Monday, September 11, 2017

Buat Pilihan Yang TEPAT

Nak berpolitik kena bijak.
Nak menilai kena berakal.
Nak memilih wakil jangan nanti selepas ini kita dipijak.
Dah terlanjur pilih yang salah nanti jangan banyak soal.

Lihat apa yang telah lakukan terhadap kita sebelum ini.
** ada yang mohon maaf atas kesilapan mereka
** berjanji akan berubah
** berjanji bulan bintang
** berjanji berikan khidmat cemerlang
Tapi lihatlah selepas mereka kembali berkuasa. Rakyat yang meletakkan mereka ditempat mereka berada sekarang ditipu, digula-gulakan, disuruh pula berkorban sedangkan mereka disalut kemewahan.
** slogan-slogan pelbagai kononnya mahu masyarakat majmuk hidup dalam perpaduan walhal propaganda dan dakyah yang mereka sebarkan penuh dengan elemen perpecahan dan menxetus bibit pertelagahan, diisi dengan unsur perkauman.

Mereka terbabit dalam skandal tetapi enggan untuk mengakuinya.
Pemikiran dan tumpuan rakyat diheret kepada hal-hal yanh telah berdekad pergi.
** apa faedahnya semua itu diulang, diselongkar, dikorek dan diperdebatkan lagi ...???
Mampukah perbincangan itu menutup sebarang salahlaku, menimbus hutang yang semakin lama semakin membukit, mengangkat ekonomi rakyat yang semakin terhimpit dan perit.

Cukuplah.
Kerajaan hari ini bukannya memikirkan kesejahteraan rakyat tetapi hanya berusaha untuk lari dari terjerut dek jerat yang mereka sendiri pasang.

Kita perlu mengubahnya apabila berpeluang.
** sekali setiap lima tahun kita diberikan hak untuk memberi pengadilan.

Semoga kali ini kita tidak silap membuat keputusan.

Nekadlah.
singkirkan_BARISAN.
beri_ruang_HARAPAN_buktikan_KEMAMPUAN.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tak Perlu BERSANDIWARA. Jadilah Diri Sendiri

"Bagi Kedah, Kelantan, Trengganu, Perak dan Selangor biar PAS perintah. Negeri lain UMNO nak ... Biar ke dia. Biar ke dia..".

Inilah dia Hadi Awang.
Entah buah fikiran siapa yang tersumbat dalam kepalanya hingga buat kenyataan sedemikian.
** bila ditanyakan soalan oleh wartawan berkaitan hasrat tersebut ... Pandai pulak berdalih
"tak pernah, tak tak pernah buat kenyataan begitu".

Matang sangatlah.
Cukup sejahteralah dirinya bila berputar lidah, berbelit-belit menipu tak sudah-sudah. Tak padan dengan serban dan jubah yang disarung. Tak lekang dari tubuh apabila berada didepan khalayak.

Apa nak jadi ...???

Dari sejak muda dahulu hingga sekarang dah berusia rupanya tidak berubah.
Bezanya ketika muda dulu pendekatan sedikit keras, kini sah sedikit kendur namun lidah biawak tetap yang itu jugak.

Zaman dah berubah.
Akal pemikiran rakyat semakin terbuka.
Sejarah lalu dan hal-hal semasa cukup mudah diketahui umum.
** jadi ... PAS secara umumnya dan Hadi Awang khususnya .... TAK PAYAH BANYAK MAIN SANDIWARA.

Dunia politik sekarang wajib berperanan dengan WATAK SEBENAR.
** rakyat dan pengundi dah loya, muak serta mual dengan lakonan-lakonan badut politik yang bermain diatas pentas demi kepentingan sendiri.
** keadaan kehidupan semakin mencabar. Usah menambah beban dan cabaran baru untuk ditanggung oleh rakyat.

Berubahlah jika mahu matang.
Berjuang secara jujur jika mahu rakyat sejahtera.

p.s :
Bagi pentaksub PAS yang jumud ...
Tak perlu fikir banyak.
Tak mahu berubah ...???
"Biar ke dia .. Biar ke dia"

Kita yang lain perlu berubah.
Kita_Selamatkan_MALAYSIA..

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Apa Maknanya Bawa BPMS

BPMS
** Budaya Politik Matang dan Sejahtera

Ini gaya bawaan politik PAS terkini.

Maaf cakaplah.
Saya tak nampak PAS semakin matang atau membawa kesejahteraan.

BPMS PAS ni sepatutnya diterjemah sebagai
BUDAYA POLITIK MERENG  dan SENGET
atau
BUDAYA POLITIK MERAPU dan SASAU.

Saya bersetuju dengan apa yang Tun Dr M nyatakan. PAS hanya pentingkan diri sendiri. Kalah menang bukan persoalan tetapi masuk bertanding itu jadi KEUTAMAAN.
** maksudnya : PAS tak kisah kalah. Biarlah  samada BN atau PH menang.

Soalnya :
Bila salah satu dari gabungan ini menang ...
** PAS nak duduk dimana ...??
** PAS nak buat apa ...???
** bila dah kalah ... Apa sebenarnya PERANAN PAS ..??
** #matangkah PAS bila tak mampu berbuat apa-apa ...??
** #sejahtera yang diperkatakan itu untuk siapa ..??
Untuk PAS ..??
Untuk BN ...???
Untuk rakyat ...???
Atau ..
Untuk Agama, Bangsa dan Negara ...???

Dengan tindak-tanduk yang dipamerkan pada kebelakangan ini saya tak nampak PAS mampu memberi JAWAPAN YANG TEPAT dan TETAP terhadap soalan-soalan saya diatas.
Bila tak mampu merungkai persoalan maka apakah maknanya konsep bawaan terbaru PAS tersebut ..??

Itu sebabnya saya berani kata PAS bawa konsep politik mereng, senget, merapu dan sasau.

PAS menerawang dialam mimpi dan terawang-awang tak bertempat.
** nak kata Kerajaan bukan (tolak kerajaan Kelantan tu), nak kata pembangkang pun bukan (sebab dah tak sebulu sehaluan dengan rakan pembangkang).
** nak dikatakan kuasa ketiga pun tidak (kerana tak sekuat mana dengan hanya memiliki 14 Ahli Parlimen).

Politikus BODDOW sahaja yang bercakap hal politik matang dan sejahtera jika berada dalam keadaan yang saya nyatakan diatas ni.

** dan yang boddow ini PAS laaaa.

Panjang dan banyak lagi hal yang boleh diperkatakan tentang perangai pelik dan jelek PAS ni.

Biarlah ianya kita bincangkan dilain kesempatan.

Buat pimpinan PAS ...
Ambillah sedikit masa untuk menentukan landasan perjuangan yang tepat dan betul supaya hasrat membawa kesejahteraan itu tercapai.
** Bukan untuk parti PAS sahaja tetapi untuk sekelian ummah.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, September 10, 2017

PPBM - Pilihan Baru TERBAIK

Dalam sibuk PPBM membuat persediaan untuk menyambut ulangtahun Pertama penubuhannya ada pihak nak menumpang populariti PPBM yang semakin melonjak naik.
Dipasang banner berisikan kandungan perkataan dan tohmahan tidak baik.

Baguslah.
Sekurang-kurangnya mereka merasakan PPBM itu wujud dan berupa ancaman terhadap keberadaan parti Melayu lama seperti parti Najib

Selain dari itu ... Halangan-halangan yang terpaksa dihadapi oleh PPBM untuk mendapatkan tempat sesuai untuk berhimpun dalam sambutan besar juga memberikan gambaran sebenar sikap pemerintah.
Jelas bahawa tiada layanan yang adil dan saksama terhadap rakyat sebagaimana yang mereka laungkan selama ini. Sepatutnya sebagai sebuah parti yang diluluskan oleh agensi kerajaan sendiri .. PPBM boleh bebas mengadakan perhimpunan baik dimana sahaja yang diinginkan.
Tidak kira samada dibangunan milik kerajaan atau persendirian.
** wajib diingat. Biarpun kerajaan yang berusaha membina dan menyiapkan sebarang projek itu tidak bermaksud bahawa setiap peruntukan itu datang dari kantung parti yang membentuk kerajaan.
Takkan Najib sebagai Perdana Menteri tidak tahu hakikat sebenar ...??

Tetapi sebagaimana saya nyatakan tadi bahawa PPBM sudah menjadi ancaman terhadap parti Najib ... Maka kuasa yang ada DISALAHGUNA. Betulkah tindakan itu ...???
** saya menyifatkan itu tindakan seorang ketua yang BACUL lagi BODOH.

Dalam keadaan payah dan terpaksa akhirnya PPBM memutuskan bahawa PPBM akan berhimpun di Y Square Muar.

Mungkin inilah kesempatan terbaik buat pentaksub parti Najib membuat tohmahan.
** peserta himpunan dikhabarkan makan hidangan tidak halal dipremis berkenaan. Sedangkan didalam himpunan itu tiada pun majlis makan-makan diadakan.

Parti Najib GAGAL LAGI.
** yang berjaya diserlahkan oleh para pengikut parti Najib adalah sikap hasad dengki, permusuhan dan ketakutan yang sebenarnya tidak pun kita inginkan.
PPBM hanyalah sebuah parti yang ingin bersaing secara sihat, aman dan bebas serta memberikan pilihan lain .. berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh parti Najib.

Dalam keterpaksaan dan halangan-halangan yang terpaksa dihadapi PPBM tetap berjaya melaksanakan (Himpunan) dan saya melihat bahawa PPBM sudah boleh berbangga dan wajarlah ianya menjadi pilihan yang lebih baik berbanding parti Najib.

Perbaiki struktur pengurusan dan pentadbiran untuk lebih diyakini rakyat.
Insha Allah. PPBM mampu menggantikan kerajaan sedia ada.

#selamatkan_negara_MALAYSIA

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Transformasi - Ketua Lanun

Transformasi

Kita anjaklah masa
2020
diatur semula
ke 2050
Negara belum boleh maju
Kerana itu perlu dianjakkan waktu

Tapi ...
Katanya tiap kali bajet dibentang
Nasib rakyat pasti cemerlang
Gaji dan pendapatan pasti tinggi
Tak perlu dirisaukan lagi.

Janji-janji transformasi.
Rakyat perlu berkorban diri
Dan untuk jadikan ia realiti
Diperkenalkan kita GST

Kata Menteri
GST kurangkan perbelanjaan
GST selamatkan kerajaan
Rupanya
Nak tampung GST
Kita terpaksa buat dua tiga pekerjaan.

2050 pasti datang
Dalam tempoh itu kita terus berhutang
Hutang keliling pinggang

Kalian tunggulah ...
Kita bukan ker ingin berubah ..???
2050 datang dengan hutang yang bertambah
Kuasa asing itu kita sembah
Rasanya belum sempat waktunya
kita dah pun rebah

Saudaraku
Teruskanlah mengelamun
Sesudah itu lenalah seenaknya
Dan ketika esok kau terbangun
Hartamu segala milikmu ternyata telah disamun
Kerana ...
Yang kita julang dan kita percayai selama ini sebenarnya ...
SEORANG LANUN

10092017652hrs.
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed