Saturday, May 23, 2009

ERTI SENYUMAN SAIFUDIN NASUTION

"Bayangkan ketika BN menang semua kerusi di Kelantan melainkan dua kerusi, satu darinya adalah Manek Urai yang PAS menang. 'So' demikianlah ketika kekuatan BN begitu hebat pun dia tidak tawan Manek Urai, apatah lagi dalam keadaan sekarang PAS menguasai 40 kerusi bersama KeADILan. 'So', Manek Urai akan jadi kekalahan yang kelima berturut-turut bagi BN, saya yakin!" ujar Saifuddin tersenyum.

Saifudin juga berkata, sama ada BN bertanding atau tidak, BN sudah tentu tidak dapat menjadi pemenang di Penanti kerana tidak menyertai PRK itu, manakala Manek Urai pula merupakan kubu kuat tradisi PAS. - Petikan Harakah Daily

Saifudin mampu tersenyum bila membayangkan kemenangan yang bakal diraih oleh Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Kecil kerusi Dewan Undangan Manik Urai.

Senyuman Saifudin bukan sahaja memikirkan kemenangan yang bakal dicapai tetapi senyum sindiran kepada Perdana Menteri Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

DS Najib ditempelak oleh Saifuddin kerana cuba membohongi rakyat dalam pendirian beliau berkaitan perlunya penyertaan BN dalam Pilihanraya Kecil yang terpaksa diadakan.

Samada Saifudin faham atau tidak apa yang dimaksudkan oleh DS Najib atau apa yang disampaikan kepada rakyat bertujuan supaya kata-kata DS Najib disalah tafsir oleh rakyat tidaklah kita ketahui.

Tetapi jika diteliti secara mendalam, adalah mustahil bagi Saifudin tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh DS Najib.

Waima rakyat yang belum layak mengundi pun faham keadaan sebenar yang berlaku.
Pilihanraya Kecil kerusi Dewan Undangan Manik Urai dijalankan atas alasan berbeza dengan keperluan mengadakannya di Penanti.

Tidak perlu Uncle jelaskan sebab-sebabnya kerana biarpun berjuta kali diulang akan perbezaannya, maka berjuta alasan dan hujjah balas akan dikemukakan oleh mereka yang berkenaan. Ia tidak ubah seperti ingin MENEGAK BENANG YANG BASAH.

Jikalah benang basah dapat ditegakkan oleh mereka.... maka wajarlah mereka memenangi pertandingan kerana rakyat telah terpesona dengan keajaiban yang dilakukan oleh pasukan Pakatan Rakyat.

Membazir wang rakyat kononnya menjadi alasan popular Barisan Nasional (BN) untuk tidak menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) N.12 Dun Penanti. Dan ia dikatakan satu lagi pembohongan Barisan Nasional kepada rakyat. Keputusan Perdana Menteri yang kini berada di Singapura, bahawa BN akan menyertai PRK Dun Manek Urai tanpa keputusan bersama anggota gabungan BN menjadi masalah amat besar kepada Saifudin.

Saifuddin Nasution menyifatkan perkara itu sebagai pendirian tidak konsisten BN terhadap penyertaan dalam pilihan raya.

Saifudin belum menjadi seorang Pemimpin Yang Besar maka kerana itulah Saifudin tidak berfikiran seperti DS Najib. Seorang Ketua haruslah menyampaikan amanatnya terlebih dahulu biarpun dimana beliau berada, tambahan pula komunikasi tidak lagi menjadi masalah pada zaman ini. Dengan amanat yang telah disampaikan, biarpun berada di Singapura maka barisan kepemimpinan di tanahair segera akan memikirkan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebagai persediaan.

Maka pada pandangan Uncle, Saifudin belum layak bercakap dan mengkritik DS Najib jika beliau mengharapkan DS Najib berada didalam negara barulah akan mengambil tindakan. Kenyataan seperti itu seolah-olah bijak bagi orang yang tidak menilai, tetapi agak dungu bagi mereka yang mengerti. Saifudin mungkin tersentak dengan tindakan pantas yang dibuat oleh DS Najib lalu mengambil kesempatan untuk mengkritik.

Kenyataan dan soalan seperti dibawah ini sebenarnya bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

"Di Penanti dia tidak mahu mengambil bahagian sebab katanya pilihan raya ini membazir wang rakyat. Kalaulah membazir wang rakyat dijadikan alasan, dia mesti konsisten.

“Bagaimana pula pilihan raya di sini membazir wang rakyat, sementara pilihan raya di Manek Urai tidak membazir wang rakyat?”

"Jadi ternyata BN tidak ada jalan keluar lagi, dia tiada pilihan. Di sini dia cuba 'twist' atau main sentimen seolah-olah ini sesuatu yang merugikan wang rakyat.”

Saifudin harus pula mengkaji kenyataan beliau ini

“Tuhan takdirkan satu lagi PRK”

Uncle tidak pernah menolak dan menentang takdir Allah Azza Wajalla....
Tetapi.......
Adakah PRK Penanti diadakan atas sebab takdir yang ditentukan oleh Tuhan atau kehendak yang ditentukan oleh pemimpin-pemimpin atasan PKR?

Sebelum ini adakah Pilihanraya Kecil Kerusi Parlimen Permatang Pauh juga ditentukan oleh kehendak Tuhan berbanding kehendak Dato Seri Anwar Ibrahim?

Jangan memutar belitkan keadaan kalaupun ingin menempelak pemimpin parti lawan. Akuilah bahawa apa yang beliau katakan itu hanyalah mainan orang-orang politik untuk mengelabui mata rakyat.

No comments:

Post a Comment