Friday, September 8, 2017

Kenapa Berhutang dan Apa Hasilnya

Kena berhutang ...!!!!

Ya. Kita faham.
Diketika kita tidak mampu membayar tunai untuk sesuatu barangan perlu mungkin berhutang jadi #perlu.

Dizaman Tun pun berhutang tetapi beliau membangunkan negara ikut keperluan dan ikut kemampuan. Pembangunan yang dilakukan mempunyai matlamat jangka panjang.

Dalam masa membangun dan memajukan negara banyak yang perlu dilakukan. Bukan setakat mendapatkan dana tetapi apa idea dan apa bentuk pembangunan yang perlu diutamakan.

Kerana Tun mahu menukar kebergantungan negara dari pertanian kepada industri sudah pasti banyak pelaburan dibuat.

Disinilah kepintaran dan kebijaksanaan amat-amat diperlukan. Bekerjasama dengan pelabur asing dan mempelawa sama syarikat-syarikat tempatan untuk merebut peluang.

Dan hasilnya ....!!!!
Banyak industri wujud, banyak syarikat tempatan berjaya dan lahir tenaga mahir dikalangan anak-anak tempatan.
** hutang yang ditanggung pula dalam keadaan terkawal.
** bukan saja hutang dapat dikawal tetapi Malaysia dibawah seliaan Tun menjadi antara negara yang mampu membayar hutang mengikut tempoh ditetapkan.

Cuba lihat apa yang Najib lakukan.

** tubuh 1 MDB dan dalam tempoh singkat telah mrngumpul hutang puluhan billion. Jumlahnya lebihkurang 1/4 daripada jumlah keseluruhan hutang yang ditinggalkan Tun semasa melepaskan jawatan.
** soal kemampuan 1MDB membayar hutang pun semua sedia maklum. Lihat kisah 1MDB dengan IPIC pun sudah memadai.

Apa kemajuan yang dibawa oleh 1MDB ..???
** Bandar Malaysia ..???
** TRX City ...???
** Edra Energy ...???
Apa lagi yang nampak ...???
** taja menunaikan Haji ...???

Berapa kerat yang mendapat faedah dan keuntungan hasil pewujudan 1MDB ..???

Hutang negara dah hampir mencecah 1 trillion.
Apa yang dapat kita lihat siap #tersergam didepan mata hari ini ...???
** sambungan projek LRT dan MRT.
Selain dari itu apa yang ada ...???

Tunggulah yaaa ...!!!

** beri peluang Najib realisasikan Transformasi Nasional 2050nya dulu.
Sambil itu ....
JOM KITA CARI RAMAI LAGI PIHAK YANG RELA MEMBERI KITA HUTANG.
Menjelang 2050 kerja rakyat Malaysia hanyalah dok MEMIKIRKAN HUTANG (keliling pinggang).

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tuesday, September 5, 2017

DUA DALAM SATU


Menara Berkembar Petronas.

Ada sesiapa perasan bahawa pembinaan Petronas Twin Tower ni mengangkat imej Petronas dan Malaysia secara serentak ...???
** mengangkat imej Petronas sebagai syarikat petroleum milik Malaysia
** meletakkan nama Malaysia sebagai tempat terletaknya bangunan pencakar langit tertinggi didunia (jika satu binaan itu biasa tetapi yang kita miliki ini DUA BINAAN).

Dalam banyak pihak dari serata ceruk dunia memuji dan mengkagumi hasil ilham yang datang dari Tun Mahathir .... Najib dan segelintir dari rakyat Malaysia yang berperanan sebagai penjilat Najib mengutuk mengeji.

Cuba kita buat survey diseluruh dunia berapa ramai yang memuji dan berapa ramai yang mengeji usaha Tun ...???
** rasanya cuma khadam hamba dedak Najib saja yang mengeji sebaliknya yang memuji (mengkagumi) datanh dari serata ceruk dunia.
Ini hakikat yang tidak mampu dinafikan.

Seperkara lagi perlu diingatkan.

Dalam waktu pentadbiran Tun ... Pengurusan Petronas melebarkan sayap perniagaan ke banyak negara-negara luar untuk menambah jumlah pendapatan yang bakal menyumbang kepada keperluan dana pengurusan Malaysia.
** Petronas diiktiraf sebagai salah satu syarikat Petroleum tersohor dunia hingga diterima bekerjasama dengan pasukan Formula One Mercedes.

Dizaman pentadbiran Najib kemana dia bawa nama Petronas....???
** menipu pandailah. Konon dengan 1MDB nak menggali menyedut minyak di Argentina, lombong arang batu laaa lagi (di Monggolia khabarnya).

Sudahnya ....
** bukan jumpa telaga minyak, PERGI BUTA pun tak ditemui.
** bukan jumpa lombong arang batu pun ... Tapi MENCONTENG ARANG ke muka rakyat Malaysia.

Yang kita jumpa yang kita lihat ...
Pembongkaran skandal SONGLAP TERBESAR DUNIA.
Yang kita tak dapat lihat rakan baik Najib ..
JHO LOW.
Yang sesekali dilihat anak tiri dia ...
RIZA AZIZ.

Dengan perangai macamtu dia memburuk-burukkan nama Tun dan bertungkus-lumus nak memuji-muji PERBUATAN BURUK DIA SENDIRI.

Nak disimpan lagi ker pemimpin begini aaa..???
** jika seronok bernaung dibawah pemerintahan Kleptokrat ... Teruskan la.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Monday, September 4, 2017

CUKUPLAH TU ....!!!!

Rakyat dah pilih jadi Ahli Parlimen atau ADUN
** nasib dah baik
Rakyat bayar segala macam cukai dan kos untuk berikan gaji, elaun serta kemudahan lain untuk MP dan ADUN.
** dah beruntung
Dalam pada tu ada yang dilantik menjadi Menteri itu ini, tak cukup dijadikan Pengerusi Agensi dan pelbagai GLC. Ditambah lagi pendapatan melimpah ruah.
** dah cukup bertuah

Paling sadis ....
Bila dah ada kedudukan, kuasa, jawatan dan pengaruh ramai yang tak sedar diri, hilang kawalan dan menyombong bongkak tak ketahuan. Tak cukup lagi .... Guna kuasa untuk menyeleweng, menyalahguna kuasa. Menipu, membelit.
** apa yang dah diperolehi tidak mencukupi lalu sanggup pulak mencuri menyamun (dengan alasan kononnya untuk kebajikan rakyat).

Bila ditegur mulalah menuduh kita menentang. Pengkhianat atau perosak. Mengkucar-kacirkan pentadbiran kononnya.
** nama nak mengaku kesilapan ... Memang tak ada laaaa.

Untuk tujuan mengekalkan kuasa dan kedudukan propaganda ditabur. Orang ini jahat, orang itu tak baik. Diri mereka sajalah yang paling bagus paling hebat paling bijak mentadbir negara.
** langsung tak peduli kritikan dan teguran terhadap kesilapan yang telah dilakukan.

Yang jadi mangsa adalah rakyat.
Rakyat yang memilih inginkan pengurusan dan pentadbiran yang membawa kebaikan sebaliknya rakyat pula yang dihimpit, diperas dan ditekan dengan pelbagai peraturan yang digubal.

Perubahan adalah perkara yang perlu dilakukan selepas ini. Rakyat wajib memilih kerajaan yang lebih baik dan mengutamakan kepentingan keseluruhan warganegara.
** kerajaan yang hanya pandai berkata-kata, berjanji manis tapi gagal mengotakannya WAJIB DIUNDURKAN.

Cukuplah perjalanan kalian setakat ini.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed