Saturday, May 23, 2009

DUN Selangor tak wajar gantung : Kit Siang

Cakap siapa yang hendak diikut oleh Speaker DUN Selangor sekarang?

Mengikut kehendak sendiri atau mengikut nasihat Kit Siang?

Tepatkah masa untuk Kit Siang bersuara pada ketika ini. Rasanya sudah terlambat.

Apa yang berlaku di Perak, Penang, Kedah dan terkini di Selangor seolah-olah satu sandiwara yang dimainkan tidak sudah-sudah oleh kerajaan PR. Belum puas dengan tindakan Sivakumar menggantung MB dan Exco-Exco di Perak, kini DUN Selangor pula mengambil tindakan yang sama dengan menggantung bekas MB yang juga Ketua Pembangkang bersama empat Ahli DUN lain.

Seharusnya Lim Kit Siang bersuara dan menasihatkan Speaker DUN Selangor sebelum tindakan penggantungan diputuskan. Jika benar beliau bertanggungjawab dan memikirkan kebajikan pengundi-pengundi di kelima-lima kawasan yang berkenaan, beliau sudahpun bersuara lebih awal. Jika itu dilakukan sebelum keputusan dibuat maka kesannya tidak akan seperti yang berlaku sekarang. Teguran ini dilihat seolah-olah suatu permainan.

Apakah ini agenda membalas dendam pembangkang........ yang terkulai di Perak tetapi masih bermaharajalela di Selangor?. Sesudah DAP dilumpuhkan di Perak kini wakil dari DAP Selangor pula melemahkan BN Di Selangor.

Kit Siang sudahpun bersuara.... tetapi apakah suara itu lunak untuk didengar oleh Menteri Besar dari PKR? Sama-samalah kita dengar alunan lagu dari Tan Sri Khalid selepas ini.

Petikan laporan Bernama:
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak wajar menggantung elaun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo. Kit Siang, veteran DAP berkata, DUN boleh menggantung ahli-ahlinya tetapi tidak harus menggantung elaun mereka oleh kerana ahli DUN dipilih oleh pengundi.

"Pengundi tidak harus diletakkan dalam kedaaan tidak menentu".

Penggantungan Khir (Adun Sungai Panjang) dan empat ahli DUN lain kerana melanggar hak keistimewaan adalah hukuman wajar. Jawatankuasa memperakukan Khir digantung selama setahun tanpa elaun dan keistimewaan kerana gagal menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Siasatan ialah mengenai perbelanjaan dana agensi negeri, Balkis - Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor. Khir juga bersalah atas tiga tuduhan membuat kenyataan menghina dan negatif mengenai Selcat dimedia dan di blognya.

Adun lain BN yang juga bersalah menyelar Selcat adalah Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kassim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil).

Sampai bilakah perang politik ini akan berakhir? Nantikanlah. Yang pasti pengundi dan rakyat di 5 kawasan di Selangor tidak akan diwakili oleh wakil mereka di DUN Selangor.

No comments:

Post a Comment