Friday, March 2, 2018

Antara FITNAH, Berita PALSU dan Fakra


Saya dah beritahu tadi.
Saya bekas penyokong BN.
Bertahun saya bergiat di Media sosial dan berdepan pelbagai ragam dan kerenah lawan.
** tak perlu saya huraikan satu persatu. Terlalu banyak.

Apa yang mahu saya katakan .... ada satu kelompok lawan yang kaedah berhujah serta berdebatnya saya tak boleh "hadam".
Dulu-dulu kami kata "tak boleh BLAH".

Penggiat Media Sosial dari PAS.
Mereka ni mengambil jalan pintas untuk keluar dari perdebatan.
** alasan yang mereka gunakan "itu semua FITNAH" dan hujahan terhenti setakat itu.

Kini saya berada dipihak lawan BN dan kebetulan lawan BN pada ketika ini "tidak lagi bersama-sama PAS". Terasa janggal jugak tetapi ia memberi satu suasana yang berlainan daripada dahulu.
** didalam kelompok lawan BN kini tidak mengamalkan kaedah "short-cut" sepertimana yang dibuat oleh cytro-cytro PAS. Cytro-cytro lawan BN lebih banyak berlandas kepada "facts and figures".
(saya sebenarnya pun adakalanya rasa rendah diri bila dihujah dengan fakta oleh bekas lawan saya dahulu).

Baik.
Hari ini kita jelas melihat PAS amat mesra dengan BN. Ianya tak dapat dinafikan walaupun berulangkali disanggah oleh pimpinan-pimpinan utama PAS.
** siapa mahu percaya bila melihat keakraban PAS dan BN dalam banyak acara, senada pertuturan dan gaya bersamaan.

Ekoran dari keakraban itu, satu perkara yang saya lihat .... kaedah "jalan-pintas" yang dulunya digunakan Cytro-cytro PAS sudah menjangkit kepada Cytro-cytro BN.
** jika PAS menggunakan ungkapan "itu semua FITNAH" tetapi cytro BN (dikuatkan juga oleh para pemimpin BN sendiri) menggunakan ungkapan sedikit berbeza "ianya sebuah BERITA PALSU".

Dengan penggunaan dua ungkapan berkenaan ... cytro-cytro PAS dan BN mengharapkan hujahan boleh terhenti.

** namun seperti yang saya nyatakan tadi ... Cytro bekas lawan saya (kini Cytro PH .. termasuk saya) banyak berpaut kepada fakta. Dan kerana kekuatan itulah ... Cytro-cytro PH terus bersuara dan terus "menyerang".

Dalam keadaan dunia hari ini, facts and figures menjadi amat penting, hujahan menjadi lebih mantap dan usaha penerangan menjadi lebih berkesan kerana ....

"Khalayak masa kini lebih terdidik, lebih terbuka dan bijak menggunakan maklumat yang diperolehi".

Teruskan Perjuangan.
Berdirilah diatas landasan KEBENARAN.

Jangan mudah terpedaya dengan taktikal lapuk "itu semua FITNAH atau itu adalah BERITA PALSU".

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment