Monday, September 11, 2017

Apa Maknanya Bawa BPMS

BPMS
** Budaya Politik Matang dan Sejahtera

Ini gaya bawaan politik PAS terkini.

Maaf cakaplah.
Saya tak nampak PAS semakin matang atau membawa kesejahteraan.

BPMS PAS ni sepatutnya diterjemah sebagai
BUDAYA POLITIK MERENG  dan SENGET
atau
BUDAYA POLITIK MERAPU dan SASAU.

Saya bersetuju dengan apa yang Tun Dr M nyatakan. PAS hanya pentingkan diri sendiri. Kalah menang bukan persoalan tetapi masuk bertanding itu jadi KEUTAMAAN.
** maksudnya : PAS tak kisah kalah. Biarlah  samada BN atau PH menang.

Soalnya :
Bila salah satu dari gabungan ini menang ...
** PAS nak duduk dimana ...??
** PAS nak buat apa ...???
** bila dah kalah ... Apa sebenarnya PERANAN PAS ..??
** #matangkah PAS bila tak mampu berbuat apa-apa ...??
** #sejahtera yang diperkatakan itu untuk siapa ..??
Untuk PAS ..??
Untuk BN ...???
Untuk rakyat ...???
Atau ..
Untuk Agama, Bangsa dan Negara ...???

Dengan tindak-tanduk yang dipamerkan pada kebelakangan ini saya tak nampak PAS mampu memberi JAWAPAN YANG TEPAT dan TETAP terhadap soalan-soalan saya diatas.
Bila tak mampu merungkai persoalan maka apakah maknanya konsep bawaan terbaru PAS tersebut ..??

Itu sebabnya saya berani kata PAS bawa konsep politik mereng, senget, merapu dan sasau.

PAS menerawang dialam mimpi dan terawang-awang tak bertempat.
** nak kata Kerajaan bukan (tolak kerajaan Kelantan tu), nak kata pembangkang pun bukan (sebab dah tak sebulu sehaluan dengan rakan pembangkang).
** nak dikatakan kuasa ketiga pun tidak (kerana tak sekuat mana dengan hanya memiliki 14 Ahli Parlimen).

Politikus BODDOW sahaja yang bercakap hal politik matang dan sejahtera jika berada dalam keadaan yang saya nyatakan diatas ni.

** dan yang boddow ini PAS laaaa.

Panjang dan banyak lagi hal yang boleh diperkatakan tentang perangai pelik dan jelek PAS ni.

Biarlah ianya kita bincangkan dilain kesempatan.

Buat pimpinan PAS ...
Ambillah sedikit masa untuk menentukan landasan perjuangan yang tepat dan betul supaya hasrat membawa kesejahteraan itu tercapai.
** Bukan untuk parti PAS sahaja tetapi untuk sekelian ummah.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment