Saturday, February 24, 2018

Penyebar Berita Palsu TERHEBAT


Menteri-menteri sibuk menasihatkan rakyat supaya menapis setiap berita yang disampaikan. Sampai tahap nak mengenakan hukuman paling berat melalui pewujudan Akta Berita Palsu.

Tapi sayang.
Menteri-menteri kepala BAPAK Cow tak reti nak menasihat pimpinan-pimpinan partinya supaya "repair kepala hotak" untuk jadi lebih waras dan mampu membezakan mana yang benar dan mana yang direka-reka.

Surah yang jadi rujukan mereka adalah yang ditulis oleh Raja Pelarian Botak.
** dipetik dikutip untuk dijadikan bahan politik (untuk mengelirukan rakyat).
** lihat saja perangai KP UMNO Wilayah ni mengambil kesempatan berkempen menggunakan "berita palsu" hasil dari "halunisasi otak Raja Petra". Jelas yang pakar menyebar berita palsu adalah para penjilat Najib yang bertujuan untuk mengancam dan menghuru-harakan ketenteraman dalam negara.

Apa kata Salleh Keruak ..??
Apa tindakan dari Najib ...???
** bersorak gembira ...????

Manipulasi tulisan RPK oleh KP Wilayah Persekutuan
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/02/392532/kuok-jangan-lupa-daratan-pemimpin-umno

Penafian oleh keluarga Kuok
http://www.malaysiakini.com/news/413359

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Wednesday, February 21, 2018

Teluskah nanti PERLAKSANAANNYA ..?


Berita PALSU

"Jika diluluskan di Parlimen akta ini tidak mengenal individu, kalau pembangkang rasa menteri bersalah, dia mempunyai hak ke mahkamah untuk meminta perintah mahkamah".
- Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.
Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
-----------------------------------------
Entahlahhhhhh ....!!!!
Sewaktu berjanji, berikrar dan bersumpah maka macam-macam benda boleh disebut.
Nanti bila undang-undang siap digubal dan diluluskan lain pulak corak perlaksanaannya.
** ketika ini dah ada berapa banyak Akta, Kanun, Enakmen ...... time perlaksanaan macam-macam kerenah timbul. Yang banyak tersangkut dalam pukat hanyalah "bilis-bilis" halus. Bapak IBLIS terus bermaharajalela.
** waktu nak bertindak "tersadung dek kampit DEDAK" maka langkah terus longlai.

Selagi intergriti masih terus dipersoal selama itulah "keraguan terus bersarang" dikepala rakyat.
** apakah jaminan bahawa penguatkuasaan yang berjalan itu telus dan boleh diyakini ..??.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/391486/kenamaan-ahli-politik-boleh-didakwa-sebar-berita-palsu

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Berkhidmat Mengikut Peraturan, Usah DICUCUK HIDUNG


Kesabaran seseorang ada hadnya.
Tindakan seseorang penjawat awam baik setinggi mana jawatan yang disandang ... perlu berlandaskan peraturan yang digariskan.
Ada batas dan sempadan yang perlu dilihat.

Dalam keadaan manusia semakin berpendidikan, Ketua atau Pegawai tidak boleh mendabik dada, merasakan dengan kuasa ditangan maka boleh melakukan apa sahaja.

Didalam isu "melengah-lengahkan kelulusan pendaftaran" oleh Pendaftar Pertubuhan, ianya telah sampai ketahap "mencabar kesabaran".
Kelulusan yang ditunggu merupakan titik penting kepada perjuangan dalam sebuah kesepakatan yang memperjuangkan nasib rakyat terbanyak.

Apabila kesabaran telah dicabar maka tidak salah sekiranya pihak yang memohon menyambutnya dengan "mencabar" keputusan Pendaftar Pertubuhan melalui sudut undang-undang.

Sikap berdiam diri ROS selama berbulan-bulan (sejak dari permohonan Pakatan Harapan) tidak boleh didiam atau dibiarkan berterusan.
Sebagai sebuah jabatan (agensi) kerajaan yang punyai tanggungjawab ... apa yang dilakukan oleh ROS adalah tidak wajar.

Lebih malang, apabila telah sampai keperingkat disaman, Ketua Pengarah ROS pula mengeluarkan kenyataan seakan "mengugut".

Dalam keperluan mendesak PH (untuk gabungan berkenaan disahkan secara rasmi) menyatakan tindakan saman bakal "merencatkan" proses kelulusan adalah TIDAK WAJAR sama sekali.

Sepatutnya, Surayati Ibrahim sudah boleh memikirkan untuk "mempelawa para pemimpin setiap parti didalam PH untuk berunding secara aman".
Mengugut bukanlah caranya kerana apa yang dinginkan oleh para pemimpin PPBM, PKR, PAN dan DAP adalah juga hasrat para penyokong (yang jumlahnya bukan sedikit).

Oleh itu, Ketua Pengarah ROS diharap mampu mengendurkan "keegoan" dan usah sesekali terpengaruh apalagi terjerat dengan permainan politik BN.

Perlu diingatkan bahawa .... kerajaan adalah kerajaan. Apa yang dilakukan adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Ia tidak patut dicampur aduk dengan kepentingan mana-mana parti politik.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Parti "bunga" Kepala BAPAK Puad ker ..??


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Pengerusi dan Timbalan Presiden PPBM itu mewujudkan satu usaha dalaman oleh kelompok 'proMahathir' untuk mensabotaj pendaftaran parti berkenaan dengan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mendakwa kegagalan mendapat kelulusan pendaftaran PPBM dijadikan alasan untuk Dr Mahathir dan Mukhriz untuk bertanding menggunakan logo DAP.
"Hingga hari ini, parti bunga masih gagal mendapatkan kelulusan hitam putih ROS sama ada mesyuarat agung parti itu, baru-baru ini, sah ataupun tidak".
----------------
Belum pernah lagi saya memaki hamun si Puad, Ketua Pengarah JASA ni tetapi kali ini dia memang patut dimaki.

Ahli MT "haramjadah" mulut celupar ni memang jenis "puaka".
** semenjak dilantik menjadi KP JASA mulutnya semakin tak terkawal. Tak sedar diri dia bertanding dalam PRU pun dah "tertungging". Dilantik jadi "penjilat" semakin menjadi-jadi pulak perangainya.
** habis rosak akhlak (dek kerana terlalu nak membodek).

Yang sibuk sangat lawan nak bertanding guna lambang apa apasal ...??
** jika bertelor tolong percepatkan kelulusan pendaftaran gabungan Pakatan Harapan.

Yang disebut "parti bunga tu apa benda nya ..??
** parti bunga KEPALA BAPAK KAU ..??

Tak reti nak sebut nama parti yang didaftar ker ..???
Jangan buat perangai macam "SIAL".

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tuesday, February 20, 2018

Buat yang TERBAIK (untuk Malaysia)


Jika ada ramai orang "sakit otak (mental)" jangan kita sama terikut. Kita dah dididik untuk memperjuangkan kebenaran, menolak jauh-jauh segala bentuk kejahatan.
** itu sebabnya kita menggubal dan membentuk peraturan (undang-undang) didalam sistem pentadbiran.

Kita ada agama untuk dijadikan panduan dan turutilah peraturan itu mengikut seperti mana yang digariskan.

Saya suka juga tujukan pandangan ini terhadap penyokong-penyokong "kebobrokan" pentadbiran Najib dan barisan Kabinetnya.

Kepada mereka yang mendakwa Najib "suci bersih" dari kesalahan (yang diperkatakan) saya taknak label kalian tu "bangang".
** kalian tu sebenarnya ada otak, ada akal maknanya masih lagi ada ruang untuk jadi "cerdik".

Masalahnya ...
Kalian berasa lebih selesa "melindungi" tindak-tanduk Najib yang buruk walhal dah terbuka banyak pekongnya diserata ceruk dunia.

Baru-baru ini peguam Najib berusaha untuk mengetepikan dokumen (prosiding) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Singapura kerana katanya ia hanya "khabar angin".
** cuba fikir baik-baik. Wajarkah Najib dan peguamnya buatkenyataan "memperlekeh" apa yang dilaksanakan oleh sebuah badan Kehakiman ...???
** apakah hakim negara berkenaan terlalu "bodoh" hingga sanggup mengeluarkan dokumen berupa sebuah "khabar angin"...??

Ada akal jangan "disempitkan" dengan menyokong SALAHLAKU seseorang secara MEMBUTA TULI.

Jadilah yang TERBAIK untuk Negara tercinta dan langkah menyanjungi "penyangak" bukanlah sesuatu yang patut dilakukan kerana ia BUKANLAH YANG TERBAIK.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Intergriti ...??? Bolehkah ianya DIYAKINI ..??


"Kita mempunyai misi besar mahu menjadikan Malaysia negara berintergriti tinggi tanpa mengira sesiapa pun sama ada Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan ahli korporat. Jika melakukan kesalahan, perlu diambil tindakan".
- Mustapa Mohamed
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan
--------
Uhhhh.
Entahlahhhhh ....!!!
** nak percaya pun kena fikir puluhan kali. Itu pun belum tentu boleh buat keputusan (untuk percaya).
Manakan tidak.
Bila sebut soal "intergriti" ni saya masih mahu berbalik kepada kisah "derma" yang masuk ke akaun bank peribadi Najib.
** Najib sendiri tak menjawab secara jelas persoalan berkenaan. Yang menjawab bagi pihaknya berbelas-belas individu lain.
** jawapan masing-masing langsung tak seragam. Orang itu cakap hitam, orang ini cakap putih. Datang jawapan dari yang lain, dah bercanggah pulak. Yang mana satu hendak dipercaya ..??
Duduk celah mana apa yang dikatakan "intergriti" tu ...???

Satu lagi hal.
Tindak-tanduk Najib sendiri boleh dipertikai (dalam menangani isu derma yang ditimbulkan).
** gugurkan TPM.
** tukar MB
** pecat dan gantung keahlian
** rencatkan proses siasatan
Semua ini menimbulkan tandatanya (dan langsung tidak pernah dirungkai dengan jawapan tuntas).

Intergriti ....????
Keyakinan ....????
** segalanya masih dalam KERAGUAN (diminda rakyat).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/390775/70-calon-bn-kelantan-sudah-ditapis-sprm

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Monday, February 19, 2018

Rakyat TERHIMPIT dek Kenaikan Kos Sara Hidup


Ada Menteri kata "GST boleh turunkan harga barang".
Menteri lain pulak kata "kerajaan jadi sasaran bila kos sara hidup naik".
Najib pulak buat kenyataan "rakyat Saudi tak merungut seperti rakyat Malaysia bab GST".
** Ada lagi menteri-menteri yang bersuara berkaitan GST dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Yang cakap harga barang turun kerana GST tu memang dah tentulah tak boleh pakai. Tak nampak apa barangan keperluan harian yan turun harga pun. Yang mencanak naik banyaklah.
Dia boleh lagi syor buat dua tiga kerja macam yang dia buat. Iyalahhhh tuuu.
** kerja jadi Menteri, jadi Ketua Biro IT dan kerja menayangkan resipi makan selang dua hari di media sosial. Bagi dia itulah cara nak menangani himpitan biaya harian.
** apa nak heran. Dengan gaji menteri (yang rakyat bayar) dia nak masak selori tempe pun apa ada hal ..??

Menteri yang mengeluh sebab kerajaan dipersalahkan tu pulak lain hal.
** kita nak tanya ....
Segala dasar, semua cukai dan kos-kos perkhidmatan tu "adakah ditetapkan oleh rakyat..??".
Kawalan terhadap peniaga yang meletakkan harga tinggi tu adakah terbeban dibahu rakyat ..??
Penguatkuasaan setiap undang-undang (tentang kerakusan peniaga) dilakukan oleh siapa ...??
Salah ker rakyat menujukan rungutan dan keluh-kesah berkaitan kos sara hidup kepada kerajaan ...?? Jika ianya salah maka rakyat nak mengadu kepada siapa ...???

Yang lagi besar bala ... bila Menteri Kepala Bapak menyindir rakyat sendiri tentang tanggungan GST yang menjadi beban.
** Najib dah mengaku "Tanpa GST ekonomi dan pengurusan ekonomi negara TERANCAM".
** sepatutnya ucap terimakasih kepada rakyat kerana dah beratus billion disedut dari kantung rakyat (tak kira tua muda miskin kaya) untuk lancarkan ekonomi. Ini tidak ... DISINDIR pulak lagi.

Ini ker gaya yang mendakwa "kerajaan yang TERBAIK ...???".

Kita tak nafikan .... yang dikatakan ekonomi maka beginilah suasananya. Kenaikan harga memang akan berlaku. Konsep bekalan dan penawaran berserta keperluan menyebabkan ianya berlaku. Tetapi jika dengan pengenalan GST hal kenaikan harga menjadi tidak terkawal ... amat wajar ia diberikan perhatian.

Rakyat telah beri mandat.
Dan mandat diberikan bukan dengan syarat kerajaan boleh berbuat apa sahaja selepas itu.

Kesejahteraan rakyat perlu jadi KEUTAMAAN.
Usah banyak BERALASAN dan usah kerap MENYALAHKAN rakyat.
** apa guna mentadbir jika rakyat DIHIMPIT SENGSARA...???

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, February 18, 2018

Tunggu dulu sebelum BERGEMBIRA


Jika dengar cakap dia ... langit pun boleh runtuh.

Najib janjikan (beri) peruntukan RM1.3 billion untuk projek infrastruktur di Langkawi.
** punya lebat (banyak) peruntukan mengalahkan hujan yang turun di musim tengkujuh.

Sebelum nak percaya janji dia, cuba kita toleh balik kebelakang kisah Adik Pra-Sekolah yang menyeberang Jambatan Tergantung di Kg Pamah Aur, Lipis beberapa bulan lalu.

Cuba selidik ...
** berapa kos yang diperlukan untuk baikpulih jambatan tersebut ..??
Ada cecah juta ker tidak ???
** bila jambatan berkenaan mula rosak ..??
** bila peruntukan baikpulih diperolehi dan bila tarikh kelulusan untuk baikpulih dibuat . ??
** dah kerja baikpulih tu berlaku bila ...??
(setakat harini belum ada berita samada dah mula ataupun kerja-kerja dah pun SIAP).

Jadi ...
cerita BUIH di Langkawi tu belum boleh ditelan BULAT-BULAT. Simpan tepi dulu.
** di pejabat depa sebut K.I.V

Kenapa ...???

Sebabnya Parlimen dijangka bubar dalam tempoh tak berapa lama lagi. Jika ada beratus billion peruntukan "diluluskan" pun ianya tidak akan menjadi kenyataan ibarat kita petik jari terus JADI.
** nak keluar kurang "setengah juta" untuk jambatan Kg. Pamah Aur pun makan hampir setahun, apa pula peruntukan yang menelan belanja berbillion...???
Silap gaya lebusssss hancussss.
"No project approved".

Jangan mimpi dulu ya ...!!!

Sebenarnya cakap-cakap itu (janji peruntukan) hanya GULA-GULA POLITIK.
** guna kedudukan sebagai pemerintah untuk "mengelabui mata pengundi" dengan hajat untuk mereka KEKAL MEMEGANG TAMPUK KUASA.

Untuk laksanakan janji ... BELUM PASTI.

** dan jangan lupa ... tubuh Najib diselimuti pelbagai skandal. Maka untuk terus berlindung ... Najib perlukan kuasa.

Sibodoh mana yang nak BERSEKONGKOL dengan skandal Najib akan memenangkan BN untuk terus bermaharajalela.

** Sanggupkah ...????

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed