Saturday, May 23, 2009

Medan Tempur Terbaru: Manik Urai

Kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai dari Pas, Ismail Yaacob, 60, menyebabkan kerusi tersebut kosong dan bersedia untuk pilihanraya kecil ke tujuh selepas berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.
Kekosongan tersebut perlu diisi dan sewajarnya lah Barisan Nasional (BN) meletakkan calonnya bertanding kerana kekosongan bukan berpunca daripada permainan politik pembangkang. Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan menyarankan supaya BN meletakkan calon di PRK yang akan diadakan.

Beliau mengulas kemungkinan sama ada BN akan bertanding pada pilihan raya kecil itu berikutan kekosongan tersebut.

Manik Urai terletak di kawasan Parlimen Kuala Krai yang turut mempunyai tiga lagi DUN, iaitu Dabung, Guchil dan Mengkabang.
Situasi Manik Urai berbeza dengan DUN Penanti, Pulau Pinang kerana penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan atas alasan yang dirasakan kurang munasabah.

BN memutuskan tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei ini. Pilihanraya Kecil Penanti akan menyaksikan pertentangan empat penjuru...calon PKR menentang 3 orang calon Bebas.
Soal yang sedang bermain sekarang adalah SIAPA calon BN yang benar-benar sesuai untuk diletakkan bertanding di Manik Urai? Sesiapa saja layak diletakkan sebagai calon tetapi apakah kriteria calon yang dapat diterima oleh pengundi-pengundi Manik Urai? Pilihan utama pastilah anak tempatan.

Suruhanjaya Pilihanraya belum menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian.

Persoalan lain adalah.... mampukah BN merampas kawasan tersebut dari tangan PAS. Biarpun beroleh kemenangan, ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada kedudukan kerajaan PAS di Kelantan.

Mari mengundi.

No comments:

Post a Comment