pendedahan ini yang menyangkut hal berkenaan pelaburan tambahan KWSP dan pembelian Boeing oleh MAS.

Fahami betul-betul kemudian nilaikanlah perbuatan Najib, PM terhebat dalam sejarah Malaysia (dalam pertemuannya dengan Trump).

Link berkaitan KWSP :

https://youtu.be/zfusfA6l_iM

Link berkaitan MAS :

https://m.malaysiakini.com/news/395827

Hebat kannn Najib nih ...???

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tuesday, September 19, 2017

RCI "TAK TAHU"

TAK TAHU.

Bukan main seronok haprak-haprak Najib memperolok jawapan "tak tahu" yang Tun M berikan dalam siasatan RCI Forex.
Jadi modal berharga mereka dalam berhujah mempermainkan lawan.

Kena faham sikit.
Urusniaga Wang Asing oleh BNM itu dah berlalu TIGA PULUH TAHUN dahulu.
Ulang balik ... TIGA PULUH TAHUN.
Tapi dek kerana busuk hati Najib dah sampai tahap keterlaluan ... Isu tersebut diselongkar balik bertujuan untuk memuaskan hatinya. Tak ketinggalan untuk mengenakan Tun Dr Mahathir.

Kebiasaannya kita memang boleh lupa dengan hal yang telah berlalu untuk tempoh begitu lama.
** Berbeza laaaa dengan ingatan Ustad PAS yang hebat tu. Dia boleh ingat apa yang terjadi kepada bapanya (dalam insiden Memali) walaupun ketika itu usianya baru dalam lingkungan satu tahun.

** Tun mungkin tak tahu kerana lupa (tak dapat kita pastikan)
** Tun mungkin tak tahu kerana sememangnya beliau tidak dimaklumkan.

Keterangan Tun M itu jangan ditafsir sebagai cubaan untuk menipu Suruhanjaya kerana masih terdapat keterangan beberapa saksi lain (yang dipanggil dalam siasatan) mungkin menyokong atau membenarkan keterangan Tun Mahathir. Keterangan saksi lain pun perlu dihubungkan dengan keterangan Tun dalam membuat kesimpulan (siasatan).

Jawapan tak_TAHU yang perlu kita pertikaikan sekarang adalah jawapan dari Najib sendiri.
** tak tahu duit RM42 juta (dari SRC) dimasukkan kedalam akaunnya.
** tak tahu (tidak dimaklumkan) tentang tanggungan hutang 1MDB sudah mencecah RM42 billion.

Iyalah.
Kita boleh dengar jawapan Najib tetapi tak bolehlah dengan menjawab "tak tahu" sahaja dikira masalah telah diselesaikan.

Hingga kehari ini kita tak nampak ada sebarang usaha (secara rasmi) dilakukan oleh pihak berwajib untuk mencari jawapan "siapa pendeposit (dermawan) yang memasukkan jumlah RM42 juta ke akaun peribadi Najib".
Persoalannya :
** KENAPA TIDAK DISIASAT ..??
** NAK KIRA SEDEKAH JUGAK KER ...???

Jika RCI Forex boleh dibentuk untuk menyiasat kisah  30 tahun dahulu, kenapa tidak ditubuhkan "RCI Misteri Pendeposit" untuk membongkar persoalan "Najib TAK TAHU" tu ...???

** perlukah kita tunggu tahun 2050 baru nak dapatkan jawapan ...???
Jika jawapannya "ya" beritahu ler ...!!!

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sedarlah Diri : Kamulah LANGAU itu

"Jika tak boleh jadi garam, jangan jadi langau'.

Pepatah ni popular dikalangan penyokong-penyokong tegar Najib selepas diungkap oleh Tok Mat Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
** maksudnya jika tak mampu beri kebaikan maka janganlah merosakkan.
Bagus pengajaran yang tersirat.

Ekoran dari itu ramailah penyokong-pejyokong Najib menggelar lawan mereka dengan gelaran #langau. Seronok sangatlah mereka.
Kononnya lawan mereka tu (penyokong pembangkang) kerjanya hanya membawa kerosakan sahaja.

Disebalik penggunaan perkataan langau tu para penyokong Najib tak sedar tingkahlaku mereka dan Najib sendiri lebih mirip kepada sifat dan tabiat langau.

Cuba lihat apa yang kerap mereka lakukan sekarang. Bagaimana mereka senantiasa mencari kesalahan, mengorek mencungkil segala yang buruk, apa saja kesalahan lawan berbanding menerima kebaikan dan perkara yang elok yang ditunjukkan lawan.

Salah satu contoh terbaik ...

Penubuhan RCI Forex baru-baru ini.
** apa yang mereka korek, apa yang mereka cari ..??
Keburukan dan kesalahan Tun.
Ada atau tidak mereka mahu bercerita tentang kebaikan dan manfaat (kesan dari urusniaga wang asing berkenaan)...???
Tak ada pun.

Baru-baru ini apakah yang Najib katakan sebaik menjejakkan kaki dibumi Malaysia (di KLIA)..???
** bukankah dia bercakap hal yang buruk tentang Tun ...???
** Kenapa jadi perlu hal berkenaan diulang ungkit ..???

Perbuatan Najib, para pemimpin partinya dan para penyokong baik didunia nyata atau dilaman maya tak putus mencari salah dan keburukan pihak lawan (terutamanya Tun) tidak ubah seperti tabiat langau.
** sentiasa mencari yang berulat, buruk dan busuk untuk dihurung. Itulah yang jadi kegemaran. Jadi modal untuk bercerita dan bersembang sesama sendiri.

Ada atau tidak kita lihat mereka mencari manisan (perkara baik dan bermanfaat) yang dihasilkan oleh lawan ...???
** walau dipapar, dipamer dan diberitahu haram sedikitpun tidak diambil endah.

Itulah sebenar-benarnya LANGAU perosak yang sedang berleluasa disekeliling kita hari ini.
** dari sekecil-kecil hinggalah ke BAPAK LANGAU sedang bertungkus-lumus MEMUSNAHKAN KITA.

Buat langau sekelian ini suatu pertanyaan
** BILA NAK BERTUKAR JADI GARAM ..???

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Monday, September 18, 2017

Berhijrah ke PPBM. Parti Selamatkan Melayu

Orang parti Najib kata jika parti tu #bungkus nasib Melayu takkan terbela. Melayu jadi #bangsat katanya.
Maka ramailah yang termakan dek propaganda begitu. Semakin sayanglah mereka kepada pemuka-pemuka parti.
Wala', wala', wala'.
Takut ler nak bertindak.
Takutlah nak berganjak.

Walhal mereka sendiri pun tahu ...
Memegang status sebagai ahli dan sekaligus sebagai rakyat biasa ... Hidup seharian mereka tetap macam orang lain. Dipijak diinjak.
** saya cukup yakin bahawa dikalangan 3 juta lebih ahli parti Najib sebahagian besar darinya sedar dan faham apa keadaan yang sebenarnya.
** hanya kerana ketakutan (yang sebenarnya tak berasas) menyebabkan mereka enggan berubah.

Sebenarnya saya kadangkala tergelak sendirian memikir betapa cetek dan dangkalnya pemikiran mereka.
Dalam pada itu ... Simpati dan kasihan itu ada.

Cuba bawak berfikir diluar kotak pemikiran purba tu.
** betul ker jika tiada parti Najib Melayu terabai dan tak terbela ..??

Saya bagi persoalan begini laaaa (untuk difikirkan).

Katalah 3 juta lebih ahli meninggalkan parti Najib ... Agak-agaknya siapa yang bakal tergugat ...???

** ahli yang keluar
** rakyat yang berketurunan Melayu
Atau
** pemuka-pemuka parti Najib ...???

Jawapannya :
Pemuka parti ler yang tergugat.
Pemuka parti ler yang terkujat.
Pemuka parti ler yang pucat.

Manakan tidak ...
Kedudukan dalam parti pun sudah tidak selamat kerana ahli tinggal depa-depa yang jumlahnya hanya beberapa kerat.
Silap-silap ada yang mati terperanjat.
** tak percaya cubalah buat ....!!!

Habis ....
Ahli yang beramai-ramai keluar tu nak kemana ya ....???

** Parti Pribumi Bersatu Malaysia kan ada ..!!!

Salah ker join PPBM ..???
Matlamatnya untuk membela dan memperkasa bangsa Melayu jugak.
** jadi biarpun parti Najib bungkus PPBM tetap ada untuk membela dan memperjuang nasib bangsa.
** maka dimana benarnya tanpa parti Najib Melayu boleh jadi #bangsat.

