Monday, October 26, 2009

TANGGAPAN SAYA TERHADAP NIK AZIZ SUDAH BERUBAH

Sehingga hari ini, saya banyak membaca tentang kritikan terhadap Nik Aziz dan saya sendiri sering menulis diblog berkaitan Nik Aziz.

Dalam penelitian saya, sehingga kini.. kritikan dan teguran kepada Nik Aziz tidak pernah mempersoalkan sebarang urusan dia dengan Allah. Tidak pernah langsung disentuh apa saja yang berkaitan dengan urusan Nik Aziz dengan Allah.

Tetapi..apa yang paling banyak diperkatakan adalah hubungan Nik Aziz dengan manusia... terutama umat Islam di Malaysia. Meletakkan orang Islam lain dalam kelompok kafir, munafik, dihalang dari syurga, mengatakan boleh berkawan dengan syaitan, bersekongkol dengan orang kafir dan menolak hubungan baik dengan orang Islam, mengeluarkan kenyataan bahawa Allah itu samseng dan Allah mencarut.... dan banyak lagi.....adakah itu yang Nik Aziz perolehi hasil alim dan zuhudnya.....? Tidakkah semua perkara-perkara itu bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar..?.

Dulu...saya memang menganggap Nik Aziz seorang Ulamak... kini ...setelah menilai semula semua perbuatan dan perkataan Nik Aziz...tanggapan itu bertukar. NIK AZIZ BUKAN ULAMAK... tetapi Ahli Politik yang memperalatkan ilmu agamanya untuk kedudukan dunia. Haji Hadi sebelum ini mengeluarkan fatwa kafir kepada orang Islam lain...rasanya tidak pernah lagi berbuat demikian selepas itu.. mungkin menyedari kesilapan beliau.

Kebelakangan ini...Nik Aziz semakin kerap mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang Islam. Bila ramai yang mengatakan Nik Aziz sudah nyanyuk...saya juga merasa tersinggung kerana orang tua seperti Nik Aziz juga patut dihormati...tetapi semakin ramai yang menaruh hormat membela serta menyokong apa saja tindakannya...Nik Aziz semakin MELALUT.... dan perbuatan itu tidak ubah seperti perbuatan ORANG NYANYUK.

Tindak-tanduk Nik Aziz ketika ini menolak andaian saya sebelumnya...dan tidak dapat saya nafikan lagi kebenaran cakap-cakap orang yang mengatakan bahawa NIK AZIZ SEMEMANGNYA SUDAH NYANYUK...... Nik Aziz sudah lupa bahawa Allah utuskan manusia kedunia untuk menjadi KHALIFAH... dan seorang Khalifah tidak diutuskan untuk menjahanamkan dunia serta segala isi didalamnya. Sebaliknya NIK AZIZ MEMILIH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN hanya kerana ramai orang yang terpedaya dengan beliau dan tidak merasa ragu untuk menggelarkan dirinya TUAN GURU/ULAMAK.

Nik Aziz terbawa-bawa dengan gelaran itu dan akhirnya menjadi TAKBUR, SOMBONG DAN RIAK.

Alim Ulamak dan mereka yang cerdik serta berpengetahuan secara mendalam tentang Agama Islam semakin berkurangan didunia apatah lagi di Malaysia tetapi apabila kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut seorang yang dianggap Ulamak sering menimbulkan kekeliruan, ia amat-amat dikesali. Bagaimana untuk mendidik dan mendekatkan orang Islam kepada agama jika kenyataan Nik Aziz tersebarluas dikalangan masyarakat.

Bagi mereka yang benar-benar faham boleh membuat penilaian dengan baik. Mereka yang kurang faham akan terpesong akidah dan bagi mereka yang memang menentang Islam maka lebih mudahlah menjadikan kenyataan-kenyataan Nik Aziz sebagai alasan untuk menghancurkan Islam.

Inikah perjuangan Islam yang sering dilaungkan oleh Nik Aziz?.

Apa yang harus Nik Aziz lakukan adalah membimbing mereka yang muda dan kurang pengetahuan Islam.... malangnya Nik Aziz berbuat disebaliknya. Menyeru kepada penyatuan ummah adalah perkara terbaik yang wajib dilakukan bukan MEMECAHBELAHKAN.

Umat Islam yang jahil atau kurang berpengetahuan dalam hukum-hakam agama banyak BERGANTUNG kepada Ulamak dengan mendengar dan mengikuti nasihat dari mereka... PEWARIS NABI...tetapi saya juga memohon para ULAMAK benar-benar bertanggungjawab sebagai orang yang tinggi pengetahuan Agamanya...membimbing, menasihati, menganjurkan umat kearah kebaikan dan tidak bertujuan untuk memecahbelahkan.

Saya tidak langsung menyentuh dan mendesak supaya semua ulamak berada didalam Parti Politik atas dasar bencikan ilmunya atau bencikan dirinya secara peribadi... tetapi harus ingat bahawa seorang Ulamak yang berpolitik akan lebih cenderung mempergunakan ilmu agamanya untuk menjaga kepentingan dan kedudukannya dalam politik.

Disamping kita menyeru umat Islam sekelian bermuhasabah diri jangan pula lupa para Ulamak juga WAJIB MUHASABAH, merenung dan mengingatkan kembali segala kenyataan dan perlakuan yang mereka dedahkan kepada masyarakat.

Nik Aziz wajib meninggalkan Parti Politik .....bercakap dan bertindak sebagai individu yang bertaraf ULAMAK dalam usaha membimbing umat Islam di Malaysia.

ALLAHU AKBAR...

3 comments:

  1. Sama bro. Dia hanya seorang AHLIL POLITIK yang sudah EXPIRED.

    ReplyDelete
  2. Surah al-Maaidah, ayat 51 yang bermaksud:
    "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu.
    Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."

    ape yg u all nak ckp dgn dalil firman Allah ni bila umno bersengkongkol dengan yahudi apco????...bila Allah kata "maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu" lu pikir la sendiri......

    ReplyDelete