Wednesday, September 20, 2017

Siapa RPK ni ..?

Huhhhh ....!!!!
RPK yang duduk nun jauh di UK boleh menulis begitu terperinci setiap bijik butir perbualan antara Noh Omar, Azeez Rahim dan Muhammad Taib ...???
Kononnya Mat Taib merungut tentang kekecewaannya terhadap kerajaan Pakatan yang diterajui oleh Azmin.

Kekecewaan inilah dikatakan punca Mat Taib kembali menyertai UMNO. RPK juga mendakwa sebenarnya tiada usaha oleh pihak Najib untuk mengambil-alih kerajaan Selangor kerana penggal plihanraya sudah pun hampir ke penghujung.

Iyalah Raja Petra.
Itu apa yang kamu fikir dan yang kamu tulis.

Saya pun berfikir serta tertanya-tanya ni.

** apakah setiap inci pergerakan, setiap patah percakapan antara Mat Taib, Noh Omar dan Azeez Rahim memang perlu dilapor atau diperdengarkan kepada kamu sentiasa (hingga kamu boleh menulis setiap butiran dengan begitu terperinci) ...???
** jikalah benar tiada cubaan mengambil-alih kuasa di Selangor, apa gilernya mereka mengadakan Sidang Media Khas Tergempar (di PWTC) yang dipanggil oleh Najib sendiri ...??
** bukan kerja bodoh namanya sidang tersebut diadakan hanya untuk mengumumkan kemasukan semula Mat Taib kedalam UMNO ...?? Cehhhh....!!!

Satu lagi kemusykilan ni ...
Diberitakan Mat Taib bertolak ke UK selepas selesai pengumuman di PWTC.
** kenapa nampak tergesa-gesa ...??
** adakah Mat Taib terpaksa berdepan dengan kamu, mengadap dan menjawab kepada kamu kerana gagal dalam menukar kerajaan negeri Selangor ...???

Kamu tu siapa Raja Petra ...??
** Sultan dalam BUANGAN ker ...???

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment