Monday, February 10, 2020

Dah kenapa dengan Penyokong PKR ..??

Nak diberitahu nanti dikata kita menyerang rakan pakatan sendiri. Tak diberitahu ... tah bila mereka boleh nak "sedar diri".

PKR ni politiking berlebih-lebih. Penyokong agenda "reformasi"nya tu samada terlalu naif dengan politik atau memang suka nak keadaan sentiasa bergolak .... kita tak tahu.
** sebahagiannya berlagak dah bijak dalam politik hingga memperlekeh orang lain ikut sesuka hati.

Apa agenda Reformasi tu sebenarnya.
** nak tambah masalah ...???.

Cuba peratikan kemelut yang dicetuskan mereka.

Anwar Ibrahim dengan rekod "dua kali dipenjara.
** sekali kerana salahguna kuasa
** sekali sabit kes liwat.

Nak kata saya fitnah. Silakan.
Tapi yang jatuhkan hukuman penjara bukan saya. Hakim dan mahkamah menentukan.
** ada tak dituduh Hakim dan Mahkamah "memfitnah dan menganiayai" Anwar ..???.

Cuba ingat balik.
Berapa kali PRK terpaksa diadakan khusus untuk melayan kerenah dan kehendak Anwar ...???.
** Permatang Pauh. Wan Azizah turun Anwar bertanding.
** Kajang. Wakil Rakyat Cina berundur, Wan Azizah bertanding.
** Port Dickson. Daniel kosongkan kerusi, Anwar bertanding.

Perbelanjaan untuk PRK tu siapa yang tanggung ...???. Anwar ker ...???
** semua tu dibuat untuk faedah rakyat Malaysia ker ...???. Takder pun.

Kes jawatan dalam PKR.
Izzah berundur jawatan Naib Presiden. Dimasukkan Rafizi sebagai pengganti.
** tup-tup baru ini Rafizi kata "taknak aktif berpolitik lagi".

Terbaru ..
Krisis dengan Timbalan Presiden.
Naib Presiden Zuraida dapat surat tunjuk sebab.
** ini semua dipanggil geng kartel.
Kartel apa kejadahnya ...??
Dalam parti sendiri pun bercempera, huru-hara.

Ehhhh.
Tak cukup lagi masalah.
Isu peralihan kuasa (jawatan PM) diungkit-ungkit berselang-seli dengan lakonan Anwar. Konon boleh bersabar.
** weiiiii. Kalau tahu bersabar ... takderlah Otai dan beberapa pimpinan PKR dok menyalak lebih setahun lepas.
** poster-poster yang bertulis "Anwar PM8" tu takkan wujud.
** takder kepoh "tuntut janji" walaupun tempoh dua tahun belumpun lagi dilepasi. Tak habis-habis suruh tentukan tarikh.

Tak tengok keadaan sekeliling ker ..??.
Belumpun separuh kejayaan memulihkan kerosakan dapat dilakukan, heboh nak menuntut jawatan.
** dalam manifesto takder pun sebut dengan jelas ... "Anwar jadi PM jika gabungan PH menang".

Takderrrrr laaaa bebbbb ....!!!

Jadi ... "kepala bapak apa" soal itu
yang tak lekang disebut, diulang-ulang.

Apa ... ???
Ingat PRU14 itu dibuat khusus untuk Anwar sorang ...???.
** mana nak letak kepentingan dan keperluan rakyat ...???

Rakyat memilih untuk melakukan perubahan ... bukan kerana Anwar. Rakyat percaya kepada Tun yang mengepalai PH pada ketika itu.
Mustahil rakyat nak memilih PH jika
Tun tidak bersama.
** jika rakyat mahukan Anwar, semasa Pakatan Rakyat wujud dulu mereka dah lakukan.

Maka ... sedar-sedarlah.
Jangan bengap sangat kepala hotak tu.
** bantu sedaya upaya untuk menstabilkan pentadbiran serta suasana politik Malaysia.

Tak usah main politik semberono.
Ia bakal membawa negara kepada kehancuran yang lebih parah.

Okay.

#saya_dah_bersuara.
#saya_tak_gila_nak_jadi_PM.
#takder_jawatan_TAKDERHAL.

FAM @ Sgt.Jo

No comments:

Post a Comment