Monday, November 9, 2009

Dr Asri memilih Pentas Politik untuk Berdakwah..?

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, sedia menyertai parti politik jika tidak diberi ruang dan dihalang menyampaikan pandangan dan pemikirannya mengenai Islam kepada masyarakat.

Mohd Asri menegaskan, beliau akan bercakap di pentas politik jika pintu untuknya mengemukakan pandangan ditutup rapat pelbagai pihak dan menyatakan kesediaan menyertai perbincangan atau dialog bersama golongan yang tidak sependapat dengannya menerusi forum termasuk di televisyen bagi dinilai rakyat.

"Kalau ada pihak rasa perlu forum di televisyen, bagi kedua-dua aliran ini bercakap secara harmoni, ajar rakyat untuk berbeza pendapat secara harmoni, bukan tangkap orang,"

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Ia adalah kunjungan hormat selain menziarahi Nik Aziz.

Beliau bagaimanapun mengakui masih banyak pihak sedia memberikan ruang kepadanya untuk terus berceramah, termasuk kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) atau yang ditadbir pembangkang.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, kerana memberi kebenaran kepadanya untuk berceramah di negeri itu tanpa memerlukan tauliah.

Pandangan saya:

Kalau Dr Asri ingin terus dihormati, terus kekal sebagaimana keadaannya sekarang.
Jika memilih platform politik untuk meneruskan usaha dakwah, akibatnya beliau akan dihina dicerca oleh pihak lawan.... lebih-lebih lagi jika beliau berada didalam UMNO.
Faham-faham sajalah... kita sudah melihat apa yang berlaku kepada ilmuan agama yang berada didalam UMNO sebelum ini.
Jika Dr Asri berada didalam PAS bolehkah beliau mengelak untuk mengikut rentak Ulamak dalam PAS? Saya rasa agak mustahil.

Apa-apapun pilihan ditangannya.

No comments:

Post a Comment