Friday, January 3, 2020

Letak Jawatan

Letak Jawatan

Heboh pulak satu dua hari ini orang bercakap perihal perletakan jawatan Mazlee Malik dari jawatan Menteri Pendidikan.
** dek kerana kesuntukan masa saya pendamkan dulu niat untuk menulis (tentang hal ini).

Pelbagai reaksi, persepsi dan spekulasi mengenainya diperkatakan.

** ada yang kata Mazlee gagal lalu digesa untuk langsung mengosongkan kerusi Parlimen Simpang Renggam. Ini bagi saya hanya dilakukan oleh mereka yang nampak terdesak dan tak ada isu yang nak dibangkitkan. Kebetulan yang bercakap itu wakil dari Pemuda UMNO Johor. Saya nak bagi jelas sikit (tentang desakan ini). Pemuda UMNO ni jenis akal singkat, otak senget. Bongokkkk.

Berapa banyak kegagalan dan kecacatan yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan terdahulu. Ada tak kita dengar sesiapa (khususnya dari UMNO/BN) mendesak menterinya meletak jawatan ..???
** takder pun.

** Mazlee diminta berundur oleh Perdana Menteri sendiri. Tentang ini .... saya tak nampak apa-apa permasalahan pun. Tun yang melantik Mazlee, Tun yang minta MP Simpang Renggam itu berundur (setelah berbincang). Apa masalahnya pulak ..??.
Takder isu (bagi saya) dan dalam Sidang Media Mazlee maklumkan bahawa tidak ada masalah melakukannya (mengundur diri).

** terkesan dengan isu tulisan Jawi, kontrak (Bestari net) dan kasut hitam.
Tulisan Jawi bukan masalah. Walaupun ada tentangan dari beberapa pihak namun ia telah ditangani dengan agak baik oleh pihak berwajib.
Kontrak Bestari net. Dah memang kontrak berkenaan tamat pada tempoh yang ditetapkan. Menjadi hak Kementerian untuk membuka ruang meneruskan kontrak oleh pembida-pembida yang lain. Salah pulak ker ??.
Nak ikut telunjuk siapa pulak.
Terdengar ulasan babun MT UMNO memperlekeh perletakan jawatan ini kerana Mazlee tak mahu mengikut arahan Tun yang mahu mengekalkan kroni (YTL).
Babun UMNO sekor ni hebat bebenor ker .. ???. Nak jadi ADUN Sg. Kandis pun tak lepas. Menyebar fitnah dan tohmahan ajerlah hobi dia kebelakangan ini. Dah banyak sangat fitnah yang dia tabur terhadap Tun.

** isu kasut hitam ...???.
Dah selesai pun. Anak-anak, ibu-bapa serta penjaga tidak pun berkeluh kesah dengan perubahan ini.

Lain-lain ....
Tumpuan khusus untuk murid OKU.
Penambahbaikan infrastruktur serta kemudahan lain sekolah-sekolah pedalaman.
** ini langkah yang terbaik. Tak ada pun bantahan dan ia sesuatu yang "gagal" disempurnakan oleh Menteri Pendidikan terdahulu.

Mazlee sebagai Menteri telah melakukan yang terbaik dan yang termampu oleh beliau. Bagi saya ... Mazlee seorang yang punyai wawasan. Tahu apa yang perlu dilakukan dan tak kisah menerima kritikan. Apa yang difikirkan baik, beliau teruskan.
** saya lihat ada sedikit perwatakan
Tun Dr. Mahathir didalam diri Mazlee.
** kerana masih lagi bergelar MP, Mazlee masih lagi mampu menyumbang sesuatu untuk negara dan dalam tempoh itu saya yakin beliau boleh terus memantapkan diri (dalam politik).

Saya berharap, baik siapa sahaja yang bakal dilantik menggantikan Mazlee boleh terus memperkukuh serta menambahbaik setiap apa yang telah dilakukan.
** untuk sementara waktu, tak perlu ditambah agenda-agenda lain. Tumpukan perhatian terhadap apa yang sedang dalam proses perlaksanaan.

Nota :
Saya akan tampilkan tulisan tentang isu tulisan Jawi (di SJK) dan memberikan pandangan berkaitan hal itu.
InshaAllah.

FAM @ Sgt.Jo

No comments:

Post a Comment