Saturday, October 17, 2009

Orang Melayu PAS dan PKR ganyang orang Melayu UMNO


Mampat UMNO kena ganyang .... orang Melayu PKR gasak dengan isu rasuah, orang Melayu PAS hentam bab Agama.... saya pening.

Jahat betul orang UMNO nih.... PAS kata UMNO bawak hukum sekular tolak Islam...52 tahun pimpin negara ikut hukum ciptaan manusia...kalau bab ini saya yang tak berapa pandai politik ni..huru-hara jugak nak berhujah.

Tapi yang saya heran sangat orang Melayu..pemimpin dan penyokong PKR.... beberapa tahun kebelakangan ni sibuk dengan isu orang UMNO rasuah, itu tak betul ini tak betul...sedangkan majoriti pemimpin Melayu PKR tu datang dari UMNO kan ?....Biasa dibuai dan dibelai oleh UMNO. Terpadam ke semua rekod-rekod kecacatan mereka semasa dalam UMNO dulu apabila PKR terbentuk...? Sekarang ni tambah hebat bila wujud Pakatan Rakyat.

Dah betul-betul BERSIH ke pemimpin produk UMNO dalam PKR nih...?

PAS pun satu hal....ada tak tengok-tengokkan kawan sebelah tu..? Pemimpin Melayu PKR...dari mana datangnya..dari mana asalnya..? Bila dah dapat berpeluk bawah satu bumbung kira lupus semua kebobrokan kawan tu selama ni? Tak pernah pun saya dengar mereka mempersoalkan rekod buruk kawan Melayu PKR tu sejak dah berkawan. DAH TERAMPUN DOSA MEREKA KE sejak berPAKATAN atas nama RAKYAT?.

Sepatutnya saya tak payah timbulkan persoalan tu...tetapi pemimpin dan penyokong PAS patut fikirkan.... jangan tembak orang diluar... selesaikan persoalan dengan orang yang sama-sama berselimut satu tu... dah jelas mereka tu bersih dan suci barulah ajak UMNO berperang. Orang Melayu UMNO sekular... orang Melayu PKR fahaman apa...?

PAS ajak orang Melayu UMNO yang sekular ni tinggalkan parti, orang Melayu PKR kenapa tak diserap saja masuk PAS...lagi mudah...dah bersefahaman kan...? Dengan DAP...PAS mungkin ada sikit masalah...nak bagi kefahaman dulu tentang Islam..tapi orang MELAYU PKR tu susah sangat ke nak bagi faham...? Cuba cerita sikit kenapa susah...?

Hish...kalau saya nak tulis lagi panjang....orang PAS dan Melayu PKR tentu tak suka. Tapi fikirkanlah balik apa yang dah saya huraikan ni...Buat GENCATAN SENJATA ngan UMNO dulu... bagi TARBIAH kepada orang Melayu PKR dulu...dah selesai mulakan balik usaha menyerang UMNO.

No comments:

Post a Comment