Wednesday, November 14, 2018

Najib Dok BELEK Syor HARAPAN COIN. Dah kenapa ..??

"Makin saya belek makin nampak pelik, lagi pelik bila saya perasan ia dikaitkan dengan Khalid. Adakah Bank Negara akan bersetuju dengan Harapan Coin ini dan mengiktirafnya sebagai mata wang rasmi?. Begitu bersungguh-sungguh dia mahukan ini. Mengapa? Siapa sebenarnya yang untung daripada skim macam ini?".
- Najib Razak
○○○○●●●○○
Ko dah kenapa Najib ...???

Baik Harapan Coin ker, Kripto Harapan ker ... apa yang ko sibuk ...??. Ianya berupa cadangan saja. Khalid Samad bercakap mengikut perkembangan pesat penggunaan dan penerimaan matawang cyber ketika ini.
Daripada kita bergantung kepada Bitcoin dan wang kripto yang dikendalikan oleh pihak luar, bagus jugak seandainya kita Malaysia ni mampu mengeluarkan bentuk wang kripto tersendiri.
** tak ada yang mustahil untuk ianya berlaku.

Apapun ...
Sekali lagi diperingatkan ya Najib.
** itu adalah "syor@cadangan".

Syor@cadangan boleh diteliti, dipertimbang dan sekiranya sesuai dilaksanakan. Jika tak sesuai maka ianya akan "tamat disitu".
Thats it.
Understood ngokkkk ...???
** yang ko menggelupur pasaipa ...???

Jom kita tengok benda yang patut buat ko menggelupur sebenar-benar menggelupur.
1MDB yang ko ilhamkan tu dah jadi apa ..??
** model perniagaan yang ko perkenalkan
dah HANCUR.
** duit hutang bertimbun terpaksa ditanggung oleh kerajaan.
** sebahagian duit yang dihutang ko
SONGLAP dan faraidkan dengan kroni-kroni termasuk BINI.
** habis segala benda-benda mewah ko punggah balik konon atas alasan "pemberian", walhal kesemuanya diperoleh hasil dari penyelewengan.
** diluar negara dah bermula pendakwaan
dan sebilangan yang terbabit dah bersetuju memulangkan "wang klepet". Amacam ..??
** yang pasti 1MDB sendiri "dah MELINGKUP".

Bila ko persoal pewujudan wang kripto nanti beri manfaat apa kepada Khalid Samad ...
ko kena tanya ... pewujudan 1MDB tempohari pulak "ko dapat APA ..???".

Sengal betul ko ni Najib.
** dah berpuluh pertuduhan ko dan bini ko sangkut, lagi banyak bunyik.
** harini gerombolan Mansor dah mengadap lagi. Ko agak esok berapa puluh pertuduhan yang bakal "ditanggung" dek TRIO MANSOR tu.

Amacam Najib ...
** ko reti "menggelupur" tak ....???

Okay.
Pi menggelupur cepat kemudian ...
pi MELINGKUP.

http://www.malaysiakini.com/news/451759

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tuesday, November 13, 2018

Apa Masalah Jika Maszlee dinasihat oleh Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri telah meminta agar merombak kokurikulum pelajaran pada pertemuan baru-baru ini.

“Beliau minta saya rombak kokurikukum
dan bukannya pasal Kabinet".
- Menteri Pendidikan
○○○○○○●○●○○○●●●○
Kita sedia maklum bahawa Perdana Menteri cukup mengambil berat tentang soal pendidikan. Malah sebelum Kabinet PH dibentuk, ada ura-ura bahawa Tun sendiri
akan menjawat jawatan Menteri Pendidikan sekaligus memegang jawatan Perdana Menteri. Bagaimanapun, dek kerana janji sebelum pilihanraya patut diikuti, Tun tidak berbuat demikian.

Kerana Tun pentingkan pendidikan,
wajarlah beliau menyarankan sesuatu terhadap individu yang bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu. Perubahan dan penambahbaikan untuk disesuaikan seiring dengan keperluan semasa dan persediaan memenuhi kehendak masa depan.

Takkanlah dengan hanya menegur serta mencadangkan beberapa perkara dah "diandaikan" bakal membawa rombakan terhadap susunan anggota jemaah Menteri.
** apa ingat Tun tu "keloloh" sangat ker ..??

Cuba ingat balik berapa lama Tun ambil
masa untuk menetapkan siapa pegang jawatan apa dan siapa yang sesuai
disesuatu kementerian.
** bagi yang mengikuti rapat cara Tun mentadbir mereka tahu bahawa Tun
tidak memilih cara sembrono. Kaedah
lintang-pukang dalam pentadbiran dan pengurusan bukan amalan Tun apatah
lagi apabila membabitkan kepentingan
rakyat dan negara.

Tak payah layan laaa PORTAL GILA SuaraTv tu.
** portal tolong tambah buat semak otak
boleh laaa. Artikel dan bahan-bahan
SAMPAH ajer yang kerap diterbitkan oleh portal berkenaan. Baca boleh (jika dah
takder bahan lain hendak dibaca). Tak
baca LAGI BAGUS.

Apapun, Dr Maszlee kenalah tumpukan perhatian sepenuhnya untuk mempertingkat kualiti pendidikan negara.
** ini Malaysia Baru, bukan zaman untuk melayan tohmah haru-biru dan celaru dari puak-puak pembangkang.

p.s :
Bab jawatan Presiden UIAM tu selesaikan cepat. Toksah fikir banyak. Serahlah kepada mereka yang betul-betul berkelayakan.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Monday, November 12, 2018

Kisah "Langau Dan Garam" Tok Mat

Entah apa-apalah Mat Hassan ni. Tak habis-habis dengan perumpamaan "langau dan garam" dia.
** dulu-dulu bila bercakap macam gini
boleh pakai laaa. Sekarang ... elok dijauhkan.

Tok Mat tahu ker tidak, ada sedar tak yang UMNO tu telah ditolak oleh pengundi.
Kerana rakyatlah UMNO/BN tu terbongkang.
Tentu ada sebabnya.

Sebabnya :
UMNO/BN dah mula mereput.
Jika diibarat binatang, dah mula membusuk mengeluarkan bau yang tak disenangi.
** itu pasal UMNO/BN dijauhi.

Cuba toleh-toleh sikit dibelakang tu wahai
Tok Mat. Mana dia parti-parti dibelakang UMNO yang memenuhkan "treler" BN dulu ..???
** ada lagi tak ..???
** bukan ker dah tinggal dua jer kan ..??
Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC). Yang lain semua dah "kaput". Cabuttt tinggalkan UMNO.

Jangan perasan UMNO masih parti suci keramat. Dah busuk, hanyir dan memualkan.

Jadi ....
Yang setia, yang sayang serta taksub untuk terus bersama UMNO itu "bukan GARAM"
laaa Tok Mat. Itulah "langau". Yang suka dengan bau busuk, menghidu bau hapak tengik UMNO.
** masih sanggup mericau melalak didalam UMNO memuja menjulang pemimpin "haprak".

Tok Mat kena ingat.
** Presiden sendiri mendukung 45 bala dibelakangnya.
** Timbalan Presiden ...??? Huhhh. Dr. Streram tunggu masa jer untuk ajak "bertarung" semula di DUN Rantau.
** ada beberapa lagi MP, bekas Menteri
UMNO yang nak dipalitkan "lumpur" lagi tu.
** yang tak kuat berjalan tapi dihadapkan dengan tuduhan "mencabul" pun ada
Tok Mat weiii.

Jenis-jenis yang tersenarai diatas ni ... dilonggokkan sekapal garam pun ...
TETAP MEMBUSUK dan MEREPUT.
** tak boleh PAKAI.

Owh ya.
Yang dikatakan "langau dah terbang" itulah sebenarnya "garam". Mereka dah cair dan mengalir hala keluar. Menjauh daripada UMNO.
** mereka sedang membangunkan semula kekuatan bagi membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Sori Tok Mat.
At this moment, I do not agree with you at all.
** you better leave UMNO if you want to correct yourself ... bring together all you followers and supporters.

Kito TERBALIKKAN MEJO PEMBANGKANG.
** hahah ...!!!

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, November 11, 2018

Kenapa perlu TAKUT ..??

Isu kemasukan orang UMNO kedalam Bersatu.

Kecoh pulak bertelagah tentang penerimaan borang permohonan Ali Tinju kepada SUA Bersatu.

Dulu, saya pun tidak bersetuju jika ahli UMNO totok diterima menyertai PPBM. Tapi bak
kata orang "sekali air bah, sekali pasir berubah".

Justeru itu..
Fikiran saya pun berubah mengikut keadaan semasa.

Baru-baru ini Tun sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa beliau memang ada meminta Zahid untuk "membubarkan UMNO".

Saya ingin bertanya (jika boleh tolong jawablah).
** Untuk apa Tun suruh Zahid bubarkan UMNO ..??
Jika diminta pandangan dari saya, tujuan
Tun adalah untuk melihat UMNO terkubur terus.
** selepas UMNO terkubur, parti mana yang patut jadi pilihan ..??
Tentulah Tun mahu mereka menyertai PPBM. Supaya keahlian PPBM bertambah ramai
dan parti dilihat kuat dan kukuh. Selain dari
itu dibawah naungan PPBM laa Melayu menggerakkan inisiatif yang berbeza dari UMNO.

Kita tahu bahawa UMNO dulu cukup ampuh dibawah pimpinan Tun dan tidak mustahil pada era ini PPBM boleh menjadi sekukuh UMNO (dizaman Tun) kerana Tun jugak
yang masih menerajui.

Zahid ternyata "enggan" untuk menuruti saranan Tun (untuk membubarkan UMNO). Tentunya dia ada pendirian dan pendapat
yang wajar dia pertahankan. Tapi jangan lupa ... dengan ahli UMNO yang ramai sudah pasti banyak pula pandangan-pandangan
lain dari ahli-ahli dan jugak pimpinannya.
** didalam ragam-ragam berbeza maka terdapatlah pulak diantaranya mahu menyertai PPBM. Jika itulah keputusan mereka ... perlukah PPBM menolak hasrat mereka ..??

Diantara mereka yang bertentangan kehendak/hasrat dengan Zahid adalah
Mohd Ali Baharom (Ali Tinju).
** maka ... bagi saya tidak jadi masalah untuk kita menerima kehadirannya didalam PPBM. Tak payahlah kita yang didalam PPBM pulak bertelagah (hanya kerana Ali Tinju masuk Bersatu).

Saya pasti ada kaedah dan cara untuk mendidik Ali Tinju supaya tidak menjadi
Juara Goyang Pungkoq dan memalukan
parti Bersatu pulak.
** pimpinan Bersatu bukan ker hebat-hebat belaka ...???. Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO mampu kita "tumbangkan". Kenapa takut dengan Ali Tinju..??

Beri ruang kepada mana-mana ahli UMNO untuk berubah. Jika ramai yang mahu berubah, ertinya saat "keruntuhan UMNO" semakin menghampiri. Semoga saat itu cepat berlalu dan kita dapatlah melihat Batu Nisan UMNO terpacak didepan mata.
** boleh kan ....????

Video untuk tatapan.
** si celupar ini pun sekarang dah tak segarang dahulu. Jilat kahak dah tu.
Hehehe.
Tengah nak memujuk ...!!!

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Monday, October 22, 2018

Tempias Buat Parti Gabungan PH

Saya tak mahu terbabit dengan hal-ehwal dalaman parti lain dalam PH selain dari PPBM yang saya anggotai. Tetapi dek kerana kemunculan "pengundi HANTU" dalam proses pemilihan parti PKR semalam membuat saya terpanggil untuk menyentuh sedikit tindak-tanduk segelintir pimpinan (parti berkenaan).

Apalah sebenarnya matlamat perjuangan pimpinan yang terbabit . ??

Sebelum ini mereka menyelar Tun Mahathir dan Tun Daim. Konon berkomplot untuk menyekat peluang Anwar menggantikan Tun M. Isu berkenaan jadi panas dan berakhir dengan permohonan maaf (yang terlihat tak berapa IKHLAS).

Selepas beberapa ketika, dah ditimbulkan pulak konon ada permainan politik wang.
** pemilihan (dalam perhimpunan cabang) jadi kecoh hingga membaling-baling kerusi.

Terakhir dan terbaru ... pengundi hantu.

Inikah wajah-wajah yang mahu berada sebagai tokoh kepimpinan yang menerajui parti ...???
** bukankah kejadian-kejadian sebegitu turut memberi tempias kepada gabungan Pakatan Harapan .. ???

Jikalah hal-hal begini berterusan, rakyat (pengundi) yang mengangkat PH sebagai kerajaan berkemungkinan hilang hormat serta keyakinan terhadap gabungan parti PH.

Sampai bila nak dilanjutkan perlakuan begitu ..???
** matangkah corak berpolitik mereka yang terbabit ..??
** apa tindakan yang wajar dikenakan terhadap mereka . ??

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Thursday, October 18, 2018

"The Blu-Osen" dan 45 Tuduhan (Keatasnya)

Salah satu daripada Prinsip RUKUNEGARA.
** Kedaulatan Undang-undang.

Pada ketika pihak penguatkuasa mahu melaksanakan peruntukan undang-undang, lebihkurang 200 orang penyokong Zahid Hamidi seakan mahu menafikannya.
** terpekik terlolong
** berasak-asak berhimpit mahu memecah benteng kawalan anggota Polis
** bawak otak beku kedepan khalayak seperti tidak mahu memahami bahawa pertuduhan yang didepani oleh Zahid adalah hasil dari siasatan yang telah dijalankan. Wajib diingat bahawa lebihkurang 6 kali Zahid mengadap pihak berkuasa untuk memberi keterangan.

Selepas ulang-alik untuk proses soalsiasat dan memberi keterangan berjam-jam, sudah pastilah terdapat bukti kukuh untuk Zahid didakwa.
** pihak berkuasa tidaklah terlalu bodoh
untuk mengheret serta menuduh didalam ruang mahkamah jika tiada asas untuk melakukannya. Ianya membabitkan proses undang-undang, sebagaimana yang dilalui oleh pihak lain.

Para penyokong yang berhimpun tahu apa ..??
** adakah mereka punya bukti untuk menyanggah setiap dapatan yang diperoleh dalam siasatan yang dilakukan (terhadap Zahid) ..??
** jika ada, bekerjasamalah dengan barisan peguam yang bakal membela Zahid. Tegakkan kebenaran serta keadilan ... JIKA ADA LAAAA.
Menyalak melalak sebelum perbicaraan berlangsung ... tidak memenangkan Zahid pun.

Zahid telah dikenakan pertuduhan.
** dan dia pun telah dibenarkan untuk bebas (dengan sejumlah ikat jamin dibayar). Dia tak mati, tak cedera dan tak cacat pun kan kannn. Siap lambai-lambai tangan sambil tersengih-sengih lagi apaaa .. ???

Abistu dok keriau pasal apa ...???

Satu perkara lagi.
Dalam riuh kecoh itu, para penyokong
dah lupa satu lagi prinsip Rukunegara.
** Kesopanan dan Kesusilaan.

Dah tak kira lelaki perempuan. Hilang sopan, dah tak punya rasa malu langsung. Inikah imej yang mahu dipamer oleh penyokong UMNO ..??.
** Dengan perlakuan begitukah yang boleh mengangkat kembali maruah UMNO, Melayu dan Islam ...???

Tunggu ajerlah hari perbicaraan.
Mahkamah tidak ada nak "mengundur" pun. Dituduh tetap dituduh.
** baik kecoh macamana, runtuh pagar mahkamah sekalipun ... 45 TUDUHAN dah duduk DIATAS BATU JEMALA Presiden UMNO ... Zahid Hamidi.

◇◇ HIDUP BLU-OSEN ◇◇

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Monday, October 15, 2018

Perihal OKTOBERFEST

Oktober dah sampai dipertengahan. Harini 15hb dan rasanya saya belum banyak menyentuh tentang Oktoberfest.
** Sampai masa untuk saya memberi
sedikit pandangan tentang hal ini.

Kadangkala kita orang Islam di Malaysia ni lebih sibuk menjaga hal disekeliling berbanding menjaga hal ehwal sendiri.
Menuding jari kepada orang yang melakukan pelbagai perkara buruk seakan diri sendiri telah terlalu "sempurna".
** pegangan agama dah cukup kuat, iman dah cukup mantap dan syurga seakan dah terjamin.

Tahukah kita apa yang sebenarnya berlaku didalam masyarakat Melayu Islam ...??
** berapa banyak masjid dan surau yang ada didalam persekitaran kita ...??
** berapa ramai orang Melayu dan umat Islam yang ada disekeliling ...???
Dan ...
Dalam ramai-ramai orang Melayu beragama Islam itu ... berapa ramai yang tiap waktu tiap masa memenuhi ruang masjid dan surau (baik untuk bersolat mahupun berada dalam majlis ilmu)... . ??.

Kenapa sibuk mempersoal Pesta Arak ..??
** kenapa perlu tuding menuding jari sesama sendiri, bergaduh dan bertelagah walhal amal ibadah sendiri pun tak terjaga...??

Rasanya ... daripada sibuk bercakap soal amal dan cara hidup orang bukan Islam, ada lebih baik orang Melayu Islam memikirkan cara, berusaha memperbaiki dan memperkukuh pegangan sendiri.
** Dalam Perlembagaan, Islam itu Agama Rasmi. Itu BETUL. Tapi ... lihatlah dalam diri dan masyarakat sendiri. Sudah lengkapkah segalanya dalam diri kita ..???.

Melawan pengaruh tidak elok bukan dengan caci mencaci amalan orang. Ia bermula dengan ilmu, iman dan amal kita.

Ayuh_BERJIHAD.
** perbaiki diri sendiri (terlebih dahulu).

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, October 14, 2018

Dalam Kenangan : JASA

Khidmat Petugas JASA ditamatkan mulai 15 Oktober.

Apabila kerajaan bertukar tangan maka bertukarlah corak pentadbiran. Tak perlulah persoalan pembubaran JASA ini dipolemikkan. Ia memang badan propaganda parti UMNO dan BN.

Kita tahu bagaimana busuknya perangai Ketua Pengarah serta panel-panel pemikir yang berada dalam badan berkenaan. Tiap hari sebelum PRU14 membahan Tun Mahathir tak ingat dunia.
** mereka jugaklah yang mempertahankan 1MDB bermati-matian. Memutar-belit pelbagai fakta hanya dengan tujuan untuk rakyat percaya.

Berapa banyak belanja yang dibazirkan oleh JASA untuk menggajikan kakitangannya ..??
** berapa gaji Ketua Pengarah ..??
** berapa imbuhan untuk panel-panel pemikirnya ..??
** apa fungsinya ...??
Tak lain dan tak bukan menjadi lidah rasmi parti dan benteng yang mempertahankan "kleptokrat dan kleptokrasinya".
** berapa banyak wang yang "dilebur" oleh JASA semasa menerbitkan buku Menjawab Isu 1MDB..???
** setelah bertukar kerajaan ... LAKU LAGIKAH BUKU PUTARBELIT berkenaan ...???

Penamatan khidmat para petugas JASA patut menjadi IKTIBAR buat petugas-petugas lantikan politik didalam kerajaan Pakatan Harapan. Tempoh hayat kalian jugak mungkin tak bertahan lama, sama seperti JASA.
** andainya tugas dan tanggungjawab dilaksanakan pada level HAPRAK, bersedialah untuk DIUNDURKAN.

Pengundi hari ini bukan jenis BUTA BISU dan PEKAK dek disumbat DEDAK.
** tanpa khidmat yang berkesan serta berkualiti ... jangkamasa PH berkuasa pulak akan DIPENDEKKAN.

p.s :
Ingatan ini khusus ditujukan jugak kepada YB-YB PH yang lesu, yang tak reti hormat orang dan yang berlagak serta MENYOMBONG.
** jika mahu kerajaan Pakatan Harapan bertahan lama .... JANGAN BANYAK SONGEH, BANYAK CENGKADAK.

Ini Malaysia Baru.
** pengundi celik minda.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Anwar Dinobat MP Port Dickson

Anwar Ibrahim dah menang PRK Port Dickson. Agenda dia memasuki persaingan cukup mudah.
** mahu masuk ke Parlimen dan seperti yang diwar-warkan ... mahu mengambil-alih jawatan Perdana Menyeri selepas Tun Mahathir mengundurkan diri.

Saya tak perlu mengulas panjang berkaitan langkah yang dibuat oleh Anwar, tidak jugak mahu mempersoalkan keberadaannya di Parlimen bersama anak bini.
** dah pengundi Port Dickson yang mahukan begitu. Tidak ada desakan kuat untuk isteri dan anaknya mengosongkan kerusi Parlimen yang diduduki. Jadi ... BIARLAH.

Dalam sesuatu keadaan, kita tak boleh meramal apa yang bakal terjadi.
** yang baik boleh bertukar jadi buruk.
** yang buruk boleh bertukar jadi baik.

Dalam hal buruk baik ini, kita kena imbas dan lihat kembali apa yang terjadi sewaktu Najib menggantikan Paklah. Siapa yang menjangka keadaan menjadi sebaliknya berbanding harapan besar yang diletakkan keatas bahu Najib oleh rakyat.
** lain yang dikehendaki, lain yang dilakukan.

Apapun ...
Allah Maha Mengetahui.

PAS.
Disebalik kekalahan, mereka punya pelbagai pertikaian.
Calonnya ... bekas tentera berkata :
** berkurangnya pengundi kerana hari mengundi dibuat ketika belum dapat gaji
** cakap-cakap Tun M jugak jadi punca.

Haji Hadi pulak kata :
** jumlah keluar mengundi kurang tanda protes kepada Pakatan Harapan.
Ini lawak terbaru Hadi.
Jika PH ditolak maka sepatutnya PAS laaa yang menang. Atau lima calon Bebas lain yang boleh bergelar Wakil Rakyat.
** makin parah dah Presiden PAS ni. Politik Matang dan Sejahtera parti nampaknya tak mampu membantu PAS.

Anwar menanti tempoh sesuai untuk menggantikan Tun Mahathir. Adalah diharapkan bahawa peralihan kuasa berjalan dengan lancar.
** dan harapan rakyat untuk melihat Malaysia yang lebih baik akan terlaksana.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Saturday, October 13, 2018

Apa Yang Mereka PEROLEHI ..??

** Baling gelas tak pecah.
** Tak ada negara mahukan Perdana Menteri 93 tahun.
** Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty
Ini sebahagian dari hinaan oleh pimpinan UMNO sebelum pilihanraya ke 14 berlangsung.
Kata-kata cercaan dari para penyokong mereka lagi dahsyat, lagi hebat. Tak sanggup kita nak ulang-ulang apa yang mereka gelarkan terhadap Tun.
** tak cukup dengan kata-kata, mereka sunting poster buat gambar dan karikatur.

Ermmmm.
Dimana kedudukan mereka yang menghina itu sekarang ...???. Yang terlucut jawatan Menteri ... bukan seorang dua. Puluhan.
** yang sikit hari lagi "meraung" kehilangan pendapatan akibat penutupan beberapa agensi propaganda UMNO dan BN ... berjumlah ratusan orang.

Kesemuanya berlaku dan berlalu sudah.
Akibat keangkuhan dan keceluparan ... segalanya terbalas dengan "kekalahan".
** terlintas pulak saya kepada kisah bagaimana rajinnya seorang bekas Menteri (dari Sabah) menulis diblog setiap kali Tun buat kenyataan.

Hari ini seorang rakan berbalas chatting whatsapp dengan saya. Dia menyatakan kekecewaan terhadap Tun kerana enggan bertindak balas terhadap hinaan oleh netizen selepas mengetuai kemenangan Pakatan Harapan.

Saya berikan antara kemungkinan sebab-sebab Tun menghalang tindakan dikenakan (terhadap pengkritik yang keterlaluan).
** Tun tak mahu buang masa melayan orang "tak berakal".
** Tun tidak mahu pihak berkuasa menambah beban untuk mengambil tindakan
** bak kata orang "anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh". Itulah agaknya apa yang Tun fikirkan
** Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.
** tidak terangkat darjat sipenghina kerana kerja penghinaannya terhadap Tun Mahathir dan
** kita dapat melihat ... sikap, tatalaku dan kesopanan dikalangan rakyat (terutama orang Melayu Islam) kian terhakis dek kerana taksubnya mereka kepada seseorang.

Saya menyokong penuh tindakan Tun yang enggan bertindak balas terhadap pengkritik.
** saya percaya bahawa tidak sedikitpun terjejas reputasi Tun sebagai Perdana Menteri dan Negarawan Ulung yang disegani serta dihormati (baik didalam negara maupun diluar).

p.s :
Biarlah mereka terus menghina.
** yang bengkak bernanah itu bukan hati Tun tetapi milik mereka yang mengkritik serta menghina. Apa faedah dan manfaat yang mereka perolehi ..???

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Friday, September 21, 2018

Anwar ... JAGALAH LIDAH ...!!!

Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Port Dickson bakal berlangsung pada 13 Oktober 2018. Anwar bakal bertanding dan PRK ini adalah laluan baginya untuk berada di Parlimen.
** untuk tujuan itu Anwar wajib memenangi pilihanraya kecil yang diadakan.

Jika Anwar mahu menang.

Siapa pun mahukan kemenangan dan untuk menang perlu kerja kuat.
** tetapi wajib diingat ... watak utama yang hendak dijulang tu "jangan buat perangai dan buat orang lari jauh dan meminggirkan diri".

Kempen-kempen akan berjalan dan usaha setiap petugas kelak banyak bergantung kepada penampilan dan setiap perkara yang diperkatakan oleh calon sendiri.
Kerana itu Anwar wajib mengawal diri, kawal kata-kata. Usah mudah melatah dan bercakap sembrono.

Jika gagal mengawalnya ... kerja keras sepasukan "akan hancur" kerana ribuan mata memandang dan membuat penilaian.

** Anwar kena kurangkan bercakap tentang perkara-perkara sensitif yang "mengaitkan rakan-rakan lain dalam pakatan".
** butir pertuturan, waima dalam bentuk jenaka ataupun gurauan hendaklah sentiasa dijaga. Jangan sesekali mengguris perasaan sesiapa.
** lebih pantang jika apa yang diperkatakan menyentuh Tun sebagai PM terkini berserta dasar dan gaya pentadbirannya.

Kena ingat sejarah.
Pertentangan antara penyokong dua tokoh (Tun dan Anwar) telah berlangsung dalam tempoh yang agak lama sebelum mereka mengambil keputusan untuk "berpakat" didalam gabungan Pakatan Harapan.

Mereka berdua boleh saja dilihat semakin akrab tetapi pemikiran dan sensitiviti penyokong susah dijangka dan payah dikawal (apabila ada perkara yang kurang disenangi ditimbulkan atau diungkit-ungkit kembali).
** jangan sama sekali cetuskan kembali pergeseran jika pun terlihat bahawa kini mereka berdua telah "sehaluan".

Ringkasnya :
Prihatinlah sikit.
Peka dengan keadaan sekeliling.

Ini adalah antara perkara yang harus
dielakkan untuk disentuh. Bercakap tentang hal-hal begini boleh membunuh dirinya
dan merumitkan jentera kempen pilihanraya
(jika lawan memanipulasi isu ini).

Anwar patut mengawal "lidah"
(jika mahu MENANG).

Fb Id :
Fadzil Ams Mohamed

Tuesday, September 18, 2018

Jika Nak Berubah .. BERUBAH Betul-betul

Sebenarnya saya bukan minat sangat nak bercakap bab politik (kepartian) disaat-saat ini. Nampaknya gaya dan kaedah pemain-pemain politik ni mencaturkan permainan dah semakin memualkan.

Hal begini dah berlangsung terlalu lama.

Memainkan sentimen agama dan kaum sewaktu dekat-dekat untuk pilihanraya ....
dah jadi BUDAYA.
** selepas sahaja dapat kuasa .... apa yang digembar-gembur hanya tinggal "cakap kosong".
Nak bela Melayu ... hanya retorik.
Nak martabatkan Islam ... sembang ajerlah.

Hakikatnya ...
Rakyat digula-gulakan dengan janji.

Itulah antara apa yang kerap dimainkan
oleh pemerintah terdahulu.

Baiklah.

Kerajaan dan bertukar tangan.
Lupakanlah kerajaan lama, sisa-sisa
kenangan indah dan manis pimpinan
lama tu campak jauh-jauh.
** depa nak meracau meraung ... LANTAK piiiii laaaa.
** jika depa ada buat kesalahan .... tunggu diadili dan dihukum.
** cerita-cerita BASI dari mulut BUSUK yang keluar dari mulut mereka ... ABAIKAN sahaja.

Reformasi .....???
** tak payah dok jeritkan lagi. MUAKKKKK ...!!!
Sekarang pun Tun sedang melaksanakan PEMBAHARUAN.
Nak jerit reform apa kejadahnya lagi ...???

Tun terbukti telah melakukan yang TERBAIK.
Telah terbukti dan akan terus membuktikan kepada kita dalam tempoh beliau berjawatan.

Biarkan Tun disitu melaksanakan janji dan janji untuk bertukar tampuk pimpinan TETAP AKAN TERLAKSANA.

Mengganggu-gugat Tun dengan isu-isu remeh bererti kita memperlekeh apa yang beliau sedang lakukan.

Kata nak "reform" ...???

Reform mentaliti kita terlebih dahulu.
** tak puas lagi jadi makhluk jumud ...???

#berubahlah.

Kecapi nikmat perubahan kerajaan yang telah kita realisasikan dan kita bergerak kehadapan dengan lebih YAKIN dan BERSEMANGAT.

Ini Malaysia Baru.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Friday, September 14, 2018

Salah dan Silap Bangsa MELAYU

Perhatian :
Status ini akan "disunting" lagi selepas ini untuk diperkemaskan kandungannya.
○○○○○●●●○○

Awal pagi sebelum Subuh saya dah kongsikan satu kisah yang berlaku di negara Mesir. Ia berkaitan suatu usaha oleh seorang Jutawan yang membangun ekonomi.

https://m.facebook.com/groups/381133345611378?view=permalink&id=815793932145315

Sebelumnya, saya kemaskini berkaitan Status UMNO yang dipersoal.

https://m.facebook.com/groups/381133345611378?view=permalink&id=815576955500346

Dibawah status UMNO dipersoal terdapatlah suatu komen yang mengatakan UMNO itu penjaga bangsa Melayu dan sub-sub komen masuk menghentam komen tersebut.

Saya melihat komen pertama dan sub-sub komen punyai kebenaran masing-masing.

Saya meneliti setiap hujahan dan mengambil pendirian agak berbeza pada kali ini.

Saya tidak sepenuhnya menyalahkan UMNO atas kegagalan Melayu tetapi ianya disebabkan oleh sebilangan pimpinan UMNO yang tidak bertanggungjawab.
Keadaan orang Melayu yang terus tertinggal didalam bidang ekonomi lebih banyak disebabkan oleh kejahilan, kedangkalan dan mentaliti Melayu yang lebih suka menyalahkan orang lain.

Itu sebab maka saya kongsikan kisah Jutawan Mesir (link diatas) supaya orang Melayu dapat berfikir.
** apakah sebenarnya kesalahan yang dah mereka lakukan.

Saya mencari dan membaca banyak tulisan berkaitan "kegagalan orang Melayu" supaya dapat mencari rumusannya.
Akhirnya saya ketemukannya.

Ia seperti dibawah ini :

** Renung bangsa sendiri.
** Tengok amalan agama bangsa sendiri.
** Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri.
** Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh Cina dan India. KIta tambah lagi dengan Kadazan dan Iban serta kaum-kaum lain.

KIta Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.

Itulah salah kita selama ini.

Usah beralasan lagi.
Mari kita sama-sama cari jalan keluar.

Ayuh Melayu …
Sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana.

Bukan emosi tak tentu hala !

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Jagalah AKHLAK Bila BICARA

Kita boleh kawal situasi (sekeliling) tetapi hanya dengan mengawal emosi (dalam diri sendiri).
Sesetengah pemimpin yang berpengaruh hari ini nampaknya sudah mula gagal mengawalnya (emosi).
** boleh ker pemimpin terutama yang dah bergelar Menteri atau Timbalan Menteri, Setiausaha Politik ker, Akhbar ker atau apa saja main lepas cakap ikut dan (sempat) dan meluahkan pandangan kerana dah tak tahan diasak ...???

Bagi saya .... TAK PATUT.
Tambahan pulak jika mereka yang terbabit itu beragama Islam.
** akhlak dan budi-bahasa tu tolong DIUTAMAKAN.

Lihat cara Tun menangani situasi.
Beliau sedang mengemudi kita sekarang dan beliaulah contoh terdekat.
** selama bertahun saya mengenali dan mengikuti beliau ... jarang sekali terkeluar kata-katanya yang "menyinggung serta mengguris" perasaan.
** habis kuat pun ... beliau "menyindir" dalam santai. Dan mengharapkan orang lain memahami.

Susah sangatkah untuk kita menerapkan akhlak seperti Tun ..??

Apakah dengan bersikap keras, bercakap kasar (dan kadangkala kesat) kita mampu berasa BANGGA ..??
** yaaa. Terasa gah sendirilah, sedangkan orang disekeliling MENYAMPAH.

#perbetulkanlah_keadaan_ini.
#nanti_SELIPAR_hinggap_DIMUKA

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Mengisi Ruang Yang Terbuka

Mengisi ruang dan kesempatan untuk publisiti murah dan meraih perhatian.

Nama dah tenggelam dek perlakuan buruk. Nama dah busuk akibat mulut celupar.
** maka, disetiap kesempatan cuba membawa perhatian rakyat kepada diri mereka.

Ekoran pengumuman Anwar Ibrahim untuk bertanding di kawasan Parlimen Port Dickson maka terlompat-lompatlah beberapa individu menumpang cari glamer.

Nazri Aziz.
Tiba-tiba pulak nak membantu kempen Anwar disana. Matlamatnya adalah untuk mempastikan Anwar menang dan selepas itu mahu membentuk kerajaan dengan kerjasama Anwar (serta PKR).
** tak heran dengan niat itu. Memang ada pun terlintas difikiran saya bahawa kemungkinan itu bakal berlaku dan telah ada perancangan. Bagaimanapun terserah kepada keikhlasan Dato Seri Anwar dan barisan pimpinan PKR dalam perjuangan untuk memperbaiki kerosakan terdahulu. Jika niat itu terpesong dan dilencongkan ... apa daya rakyat marhaen untuk menghalang ..??
Bagi Nazri serta lain-lain pimpinan kerajaan yang telah tersingkir ... memang itulah yang diidam-idamkan. Melihat kepada deretan kes rasuah, salahguna kuasa serta penyelewengan yang giat dibongkar, didedah serta diheret kemuka pengadilan ... mustahil mereka akan dapat menyembunyikan kegusaran (bakal terheret sama).

Jamal Yunos.
Siapa yang tak kenal tokoh kontroversi ini. Berpolitik dengan cara murahan. Pakai tuala, pecah botol arak, buat tazkirah, bersembunyi diladang sawit sambil-sambil menerjah media sosial dengan provokasi jeliknya.

Tak pasal-pasal berdemo didepan Jabatan Peguam Negara supaya kes-kes terhadapnya digugurkan. Konon-konon membantah pengguguran kes yang membabitkan Menteri Kewangan .. Lim Guan Eng.

Dah biasalah tu ...
Dimana ada air keruh, disitu dia datang menangguk. Kali ini hasilnya .. angkat sauk kosong laaa.
** atas dasar apa dia mahu kesnya digugurkan ..??
Adakah dia tu hebat sangat ...??
Adakah dia tu terlalu istimewa dan terlalu penting ..??

Samalah dengan Nazri.
Kisah di Port Dickson pun mahu dimanipulasi.
Bila lagi ... iya tak ..??
** dapat sedikit-sedikit perhatian pun dah cukup.

Sudah-sudahlah.
Politik dalaman PH pun dah cukup hangat. Panas dan bahang.
Tak perlu ditambah ditokok dengan perkara-perkara tak bermanfaat dari luar Pakatan.

Pakatan Harapan dah membentuk kerajaan.
Pakatan Harapan punya misi untuk MEMENUHI HARAPAN RAKYAT.

#rakyat_membenci_KLEPTOKRASI.
Sedar-sedarlah....!!!

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Menjawab Analisa Dangkal Puad Zarkasi

Hebat bekas Ketua Pengarah JASA ni.
Hebat "memutar-belit" cerita.

Baik.
Tadi letak tanda jer dulu. Saya kata akan mengulas serba sedikit apa yang diperkatakan oleh Puad nih.
** sebelum tu saya nak kata ... Puad ni pandai hembus jer. Itulah cara pimpinan bongkak angkuh sombong bercakap. Tapi tak mustahil ramai yang percaya. Almaklumlah ... Puad ni dulu duduk bawah kepak DEWA.

Satu :
Najib dan Shafee didakwa dibawah AMLA.
** salah ker ...?? Jika dah disiasat dibawah AMLA maka dibawah undang-undang berkenaan laaa mereka dikenakan tuduhan. Takkan bawah Kanun Jenayah Syariah ..??
** kesalahan membabitkan kisah DUIT HARAM dan pelakunya berperangai cam HAMJADAH. Sesuailah tu.

Dua :
Kes Lim Guan Eng.
** Guan Eng ada guna duit kerajaan tak beli banglo tu ..??
** Guan Eng ada songlap mana-mana duit pinjaman GLC tak untuk dapatkan hartanah berkenaan ..?? Khabarnya, bekas KM tu memohon pinjaman bank untuk biaya pembelian. Salah ker ...??
** yang dituduh salah hanya kerana "beli rendah dari harga pasaran". Ehhhh. Saya pun jika boleh ... setiap pembelian "nak harga murah, 60% DISKAUN". Puad suka ker jika beli barangan dengan harga "marked-up 70 atau 80%"...???
** nak laaa kut sebab "boleh SAKAU". Sama seperti beli peralatan AES. Saya pun tak terkira berapa peratus harga yang dinaikkan (dalam kes kamera AES).

Tiga :
Penentang DITAKUTKAN.
Perghhhhhh ....!!!
** kenapa Muhyiddin, Shafie dan Mukhris gugur dari jawatan ...???
** macamana pulak Ghani Patail tersingkir dari Jabatan Peguam Negara ...??
** macamana tangkapan terhadap Khairuddin dan Matthias Chang ..??
** ramai lagi penjawat awam yang ditukar sana sini tu apa sebabnya.
** yang mati dikonkrit tu kenapa ..??

Kes yang membabitkan Zakaria Arshad di FGV itu adalah urusan organisasi berkenaan. Keputusan dibuat oleh Lembaga Pengarah. Ada bukti ker orang luar terbabit ..??
** semasa Isa Samad berleluasa di Felda dan FGV apasal tak menyalak ...???

Puad ni baik nama jer pernah bergelar Wakil Rakyat dan Timbalan Menteri ... tapi otak sama macam MACAI atau budak WeChat jer levelnya.
** pi jahanamlahhhhhhhh ...!!!

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Bagaimana Jika UMNO Diharamkan ..??

Tun dituduh memainkan peranan dibelakang tabir dalam beberapa tindakan. Ianya termasuk dalam kes pertuduhan yang dikenakan terhadap Peguam Najib, Shafee Abdullah.

Sebenarnya, jika Tun betul berperanan .. rasanya ada baik sahaja Tun panggil Ketua Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk berbincang mengenai status UMNO itu sendiri. Dah kuat bertiup desas-desus UMNO itu berstatus "haram" semenjak sebelum pilihanraya Umum berlangsung pun.

Sekarang, pemimpin UMNO dah tak berkuasa. Kalau Tun busuk hati .... senang jer kan ..???
** letak status "haram" atas pertubuhan itu.

Kita tengok macamana punya menggelupur para ahli dan pemimpin-pemimpinnya.
** kita tengok pulak berapa ramai yang mampu berjuang untuk "memberi oksijen" lagi kepada mereka.

Dah dibiar terus bernafas pun dah satu rahmat.
** itupun tak reti nak duduk diam.
Menyalakkkkk ajer kerjanya siang malam.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Saturday, September 8, 2018

Harapan Terhadap Melayu

Saya disuakan oleh kawan-kawan dengan banyak kawasan-kawasan tanah yang mahu dijual, disewa atau dipajak.
Ada yang bersaiz puluhan ekar, ratusan malah ribuan ekar pun ada. Pelbagai kegunaan.
** ada tanah kosong.
** ada tanah sawit
** tanah ladang getah dan
** perindustrian serta kediaman

Harga-harga yang ditawarkan ada yang murah, ada yang sederhana dan mahal. Apapun, tentu main juta-juta lahhhh.
** pedih mata tengok.

Dalam pada mencari pembeli yang berminat saya terfikir jugak hal ini.
** alangkah baiknya jika hartanah ini direbut atau dibeli oleh orang Melayu.

Boleh ker ...???

Jika ditanya kepada sepuluh atau seratus orang Melayu ... pasti 95 orang akan menjawab "tidak boleh, tidak mampu dan jangan heran jika ada yang menjawab .... MUSTAHIL".

Kenapa jadi begitu ....???
** kerana orang Melayu melihat diri secara "individu". Mereka lupa bahawa untuk merobah sesuatu, melakukan sebarang usaha akan lebih berjaya jika "bersatu dan berkerjasama".

Salah satu hartanah yang mahu dijual (yang ada ditangan saya) berkeluasan 100 ekar dan ditawarkan dengan harga sekitar 16 juta ringgit.
** mahal kannnn ....???

Tapi ...
Cuba bayangkan jika lebihkurang 16 juta Melayu "bersatu".
** setiap seorang menyumbang setiap seorang hanya SERINGGIT. Dahhhhh terkumpul RM16 JUTA RINGGIT dan tidak mustahil hartanah berkenaan boleh jadi MILIK MELAYU (yang BERSATU).
Itulah "ajaibnya kesatuan".

Owhhh.
Payah nak menyatukan 16 juta Melayu sekaligus.

Tak apaaaaaaa ...!!!!
** bagaimana jika disatukan 1.6 JUTA Melayu. Maka setiap seorang sumbang RM10. Dapat 16 juta ringgit jugak kan ...???

Tak boleh jugak ...???
** satukan 160 RIBU Melayu dan setiap seorang sumbang RM100.
** Dapat kumpul berapa ...??
** Boleh kut diambil kawasan tersebut ...???

Begitulah yang perlu kita lakukan berterusan hingga kesatu peringkat ... kita tidak lagi mempersoalkan kehilangan banyak TANAH REZAB MELAYU (dari pegangan).

Bagaimana hal ini boleh dilakukan ..??
** jalan terbaik adalah dengan bernaung dibawah satu Koperasi. Rekrut keahlian dan usaha ini dilakukan dengan aggresif.

Matlamatnya :
Menyatupadukan orang Melayu.
Merebut setiap kesempatan yang terhidang dan
** membangkit serta memperkasakan ekonomi Melayu.

Boleh tak boleh ...???
** siapa yang patut memulakan
** dimana ia perlu bermula dan BILA ..???

Fikir dan beri sedikit pandangan.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Friday, September 7, 2018

Tampil Kedepan, Beri PENJELASAN

Selepas selesai PRK Seri Setia dan Balakong, Timbalan Presiden PAS ini wajib memberi penjelasan secara terperinci berkaitan tuduhan (dakwaan) yang dia keluarkan.

** fitnah yang bagaimana yang dimaksudkan.
** berapa banyak fitnah yang berlaku diseluruh negara patut disenaraikan.
** siapa dan berapa ramai yang melontar fitnah itu jugak patut diletakkan didalam senarai.
** letakkan suatu hukum yang perlu dipatuhi oleh kesemua pihak (calon dan pengundi) berkaitan isu fitnah ini.
Apa hukum untuk wakil rakyat yang menang.
Apa pulak hukuman terhadap pengundi yang memenangkan mereka.

** last one :
Kerajaan Fitnah ini telah DIPERKENANKAN pembentukannya oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung.
Apa tindakan dan hukuman yang patut diambil terhadap DYMM YDPA (tak ketinggalan jugak Raja-raja Melayu) kerana membenarkan Kerajaan Pakatan Harapan berfungsi sebagai pemerintah (baik diperingkat Pusat maupun diperingkat Negeri).

Bersedialah Tuan Man.
** jangan cakap berdegar, tahi bersepah merata celah gelegar.
** berani cakap kerana benar, atau berani menuduh kerana CELUPAR.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Thursday, September 6, 2018

Masa untuk Berfikir dan Membuat PILIHAN


Bila dah menang dan mendapat kuasa memerintah sepatutnya kerja kita membangunkan negara, memberi dan menyumbang idea yang boleh digunapakai untuk pembangunan.
** baik pembangunan negara dan jugak modal insan.

Tidak wajar bagi kita mengejar jawatan dan mengatur kedudukan. Engkau dimana, aku dimana. Dengan kedudukan engkau ... boleh dapat itu ini, begitu begini.
** itu cuma memenuhi agenda peribadi dan berkepentingan untuk diri sendiri.
** lainlah jika dipilih kerana kebolehan dan kemampuan yang memang diperakui. Terima dengan rasa tanggungjawab dan laksanakan penuh amanah yang dipikul.

Apa yang diperlihatkan kini, hanya segelintir darinya yang menunjukkan prestasi terbaik. Bersungguh-sungguh menjalankan tugas.
** menyelongkar kebobrokan.
** mencari kaedah pembaikan.
** melakukan penambahbaikan.

Yang lain buat apa ...???
Tempoh seratus hari dah berlalu.
Tempoh bulan madu dan meraikan "manisnya kemenangan" dah dilepasi.
** cukup-cukuplah berpolitik walaupun ada sebahagian anggota gabungan pakatan akan mengadakan pemilihan. Usah dicuit serta diganggu-gugat perjalanan pentadbiran.

Sakit mata, buntu kepala hotak memikirkan "permainan" kalian.

Satu lagi yang merimaskan.
Watak-watak kecil dalam parti yang berlagak hebat. Tegur sana, tegur sini. Seolah diri merekalah yang terbaik sedangkan permasalahan remeh temeh yang dibangkitkan pembangkang pun tak mampu ditepis.
** berhentilah jadi "hero kampung".
** perkemas dulu diri dengan ilmu dan maklumat.

Cabaran kita bukan sahaja untuk menangani serta memperbaiki kerosakan teruk yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu, tetapi menangani serangan membuta tuli mereka yang "kehilangan kuasa".
** gagal menangani kesemua itu bererti kita menempah semula kedudukan "kerusi pembangkang" selepas PRU akan datang.

Lima tahun tak lama.
Pejam celik pejam celik Parlimen terbubar.
** usah isi masa dengan perkara yang tak bermanfaat.

Kita boleh dan kita mampu.
** boleh berjaya dan boleh gagal.
** mampu menang atau mampu kalah.

Pilih ... mahu yang mana satu.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tuesday, July 31, 2018

Bekas Menteri BN "Terkedu"


Kaw-kaw bekas-bekas Menteri kena "cuci" dengan Menteri Kewangan.
** itu baru Menteri Kewangan. Belum kena sebat dengan Tun.

Ayer Hitam
Rembau
Bagan Datuk
Bagan Serai ...
........... terkedu.

Bekas-bekas menteri lain tak berani "bangkit" sebab bersekongkol dengan penipu serta penyamun.

1MDB memang beban paling berat untuk ditanggung.
** tak cukup lagi "aib" yang dimulakan dari idea Najib tu.

Pak Haji MDB patut mula "gerakkan urat otak" untuk berfikir. Jangan asyik dok "menjilat" ajer.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Wednesday, July 4, 2018

Najib : Mengaku Bersalah Lebih Baik


Dikenang-kenang balik penghinaan Najib terhadap Tun dan lawan-lawannya sebelum PRU14 hati memang terbakar hangus.
Mencaci, menghina dan sampai tahap memaki. Perbuatan yang tak sewajarnya dilakukan oleh manusia yang berkedudukan terhormat dalam pentadbiran.
Bukan main berlagaknya dia.

Mentang-mentanglah disekelilingnya penuh dengan penjilat-penjilat tegar yang semuanya jenis mementingkan tembolok sendiri. Semakin galak dan semakin kerap Najib menyindir dan memperlekeh.

Bukan rakyat Malaysia sahaja yang menjadi saksi keceluparannya malah satu dunia memerhati.
** sebagai orang yang mengaku beragama Islam, sepatutnya Najib sedar dikiri-kanannya ada Malaikat yang mencatit amal perbuatan dan pandangan Allah SWT tidak pernah lepas terhadap ciptaannya.

Tetapi ...
Tidak bernama manusia andai tidak lupa dan alpa. Najib memang tidak sempurna apalagi kita semua.

Yang mungkin menjadikan Najib lebih terleka mungkin kuasa yang dipegangnya. Lebih mengasyikkan ... bila dia terbuai dengan bisikan ehem-ehemnya lalu dia berbuat apa sahaja ... hingga terlupa mengasingkan dosa dan pahala.
** rakyat dan negaralah yang menjadi mangsa.

Hari ini ... mungkin Najib sedikit tersedar dan berkata "saya terima dan reda".

Baguslah.
Redakan sekali perasaan memberontak dikalangan penyokong bebal dungu yang selama ini terpedaya dengan drama simpati kamu. Dalam tempoh-tempoh menunggu perbicaraan penuh ini cuba-cubalah jauhkan diri dari berburuk sangka, menyalahkan pihak lain. Jangan tuduh ada yang berdendam kerana dendam kemarahan itu sebenarnya datang dari dalam diri kamu sendiri.

Banyakkan memohon doa dan petunjuk Allah SWT jika kamu mahu. Mana tahu, dengan petunjuk yang diperoleh kamu boleh memudahkan lagi proses perundangan yang sedang dijalankan.

Mudah seandainya kamu "mengaku sememangnya kamu BERSALAH dan sanggup dihukum kerananya".
** telah terlalu banyak kerosakan dan kesusahan yang kamu timpakan keatas orang lain. Dihujung-hujung ini ... kenapa tidak kamu tebus kembali dengan KEBAIKAN.

Allah Yang Maha Mengetahui.
Allah jua yang menentukan kesudahannya.

Allahu Akbar.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tuesday, March 27, 2018

Pakatan Bukan Dimonopoli DAP


Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Inilah yang sering diwar-warkan oleh setiap pimpinan BN, NGO-NGO yang mesra BN dan sentiasa digunapakai oleh setiap akhbar pro-BN sebagai suatu propaganda atau kempen politik.

** Apakah baris ungkapan berkenaan benar ..??
** Jika benar ... ia berdasarkan atas alasan yang bagaimana ...???
** dapatkan pihak-pihak berkenaan (yang menggunapakai ungkapan tersebut) memberi penjelasan terhadapnya jika diminta ..???
** apakah tindakan yang sesuai boleh diambil sekiranya ianya tidak dijelaskan sebaiknya ...??

Umum tahu bahawa gabungan Pakatan Harapan dianggotai oleh 4 parti. PKR, PAN, PPBM dan DAP.
Umum juga telah sedia maklum bahawa struktur kepimpinan didalam Pakatan tersebut diketuai oleh Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir yang sekaligus adalah Pengerusi PPBM. Ia diikuti pula oleh jawatan Presiden yang disandang oleh Wan Azizah.

Apakah asasnya penggunaan DAP mengetuai Pakatan ...???

Meletakkan DAP sebagai kononnya sebagai ketua adalah suatu usaha BN untuk menidakkan kedudukan Tun sebagai Pengerusi. Ia secara tidak langsung meletakkan Tun Dr. Mahathir tidak "setanding" dengan kedudukan Najib sebagai Jeneral, Pahlawan dan Panglima Besar BN.

Hakikatnya ... andaian itu adalah kesilapan yang BESAR.

Terimalah kenyataan bahawa ...
Status Tun Dr Mahathir, aura yang beliau miliki, penghormatan dan penghargaan yang tertumpu terhadap Tun Dr. Mahathir, baik dari rakyat Malaysia atau warganegara luar tidak sama sekali dapat disaingi oleh Najib.

Berkait dengan Akta Berita Tidak Benar yang sedang cuba "diluluskan" oleh Najib dan kerajaan pimpinannya, saya melihat bahawa ianya bakal menjadi "perangkap" yang bakal menjerat diri mereka sendiri seandainya diluluskan.

Sebaik sahaja Pakatan Harapan membentuk kerajaan kelak ... satu demi satu pihak yang membuat dan menyebar "berita tidak benar" dikalangan anggota Kabinet Najib dan pihak-pihak yang bersekongkol akan didakwa dan diambil tindakan.

Segalanya bermula dengan ungkapan tanpa fakta kukuh seperti ungkapan .... "Pakatan Harapan diketuai oleh DAP" ini.
** hal ini adalah sama seperti tindakan Najib menubuhkan RCI Forex bagi menyelongkar kejadian yang telah berlalu puluhan tahun lamanya.

Bersiap sedialah.

Sementara itu ... jika rakyat Malaysia ingin melihat Negara ini distruktur menjadi lebih baik ... PILIHLAH PAKATAN HARAPAN pada PRU14 nanti.

Bersama KITA BINA SEMULA NEGARA.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, March 25, 2018

Arul Kanda Senang, Rakyat TUNGGANG LANGGANG


Arul Kanda dan lebihkurang 20 orang staff 1MDB mungkin dapat peruntukan gaji dan elaun berjuta setiap tahun.
Hutang 1MDB pulak dah berpuluh billion.

Dengan gaji puluhan ribu ... Arul Kanda boleh enjoy keliling dunia dan sesekali terbabit dalam roadshow 1MDB guna memberi pencerahan berkaitan 1MDB.
** untung 1MDB
** kebaikan 1MDB
** potensi 1MDB

Yang baik-baik ajerlahhhhh diceritakan.
** cerita yang tak baik mana boleh disebut. Boleh "terbalik periuk" seperti mana meja kedai kopi diterbalikkan.

Arul Kanda pun tak panjang-panjangkan cerita pasal 1MDB bakal ditutup sebaik kesemua hutang telah habis dibayar. Hal penutupan ni diwar-war oleh Pengerusinya ... Irwan Siregar tempohari.
** pelik kan cara 1MDB ni ... buka syarikat, modal ciput pinjam bertimbun, beli aset jual aset kemudian BUNGKUS TIKAR BANTAL.

Apa ker nama meniaga jenis ni...??

Baik.
Hal hutang "bertapuk" tu siapa yang bayar...??
** faedah hutang tu berapa pulak jumlahnya ..??

Pada gayanya ... memang ler syarikat berkenaan yang menanggung hutang.
Tetapi dek kerana pada akhirnya syarikat diletakkan dibawah Kerajaan ... kita yang kena "lumpurnya" lerrrrr.
** kerbau mana yang "berkubang" membawa lumpur sebelum 1MDB diletakkan dibawah naungan Kementerian Kewangan ...???

Sendiri jawab kerana sendiri pun dah ada jawapan.

Owh ya ....
Bab membayar hutang 1MDB ni ... Arul Kanda dan geng-geng staff syarikat berkenaan tolong bayar jugak kerana mereka pun rakyat seperti kita.
Tetapi dengan pendapatan belas puluh ribu sebulan ... ADA DEMER HERAN ...??
** kita ni pun sama membayar (bukan direct tapi melalui cukai-cukai kerajaan) terasa peritnya kerana saban masa "mengikat perut" dan menyukat betul-betul setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.

Habistu .... dah kena rela dalam paksa membayar hutang masih nak menjilat Najib lagi ker ...???

Orang UMNO, MCA, MIC, DAP, PKR, PAN, PAS, PPBM dan berpuluh lagi parti ... bukan TAK BEROTAK.
** yang tak berparti pun kena fikir jugak.

Najib bawa BALA patut ditolak.

Insha Allah tahun 2018 ni kita berubah parti memerintah.

Kita BINA SEMULA NEGARA.

Pilih Pakatan Harapan untuk menerajui Negara.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Saturday, March 24, 2018

Peniaga Asing, Salah dan Masalah SIAPA ..??


Peniaga WARGA ASING.

Salah siapa ...???
Masalah siapa ...???

Saya baru sebentar tadi melihat video serbuan pihak KPDNKK terhadap peniaga dari Bangladesh di Bukit Bintang.

Dicaption video berkenaan tertulis pertanyaan :
"Mana Penguatkuasa ...???".

Kasihan.

Kita sebagai rakyat sering memandang serong kepada penguatkuasa, kerap jugak menuding jari kepada kerajaan tetapi lupa bertanya pada diri sendiri "apakah peranan kita sebagai rakyat untuk mengekang seterusnya membunuh perniagaan Warga Asing yang semakin banyak bercambah dinegara ini ...???".

Saya tidak menafikan bahawa terdapat kelemahan dalam perlaksanaan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dan kelonggaran yang berlaku didalam polisi kerajaan. Tetapi kita sebagai warganegara jugak menyumbang kepada peryambahan premis niaga yang dikuasai oleh warga pendatang berkenaan.

Cuba fikirkan sejenak :
Siapakah sebenarnya pelanggan yang berurusniaga dengan peniaga-peniaga asing tersebut ...???
Tentulah kita warga tempatan.
** kita warga tempatanlah yang sebenarnya memberi ruang luas untuk perniagaan mereka berkembang dan berjaya. Mustahil kejayaan perniagaan mereka boleh dicapai jika mereka hanya berharap kepada warga-warga asing lain yang datang kesini.

Saya telah melihat perkara ini berlaku sejak belasan tahun dahulu. Dek kerana sikap warga tempatanlah perniagaan mereka "terus subur dan berkembang".
** contoh paling ketara adalah kehadiran para peniaga Thailand yang membuka ratusan atau ribuan gerai dan restoran makanan Thai. Tomyam dan Makanan Laut. Jika kita bergerak bermula dari Padang Besar terus ke Johor Bahru ... dapat kita perhatikan berapa banyak premis niaga berkenaan didirikan.
Siapa pelanggan mereka ...??
Siapa yang menghidupkan perniagaan mereka ..???
Siapa yang meraih untung dan kaya raya ..???

Apa yang mereka sumbang untuk negara kita ..??

Terimalah kenyataan.

Yang bersalah adalah kita warga Malaysia.
** ada warga tempatan yang memberikan kebenaran supaya tempat perniagaan mereka didirikan.
** ada jugak yang menyewakan atau menjual lesen perniagaan yang mereka perolehi
** dan seterusnya ... warga tempatanlah yang tiap hari menyerbu premis niaga mereka lalu perniagaan mereka bertahan untuk tempoh masa yang panjang.

Apa langkah kita untuk membanteras dan mengekangnya ...???

Bersatu dan MEMBOIKOT perniagaan mereka.
** apabila mereka ketiadaan pelanggan ... amat mustahil untuk mereka bertahan, baik apa jenis perniagaan sekalipun yang mereka jalankan.
** disamping itu, sebagai alternatif ... kita wajib menggantikan tempat-tempat yang dikosongkan oleh mereka dan amat penting kita memberi SOKONGAN KUAT terhadap peniaga-peniaga tempatan yang membuka perniagaan yang serupa.

Kita ingin MEMBINA SEMULA NEGARA dengan kerajaan yang baru. Jika kita inginkan PERUBAHAN maka kita sendiripun perlu MENGUBAH DIRI.
** tidak ada gunanya kita menukar parti memerintah sekiranya kita sendiri ENGGAN BERUBAH

Bersatu dan bersama-sama kita capai kejayaan dengan SEMANGAT YANG BARU.

Sumbangan majoriti masyarakat tempatan dalam usaha ini mampu MEREALISASIKAN impian kita BERSAMA.

Jom berubah.
Kita BINA SEMULA NEGARA.

F.A.M @ ~Sgt.Jo~
250320180420Hrs

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Perdana Menteri Ke 7 Malaysia


SIAPA LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI

Jika berfikiran sebagai rakyat biasa,
saya pun bersetuju calon-calon yang lebih muda diangkat menjadi PM.

Tetapi ...
Saya kena berfikir sedikit luarbiasa ... sebagai Ahli Politik. Melihat secara menyeluruh peranan dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh seorang Perdana Menteri dalam keadaan dimana kita berada sekarang.

Tanpa pengalaman dan tanpa kebijaksanaan maka kita akan terheret kearah kemelut yang lebih parah. Ketika itu, sudah terlambat bagi kita untuk berpatah balik sepertimana yang telah berlaku terhadap DUA kepimpinan selepas Tun M berundur.

Wawasan 2020 yang perlu kita realisasikan lebihkurang dalam tempoh dua tahun nampaknya akan gagal. Kita disodorkan pulak dengan Transformasi Nasional 2050.
** tidakkah ianya terlihat agak "janggal" sedangkan ianya telah disusunatur sebegitu baik sebelum Tun M meninggalkan kerusi PM dahulu ...???

Dengan tempoh berbaki, saya melihat Tun wajib menyelesaikan apa yang telah beliau mulakan (setelah jelas kita lihat Tun Abdullah dan Najib tidak mampu melaksanakannya).

Sementelahan pula :

** pemilihan Tun dipersetujui oleh Majlis Pimpinan PH
** kewibawaan Tun pun tak dapat disangkal.
** Tun punya "aura" yang kuat disusuli pengalaman dan pengaruh dikalangan pimpinan dunia.
** Tidak menidakkan aura lain-lain pimpinan PH tapi jika dibandingkan dari segenap sudut ... kita boleh menilaikan dan kita ada jawaban sendiri.

Jadi ...
Adalah lebih baik rakyat atau barisan ahli-ahli politik (dimana-mana peringkat) bersetuju dengan pemilihan Tun M.

Misi Tun Dr Mahathir amat jelas.

MEMBINA SEMULA NEGARA dan kita wajib bersama beliau merealisasikannya.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Friday, March 23, 2018

Serang Tun M, Strategi Yang SALAH


Orang hebat bukan sendiri mengaku.
Orang pandai bukan sendiri menilai.
Sehebat mana pun pencapaian dalam pendidikan, pengurusan dan pentadbiran ... kesemuanya adalah pengiktirafan yang diberikan oleh pihak lain.

Jika iya pun hebat, tak perlu dijaja, diwar-warkan ibarat barang dagangan kerana terdapat lebih ramai lagi, bersepah-sepah dan berlambak dikalangan masyarakat ... yang jugak hebat.

Tapi ... inilah yang saya lihat dilakukan oleh Dr. KaYu sejak beberapa tempoh kebelakangan ini. Perbuatan serupa dibuat sama oleh seorang lagi pensyarah (sekarang dah bergelar bekas pensyarah).

Subjek perbincangan (yang diutarakan) tidak lain tidak bukan adalah Tun Dr. Mahathir.
** Menyentuh batang tubuh Tun, sejarah pentadbiran dan arahtuju politik Tun untuk dilihat "hebat" dimata masyarakat.

Silap laaaa.

Siapa kalian ....???
Ditahap mana khidmat dan jasa yang kalian berikan kepada masyarakat berbanding Tun M ..???
** sejauh mana pengiktirafan dunia luar terhadap kalian (dengan mengkritik Tun Mahathir) ..???

Dua makhluk yang saya sentuh ini sebenarnya "perasan hebat" tanpa sedar bahawa dengan berbuat demikian ... ia menjadikan Tun tampil dihadapan masyarakat lebih hebat dari mereka berdua.

Apa yang dilakukan oleh dua ahli akademik ini saling tak ubah sepertimana yang telah dan sedang Najib lakukan kini.
** mengangkat diri sendiri dan dalam masa sama ... mengutuk, memperlekeh dan menidakkan sumbangan Tun selama puluhan tahun terhadap agama, bangsa dan negara.

Apakah hasilnya ....???
** kesilapan dan kelemahan diri sendiri lebih "menyerlah" dan paling malang ... ianya (kesilapan dan kelemahan) sendiri tidak mampu diperbaiki atau dipertingkatkan.

Siapa yang menerima kesan dari semua perbuatan "bodoh" itu ....???
** diri sendiri dan pertubuhan yang mereka wakili.

Rakyat terus memerhati, menilai dan bakal memilih apa yang sesuai bagi membuat perubahan sekaligus MEMBINA SEMULA NEGARA yang telah dirosakkan.

p.s :
Rasa hormat saya terhadap Tun Dr. Mahathir "tidak pernah TERHAKIS"

F.A.M @ ~Sgt.Jo~

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tuesday, March 20, 2018

Mengekang Berita Palsu

Cadangan penggubalan rang undang-undang mengekang berita palsu belum dibawa ke peringkat Kabinet untuk dibincangkan".
-------------
Sebenarnya saya tak berminat nak memetik laporan berita ini tetapi terpaksa jugak menyatakan sesuatu berkaitannya.

Sebelum membentangkan cadangan, ada baiknya cuci dulu mereka yang berada didalam kabinet Menteri.
** lihat bagaimana respon kamu sendiri (Salleh Keruak), Nazri Aziz, Najib dan yang lain-lain terhadap laporan-laporan serta bahan-bahan penulisan yang disiarkan melalui internet.
Masing-masing berlumba-lumba untuk memberikan komen terhadap tulisan yang diterbitkan tanpa mengenalpasti dan menentusahkan tulisan-tulisan berkenaan.

Sebagai contoh :
Tulisan Raja Petra yang menuduh Robert Kuok membuat penajaan besar kepada DAP dan bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan.

** siapakah mereka yang "kepoh" memarahi, mencerca dan mengutuk Robert Kuok ..??
Adakah pembaca-pembaca dari kalangan marhaen ..??
** adakah mereka dari kalangan pihak lawan BN ..???

Tak perlu saya berceloteh panjang.
Jika kerajaan nak merealisasikan Akta berkaitan "berita palsu", tolong cermin perlakuan diri sendiri terlebih dahulu, perbaiki kesilapan, jangan main serkap melulu dan jangan keterlaluan "membodek mengampu" sehingga lupa bahawa DIRI SENDIRI PUN BELUM LAGI SEMPURNA.

** jauhhhh lagi untuk menjadi sempurna dengan sikap mudah melatah dan melenting yang DIAMAL serta DIPAMERKAN.

Malulah sikitttttt ....!!!!!
** rakyat nampaknya lebih TERTIB dan BERADAB berbanding pimpinan kerajaan.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Monday, March 19, 2018

Do SOMETHING or We Lose EVERYTHING


Okay Dude.
I'm back.
The first thing I would like to share is this.
1MDB Crisis.

Dah banyak hartabenda yang dimiliki secara haram oleh Jho Low dan Riza dirampas dan disita. Mereka sebenarnya tak kehilangan apa-apa tetapi hanya tak dapat lagi memiliki segala yang diperoleh secara tidak betul.

1MDB seperti sediada .... dah JAHANAM mereka kerjakan. Dengan hutang bertimbun dan CEOnya tetap berkata "tidak kehilangan apa-apa" dan baru-baru ini dia buat kenyataan "PM tak dapat bayaran walau seSEN pun dari 1MDB".

Dia lupa untuk nyatakan bahawa "42 juta" dah masuk ke akaun Perdana Menteri berpunca dari SRC.
** SRC International itu dulu salah satu dari anak syarikat (subsidiari) 1MDB.

1MDB tak bayar PM apa-apa tapi kita heran 42 juta itu sebenarnya apa dia ..???
** tak pulak kita dikhabarkan samada PM dah pulangkan semula duit berkenaan, sama seperti dakwaan bahawa 2.03 billion derma telah "dikembalikan".

Berbalik kepada 1MDB .... ia syarikat kita, hutang milik kita, yang membayarnya kita ... dan yang bakal menentukan nasib syarikatnya jugak adalah KITA.

Dek kerana syarikat berkenaan TELAH PORAK PERANDA, mereka yang BERTANGGUNGJAWAB mewujudkan, mengendalikan dan menelungkupkannya patut menerima hukuman.

