Saturday, March 7, 2009

PERAK SEDANG DIHANCURKAN

Politik Perak terus bergolak. Rakyat baru saja melihat keruntuhan kerajaan PR tetapi kini menyaksikan pula penyingkiran 7 wakil rakyat yang memimpin kerajaan baru BN.

DUN Perak tidak bersidang ketika ini tetapi dengan kuasa sebagai Speaker Sivakumar bertindak ‘meruntuhkan’ kerajaan yang baru dilantik. Ini berlaku diluar sidang Dewan Undangan Negeri.

Uncle melihat perbuatan Sivakumar tidak sekadar menghina Sultan Perak tetapi dari sudut yang lain. Sivakumar adalah Raja Politik Perak. Maka Sivakumar menitahkan Sultan Perak untuk membubarkan DUN.

Mungkin rakyat maklum mengapa Sivakumar berbuat demikian, tetapi Ahli Politik veteran seperti Karpal Singh sendiri kurang faham tindakan Speaker DUN Perak itu.

Strategi yang diatur oleh Penasihat PKR memungkinkan Sivakumar mengambil keputusan berkenaan, maka tidak salah jika Karpal Singh menggesa individu berkenaan bertaubat.

Memang benar kata Karpal…Anwar telah membuat banyak kerosakan kepada Negara. Kini Perak sedang dimusnahkan.

Jika Karpal sudah hilang sabar dengan Anwar…apakah rakyat masih mampu menahan sabar?

Anwar sering menuduh BN dalang konspirasi untuk menjatuhkan wakil-wakil rakyat pembangkang, persoalannya kini apakah peristiwa di Perak ini konspirasi Anwar dan PR untuk membubarkan DUN Perak?

Mungkin ia bertujuan untuk mengadakan pilihanraya baru di negeri berkenaan?

Tidak mustahil… kerana inilah satu-satu jalan yang tinggal untuk mencapai hasrat itu. Jika mengharapkan kes Nizar berpihak kepada PR mungkin agak lewat. Kelewatan akan memberi masa untuk ADUN Perak memilih halatuju mereka. Barangkali akan ada kes keluar parti berlaku sementara keputusan mahkamah diperolehi.

Keputusan keluar parti tidak akan hanya berlaku di pihak PR malah mungkin akan melibatkan wakil dari BN juga.

Jika ini berlaku, maka pertembungan kuasa akan menjadi lebih menarik dan hebat. Siapa yang akan meraih hasilnya. Hanya dua pilihan…PR atau BN.

Siapa mangsanya? Tentu sekali rakyat dan para pemilih yang keluar mengundi pada PRU12 tempohari.

Rakyat kini sedang keliru…kekeliruan yang bakal menyaksikan pertembungan yang tiada kesudahan.

JIKA TIADA PILIHAN LAIN....Mungkin hanya pilihanraya baru dapat memberi keputusan muktamad. Maka Sultan Perak akan terpaksa menjunjung titah V. Sivakumar (Speaker DUN Perak @ Raja Politik Perak) dan wajib membubarkan DUN Perak.

Harus diingat…tempoh berkempen yang harus ditempoh akan menjadi saat yang kritikal kepada rakyat Negeri Perak. Semuanya akan berlangsung dalam suasana sukar dan sentimen rakyat menjadi tidak terkawal.

Inilah keadaan yang ingin dielakkan.

Sebelum semua ini berlaku, maka tindakan Sivakumar hendaklah diperhalusi supaya kerosakan dapat dihentikan.

Jikapun pilihanraya terpaksa kita hadapi, janganlah pengundi-pengundi mengambil pilihan yang bakal menghancurkan Negeri Perak.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment