Wednesday, January 31, 2018
Hitam Putih PERJUANGAN
Untuk bangsa Melayu yang beragama Islam.
Jutaan dari kita sama bangsa sama agama. Baik apa pun ideologi yang kita pegang dan turuti, bagaimana berbeza pun pendirian dan pemikiran kita sebenarnya tiada sebarang sempadan yang mampu memisahkan kecuali dua perkara :
Yang Haq dan Yang Bathil.
** kitalah yang menentukan PILIHAN.
Ia ibarat dua warna yang secara jelasnya wajib terasing. Hitam dan Putih. Tidak harus ada bercampur warna (antara keduanya) untuk dijadikan pilihan.
** inilah sempadan yang perlu kita jadikan pedoman.
Begitulah halatuju kita dalam perjuangan menegakkan ideologi, mengangkat kesatuan atau organisasi. Mana mungkin kita menafikan kebenaran, membenarkan kebathilan atau menerima campuran keduanya sebagai pegangan.
** dosa tetap dosa, pahala tetap pahala
** syurga ada tempatnya tersendiri, begitu jugak dengan neraka.
Keadaan kita pada hari ini semacam bercampur baur segalanya. Bathil dan benar boleh digunapakai dengan tujuan untuk "memenangi dunia".
** apa kata "hati kecil" kita dalam menangani persoalan ini ...??
** apakah Allah SWT "redha" dengan prinsip begini.
Baliklah kepada tuntutan agama kita.
** putih tetap putih, hitam tetap hitam kecuali kita mengatakan sebaliknya (atas kepentingan tersendiri).
** Allah tetap MEMERHATIKAN perlakuan makhlukNya.
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
3101181645hrs
Tuesday, January 30, 2018
Perkukuh MODAL INSAN dikalangan rakyat
Saya tidak menolak kemajuan dan pembangunan yang dilakukan didalam Malaysia.
Begitu jugak rasanya pendirian sebilangan besar dari rakyat.
** kerana kemajuan dan pembangunan itu perlu maka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menggagaskan Wawasan 2020.
Hanya berbaki 2 tahun untuk kita melihat ianya tercapai.
Biarpun kita bercita-cita untuk maju dan membangun, tindakan terdesak untuk merealisasikan hasrat tersebut secara tidak teratur bakal "memusnahkan" negara. Yang bakal menerima tempiasnya kelak adalah rakyat dan negara.
Lihat bagaimana gelojohnya Najib dan barisan kabinetnya bertindak melulu dalam usaha untuk mempopularkan diri.
** belum lagi Wawasan 2020 terlaksana mereka telah mensasarkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) lalu usaha-usaha bagi merealisasikan W2020 terabai kerana sibuk pulak mengisi masa untuk bercakap hal TN50.
** Bukankah baik sekiranya hasrat tersebut diwar-warkan selepas kita melihat pencapaian W2020 itu bagaimana hasilnya.
Inilah yang dinamakan "pembaziran". Sama seperti kempen penerangan berkaitan perlaksanaan GST dahulu.
** peruntukan diberikan berjuta tetapi setelah lebih DUA tahun GST diimplementasi masih terdapat banyak rungutan dan protes dilakukan rakyat.
Berkaitan pembangunan dan kemajuan yang ingin dilaksanakan saya hairan mengapa kerajaan terlalu mengutamakan pihak luar untuk melaksanakannya.
Apakah tenaga, ilmu dan kemampuan pihak dalam negara tidak mampu melaksanakannya.
** lebih parah ... banyak kerja yang dibuat mendapatkan pembiayaan suatu pihak yang kita tahu tentang matlamat sebenar mereka. MENGUASAI rantau sebelah sini dengan melambakkan duit (hutang) merata negara dan kemudian pihak yang menerimanya berdepan tekanan.
Lihat saja bagaimana kaedah hutang 1MDB dikendalikan.
** Apa untungnya terhadap rakyat dan negara ..?.?
Persoalannya :
Kenapa kemampuan, tenaga, ilmu dan kepakaran warganegara tidak DIGEMBELING untuk membangunkan negara sendiri ..??
** jika jawapannya kerana tidak ada pihak yang sanggup melaksanakan adalah lebih baik dibangun MODAL INSAN dari kalangan rakyat sendiri. Ubah mentaliti mereka dan bangkitkan semula semangat MALAYSIA BOLEH yang selama ini telah mengangkat nama Malaysia ketahap Harimau Asia.
Apakah ianya mustahil (untuk dilakukan)..??
** jika kerajaan sedia ada tak mampu menjadikan ia REALITI ... serah hal pentadbiran dan pengurusan negara kepada .... Tun Dr Mahathir bin Mohamad.
Saya 101% yakin imej Malaysia akan kembali DIHORMATI
Fb ID :
Fadzil
~Sgt.Jo~
3101181341hrs.

Wednesday, November 15, 2017
Beri Ruang kepada Harimau Malaya
Lari sikit daripada hal politik.
Ini kisah laporan akhbar semalam.
Sotong Malaysia kena "ratah".
Huhhhh. Tak patuttt ...!!!!
Reporter ni suka sedap jer ikut hati nak menulis begitu. Baik kalah bagaimana teruk pun janganlah sewenang-wenangnya menukar nama pasukan "Harimau Malaya" yang dah sinonim dengan arena bolasepak kebangsaan. Itulah jugak nama yang dijulang sejak lama dulu.
** siapa guru yang mengajar berbuat tak sopan begitu ..???
** mana yang dikata "etika kewartawanan" yang sering dilaungkan selama ini. Jangan tersinggung jika saya gelarkan wartawan terbabit sebagai "warga haprak".
Saya tidaklah sehebat mana tahu tentang dunia bolasepak ini. Namun sewaktu tubuh masih sihat segar dahulu biasa jugak terbabit bermain, melatih dan menguruskan sebuah pasukan kecil.
Biarpun bagaimana status pasukan ianya tidak banyak berbeza. Yang lainnya cuma pentas dan tahap dimana sesuatu pasukan beraksi.
Kita sedia maklum bahawa ranking "Harimau Malaya" tidaklah sebaik dahulu. Kemerosotan telah terjadi sejak bertahun. Usaha memulihkan kedudukan bukan suatu kerja yang mudah. Jika kita melakukan usaha yang keras untuk mempertingkat mutu permainan jangan ingat kita sudah sempurna kerana pasukan lain pun melakukan hal yang sama.
** yang menentukan kejayaan atau kegagalan adalah kualiti. Pemain, jurulatih, team pengurusan, kerjasama dan keserasian yang diterapkan didalam pasukan.
Kita baru sahaja bertukar jurulatih.
Jurulatih pula perlu mengenalpasti para pemain yang layak diketengahkan.
** semua ini perlukan sedikit masa untuk mencapai objektif.
Jangan berharap ada keajaiban berlaku dalam masa yang singkat.

Sunday, November 12, 2017
Pentadbiran Apakah INI ..??
Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang ditahan dibawah SOSMA kerana membuat laporan berkaitan skandal 1MDB dibeberapa negara luar.
** sabotaj ekonomi katanya.
Xavier Justo yang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand diambil keterangannya oleh Polis Malaysia.
** sehingga KPN bersara pun laporan temubual tidak didedah sepertima yang dijanjikan. Apa cerita ...???
Ambiga Sreevanasan disiasat kerana membekalkan maklumat yang kemudiannya disebar oleh Clare-Rewcastle melalui portal Sarawak Report
** menggugat ketenteraman awam pulakkk.
Laporan Audit pun jadi mangsa ditangkap dan disumbat didalam kurungan Akta Rahsia Rasmi.
** entah apa salahnya Laporan Audit ni pun kita tak pasti.
** Nasib baik bekas Ketua Audit Negara dapat bersara dengan aman tanpa ditahan ataupun disiasat (kerana mengeluarkan laporan tersebut).
Sebenarnya yang menimbulkan kegusaran rakyat (hingga berasa tidak tenteram) adalah tindakan-tindakan yang saya sebutkan diatas.
Jho Low (watak utama wayang 1MDB) yang namanya banyak kali disebut masih bebas tanpa disiasat apatah lagi untuk ditahan.
Riza Aziz (tokey filem Hollywood) masih boleh mengekori ibu dan bapa tiri dalam mana-mana siri lawatan ke luar negara.
Ramai lagi penyandang jawatan penting dalam syarikat 1MDB yang bermasalah hilang entah kemana.
** tidakkah ini semua dilihat sebagai menggugat mengganggu ketenteraman awam ...???
** kenapa tiada antara mereka ditahan dan disiasat ...???
** tidak dijumpai atau memang tiada usaha untuk dijejaki ...???
Banyak persoalan yang bermain diminda rakyat.
** apakah persoalan-persoalan demikian dapat #membahagiakan ..??

Saturday, November 11, 2017
Biro IT UMNO dan Powerbank PASIOR
Pada himpunan sebelumnya Najib keluarkan arahan "attack, attack, attack" lalu dipersiapkan caibertrooper dengan Samsung A9.
Menyeranglah mereka konon-kononnya.
** entah apa hasilnya pun takderlah jelas dilihat. Yang dapat diperhatikan ... macaitrooper makin kuat merapu termasuk memaki hamun lawan.
Sebaliknya ...
Lawan tetap begitu jugak kentalnya. Serangan demi serangan tetap bertali arus dihalakan kepada BN dan tentunya sasaran utama adalah punca kepada permasalahan .. Najib.
Bapak segala masalah ni pun dah sampai ketahap hilang kawalan dan hilang kesabaran hingga terlepas cakap "#kepalaBAPAKkau"
** maka dah sebarislah tahap Najib dengan macai-macai troopernya.
Jadi #kaki_MAKI bermulut celupar.
Mungkin kelemahan macaitrooper disebabkan bekalan gajet yang tak lengkap. Bateri Samsung A9 Pro cepat kiok agaknya ..???
** apa yang patut dilakukan ..??. Sumbang powerbank. Mungkin inilah penyelesaian terbaik yang difikirkan.
Dapatlah mereka satu set powerbank.
Entah apa jenama taklah diketahui tapi mengikut kata sorang sifu macai "powerbank caplang CAP AYAM".
** untunglah ada jugak #cap (label). Yang lebih beruntung tentulah pembekal gajet berkenaan kerana pada akhirnya terbongkar didalamnya terkandung butiran #pasior.
Perghhhh ....
Biro IT harapkan baju jer.
Nak suruh berperang dibekalkan pasir.
Pasir ni diguna untuk buat konkrit. Bina tembok. Ataupun jika rajin isi dalam kampit kemudian diatur elok menjadi #kubu perlindungan.
** nak diharap menyerang (seperti diarah oleh Najib) memang takder tokohnya pun.
Nasib macai ler sebab berketuakan "Mat Maslan".
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
Sunday, November 5, 2017
Bahasa Jiwa Bangsa NAJIB
Bahasa
Bahasa yang dia guna semakin hari semakin kasar dan kesat. Dah hilang adab sopan, tuturkatanya dah tak terkawal hingga perkataan bangsat, bangang, haramjadah dan terkini kepala bapak kau dah jadi mainan dimulut.
Lupa dah dia kepada tonggak Rukunegara yang ke 5.
** kesopanan dan kesusilaan
(Rukunegara ini rasanya diasaskan oleh #BAPAK dia sendiri).
** Tak berasa malu ker ..??
** Atau bangga berkelakuan begitu ..??
Jiwa
Suatu ketika dia sendiri melaungkan "saya berjiwa besar". Konon dia soranglah yang mampu mendepani krisis dengan baik, tiada prasangka dan menyimpan dendam kepada sesiapa. Tetapi kebelakangan ini bahang bara dihati semakin ketara terserlah dan diluahkan. Dia dah tak pandai memilih tempat yang sesuai untuk dilepaskan segalanya..
** asal ada kesempatan dan ruang maka disitulah dia lakukan.
Bangsa
Bangga mengkisahkan asal keturunan bangsawan. Mungkin kerana berasa megah dengan salasilahnya ... bongkak, angkuh dan sombong makin menjadi. Sementelah pula kini sedang berada tinggi dipuncak kuasa.
** tindak-tanduk memberi kesan terhadap bangsa dan keturunan.
** lupa bahawa kekuasan itu datang dari tangan-tangan rakyat marhaen dan takkan kekal lama.
Rakyat tidak buta dan dungu untuk menilai.
Malaikat dikiri kanan mencatat.
Allah SWT tidak lalai memerhati.
Bahana perbuatan bakal berbalas suatu ketika nanti.
** janji Allah itu pasti..
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
Friday, November 3, 2017
Nak Maju Kena BERHUTANG ...???
Kena berhutang ...!!!!
Ya. Kita faham.
Diketika kita tidak mampu membayar tunai untuk sesuatu barangan mungkin berhutang jadi #perlu.
Dizaman Tun pun berhutang tetapi beliau membangunkan negara ikut keperluan dan ikut kemampuan. Pembangunan yang dilakukan mempunyai matlamat jangka panjang.
Dalam masa membangun dan memajukan negara banyak yang perlu dilakukan. Bukan setakat mendapatkan dana tetapi apa idea dan apa bentuk pembangunan yang perlu diutamakan.
Kerana Tun mahu menukar kebergantungan negara dari pertanian kepada industri sudah pasti banyak pelaburan dibuat.
Disinilah kepintaran dan kebijaksanaan amat-amat diperlukan. Bekerjasama dengan pelabur asing dan mempelawa sama syarikat-syarikat tempatan untuk merebut peluang.
Dan hasilnya ....!!!!
Banyak industri wujud, banyak syarikat tempatan berjaya dan lahir tenaga mahir dikalangan anak-anak tempatan.
** hutang yang ditanggung pula dalam keadaan terkawal.
** bukan saja hutang dapat dikawal tetapi Malaysia dibawah seliaan Tun menjadi antara negara yang mampu membayar hutang mengikut tempoh ditetapkan.
Cuba lihat apa yang Najib lakukan.
** tubuh 1 MDB dan dalam tempoh singkat telah mengumpul hutang puluhan billion. Jumlahnya lebihkurang 1/4 daripada jumlah keseluruhan hutang yang ditinggalkan Tun semasa melepaskan jawatan.
** soal kemampuan 1MDB membayar hutang pun semua sedia maklum. Lihat kisah 1MDB dengan IPIC pun sudah memadai.
Apa kemajuan yang dibawa oleh 1MDB ..???
** Bandar Malaysia ..???
** TRX City ...???
** Edra Energy ...???
Apa lagi yang nampak ...???
** taja menunaikan Haji ...???
Berapa kerat yang mendapat faedah dan keuntungan hasil pewujudan 1MDB ..???
Hutang negara dah hampir mencecah 1 trillion.
Apa yang dapat kita lihat siap #tersergam didepan mata hari ini ...???
** sambungan projek LRT dan MRT.
Selain dari itu apa yang ada ...???
Tunggulah yaaa ...!!!
** beri peluang Najib realisasikan Transformasi Nasional 2050nya dulu.
Sambil itu ....
JOM KITA CARI RAMAI LAGI PIHAK YANG RELA MEMBERI KITA HUTANG.
Menjelang 2050 kerja rakyat Malaysia hanyalah dok MEMIKIRKAN HUTANG (keliling pinggang).
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
Subscribe to:
Posts (Atom)