Monday, February 10, 2020

Isu penggunaan Logo PKR

Penggunaan logo PKR (ketika melalui PRU14).

Masih ramai lagi yang memperlekeh Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti Bersatu
yang menang pada PRU14 tempohari.
** kononnya kerana penggunaan logo PKR.

Banyak komen dan pandangan dari "budak separuh masak" (dalam berpolitik) menyatakan begitu.
Kesemua ni mereka nyatakan hanya kerana isu peralihan kuasa" yang hangat diperdebatkan. Mereka tak berpuashati atas kelewatan pertukaran jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.
Untuk menimbulkan rasa "benci" dan tak mustahil untuk "melakukan provokasi" ... isu penggunaan lambang dibangkit, diungkit dan diulang-ulang. Taktik ini memang dah biasa digunakan oleh pihak-pihak berkenaan.
** ramai yang "kurang matang" akan termakan hujah sedemikian tanpa faham apa-apa.

Untuk mengulas hal itu, suka saya memberi pandangan seperti dibawah ini.

Sebenarnya ... kita perlu memahami senario, keadaan semasa ketika keputusan itu dibuat (dalam menentukan lambang yang perlu digunakan) sebelum nak beri pandangan. Pandangan budak-budak yang "belum matang berpolitik" (tak cukup masak) biasanya hanyalah sepihak tanpa mengambil kira perkara-perkara lain.

Kenapa lambang PKR dipilih ...???

** PH tiada logo khusus (seingat saya ianya tidak diluluskan).

** lambang parti Bersatu tak boleh digunakan langsung kerana pendaftaran digantung oleh ROS.

** lambang Amanah belum cukup dikenali oleh pengundi-pengundi kerana parti itu masih baru ditubuhkan.

** lambang DAP ..??.
Jika nak lihat majoriti pengundi Melayu menolak PH ...... lambang mereka (DAP) bolehlah digunakan. Dan jika lambang parti ini digunakan, maknanya PH memilih untuk "terjun ke jurang".

Apa pilihan lain yang tinggal ...???.

Guna lambang PKR laaa.
** dan ini suatu "percaturan" yang
punya risiko jugak. Tapi ... dah tak
ada jalan lain.

Kata sepakat menggunakan lambang PKR diputuskan oleh semua pimpinan parti-parti terbabit.
** Bukan keputusan Tun bersendirian.

Menuduh Tun (Bersatu) menumpang tuah atas penggunaan lambang PKR (untuk menang) adalah tafsiran yang salah.
** jika tak suka atau tak mahu Tun (Bersatu) menggunakan lambang PKR, ianya boleh diputuskan sebelum PRU. Tak susah pun untuk "meminggirkan" Bersatu ketika itu. Parti dah "digantung pendaftaran" kan ...??.

Kena cari mengapa PH boleh menang.

Baik Bersatu, DAP, Amanah maupun PKR ...
** kemenangan adalah bersebabkan strategi yang betul, keyakinan pengundi untuk mengubah dan mahu melihat pemulihan negara dalam pelbagai perkara.

Harap-harap mereka yang mengungkit-ungkit hal logo PKR ni dapat berfikir dan memahaminya dengan betul.

#akal_jangan_SEMPIT
#belum_matang_takpayah_berpolitik_lebihSANGAT

FAM @ Sgt.Jo

No comments:

Post a Comment