Friday, March 2, 2018

Serang Robert Kuok, Belai Jho Low


Nak tau tak ....???

** ramai pemimpin UMNO belasah Robert Kuok cara berjemaah. Bergilir-gilir mereka menggasak billionaire yang menetap di Hong Kong tu kerana termakan dek hasutan mulut celupar Raja Petra (si Botak Pelarian).

Botak ni cukup hebat. Semua hal dalam kain orang dia tahu. Mungkin belanja dia pasang CCTV celah kelengkang orang yang diintipnya pun mencecah billion dollar US.
Ingat dulu bila dia sebut satu persatu butir perbualan antara Tun dengan Almarhum DYMM Yang DiPertuan Agung.
** itulah manusia yang jadi rujukan sebahagian besar penjilat Najib.

Baik.
Hal menyerang Robert Kuok ni terjadi kerana kononnya RK beri duit kepada DAP.
** itu pasal marah benar kepada Raja Gula.

Apa istimewanya Jho Low dimata orang UMNO ..???

Simple jer.
Sebab dengan kebijaksanaan Jho Low, hasil kerjasama Jho Low dengan Najib maka ... mengalirlah USD681 juta ke akaun bank peribadi Najib (yang Najib kata bukanlah milik peribadi sebenar ... ).
** mungkin Jho Low dah consult Raja Arab untuk salurkan "derma" sebanyak itu kepada Najib.

Iyalah.
Najib nak lawan DAP.
Najib nak tumpaskan Daesh.
Najib nak perjuangkan Al Sunnah Wal Jamaah.

Ini semua kerana adanya Jho Low

Besar kan jasa Jho Low ni ...???

Itu sebab kita tak nampak pemimpin UMNO balun Apek Equanimity.

Okay.

Dah tau kan kenapa orang UMNO, orang BN dan penjilat-penjilat Najib punya pandangan berbeza terhadap Robert Kuok dan Jho Low ..??

Bila dah tahu dan faham ... pandailah kita buat keputusan kannn ...???

Keputusan saya :
Reject Najib dan BN.
** siapa nak ikut saya ... Jommm ..!!!

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Back to REAL


Kita bercakap berkaitan "realiti".
Realitinya : Saya TAK BOLEH tidur.
Hahaha.

Dek kerana tak boleh tidur, jom sambung sembang sumbang.

Tadi ada yang kata "kapal layar mewah" yang diserkap di Bali itu bukan milik kita. Seakan bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Apandi Ali si Peguam Negara kita.

Ya.
Yang terlihat begitulah.
Memang kapal dibeli oleh Jho Low.
Dan nama didaftar atas nama Jho Low.
(itu mengikut seperti apa yang diberitahu oleh DoJ. Mereka punya kuasa, mereka ada autoriti untuk berbuat demikian).

Perlu kita kaitkan juga kenyataan lain yang mereka keluarkan dan ianya tidak boleh kita perlekeh.
** kapal (dan segala hartabenda yang lain) dibeli menggunakan wang yang "dipam keluar" dari tabung 1MDB.
Disitulah dimana ianya terkait (dengan pemilikannya menjadi hak kita - Kerajaan Malaysia).

Buat sementara ini, kita terpaksa memperakui kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa luar negara kerana "pihak berkuasa negara kita" sudah memutuskan bahawa "tidak ada apa-apa yang hilang" dari pegangan 1MDB.
** nak buat macamana, dah pihak tertinggi negara kita "mengisytiharkan" begitu. Samada tak sayang, tak prihatin, tak ambil peduli atau tak kisah ... kita tak tahu sebabnya.
(cerita dalam negara kita TELAN, tetapi apa yang dibongkar diluar kita beri PERHATIAN).

Kisah 1MDB tak hilang apa-apa ... dengarkan saja tetapi kena maklum jugak bahawa agak ramai jugak staff-staff 1MDB yang telah HILANG atau MENGHILANGKAN DIRI.
** kenapa dan dimana mereka sekarang.
Lantak laaaa. Pihak berkuasa pun TAK KISAHHHH kannnn ...???.

Beralih kepada perkara tidak menuntut kapal tadi (kerana bukan hak kita) .... cuba kita pula kita bandingkan dengan kes-kes yang seumpamanya.

Contoh :
Si Perasuah (dalam negara) didakwa kerana membeli harta hasil dari pendapatan haramnya. Apa yang dilakukan terhadap hartabendanya ... ???
Diselongkar, dirampas dan disita kan ...???

Soalnya :
Kenapa dirampas ...???.
Harta berkenaan dinamakan atas nama si PERASUAH kannn ....???

Tapi ... itulah yang dinamakan "undang-undang". Dan sebagai Pelaksana Undang-undang yang tertinggi di negara ini, Apandi Ali wajib melaksanakan tanggungjawabnya dengan SEMPURNA.

Untuk penjelasan seterusnya, fikir dan jawab sendirilah.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Antara FITNAH, Berita PALSU dan Fakra


Saya dah beritahu tadi.
Saya bekas penyokong BN.
Bertahun saya bergiat di Media sosial dan berdepan pelbagai ragam dan kerenah lawan.
** tak perlu saya huraikan satu persatu. Terlalu banyak.

Apa yang mahu saya katakan .... ada satu kelompok lawan yang kaedah berhujah serta berdebatnya saya tak boleh "hadam".
Dulu-dulu kami kata "tak boleh BLAH".

Penggiat Media Sosial dari PAS.
Mereka ni mengambil jalan pintas untuk keluar dari perdebatan.
** alasan yang mereka gunakan "itu semua FITNAH" dan hujahan terhenti setakat itu.

Kini saya berada dipihak lawan BN dan kebetulan lawan BN pada ketika ini "tidak lagi bersama-sama PAS". Terasa janggal jugak tetapi ia memberi satu suasana yang berlainan daripada dahulu.
** didalam kelompok lawan BN kini tidak mengamalkan kaedah "short-cut" sepertimana yang dibuat oleh cytro-cytro PAS. Cytro-cytro lawan BN lebih banyak berlandas kepada "facts and figures".
(saya sebenarnya pun adakalanya rasa rendah diri bila dihujah dengan fakta oleh bekas lawan saya dahulu).

Baik.
Hari ini kita jelas melihat PAS amat mesra dengan BN. Ianya tak dapat dinafikan walaupun berulangkali disanggah oleh pimpinan-pimpinan utama PAS.
** siapa mahu percaya bila melihat keakraban PAS dan BN dalam banyak acara, senada pertuturan dan gaya bersamaan.

Ekoran dari keakraban itu, satu perkara yang saya lihat .... kaedah "jalan-pintas" yang dulunya digunakan Cytro-cytro PAS sudah menjangkit kepada Cytro-cytro BN.
** jika PAS menggunakan ungkapan "itu semua FITNAH" tetapi cytro BN (dikuatkan juga oleh para pemimpin BN sendiri) menggunakan ungkapan sedikit berbeza "ianya sebuah BERITA PALSU".

Dengan penggunaan dua ungkapan berkenaan ... cytro-cytro PAS dan BN mengharapkan hujahan boleh terhenti.

** namun seperti yang saya nyatakan tadi ... Cytro bekas lawan saya (kini Cytro PH .. termasuk saya) banyak berpaut kepada fakta. Dan kerana kekuatan itulah ... Cytro-cytro PH terus bersuara dan terus "menyerang".

Dalam keadaan dunia hari ini, facts and figures menjadi amat penting, hujahan menjadi lebih mantap dan usaha penerangan menjadi lebih berkesan kerana ....

"Khalayak masa kini lebih terdidik, lebih terbuka dan bijak menggunakan maklumat yang diperolehi".

Teruskan Perjuangan.
Berdirilah diatas landasan KEBENARAN.

Jangan mudah terpedaya dengan taktikal lapuk "itu semua FITNAH atau itu adalah BERITA PALSU".

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tegakkanlah KEBENARAN


Saya nak beritahu.
Saya ni dulu Pro-BN.
Saya mengendalikan Page Politik yang menyokong BN.
Saya juga menulis artikel-artikel, memuat naik entri yang menentang lawan BN.

Tapi itu dulu.
** sebelum terdedah, terbongkar kebobrokan pimpinan utama BN.

Ketika Ketuanya diberitakan melakukan hal yang tak sepatutnya, saya masih noleh bertahan. Dengan harapan ianya boleh diperbetulkan.

Teguran-teguran sudah mula datang dari banyak pihak. Najib perlu direhatkan sementara isu yang berbangkit dapat disiasat hingga tuntas.
** teguran dari lunak bertukar keras. Semua itu berubah apabila Najib kelihatan bertegas bagi memlertahankan kedudukan.
** individu yang pada mulanya menggunakan kaedah diplomasi berakhir dengan mengambil keputusan tegas ... meninggalkan UMNO sekali lagi. Itulah Ayahanda Tun Dr Mahathir.

Bermula dari situ, saya pun mula ANGKAT KAKI.
Tak guna lagi BN dipertahankan.
Imej BN memang dah jadi terlalu buruk dimata saya. Bukan setakat Najib yang menjadi punca saya berpaling arah tetapi lain-lain pemimpin yang sama bersekongkol dengan perlakuan Najib.
Setiap tindakan dan perlakuan Najib mereka restui, tanpa sedikitpun membantah.

Didalam fikiran saya terlintas hal ini .... "saat kehancuran BN sudah bermula. Perbuatan Najib dan konco-konconya adalah lorong-lorong kehancuran yang mengarahkan BN ke jurang".

Sedikit demi sedikit segalanya terbukti.
Tak lama mana lagi ego Najib, keangkuhan para pendokong BN akan BERKECAI.

Kebenaran akan tetap punya ruang untuk ditegakkan kembali.
Insha Allah.

Kepada Allah Kita Berserah.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Thursday, March 1, 2018

Segalanya BERBEZA


Corak pentadbiran ketika ini dah berubah.
Semuanya tak seperti dulu-dulu lagi.

Dulu-dulu ...
Pemimpin ulung negara kita berfikir, berusaha dan melaksanakan setiap yang dirancang dengan teratur hingga berjaya. Mungkin segalanya dah dibuat (difikirkan) sebelum mengambil alih tampuk kepimpinan pun.
Setelah diberikan amanah dan tanggungjawab maka ia terus membuktikan segala perancangan mampu direalisasikan.
** dan terciptalah slogan "Malaysia Boleh".
** kesannya negara kita dihormati, membuka mata dunia.

Ianya dah berbeza ketika ini.
Nak popular satu dunia cukup mudah.
** jadi penipu
** jadi pembelit
** jadi kleptokrat
** buat kerja bodoh

Hasilnya ... seperti yang kita sendiri saksikan. Salahlaku kepimpinan kita diperkatakan segenap ceruk dan pimpinan kita tak mampu menangkisnya dengan baik.

Apa tindakan yang boleh mereka (pimpinan kita) lakukan ...???
** balun rakyat sendiri
** meletakkan kesalahan kepada orang lain (terutama kepada pihak yang menegur)
** mengenakan tindakan yang tidak mengikut peraturan
** menutup ruang perundingan (supaya keadaan diperbetulkan)
** dalam hubungan luar, pimpinan jadi menikus. Hanya mencari rakan yang sealiran dan yang mampu memberi keuntungan kepada diri sendiri.
** tanpa difikirkan dengan teliti, pimpinan kita membuat keputusan melulu walaupun apa yang dilakukan bakal membawa kesan buruk pada jangkamasa panjang.
Kita semakin terhimpit dan bergerak mundur kebelakang.

Apa nak jadi jika semua orang terikut-ikut dan patuh kepada gaya baru pentadbiran kita ini ..???

Apa yang hendak kita wariskan kepada generasi masa depan jika keadaan ini tidak diubah ..???

Terserah kita samada mahu yang terbaik atau mahu "menjahanamkan".

MALAYSIA BOLEH.
Samada ...
** boleh BERUBAH (jadi baik)
** boleh kekal (duduk dalam keadaan TENAT)

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Bila Saraf Otak TERSUMBAT


Ermmmmm.
Rupanya ... samada makan quinoa atau tak makan quinoa dah tak ada beza.
Kesimpulannya :
Asal duduk bawah BN, menjilat Najib maka ....
"Bangang bertimpa-timpa, berlapis-lapis, kebodohan tak bertapis".

Kami dikelompok PH tak fikir pasal carrot makanan kuda Tun M.
Untuk apa, faedahnya apa ...???

Biarlah habis stok carrot habis se kontena sehari pun apa kami nak kisah ..??
** jika benar Tun memelihara kuda dan menghabiskan DUA TIGA billion ringgit untuk beri makan .... "ada Tun mintak biaya dengan rakyat ...???".
** macai Najib jugak yang kata "anak-anak Tun kaya raya" dan jika perlu Tun mengadu pada anak-anak (untuk tampung kos pelihara kuda) dan bukan pada kami penyokongnya.

Yang dipersoalkan ....
** apa pasal macai-macai lahanat Najib pi back-up sangat apek yang menyebabkan 1MDB tak pasal-pasal dibebani hutang ..??
Tak sedar ker bahawa hutang berkenaan "dijamin oleh Kerajaan"...???.
Siapa yang bakal menanggung kesemua billion-billion hutang apabila ianya gagal dilunaskan oleh 1MDB ..???

** jika pun 1MDB boleh membayar kesemua hutang .... pada akhirnya apa aset (harta) yang dapat dipegang oleh syarikat berkenaan ..???
Diperingkat awal penubuhannya 1MDB mendapat harta negara dengan harga teramat murah, kemudian menjualnya dengan harga tinggi kepada TABUNG HAJI.

** Duit Tabung Haji tu duit siapa ...???
Duit Najib, duit Rosmah, Duit Azeez atau duit Jho Low ker ...???

Iskkkk.....
** bila dah nama macai Najib ... taunya nak membelasah Tun anak beranak.
Langsung tak boleh memikirkan soal yang lebih besar lebih penting dari bercakap hal makanan kuda.

Baik pi meninggal laaaa....!!!
Langsung tak boleh diharap untuk membela agama, bangsa dan negara.
** betul-betul MEMALUKAN

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Wednesday, February 28, 2018

Semua KHABAR ANGIN ajer Bang ...!!!


Macamana ni ...???

Kena tanya Peguam Najib

Adakah ia cuma "khabar angin" apabila pihak berkuasa Indonesia menahan kapal layar mewah The Equanimity milik Jho Low...??.

Satu persatu harta dan kemewahan mereka yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan 1MDB disita, dirampas.
** hotel
** rumah mewah
** lukisan
** jet peribadi
** barang kemas
** keuntungan hasil buat filem
** kapal layar
dan entah apa pulak lagi selepas ini ..??

Di Switzerland lebihkurang RM400 juta dimiliknegarakan kerana menyalahi undang-undang negara berkenaan.

Di Singapura ... dua bank asing diarah tutup. Beberapa individu dijatuhi hukuman atas pelbagai tuduhan.

Di Malaysia ....????
Jangan gelak ya ....!!!!

Orang yang disebut-sebut masih bebas kesana kemari mengutuk mantan Perdana Menteri (yang kini menjadi penentangnya).
** Peguam Negara dah "cuci bersih" nama individu berkenaan.
** CEO 1MDB pernah kata "mungkin ada berlaku penipuan". Setakat itu sajalah.
** berbillion disalah bayar kepada syarikat klon tak pernah dengar cerita mahu dituntut.
** macai-macai tetap kata "1MDB tak hilang apa-apa".

Tapi ...
** Hartabenda yang dirampas, disita tu milik siapa sedangkan pihak luar mendakwa "ia terhasil dari aktiviti kejahatan".
** tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa negara luar tu nak diklasifikasikan bagaimana ...???. Acah-acah, pura-pura atau betul-betul ..???

Nampak sangat pihak berkuasa yang terbabit dinegara kita TIDAK ENDAH, TIDAK PEDULI dengan apa yang dilakukan oleh pihak luar.
** iyalah. Kita dah bertekad bahawa "kita tidak mahu CAMPURTANGAN ASING" dalam menguruskan hal begini.
(itu sebab tiada permohonan MLA kita buat dan kita pun tak melayan permohonan MLA dari negara luar). Herannya ... kita boleh pulak "terhegeh-hegeh" ke Thailand untuk menyoalsiasat Xavier Justo (yang dikatakan banyak menyimpan rahsia berkaitan kerjasama 1MDB dengan Petro-Saudi).

Hebat. Hebat.
** itulah yang uniknya kerajaan dan pentadbiran Malaysia hari ini.

p.s :
Pic yang saya tampilkan adalah sedutan artikel sahabat penulis saya di MyKmu. Portal dimana saya bergiat menulis lebihkurang 10 tahun yang lalu.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, February 25, 2018

Perangai PELIK pemimpin BN


Memang pelik sungguh perangai pemimpin-pemimpin BN ni.
Waktu Raja Petra membantai AG's Lady melalui artikel di portal Malaysia Today, tak ada seorang pun dari mereka berbunyi. Mempertahan tidak, mengiyakan pun tidak.
** yang saya terbaca adalah arahan supaya Raja Petra menggugurkan artikel berkenaan daripada portal.
Itu ajerlah.

Tiba-tiba, apabila Raja Petra menulis mengenai Robert Kuok maka berlumba-lumba, berebut-rebut masing-masing nak mengulas isi kandung tulisan berkenaan.
Seperti biasa apabila dakwaan memburukkan lawan BN maka berjujai kutukan datang mengutuk dan memarahi individu yang dikaitkan tanpa langsung mengkaji "kesahihan" dakwaan yang dinyatakan (didalam tulisan).
Pimpinan BN seakan lupa pesan mereka kepada pihak lain supaya jangan menyebar berita yang "belum dipastikan kesahihannya". Pimpinan BN jugak lupa sebentar bahawa hakikatnya yang "pakar serta paling berbakat" dalam menyebarkan berita yang belum sahih adalah "mereka" sendiri.

Saya faham dan mengerti sangat kenapa ianya berlaku dan dilakukan.
** berita begitu memberi sedikit keuntungan kepada mereka (apabila dimainkan).
Tak jadi hairan dahhhh....!!!!

Apapun .... bagi saya Raja Petra ini hanyalah provokator yang mementingkan diri sendiri. Suka mensensasikan sesuatu tanpa rasa tanggungjawab didalam setiap yang dilakukan (tidak ambil peduli samada tulisannya menimbulkan keadaan tidak menentu dinegara ini).
** apa dia kisah ...??? Dia bukan merasakan kesannya (kerana dah lama mengasingkan diri jauh dari Malaysia).

Kepada para pemimpin BN ... buatlah seperti yang dicakap.
** kalian dan rakyat sama sahaja ...tiada pengecualian (dalam menyebarkan berita tak sahih).

Jangan cakap tak serupa bikin.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed