Monday, September 4, 2017

CUKUPLAH TU ....!!!!

Rakyat dah pilih jadi Ahli Parlimen atau ADUN
** nasib dah baik
Rakyat bayar segala macam cukai dan kos untuk berikan gaji, elaun serta kemudahan lain untuk MP dan ADUN.
** dah beruntung
Dalam pada tu ada yang dilantik menjadi Menteri itu ini, tak cukup dijadikan Pengerusi Agensi dan pelbagai GLC. Ditambah lagi pendapatan melimpah ruah.
** dah cukup bertuah

Paling sadis ....
Bila dah ada kedudukan, kuasa, jawatan dan pengaruh ramai yang tak sedar diri, hilang kawalan dan menyombong bongkak tak ketahuan. Tak cukup lagi .... Guna kuasa untuk menyeleweng, menyalahguna kuasa. Menipu, membelit.
** apa yang dah diperolehi tidak mencukupi lalu sanggup pulak mencuri menyamun (dengan alasan kononnya untuk kebajikan rakyat).

Bila ditegur mulalah menuduh kita menentang. Pengkhianat atau perosak. Mengkucar-kacirkan pentadbiran kononnya.
** nama nak mengaku kesilapan ... Memang tak ada laaaa.

Untuk tujuan mengekalkan kuasa dan kedudukan propaganda ditabur. Orang ini jahat, orang itu tak baik. Diri mereka sajalah yang paling bagus paling hebat paling bijak mentadbir negara.
** langsung tak peduli kritikan dan teguran terhadap kesilapan yang telah dilakukan.

Yang jadi mangsa adalah rakyat.
Rakyat yang memilih inginkan pengurusan dan pentadbiran yang membawa kebaikan sebaliknya rakyat pula yang dihimpit, diperas dan ditekan dengan pelbagai peraturan yang digubal.

Perubahan adalah perkara yang perlu dilakukan selepas ini. Rakyat wajib memilih kerajaan yang lebih baik dan mengutamakan kepentingan keseluruhan warganegara.
** kerajaan yang hanya pandai berkata-kata, berjanji manis tapi gagal mengotakannya WAJIB DIUNDURKAN.

Cukuplah perjalanan kalian setakat ini.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment