Tuesday, March 19, 2024

 Bila Tun cuba mengusahakan supaya Melayu dapat bersatu maka ramailah Melayu-melayu HAPRAK datang menyerang.

** Tun laaa yang memecahbelahkan Melayu
** Tun yang menjahanamkan Melayu
** Tun sendiri cakap Melayu Malas, Melayu Mudah Lupa
** Tun peralat Melayu untuk kayakan anak-anak dan kroni
** Tun dah tak relevan dan tak diterima oleh orang Melayu sendiri
** Tun patut duduk dimasjid, kekal diatas sejadah kerana sudah tua dan nyanyuk.
** Melayu tolak Tun hingga kalah dan hilang deposit sewaktu bertanding
** yang terkini, Perdana Menteri sendiri membuat andaian bahawa orang miskin (dah tentunya ditujukan kepada Melayu) akan diupah untuk melakukan kekacauan dalam usaha menumbangkan kerajaan sediada
Sebenarnya ramai sedar dan ramai yang nampak, apa yang Tun perkatakan itu adalah perkara yang benar. Ramai yang tak mampu menafikan bahawa kedudukan Melayu, penguasaan Melayu semakin lama semakin terhakis dan tak mustahil akan hapus sama sekali. Puncanya adalah perpecahan yang dialami.
Ehhh ....!!!
Cuba beritahu.
Melayu ni nak jadi apa ..??.
Melayu ini nak yang bagaimana lagi ...???.
** nak terus kekal dalam keadaan yang ada sekarang dan tidak mahu berubah ...???.
Hanya kerana rasa benci dan dengki (terhadap Tun) maka nasib keseluruhan bangsa Melayu sanggup dilihat terus ketinggalan dalam serba-serbi.
Cuba kita tanya lagi :
Kita mahu tahap ekonomi dipertingkat.
Kita nak lihat matawang Ringgit kukuh.
Nak harga barangan murah dan mudah diperoleh.
** untuk apa kesemua ini jika yang menguasai segalanya adalah bangsa asing, kaum lain selain Melayu ..???.
Jadi adakah salah Tun mengusahakan Penyatuan dan Perpaduan Melayu untuk merobah dan meletakkan bangsa Melayu pada tahap "boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi" dengan kaum-kaum dan bangsa lain ..???.
Jikalah Tun pernah lakukan kesilapan :
Adakah salah untuk Tun memperbaikinya semula.
Berdosakah kita seandainya Tun diberi peluang sekali lagi untuk memperbetulkan keadaan ..???.
Keadaan yang bagaimana sebenarnya diidamkan oleh Melayu-melayu kita ni ...???.
** melihat apa yang berlaku ... saya dah tak mampu menemukan sebarang jawapan. Kerana Melayu-Melayu yang ada dah terlalu ramai yang berpersepsi negatif terhadap "penyatuan" yang cuba diusahakan.
Lalu ... apa lagi yang kita harapkan selepas ini ...???.

No comments:

Post a Comment