Taknak jugak percaya ...???
** aiiiii ... mustahillah parti yang punya berjuta ahli orang Melayu lebih utamakan perjuangan membela bangsa atau kaum lain ..?? Takkan parti nak tinggalkan ahli yang berbangsa Melayu kemudian bermatian berjuang untuk kaum Cina, India dan sebagainya.
Pelik dah jika jadi begitu.

** apa lagi .... JOM HIJRAH.
Jom sertai PPBM.
(tak lama lagi pun dah nak sambut Awal Muharram nih).

PPBM ini matlamat perjuangannya adalah untuk rakyat. Kita tak perjuangkan kepentingan peribadi khusus untuk individu tertentu.
** bukankah berbeza tu ..???

Hijrahlah untuk melakukan perubahan.
Kita bina semula negara kita.
Bersama kita ...

BERSATU BERAMANAH BERMARUAH

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Misi Yang GAGAL : Apa Disebaliknya .??

Kita dah puas ketawakan Najib dengan PC lawak yang diadakan di PWTC.
Sekarang kita harus tumpukan pula kepada perkara-perkara yang diperkatakan oleh banyak pihak (yang didakwa menjadi punca kepada PC berkenaan diadakan).

Ada dua perkara yang diperkatakan. Benar atau tidak sama-sama nlaikan.

1. Cubaan Najib untuk mengambil-alih tampuk kerajaan Negeri Selangor.
Dikhabarkan bahawa bekas MB akan hadir ke Sidang Media bersama dengan 8 ADUN PKR yang bakal menyertai rancangan untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Azmin. Kemungkinan berlaku peralihan kuasa lebih kuat sekiranya sejumlah ADUN PAS juga mengambil langkah yang sama.

2. Muhammad dikatakan "spy UMNO" (ditugaskan untuk mengkucar-kacirkan Gabungan Pakatan Rakyat).
Biarpun ketiadaan bukti namun kita wajar melihat kembali apa yang telah berlaku (didalam gabungan PR) sebaik sahaja Muhammad Mat Taib meninggalkan UMNO dahulu.

** sebaik meninggalkan UMNO Muhammad menyertai PAS. Cuba perhatikan apa yang terjadi terhadap PAS semasa keberadaan Mat Taib dalam parti berkenaan.
Saya ringkaskan :
PAS kucar-kacir dan akhirnya berpecah kepada DUA .... PAN wujud.

b. Setelah PAS terbahagi dua Mat Taib mengambil keputusan untuk menganggotai PKR.

Soalnya ..
Kenapa Mat Taib meninggalkan PAS ..??

Bagi saya ... Tindakan ini mungkin untuk meneruskan misi yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
** menghuru-harakan PKR pula (sepertimana yang telah dilakukan terhadap PAS).

Hampir dua tahun Mat Taib berada didalam PKR kita dapat lihat banyak pergolakan berlaku (didalam PKR). Kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa pergolakan tersebut berlaku hasil penglibatan Mat Taib sendiri.

Pengumuman Sidang Media oleh Najib mungkin kemuncak dari usaha Mat Taib. PC adalah untuk mengumumkan kejayaan misi Muhammad Mat Taib untuk kemenangan UMNO.

Malangnya ... apa yang direncanakan tidak menjadi kenyataan (tidak disertai oleh ADUN PKR) dan kerajaan Selangor tidak dapat diambil-alih.

Bagi menutup kegagalan tersebut .. Najib tiada lain pilihan selain dari mengumumkan kemasukan semula Bekas MB Selangor kedalam UMNO.

Bagaimanapun ... Walau misi Muhammad gagal ... Azmin, anggota parti serta anggota kerajaan Selangor tidak harus alpa, usah leka kerana pasti akan ada lagi cubaan bakal dilakukan selepas ini.

Waspadalah.
Letak sedikit perhatian untuk menangkis sebarang bentuk cubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada.
Perkukuhkan PKR dan Amanah, perkemas hubungan dengan DAP serta PPBM yang kini adalah rakan-rakan gabungan didalam Pakatan Harapan.

Kita Bina Semula Malaysia.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed