Monday, December 30, 2019

Lima Melayu penentang JAWI

Banyak benda yang boleh saya perkatakan tentang isu pembelajaran Jawi disekolah jenis kebangsaan.
Saya memilih untuk menumpukan komen terhadap empat lima orang Melayu yang menghadiri Kongres Jawi Kebangsaan yang dikhabarkan berlangsung di Petaling Jaya.
** disekat di Kajang depa buat pulak
di PJ.

Pihak Polis melaporkan perjumpaan berjalan dengan lancar tanpa ada kekacauan. Baguslah.

Macamana tak kacau pun, ada sedikit persoalan yang bermain-main diminda saya ni.

Apa sebenarnya peranan empat lima orang Melayu berada disana ..??.
** yang dikenal pasti ada dua individu. Siti Kassim dan Ellie Suryati. Tiga lagi
tu entah siapa. Seorang perempuan nampak elok benar bertudung. Seorang lagi lelaki dan baki seorang jadi misteri.

Ya .... apa peranan mereka semua tu..??.

Dulu sebelum PRU14 bekas Menteri Besar Negeri Sembilan kerap berpepatah .... "kok kito tak bulih jadi garam, janganlah pulak kito jadi LANGAU".

Garam tu diguna untuk menangguhkan ikan atau daging cepat rosak manakala langau nih kerjanya nak bagi cepat rosak (sesuatu bahan makanan yang dihinggapi).

Haaaa.
Pepatah "langau" nih elok benar ditujukan kepada "empat lima orang Melayu" yang hadir di Kongres berkenaan. Memang sesuai betullll.

Siti Kassim kononnya bergelar aktivis sosial. Tapi ... yang dia pi campur aktiviti "menentang membangkang" tulisan Jawi yang jadi warisan bangsanya sendiri .... apa pasal. Apa masalah.
Apa yang sakitnya tulisan Jawi tu terhadap dia ...???.
** langau ni suka memekak. Begitu jugak dengan Siti Loyar nih. Dulu jika
tak silap kecoh bertekak bab agama.

Pernah tak dia declare bab agama
yang dianutinya ...???.
Pernah tak dia declare dia bukan lagi layak berbangsa Melayu ...???.
** Perjuangannya cukup mengelirukan saya.

Ellie Suriyati.
Ini satu lagi manusia yang saya ingat dah hilang jatidiri sebagai Melayu.
Sekejap bersama Lokman perjuangkan Najib. Sekejap muncul dikhalayak bercakap pasal komunis. Terakhir muncul bersama Siti ditengah kelompok penentang-penentang tulisan Jawi.
Apa sebenarnya fokus perjuangannya ..??.
Konfius kita.

Kehadiran lima orang yang dikatakan "Melayu" nih sebenarnya memberikan "tonik" kepada para penentang tulisan Jawi sehingga khabarnya soal ini akan diheret kemahkamah untuk diputuskan.

Siapa yang memberikan "perangsang" untuk NGO berkenaan mengambil tindakan sedemikian ...???.

Nak dinasihat ... kesemua mereka dah dewasa. Nak dimarahi, bukan kerja kita.

Apa yang diharapkan, jangan pulak ditambah lagi jumlah Melayu yang bersekongkol dengan NGO penentang
tu sehingga terjadi pertelingkahan
yang lebih besar.

Kepada lima "Melayu" tu .... biarlah mereka "hanyut" dek arus publisiti.
Itu yang mereka inginkan.

#JAWI_warisan_MELAYU.

FAM @ Sgt.Jo

No comments:

Post a Comment