Thursday, March 5, 2009

MELAYU ISLAM DAN KERAJAAN PERPADUAN

Ketika sedang beristirehat di bangku sebuah taman, Uncle dihampiri oleh seorang lelaki Melayu agak berumur. Beliau baru selesai bertugas dan mahu meluangkan sedikit masa membaca akhbar Berita Harian yang dibawa bersama.

Sewaktu sampai lelaki tersebut memberi salam dan kami berjabat tangan sambil memperkenalkan diri. Untuk lebih mudah biar Uncle namakan lelaki berkenaan sebagai H.

H duduk dan membelek helaian akhbar seketika. Uncle mengambil peluang untuk mencungkil isihati H kerana Uncle lihat dia amat khusyuk dengan berita pergolakan yang berlaku di Perak.

Soalan pertama Uncle dijawab oleh H “Bubarkan saja Dewan dan adakan pilihanraya baru…lebih senang”

Ya…Itulah jawaban yang Uncle jangkakan akan keluar dari mulut H. Tetapi adakah realitinya nanti akan jadi semudah itu?

Soalan Uncle lagi “apakah keadaan sekarang tidak senang?”

Jawab H “Tak senanglah…tengok apa dah jadi sekarang ni, entah bila pulak baru nak selesai?” dia menyoal Uncle.

Uncle tanya kembali” Negara ni Negara siapa H….” Negara kitalah, jawabnya. "Siapa penduduk peribumi Malaysia ni?". Melayulah.

Kalau betul Melayu kenapa Nizar jadi ayam laga menentang bangsanya sendiri?

“Inilah yang susahnya…..” Jujur jawaban H kepada Uncle.

Memang itulah yang susahnya. Kita Melayu tak pernah mahu lari dari berbeza pendapat. Kita sering berbeza keinginan, selalu bertingkah kepentingan dan kerana keadaan itulah kita dijadikan Ayam Laga oleh bangsa lain.

Hakikatnya bangsa Melayu lahir dalam kelompok penganut agama Islam. Sejauh mana keislamannya tidak dapat kita ukur secara terperinci.

Disini saja kita sudah berbeza. Mengambil dari perbezaan yang wujud tadi kita tidak tahu sejauh mana keIslaman orang Melayu UMNO, orang Melayu PAS, orang Melayu PKR dan orang-orang Melayu dari lain-lain parti dan orang Melayu yang tidak berparti.

Allah Maha Mengetahui dan orang Melayu itu sendiri pasti lebih tahu. Itupun jika orang Melayu mahu bermuhasabah diri.

Terserah.

Asasnya kita tahu…orang Islam adalah bersaudara, tidak kira bangsa, warna kulit, miskin atau kaya, cantik atau hodoh. Yang tua harus lebih tahu keadaan itu dan apabila yang tua tahu wajib pula memberitahu kepada yang lebih muda. Sentiasa ingat mengingat sesama kita.

Banyak orang berkata yang membezakan keIslaman seseorang adalah ketaqwaan mereka kepada Allah. Bagaimana mahu menambah ketaqwaan sekiranya tanggungjawab kita untuk ingat mengingat sesama Islam tidak diterap dan diamalkan sentiasa?

Ada persoalannya disini…. mengapa wujud perbezaan antara orang Melayu Islam?. Pada zaman ini, pada trend terkini jawapannya tak lain dan tak bukan adalah kerana POLITIK.

Politik menentukan darjat , kedudukan, kuasa dan pemilikan harta seseorang.
Politik yang kita utamakan untuk mendapatkan perkara-perkara yang bakal membezakan kita dengan orang lain.

Kerana politik kita berdebat, berperang mulut, berkempen, berdemonstrasi dan berbagai lagi tindakan. Sesama Melayu kita memaki hamun, mencaci cerca, fitnah dan tuduh menuduh, menyebar tohmahan bertujuan meraih keyakinan penyokong yang bakal memberikan kita kemenangan.

Akhirnya kita sesama Melayu berdendam kesumat.

Patutkah politik merungkai ikatan persaudaraan Islam itu?

Uncle ulangi perkataan diatas tadi sekali lagi…kerana politik “Bangsa Melayu sanggup menjadi Ayam Laga”.

Dimana warasnya pemikiran kita umat Melayu ini? Bangsa Melayu melupakan sejarah hitam yang menimpa mereka berkurun dahulu. Kita terjajah sekian lama kerana kita berpecah belah.. Kehidupan kita ditentukan oleh orang lain. Arah tuju kita mengikut telunjuk asing. Kekayaan bumi kita hampir kesemuanya dinikmati oleh orang lain.

Tidak cukupkah lagi semua itu? Patutkah perkara ini berlanjutan?

Uncle tidak mahu menidakkan hak bangsa asing yang telah memegang kerakyatan, menjadi warganegara kita, tetapi wajarkah mereka hilang rasa hormat kepada bangsa yang memberikan mereka ruang berteduh dibumi ini?

Seandainya mereka ini dihantar kembali ketempat asal-usul nenek moyang mereka belum tentu mereka ini diterima, mendapat layanan dan cara kehidupan seperti di Malaysia ini.

Uncle perhatikan mereka ini yang banyak merencanakan perpecahan dikalangan bangsa Melayu?

Dan pertanyaan kepada orang Melayu…..wajarkah Melayu menerima bulat-bulat perkara-perkara yang mengarah kepada kehancuran bangsa sendiri?

Sudah berdekad lamanya bangsa Melayu diperkotak-katikkan oleh bangsa penjajah dan bangsa pendatang.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bangsa Melayu memperoleh pendidikan yang semakin hari semakinbaik. Melayu mennjadi bangsa bertamaddun dan maju dalam banyak bidang.

Tetapi kemajuan tidak membawa apa-apa erti sekiranya mudah diperalatkan kerana politik. Bangsa Melayu yang disatukan oleh anutan agama yang satu (Islam) dihancur-hancurkan oleh ideologi yang berbeza.

Perkataan-perkataan yang dilaungkan untuk penyatuan, untuk kesepaduan orang Melayu kini dipersendakan oleh bangsa Melayu sendiri. Melayu kini sanggup berpecah dan mendokong cita-cita bangsa lain.

Uncle melihat kepada keanggotaan bangsa Melayu dalam beberapa parti siasah ini amat merugikan masa depan bangsa itu sendiri. UMNO, Gerakan, PAS, PKR, Sosialis, PPP, ada juga didalam DAP dan bermacam parti lagi. Adakah perpecahan ini satu kekuatan?

Bangsa Melayu sekarang telah terlalu maju untuk menerima pakai peribahasa orang-orang terdahulu. Semua itu telah ketinggalan zaman.

Jadi mari kita tukar peribahasa BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH peninggalan nenek moyang kita dahulu menjadi BERCERAI TEGUH BERSATU KITA ROBOH.

Dan kelak suasana berperang dan bergaduh akan menjadi selesa dan menggembirakan berbanding keadaan aman dan damai yang selama ini kita pinggirkan.

Uncle memikirkan saranan Haji Hadi supaya diwujudkan KERAJAAN PERPADUAN. Uncle tidak berhajat mempertikaikan hasrat beliau tetapi ingin bertanya.

A) Apakah idea ini dibincang dan dipersetujui oleh anggota-anggota PAS?

B) Ikhlaskah saranan tersebut? Jika benar-benar ikhlas putuskan dahulu di peringkat dalaman PAS. Jika boleh membawa PKR memahami hasrat tersebut mungkin lebih baik.

C) Bentuk PERPADUAN yang bagaimana yang dimaksudkan oleh Haji Hadi?

Sedikit pandangan,

Andai Haji Hadi sudah mengatur dengan sempurna semua perkara didalam parti pimpinannya Uncle kira barulah sesuai semua langkah untuk menuju PERPADUAN dilaksanakan. Bentangkan agenda PERPADUAN tanpa berselindung. Biar segalanya telus dan terbuka.

Uncle tidak mahu mendengar lagi perkataan-perkataan RETORIK, SANDIWARA, TIPU MUSLIHAT, STRATEGI, TAKTIK atau ada perkara lain yang diperdebatkan selepas ini.

Ingatlah bangsa MELAYU sudah terlalu jauh terpesong dari matlamat hidup sebagai seorang MUSLIM. Renung dan fikirkanlah sedalam-dalamnya jika kita mahukan warisan terbaik untuk generasi akan datang tanpa lupa bahawa kita MAHUKAN YANG TERBAIK SEWAKTU MENUJU KEALAM AKHIRAT.

Perbualan Uncle dengan H berlangsung agak lama dan semua yang Uncle debatkan bersama H menjadi input dalam menulis artikel ini. Mungkin tulisan ini dapat membawa bersama para blogger untuk memikirkan pelbagai perkara dari berbagai sudut kehidupan orang Melayu secara lebih mendalam. Mungkin dilain masa Uncle akan membawakan isu berkaitan PPSMI untuk tatapan semua.

Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment