Dua tahun pertama kerajaan selepas PRU14 yang cukup mencabar
** mempertaruhkan barisan kabinet yang tiada pengalaman mentadbir negara
** tohmahan dan tuduhan dari pihak yang kalah (dalam PRU14) yang bertali-arus tak pernah putus
** harapan yang tinggi menggunung dari rakyat untuk melihat perubahan drastik (dilakukan kerajaan baru)
** permasalahan dalaman yang terjadi seperti kes kuil, kes LTTE dan abu mayat pejuang ideologi komunis (membabitkan parti yang menganggotai kerajaan)
** isu peralihan kuasa yang kerap diulang ungkit oleh beberapa pihak
Kesemua ini banyak mengganggu kelancaran dan merencatkan perancangan yang dibuat (lebih awal).
Tentangan-tentangan dari rakyat berkaitan penguatkuasaan beberapa peraturan (yang dianggap keterlaluan)
** isu larangan merokok
** penggunaan kerusi keselamatan bayi dan
** banyak lagi isu yang tidak pernah kita jangka (datang melanda)
Hal-hal begini memperlihatkan kerajaan hari ini sebagai lemah, tidak cekap dan dikatakan bakal menjadi kerajaan "sepenggal".
Bagi saya, ada logiknya Tun diminta bertahan sehingga kepenghujung penggal Parlimen. Dengan tempoh lebihkurang tiga tahun berbaki, masih ada ruang untuk memperbaiki kelemahan dan memantapkan pentadbiran.
Sebarang peralihan kuasa dalam tempoh itu pasti akan menambah permasalahan. Kesediaan untuk menempuh PRU15 dalam keadaan "kurang stabil" akan mengiyakan cakap-cakap bahawa "kerajaan PH adalah kerajaan SEPENGGAL".
Soalnya :
Adakah Tun bersedia untuk mengekalkan kedudukannya (seperti yang saya nyatakan) ..???.
Wallahualam.
Allah SWT yang Maha Mengetahui.
** Tun jugak yang menjawabnya nanti.
FAM @ Sgt.Jo
No comments:
Post a Comment