Thursday, March 7, 2024


Pernah dengar dia cakap "kita baru lapan bulan".

Pun pernah dengar ada orang kata "bagi dia masa".
Tapi laaa kan .... masih lagi terngiang dicuping telinga saya teriakan "bagi saya 24 jam ..".
** sekarang ni cuba kira berapa jam.
** tukar jadi hari.
** jadi minggu.
** jejak bulan ke bulan
** dan dah jadi tahun.
Berapa banyak masa lagi yang dia nak ....?????.
Kalau tengokkan dia punya lagak.
Perhati-perhatikan dia punya tamak.
Iskkkk .... Malas dah nak cakap banyak.
** begini gayanya cara dia .... MATILANAKKKKK ...!!!!.


Saya setuju katakan bahawa sebahagian dari isi posting sahabat ini ada kebenarannya. Cuma bab "semua perniagaan akan lumpuh" tu perlu ada penyelesaiannya.

** bayangkan sekiranya semua perniagaan gulung tikar, kemana arah kita untuk mendapatkan bekalan keperluan seharian ..???.
Masalah takkan selesai disitu sahaja.
Ini saya bagi contoh (untuk difikirkan).
Andaikata peniaga tutup kedai seminggu (kebiasaannya pada hari perayaan mereka) menggelupur kita mencari bekalan. Takpun seminggu sebelum mereka beraya ... rumah kita dah penuh dengan stok persediaan.
** siapa yang KAYA ...???. Puak tuuuuu jugak ...!!!.
Penyelesaiannya memang ada.
Caranya :
Bangsa kita beramai-ramai perlu aktif membabitkan diri dalam perniagaan.
Bangsa kita sokong dan beri tumpuan kepada perniagaan bangsa sendiri.
Tak mampu untuk bangunkan sendiri, bangsa kita bekerjasama membina perniagaan dan jika boleh ... pekerja-pekerja yang menjalankan urusniaga (didalam sesuatu perniagaan) dijadikan rakan kongsi serentak.
** disamping mereka bekerja, mereka dapat meraih hasil keuntungan secara bersama.
** galakkan kita sesama bangsa untuk membeli-belah di pusat perniagaan milik bangsa sendiri.
Jika ini dapat dilakukan ... tak mustahil bangsa kita akan bangkit dan berdiri gah (dalam apa jugak bentuk perniagaan dan perusahaan).
Perniagaan kaum lain nak lumpuh ... gasak ker dia laaa.
** kita dah ada tempat lain sebagai pengganti.
Persoalannya :
Mahukah bangsa kita melakukannya ...???.
Perkara ini dah lama saya ajukan kepada kawan dan saudara mara tetapi seperti yang saya pernah bangkitkan dalam posting saya sebelum ini ... "bila ajak berniaga ... usahkan kawan .. sedara mara sendiri pun CEBIKKAN BIBIR".
** memperlekeh dan langsung tidak memberi respon terhadap syor yang diberi sepertimana yang diharapkan.
** "never too late" kata orang putih tapi selagi mana minda bangsa kita tak mahu berubah .... selamanya kita akan berkeadaan begini.

 


Dikhabarkan miskin tegar dah tak ada.

Kiranya ... takder masalah rakyat boleh jadi kaya raya.
Habistu apanya sibuk sangat menjelajah keluar negara.
Baik dok dalam negeri, ajak dan ajar rakyat berniaga.
Gunakanlah modal dari dalam sahaja.
Apa kejadah dulunya melalak kononnya "nasib rakyat nak dibela".
Orang bagi duduk dikerusi tu ... disuruh buat kerja.
Bukan menuduh orang itu orang ini sampai kena saman berjuta.
Faham ke tak niiii .... janganlah buat pekak, bisu dan buta.