Saturday, February 11, 2012

Pejuang Agama Yang Fajir

Uncle memetik tulisan yang diterbitkan lebihkurang 3 tahun yang lalu untuk direnungkan bersama.

Siapakah kita dan siapakah mereka yang benar-benar berjuang untuk menegakkan Islam, Bangsa dan Tanahair pada hari ini.

Semuga dengan tulisan ini kita mampu memperbaiki diri dan halatuju disamping mengukuhkan lagi keyakinan kita kepada ajaran Islam, mentaati Allah dan RasulNya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya lebih kurang:

Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir (jahat).

Hadis riwayat Bukhari.

Rasulullah s.a.w. mendedahkan satu hakikat yang wujud dalam perjuangan dakwah supaya umat Islam mengambil sikap yang bijaksana apabila hal ini terjadi kepada mereka pada bila-bila waktu. Baginda mendedahkan bahawa barisan pejuang dan pendukung Islam tidak selamanya terdiri daripada manusia mujahid mukmin yang soleh yang berjuang dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan Islam demi mematuhi seruan Allah dan mencari keredaanNya. Di dalam barisan itu tidak jarang terdapat manusia-manusia jahat (fajir) yang bergelumang dalam maksiat, yang berjiwa munafik dan tidak beriman turut berjuang menegakkan Islam dengan motif yang bukan kerana Allah. Mereka pada lahirnya berjuang begitu gigih memperkuatkan kedudukan Islam dan Islam benar-benar mendapat kekuatan daripada perjuangan mereka. Tetapi perjuangan mereka itu walaupun pada lahirnya merupakan jasa-jasa yang baik kepada Islam, namun tidak mempunyai sebarang nilai di sisi Allah S.W.T. kerana perjuangan dan jihad yang sebenar harus terpancar dari iman dan keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah dan RasulNya.

Siapakah manusia fajir atau manusia jahat itu?

Kata al-Maraghi

manusia fajir ialah orang yang melanggar undang-undang Allah dan mencabul kehormatan-kehormatannya.
Kata al-Raghib al-Asfahani

perbuatan fajir (kejahatan) ialah perbuatan mencabul kehormatan agama. Seseorang pembohong dianggap sebagai seorang yang fajir kerana berdusta merupakan sebahagian dari fajir (kejahatan).

Kata Ibn Athir pula ‘

manusia fajir ialah orang yang bergelumang dalam maksiat-maksiat dan perbuatan-perbuatan yang haram.

intisari dari takrif-takrif tersebut menetapkan bahawa yang dikatakan ‘manusia fajir’ atau jahat yang didapati berjuang menegakkan agama Allah itu ialah manusia-manusia yang mengerjakan maksiat-maksiat dan kefasikan-kefasikan yang diharamkan Islam.

Menurut al-Hafani:

Termasuk dalam golongan manusia fajir ialah orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya sedangkan orang lain mendapat faedah dan beramal dengan ilmu yang diajar olehnya.

Sementara al-Manawi pula memasukkan pemerintah yang zalim dalam golongan manusia fajir.

Menurut al-Hafani ketika menghuraikan asal-usul hadis ini bahawa Rasulullah s.a.w. telah melafazkan hadis ini ketika beliau melihat seorang perajurit berperang begitu hebat dalam pertempuran Khaibar dan berjaya mengalahkan orang-orang kafir sedangkan dia sendiri munafik lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan kepada para sahabat bahawa orang itu adalah dari penghuni neraka.

Keterangan itu telah menghairankan para sahabat kerana lelaki itu telah berjuang menewaskan orang-orang kafir dan dia sendiri mendapat luka yang parah. Apabila tiba waktu malam lelaki itu tidak juga mati lalu dia pun membunuh dirinya kerana tidak sanggup menderita, apabila berita pembunuhan dirinya disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. baginda pun bersabda:

“Aku adalah hamba Allah dan rasulNya. Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir”

Inilah peristiwa yang melahirkan hadis ini dan ia merupakan satu garis contoh yang amat jelas bagaimana seorang barmati-matian berjuang dalam barisan memperteguhkan Islam sedangkan dirinya seorang fajir yang munafik dan bagaimana perjuangan yang bermotif munafik iti tidak menyelamatkannya dari neraka dan bagaimana seorang pejuang Islam yang fajir itu memperlihatkan kelakuan-kelakuan yang bertentangan dalam perjuangannya untuk menguatkan Islam.

J. Milton Cowan ketika memberi erti kepada kata-kata ‘fajir’ dalam kamusnya telah membariskan sifat-sifat jahat dan keji seperti berikut:

Libertine, Profligate, debauchee, roué, rake adulterer, liar, Insolent, impudent, Shameless, brazen.

(Suka berzina, tidak menghormati wanita, cabul, candala, hamba nafsu, berakhlak jahat, tidak bermoral, jahat dan kejam, pembohong, kasar budi, tak bermaruah dan tak punya rasa malu dan apa yang dimaksudkan beliau itu tidak terkeluar dari kehendak-kehendak dan maksud kata-kata ‘fajir'.)

Di dalam sejarah perjuangan Islam sejak zaman dahulu hingga ke masa kini terdapat contoh-contoh yang kaya yang menunjukkan batapa manusia-manusia yang fajir itu dapat mengabui mata orang-orang Islam dengan perjuangan-perjuangan mereka yang gigih untuk menegakkan Islam, sedangkan perjuangan mereka bukanlah hasil dari dorongan iman dan motif pencari keredaan Allah dan kelakuan mereka sentiasa bergelumang dalam segala macam maksiat yang keji. Wassalam.

Petikan dari tulisan :

http://virtualfriends.net/mediabank/photo/2002/smallavatar/DilaDellila1.jpg DilaDellila

(Virtual Friends.NCT)

Monday, February 6, 2012

Faktor Perpecahan Umat Islam

Uncle suka membaca akhbar yang diterbitkan pada hari minggu (Ahad) kerana didalamnya dimuatkan rencana dan artikel hasil dari wawancara beberapa tokoh berkaitan perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran kita.

Isi wawancara kali ini menarik perhatian kerana Uncle sering bertukar-tukar pandangan bersama sahabat berkaitan hal ehwal politik tanah air.

Pernah juga Uncle fikirkan apa yang disampaikan oleh Dr Aidit Ghazali ini dan alhamdulillah, penerangan yang beliau berikan ini adalah didalam bentuk yang mudah difahami.

Uncle mengambil peluang membuka pandangan lebih jauh faktor-faktor yang menyentuh isu perpecahan dikalangan umat Islam seperti yang dinyatakan.

Pelbagai analisis tentang perpecahan umat Islam telah dikupas oleh banyak pihak. Kebanyakannya berasas. Tidak perlu untuk mengulanginya. Tetapi faktor-faktor yang paling diyakini menjadi penyebab adalah:

Pertama

Tahap ilmu dan kemahiran menilai sesuatu perkara termasuk maklumat yang diterima, secara waras, bijaksana, berfikiran panjang dan menyeluruh.

Menerima, menilai dengan fikiran yang waras adalah satu permasalahan kepada rakyat Malaysia pada hari ini khususnya bagi mereka yang beragama Islam. Banyak rungutan dan aduan yang terdengar bahawa penghayatan umat Islam berada ditahap paling minima. Pengetahuan agama cukup rendah dan panduan yang ada tidak dimanfaatkan sebaiknya sehingga gagal mencapai keputusan yang dikehendaki sejajar kehendak tuntutan agama mereka. Ini berlaku kerana kurangnya tumpuan, kurangnya perhatian terhadap peri pentingnya mematuhi kehendak beragama yang sebenar. Jikalah ilmu agama terlalu sedikit, bagaimanakah agaknya mampu mereka mencapai sesuatu yang selaras dengan tuntutan?. Pasti ada yang tidak kena dengan pegangan Islam. Kepincangan inilah yang menjadi permasalahan utama. Untuk mengatasi masalah ini, agensi dan jabatan yang terbabit perlulah lebih pro-aktif. Gerakkan usaha untuk memberikan panduan, bahan-bahan yang sesuai kepada kesemua rakyat yang beragama Islam. Tidak boleh mengharapkan sekolah dan institusi yang berkaitan sahaja.

Terlalu jauh umat Islam tersasar dan masalah ini perlu diperbaiki sebelum kita hanyut lebih jauh dan akhirnya nilai-nilai Islam terus terhakis didalam masyarakat. Nauzubillah.

Kedua

Ketandusan ikon insan atau manusia yang boleh dijadikan ikutan dan rujukan yang diyakini tidak berbelah bagi dan yang bersifat adil serta membina dalam penilaian mereka.

Tidak ada lagi tokoh ulamak yang mereka benar-benar kagumi dan dapat dijadikan ikutan. Tokoh-tokoh seperti Tok Kenali,Tuan Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah ) Haji Abdul Fahim (Mufti Pulau Pinang) , Haji Abu Bakar Alim (Muar) , Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.,

Ketiga

Masalah ketaksuban dikalangan sebahagian masyarakat terhadap tokoh dan wadah pilihan sehingga ketaksuban kepada Allah dan Rasul-Nya, serta ketaksuban terhadap kebenaran diketepikan tanpa sedar.

Ketaksuban kini telah beralih kepada tokoh-tokoh agama yang membabitkan ulama yang berada didalam kelompok pemain politik. Apabila ini berlaku maka terjadilah pengasingan mengikut kelompok dengan kepentingan yang berbeza. Dan semakin besarlah jurang yang wuijud dikalangan umat Islam. Rakyat perlu faham, sebaik manapun ideologi yang disuapkan oleh pemain-pemain politik, ia tidaklah sebaik ajaran yang terkandung didalam Al-Quran dan Hadis. Tetapi sejauh mana fahaman mereka terhadap kebenaran Islam perlu diperkukuhkan. Insyaallah, usaha yang tidak mengenal jemu bakal membuahkan hasil dan paling penting ia diberkati Allah SWT.

Keempat

Suasana yang tidak kondusif pada perpaduan akibat budaya menghasut, berdendam dan takbur bahawa diri mereka yang benar dan

Demi kepentingan politik, masing-masing mempunyai idola tersendiri yang menegakkan perjuangan mengikut halatuju berbeza. Amalan menghasut berleluasa, berdendam kerana tidak berjaya mempengaruhi individu lain dan merasakan diri mereka sentiasa berkeadaan benar sedangkan yang tidak memihak sentiasa berada didalam kemungkaran. Pemahaman begini perlu dihapuskan sama sekali jika benar ingin mengangkat Islam sebagai perjuangan. Tidak ada perpecahan yang harus timbul hanya kerana perjuangan yang bermotifkan keduniaan. Janganlah diluaskan budaya perpecahan kerana kepentingan tertentu.

Kelima

Kurangnya pilihan bagi umat Islam yang kecewa dan hilang harapan pada wadah-wadah yang sedia ada.

Tiada wadah yang sesuai lagi pada pandangan mereka (golongan yang tidak berpihak) untuk dijadikan tempat pergantungan harapan. Kelompok ini tersisih atau menyisihkan diri dari mereka yang mempunyai kumpulan.

Penyelesaiannya adalah dengan meninjau serta mengkaji sedalam-dalamnya punca pada faktor-faktor ini dan selesaikan pada punca-punca. Yang penting, usaha secara sistematik dan berterusan.

Soal bila ia akan berjaya jangan dijadikan persoalan utama kerana itu urusan Allah. Jangan terperangkap dalam membuat kerja secara gopoh sehingga akhirnya mengorbankan kualiti dan keberkatan Allah SWT dalam setiap perjuangan
.

Saturday, February 4, 2012

KUASA KETIGA (Penubuhan JATI)

Terserlah sudah hasrat sebenar Hassan Ali yang kini giat menjalankan Roadshow berbekalkan slogan "Aqidah". Terkini .... apa yang diinginkan telah menjadi kenyataan dan dilaporkan bahawa JATI akan dibentuk sebagai satu jawapan kepada setiap permasalahan yang timbul dalam sistem pemerintahan negara ini. (JATI)

Apakah ini solusi terbaik yang boleh dibuat bagi menyemarakkan perjuangan Islam di Malaysia.

Pada pandangan Uncle "Kuasa Ketiga" yang dimaksudkan bukan bertujuan untuk menyatupadukan umat Islam di Malaysia, sebaliknya ia bakal menimbulkan perpecahan yang lebih besar.

Uncle suka mengulas setiap yang dilakukan oleh Hassan Ali dalam langkah dia memertabatkan perjuangan yang digelar "IMR" oleh banyak pihak.

Rentetan peristiwa perlu dilihat supaya kita mampu mentafsirkan tindak-tanduk Hassan Ali kebelakangan ini.

Kenyataan rasmi Presiden PAS berkaitan pemecatan Hassan Ali. (Pecat)

Dakwaan Hassan Ali berkaitan pembabitan Anwar Ibrahim dilaporkan disini. (Anwar Penyebab)

Ekoran dari dakwaan itu maka Ketua Pembangkang yang dimusuhi oleh Hassan Ali menjawab (Anwar Jawab)

Tinjauan umum terhadap kesan pemecatan Hassan Ali (Survey Isu Pecat)

Dicelah-celah kemelut berkenaan timbul pula kisah ini. "Drama" Haji Hadi dalam berdepan kes dimana dia sendiri terbabit. (Haji Hadi)

Kini mari tumpukan perhatian kepada Roadshow dimana Hassan Ali berperanan sebagai pemain utama.

Perhatikan ... siapakah yang menghadiri perjumpaan-perjumpaan melalui Roadshow ini. Tentunya mereka yang selama ini bernaung dibawah UMNO, PAS, PKR dan tidak kurang juga dari mereka yang tidak berparti.

Apakah idea penubuhan JATI datang dari Hassan Ali? Siapa yang menjadi penyokong dan siapakah yang bakal menggerakkan pertubuhan ini? Adakah ia akan diisi oleh bekas-bekas ahli yang berjawatan didalam PAS, PKR atau dari Barisan Nasional (UMNO)?

Kenyataan beliau pada saat-saat Roadshow semakin mendapat sambutan adalah untuk mewujudkan kuasa pengimbang antara BN dan PR.

Uncle berpandangan bahawa ia hanyalah retorik bertujuan meraih sokongan khalayak. Apakah ketiadaan pengimbang selama ini yang menyebabkan kepincangan berlaku didalam sistem pemerintahan...??? Tentu tidak sama sekali.

Jika Hassan Ali jujur dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja, UMNO adalah landasan yang betul kerana UMNO telah meletakkan perjuangan itu semenjak penubuhannya lagi.

Apa salahnya bagi Hassan Ali menyertai UMNO sekaligus mengepalai "gerakan" memertabatkan IMR sepertimana yang beliau war-warkan?.

Memang UMNO dilihat semakin kurang tumpuannya terhadap perjuangan dasar. Namun tidaklah UMNO membuang dasar tersebut kerana sebagai tonggak pemerintahan Kerajaan BN, UMNO mengendalikan pelbagai urusan lain yang lebih utama untuk negara.

Lihat reaksi yang ditunjukkan oleh blog ini apabila situasi ini gagal dimanfaatkan oleh UMNO. (Ini hanya satu luahan yang Uncle petik untuk menggambarkan ketidakpuasan hati sebilangan rakyat terhadap kealpaan UMNO dalam berdepan situasi yang berlaku didalam parti lawan).

Uncle pun hairan mengapa hal ini hanya diperhatikan sahaja sedangkan inilah kesempatan terbaik bagi UMNO untuk menarik sokongan pengundi. (Luahan hati blogger)

Atas kelemahan itu, UMNO memerlukan seorang yang benar-benar komited dan berkemampuan untuk mengetuai "gerakan" IMR dan jika itu dapat dilaksanakan maka "imej" UMNO yang selama ini diperlekeh oleh parti lawan (terutama PAS) dapat diperbaiki dan dipulihkan.

Rakyat sudah lama ternanti-nanti perubahan "besar" yang berulangkali dijanjikan Presiden UMNO (Perdana Menteri). "Gerakan" ini jika dilaksanakan akan menjadi satu "gelombang perubahan yang baru" terhadap perjuangan UMNO sejak kerusi Presiden diambil alih oleh Dato' Seri Mohd Najib.

Bukankah itu yang patut dilakukan oleh Hassan Ali...????

Mengapa Hassan Ali tidak berbuat demikian...??

Jawabannya .... kerana Hassan Ali masih lagi "menyayangi" PAS dan berharap untuk menyertainya kembali sekiranya PAS keluar dari gabungan dalam Pakatan Rakyat. Maka sebenarnya bukan PAS yang dimusuhi, bukan parasit dalam PAS yang mahu diperangi tetapi hasrat dan hajat sebenar adalah untuk menarik keluar PAS dari bekerjasama didalam PR bersama PKR dan DAP. (Hassan masih sayangi PAS)

Beliau tidak akan menyertai UMNO dan tidak pula berhasrat untuk menerajui KITA biarpun berpeluang berbuat demikian. Keputusan unjtuk meminggirkan KITA Uncle setujui kerana parti yang ditubuhkan oleh Zaid Ibrahim tidak mempunyai halatuju yang jelas.

Laporan terbaru yang disiarkan oleh Mingguan Utusan (Mana mungkin?)

Apapun kesan akhir dari krisis PAS perlu kita nantikan selepas ini kerana politik negara semakin jadi celaru, tidak menentu dan tidak dapat dijangka. Kesan sebenar dari sekian banyak peristiwa hanya akan terjawab pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Sama-sama kita perhati dan nantikan apakah drama selanjutnya.

Soalan buat Hassan Ali … siapa yang akan anda berikan UNDI….? PR … BN … atau JATI (kuasa ketiga).

Monday, August 1, 2011

Makin lama makin malas

Dah lama betul tak menjenguk blog ni.

Makin lama makin malas dek terlalu terlibat dengan Facebook. Banyak isu yang dibincangkan disana sehingga terleka untuk menjenguk blog sendiri. Kalau blog ini dilayari berjuta pembaca kira bagus jugak... tapi Uncle sendiri pun dah naik malas menjenguk apatah lagi pengunjung lain.

Mintak maaflah ya... kesian pulak pada diri sendiri.

Selepas raya ni Uncle berazam untuk mengemaskini blog ini sentiasa.... biarpun sehangat mana isu yang didebat di Facebook, blog ini akan jadi keutamaan.. Insyaallah.

Ini sayalah yang dapat dicoretkan untuk sementara waktu ini. Semoga sifat malas ni akan beransur hilang hari demi hari.....

Jumpa lagi.

Sunday, January 2, 2011

Apa cerita

Tahun 2011 dah melalui ruang hidup Uncle hari ketiga.

Apa nak diceritakan dalam tahun 2011 ni. Penat sudah mendengar cerita hal politik. Ekonomi pun kerap jugak Uncle sentuh.

Nampaknya tiada sebarang perubahan besar dalam kedua-dua aspek tersebut. dan kerana tidak nampak apa-apa maka Uncle semakin jarang untuk menyentuh kedua-dua hal berkaitan. Malas, bosan, muak dan meluat. Dengan cakap-cakap kosong yang semakin berleluasa. Gembar-gembur orang politik yang tak berkesudahan, maka dunia politik semakin membosankan.

Uncle semakin jarang menonton berita yang disiarkan. Baik di TV3, Astro Awani dan RTM dan lain-lain saluran TV.

Ekonomi nampak macam biasa. Kesempitan rakyat makin terasa sementelahan pula harga barangan keperluan harian tak pernah nampak akan turun..... (mana mau turunnya bila pengguna semakin ramai dari pengeluar). Logik juga teori pembekalan dan penawaran.

Isu rasuah, penyelewengan dan sebagainya makin kurang diberi perhatian. Mungkin kerana sudah terlalu banyak kes yang dibongkar. Hanya kes berprofail tinggi mungkin akan diberi perhatian.... kerana ianya melibatkan orang-orang penting politik.

Apa-apapun bagi Uncle, ada arah yang baru dalam kehidupan ditahun 2011 ini. Anak akan melangkah ke gerbang perkahwinan, yang meneruskan pengajian dan baru memulakan pengajian setelah lama tertangguh. Alhamdulillah.

Semoga tahun 2011 mampu menceriakan Uncle dan dengan harapan itu Uncle perlu merancang perjalanan kehidupan dengan lebih teratur. Semoga diberikan kesihatan baik mental atau fizikal. Harapan lain .... ingin melihat suasana tenang dalam politik tanahair. Cukup-cukuplah rakyat dihidang dengan pelbagai kemelut dalam negara ini. Berilah ketenangan sekadar yang boleh supaya Malaysia ini aman dan terus maju.

Saturday, November 20, 2010

Anwar = Su Kyi

Mak datok aiiii…

Uncle hairan bila membaca banyak status kawan-kawan di Facebook yang memperkatakan Anwar menyamakan dirinya dengan pejuang demokrasi di Myanmar, Aung San Su Kyi.

Mungkin Uncle ketinggalan mengikuti berita tu, tapi kalau ramai dah bercakap tentunya ada sumber-sumber sahih yang mewar-warkannya.

Kenapa Anwar menyamakan dirinya dengan pejuang wanita itu? Hairan.

Kenapa Anwar tak letak dirinya standing dengan Bush, Blair, John Howard… dan lain-lain pemimpin dunia yang meletakkan Iraq dan Afghanistan sekarang dalam huru-hara. Kerana angkara merekalah kedua-dua negara tersebut menjadi tidak stabil.

Bezanya…. Anwar bercakap untuk menjahanamkan negara sendiri berbanding kelompok pengganas antarabangsa yang Uncle sebutkan diatas. Bukankah apa yang Anwar lakukan sekarang adalah untuk menjahanamkan Negara?.

Sebusuk-busuk hati Nentanyahu, Sharon dan Olmert…. (yang dibenci oleh sekelian umat Islam didunia), mereka masih berusaha mempertahankan Israel. Mereka tak berkeliling dunia untuk mempertahankan diri sendiri dari tuduhan. Olmert sendiri masih kekal dibumi Israel bila dikatakan terlibat dengan rasuah. Habis hebatpun Zionis berkenaan berulang-alik ke Amerika Syarikat untuk mempertahankan pendirian mereka.

Berbalik kepada Anwar dan Su Kyi…. Isy… jauh sangat bezanya. Su Kyi ditahan dirumahnya bagi tempoh yang lama sehingga parti pro-demokrasi pimpinannya memutuskan untuk memulaukan pilihanraya.

Anwar dan PKR pimpinan isterinya, didokong oleh Azmin dan anaknya Izzah bebas bertanding dalam pilihanraya, berjaya mendapatkan beberapa kerusi di Parlimen dan menguasai Selangor apabila meletakkan wakilnya sebagai Menteri Besar. Dan uniknya Anwar dilantik oleh MB bonekanya itu sebagai Penasihat Ekonomi negeri berkenaan dengan bayaran elaun RM1.00 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja).

Kerana terlalu bebas, Anwar juga berjaya memperdaya Ahli-ahli Parlimen bahawa beliau akan berjaya merampas Putrajaya…. “We got the number…” hahahahaha.

Apa jawatan yang dipegang oleh Su Kyi, berapa elaun yang diperolehi oleh wanita tersebut dan sejauh mana dia boleh pergi…….?

Bukan seperti Anwar, yang dibenarkan memegang gelaran Ahli Parlimen Permatang Pauh… lebih hebat menyandang jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen……. (Jawatannya Ketua Pembangkang tetapi apabila penipuannya dibentang oleh bekas penyokong kuatnya… Anwar terkangkang-kangkang lari keluar Dewan)…. Hahahaha.

Anwar cukup bebas… sebebas-bebasnya. Malahan kalau Anwar mau mengikut Charles Branson ke angkasalepas sekalipun tiada siapa yang menghalang…..

Memang sah… kerana terdesak…. Anwar sanggup bercakap apa sahaja untuk memperlihatkan dia pejuang demokrasi yang tulen….. (Lawan tetap lawan... tapi bila YB Zahrain hentam dia tak melawan)

Kalau Anwar membaca tulisan Uncle ni memang mau dia tersedak…..

Sudahlah Anwar… pergilah rujuk balik kepada Karpal Singh berkaitan desakan menyuruhnya bertaubat dahulu….

Hmmmmm…. Semakin penat melihat sandiwara Anwar ni.

Jom minum dulu……..

Assalamualaikum.

Tuesday, November 9, 2010

Dilema Rakyat dan Pengundi

Wakil Rakyat tak buat kerja
Tak lawat kawasan
Sukar ditemui
Menyesal kerana memilih
Sombong, kaya mendadak
PRU akan datang cari orang lain ………. dan bermacam rungutan sepertinya diluahkan oleh pengundi selepas berlangsungnya setiap Pilihanraya.

Apakah yang silapnya?

Silap calon?
Silap parti?
Silap pengundi?

Keadaan ini banyak berlaku dan tidak memilih parti mana yang dianggotai oleh Wakil-wakil Rakyat berkenaan. Yang menerima kesan dari keadaan ini adalah pengundi, rakyat disetiap kawasan yang diwakili, dan kesan paling besar kepda parti yang diwakili.

Terlalu banyak rungutan dari rakyat yang tidak diambil pusing, mungkin kerana Wakil Rakyat kini sudah duduk selesa dikerusi empuk… bagi tempoh sekurang-kurangnya satu penggal. Kerana singkatnya tempoh menduduki kerusi berkenaan membuatkan individu yang bergelar Wakil Rakyat banyak menumpukan usaha mengukuhkan kedudukan ekonomi (keluarga dan kroni) berbanding mengukuhkan kedudukan sebagai calon yang bakal dipilih pada pemilihan yang akan datang…. ekoran dari itu, mereka mula terlibat dengan pelbagai salahlaku dan penyelewengan yang merugikan, menjatuhkan dan menjahanamkan kredibiliti diri serta imej parti yang diwakili.

Tanggungjawab yang diamanahkan ditangannya diabaikan dan setelah sepenggal atau berpenggal-penggal berkuasa… kawasan yang diwakili masih berkeadaan sama seperti sebelumnya.

Banyak kepincangan boleh berlaku dan bakal berlaku andainya keadaan ini berlanjutan. Majoriti rakyat hilang minat dan mula mengasingkan diri dari terlibat didalam proses demokrasi dinegara ini.

Salah satu kesan yang jelas dilihat kini adalah tiadanya inisiatif dan kesedaran masyarakat (terutamanya golongan belia) untuk mendaftar diri sebagai pemilih berdaftar bagi membolehkan mereka mengundi. Ini mungkin berlaku kerana mereka berpandangan bahawa memilih wakil rakyat tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Apakah usaha yang boleh dilakukan supaya wakil rakyat berfungsi sepertimana yang dikehendaki?

Jika satu rumusan diperolehi, kemelut ini dapat diatasi dan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi akan bercambah dan menjadi subur kembali. Terserah kepada mereka yang telah dilantik untuk menangani permasalahan ini.

Wallahualam.