Saturday, March 7, 2009

CELAKA, BACUL DAN CABUL

ADUN Skudai Boo Cheng Hau menyamakan dasar kerajaan BN membela Bumiputra dengan apartheid. ADUN Skudai ini mengerti atau tidak erti apartheid kita tidak pasti. Entah dari mana dia mengumpul bukti pun tidak kita ketahui.

Selama berdekad-dekad mungkin Boo tidak menyedari bahawa kaum Bumiputra seolah-olah DISELUBUNGI oleh dasar yang sedemikian apabila banyak bidang ekonomi Malaysia dimonopoli oleh bangsa pendatang.

Apa yang tinggal dan dapat diperjuangkan oleh kaum Bumiputra adalah kuasa politik dan kedudukan Raja-raja Melayu. Kaum bumiputra sanggup berkongsi hak kewarganegaraan dengan kaum pendatang.

Mungkin kaum pendatang berfikiran bahawa mereka perlu menguasai segala-galanya seperti ekonomi, pemilikan harta, hasil bumi dan perundangan Negara barulah dasar apartheid ini tidak akan ditimbulkan.

Membiarkan bangsa peribumi merempat dinegara kelahiran mereka barulah dikatakan adil buat Bumiputra. Mengikut telunjuk dan arahan mereka baru dikatakan tidak apartheid.

Di Parlimen King Karpal menggelar Pemuda UMNO sebagai celaka kerana dia menerima kiriman dua butir peluru hidup. Bila diminta untuk mengakui perbuatannya oleh Pemuda UMNO beliau tidak pula berani bersuara. Bila diminta membuktikan tuduhan tidak pula dapat diberikan. Beliau menggunakan KERUSI RODA dan kedudukan Ahli Parlimen sebagai perisai.

Kebiadapan Karpal menyanggah titah Sultan Perak sehingga sanggup untuk membawa Baginda Sultan ke mahkamah kerana kononnya melangkaui kuasa sebagai seorang Sultan. Sehingga kehari ini belum ada tanda-tanda Karpal bersungguh dengan hasrat untuk menyaman Sultan Perak.

Inilah Karpal. Raja Gempak Malaysia. Sama gemparnya semasa menyarankan kawan-kawan sepakatan untuk bertaubat.

Haji Hadi seirama dengan Karpal bila menuduh mereka yang menyokong perlaksanaan PPSMI sebagai celaka dalam masa yang hampir sama melaungkan agar dapat diwujudkan kerajaan perpaduan di bumi Malaysia.

Hairannya Haji Hadi tidak pula mengikut perilaku Karpal menyuruh pendokong dasar PPSMI untuk bertaubat.

Kurangkah darjat kewarakan Haji Hadi berbanding Karpal Singh?.

Anwar Ibrahim melabelkan Pemuda UMNO bacul didalam satu majlis di Shah Alam hanya kerana beberapa pemimpin Pemuda UMNO mahukan penjelasan Singh the King berkaitan isu yang ditimbulkan di Parlimen. Mungkin kerana Anwar kasihankan Orang Kurang Upaya seperti Karpal atau indirectly (secara tak langsung) ingin menyampaikan penghargaan kepada Karpal kerana mensihatkannya supaya bertaubat tempohari.

Mungkin Anwar sudah mula sedar diri. Sheikh Yusuf al-Qardawi, Nik Aziz, Haji Hadi, Nasharuddin, Mat Sabu malah Datuk Harussani (SS Mufti Perak) tidak dapat memberi tunjuk ajar yang berguna kepada Anwar berbanding seruan yang dibuat oleh Karpal.

Di Perak Sivakumar belum puas-puas lagi menggunakan kuasa sebagai Speaker DUN apabila menggantung Dr Zambry dan 6 Exco dari menghadiri sidang Dewan dan terkini memecat Setiausaha Dewan yang menderhaka kepada beliau.

Sivakumar tidak hiraukan lagi titah Sultan Perak kerana dialah yang paling berkuasa mencorak dan mentadbir perjalanan pentadbiran Negeri Perak. “Sayalah yang berkuasa di Perak kerana saya dilantik sebagai Speaker Dewan”.

Kerana itulah perintah Sivakumar untuk bersidang dibawah pokok wajib dipatuhi. Jadilah 27 ADUN lain seperti “Lembu dicucuk hidung”. Lebihkurang 200 penyokong (Tembok Manusia) kerajaan Pakatan seperti dirasuk, diserang histeria mahu melawan pihak berkuasa Polis.

Selepas ini kita mahu melihat kesan perintah injunksi Mahkamah Tinggi Ipoh terhadap Sivakumar.

Mohd. Nizar berkeras menyatakan dirinya masih MB Perak yang sah biarpun telah diarah meletak jawatan oleh Paduka Sultan Perak.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar titah Sultan Perak belum lagi didengar tetapi sudah berpakat dengan Sivakumar untuk mengadakan Sidang Tergempar Di Bawah Pokok (nama panjangnya: SIDANG YANG MENGGEMPARKAN DUNIA BERLANGSUNG DIBAWAH POKOK) bagi membubarkan Dewan.

Masih belum pudar lagi hasrat untuk menjahanamkan perundangan negeri Perak.

Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming tidak banyak bersuara meskipun semua sedia maklum bahawa mereka berdualah antara sebahagian dalang dalam pergolakan perlembagaan di Negeri Perak.

Dalam riuh rendah suasana politik diperdebatkan mencelah pula Nik Aziz, Tuan Guru, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS menyalahkan KDN kerana bertindak membatalkan Warta Kerajaan yang tersilap membenarkan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat digunakan oleh agama selain dari Islam.

Pemimpin Pakatan Kedah juga tidak mahu ketinggalan menimbulkan kontroversi apabila mengharapkan kemangkatan segera Sultan Kedah supaya mudah untuk mentadbir negeri.
Walaupun belum ternyata kesahihan surat layang tersebut tetapi bak kata pepatah “Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang” dan pepatah Uncle pula “ “Kalau tiada angin mustahil boleh bermain layang-layang”

Terlalu ramai pemimpin Pakatan yang tidak gemarkan raja-raja Melayu di Malaysia ini.
Ada pemimpin yang mahu mencampur adukkan urusan agama Islam dengan agama lain dan ada pemimpin yang menyanggah kedudukan raja-raja yang secara rasminya adalah Ketua Agama bagi setiap negeri.

Uncle merumuskan agenda mereka hanya satu….. menjatuhkan martabat agama Islam melalui politik dan sekaligus membuang agama Islam dari dijadikan agama rasmi Negara Malaysia ini.

Perlakuan dan segala tindakan mereka menjurus kearah itu dan semakin menjadi-jadi semenjak mereka berjaya meraih kepercayaan pengundi dengan menguasai banyak kerajaan negeri.

Mereka boleh menuduh orang lain sebagai celaka atau bacul. Mereka boleh berbuat apa sahaja yang tidak terfikir oleh orang lain. Walaupun mereka dipilih oleh rakyat, tetapi Uncle pasti tidak semua rakyat yang memilih mereka setuju dengan apa yang mereka lakukan sekarang ini.

Perlu diingat sewaktu mereka bertindak sedemikian, masa yang sama mereka lupa sebenarnya perbuatan mereka adalah perbuatan CABUL.

Mencabul kesucian agama dan mencabul keharmonian dan keluhuran undang-undang.

Rakyat negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya kini perlulah memikirkan kembali apa yang telah dilakukan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang yang mereka pilih pada PRU12 yang lalu. Sandiwara atau kemelut inikah yang ingin mereka saksikan seterusnya atau perkara sebaliknya…fkir-fikirkanlah kembali.

Semua manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, tetapi tidak semua manusia yang mahu mengaku telah melakukan kesilapan. Bagi pemimpin-pemimpin yang Uncle katakan tadi, kesilapan menjadi senjata… kesilapan mereka diputarbelitkan supaya kemenangan pula berpihak kepada mereka.

Mulai sekarang fahamilah….. kesilapan selalunya membawa padah. Tersilap memilih membawa bencana. Rakyat dan Negara menerima bahananya.

Bahananya adalah KECELAKAAN.

Tidak ubah seperti apa yang diucapkan oleh Haji Hadi dan Karpal.

No comments:

Post a Comment