** PM mengilhamkan
** Arul Kanda mengelolakan
** Jho Low, Riza dan beberapa orang lain menjahanamkan...
** mereka yang berkuasa untuk memulihkan keadaan sebaliknya "bersekongkol" mempertahankan jugak tidak terkecuali.

Bagaimana kita mahu mengambil tindakan ...???

Kuasa MENGUNDI yang ada ditangan.
** kita ubah parti yang MEMERINTAH.
** selebihnya .... bakal ditentukan apabila PH membentuk Kerajaan.

Beri sokongan padu buat Pakatan Harapan.

Kita BINA SEMULA NEGARA

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Thursday, March 15, 2018

Mereka Buat HUTANG Kita Yang TANGGUNG


Ada nampak tak PERANGAI SEBENAR PENYAMUN bila mereka berkata-kata.

Mereka cukup risau bila tak dapat MENYAMUN BERBILLION jika tak dapat terus berkuasa.
** duit yang belum jadi milik kerajaan pun mereka kata "bakal HILANG".

Ehhhhh.
Kepala bapak KAU lahhhh.

Duit berbillion yang TELAH kamu sapu semua tu tak diambil kira, taknak ambil tahu dan nak DIDIAMKAN saja ker ...???

Diberikan kuasa ditangan ... duit MARA lebur, duit Felda hangus, KWSP, KWAP, LTAT, TH ditambah dengan hutang bertapuk-tapuk dek kerana pewujudan 1MDB tu apa cerita.
** duit yang lebur ditangan Jho Low macamana ...???
** duit tersalah bayar 4 kali ke syarikat klon BVI nak lupakan begitu saja ..???
** duit SRC yang lesap masuk akaun peribadi Najib dah "cover" habis ker ...???
** tanah-tanah dan aset yang tergadai itu bukan "suatu KEHILANGAN" ker ..???

PH dengan sokongan majoriti rakyat ingin memperbaiki dan memulihkan keadaan yang semakin tenat.
** jangan ingat bila negara "belum bangkrap" akan terus "stabil" jika puak-puak HAMJADAH KLEPTOKRAT dibenarkan berkuasa bermaharajalela memerintah selepas PRU14.

Jika rakyat nak tengok negara JAHANAM ... persilakan pilih Najib dan BN membentuk kerajaan.

Selepas itu kita sama-sama HADAP dan HIDAP.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Buatlah Sekadar Yang MAMPU


Sebut sahaja persatuan ... perkara pertama yang terlintas difikiran saya adalah "DUIT, WANG, RINGGIT".

Bukan maksudnya nak mengumpul ringgit untuk kepentingan diri sendiri, tetapi duit ringgit sememangnya perlu untuk menggerakkan sebarang aktiviti persatuan. Baik dari sekecil-kecil aktiviti apalagi untuk aktiviti besar bersaiz "perdana".
** persatuan kompang dikampung-kampung pun tahu perlunya wang berada didalam tabung persatuan.

Itu sebab suatu ketika dahulu saya pernah menasihatkan sebuah persatuan (di Pulau Pinang) supaya terlebih dahulu memikirkan hal janaan ekonomi sebelum persatuan ditubuhkan.
** saya diminta berperanan sebagai Penasihat Persatuan dan itulah "nasihat pertama" yang saya berikan. Tubuh entiti niaga dulu supaya apabila persatuan bergerak biaya aktivitinya ditampung oleh entiti niaga yang pemiliknya terdiri dari ahli-ahli persatuan berkenaan juga.
(sekarang saya dah berada di Johor dan persatuan serta perniagaan mereka masih bergerak aktif disana).

Sebaik sahaja PPBM terbentuk dan saya menjadi ahlinya maka idea berkenaan saya perkenalkan kepada orang-orang berpengaruh dibahagian.
Matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah untuk mengumpul dana bagi kegunaan aktiviti semasa dan masa akan datang.
Kita perlu BERDIKARI ... bukan nak guna baru TERCARI-CARI.

Jika tak silap ingatan saya ... ianya saya usulkan lebih dari ENAM BULAN yang lalu.

Malang sungguh laaaa. Idea berkenaan TIDAK DIGUNAPAKAI maka apabila ada aktiviti hendak dijalankan ... konsep TONG-TONG sorang sedikit dilaksanakan.
** bagi program santai dan kecil-kecilan boleh laaaa. Sesuai konsep berkenaan digunakan.

Bagaimana pula dengan program besar ..???
Apa cerita dengan perbelanjaan berkempen (setiap hari dibeberapa tempat) yang bakal berlaku menjelang PRU14 nanti ...???
** wang pertaruhan calon MACAMANA ...???

Entahlah.
** saya hanya mampu bersuara, yang boleh MEREALISASIKANNYA adalah sekelian ahli dan penyokong (PPBM khasnya atau PH amnya).

Kini ... untuk menggerakkan aktiviti, terpaksalah berjalan ala kadar. Jika mahu adakan aktiviti besar .... mendongak dan menadahlah belas ehsan dari pimpinan pusat.

Adoiiiii ....!!!!
** sedihnya laaaa weiiiii ...!!!

Masa semakin suntuk.
** bagi diri saya ... setakat ini hanya mampu menyampaikan mesej untuk membuka minda pengundi. Nak mencadangkan "pengumpulan dana" (sepertimana yang dicadangkan terdahulu) sekali lagi ... rasanya dah TERLAMBAT.

Tawakkal ajerlahhh ...!!!!

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tuesday, March 13, 2018

Akal Jangan SETENGAH MASAK ...!!!!


Nak pertikai boleh tapi jangan guna akal "setengah masak".

BN adalah BN.
Sewaktu Tun M menerajui BN ada atau tidak syor atau cadangan dikemukakan/diajukan supaya had perkhidmatan seorang Perdana Menteri ditetapkan untuk tempoh tertentu ..??
** tak pernah ada syor bukan ..??

Jadi ... nak salahkan siapa ...???
** kamu jugak lerrrr.

Apapun .... walaupun ada atau tidak syor (penetapan tempoh khidmat) tidak menjadi masalah pada ketika itu kerana keadaan senantiasa terkawal. Tidak ada keperluan untuk berbuat demikian kerana pentadbiran berjalan dengan baik. Menteri-menteri Kabinet yang dilantik melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan cemerlang.
** saya tidak mahu mengulang-ulang atau mengimbas kebelakang bagi menceritakan pencapaian masa lalu tetapi .... apa yang terbentang dihadapan kita hari ini sebahagian besarnya adalah hasil kecemerlangan pentadbiran yang lalu. Apa yang dimiliki dan dinikmati hari ini adalah berkat kerja keras pimpinan terdahulu.

Timbul idea menghadkan tempoh khidmat memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ini adalah kesan dari "perlakuan" Perdana Menteri yang ada kini.
Bagaimanapun ... terlebih dahulu perlu difahami bahawa PH adalah gabungan politik yang berbeza dari BN. PH boleh menggariskan dasar yang mereka mahukan selama mana ianya dipersetujui oleh majoriti pimpinannya.

** Najib atau mana-mana pimpinan "tidak punya HAK untuk mempertikai" (kepada setiap apa yang ditetapkan) kerana PH tidak berada dibawah naungan BN dan memang tiada keperluan untuk mengikut TELUNJUK BN.

Apa masalahnya dengan Najib jika PM dari gabungan PH (jika ditakdirkan mentadbir kelak) hanya berkhidmat untuk DUA PENGGAL ...???
** cemburu, dengki atau sakit hati ....???
Apa hal pulakkkk ......?????

Tempoh dua penggal itu pun tentulah bersyarat.

Mudah jer syaratnya.
** PM (dari PH) memberikan khidmat yang terbaik. Maka akan kekal untuk tempoh DUA PENGGAL.
** jika perangai berubah jadi PENYAMUN setelah menjawat jawatan Perdana Menteri ... rakyat sendiri yang akan MENJATUHKANnya melalui PETI UNDI. Rakyat hari ini pun punya mata, telinga dan akal yang waras. Ilmu dan pengalaman membolehkan mereka menilai "mana baik mana buruk"

Lain laaa rakyat BN ...
Kaca pun dipuja seperti BERLIAN.

Nasihat saya ....
Nak bercakap .... bagi MASAK BETUL-BETUL AKAL tu.
** janganlah guna jawatan Perdana Menteri sebagai lesen untuk CAKAP MERAPU MERABAN.

Tak tau malu ker ....????

Fb ID :
Fadzil

Kisah Satu TRILLION


Najib beri amaran.
Irwan beri kenyataan.
Dua-dua menyebut perkara dan jumlah yang sama.

Hakikatnya :
Sebelum diorang berdua buat kenyataan atau beri AMARAN .... berjuta RAKYAT Malaysia dah tahu pun hutang Malaysia dah CECAH TRILLION.
Korang pulak dah kenapa (buat kenyataan/beri amaran macamni) ...???
** tertinggal bas atau bas melintang depan mata korang BUAT-BUAT TAK NAMPAK ..??

Nak dinasihatkan pun mungkin nanti korang kata saya tak layak (saya cuma layak dipaksa membayar cukai. Tak bayar dikenakan TINDAKAN dan terima hukuman).

Sorang Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Presiden Parti, Pengerusi Gabungan Parti-parti pemerintah.
** apa tahunya dengan kemelut hutang bertimbun. Yang tahu MENIMBUNKAN lagi.
** bila ditanya masalah faedah@bunga dari hutang-hutang langsung jadi mamai, sasau ... terus nampak AIR dan konar kepada ISU AIR Selangor. Banyak pulak lahabau terpekik-pekik terlolong macam "ungka" menyokong Bapak Habau tunjuk aksi "konar BARING" dalam Parlimen.
** dengan aksi macam dalam sarkas, dia dapat lupakan sementara BAB HUTANG.

Tetapi bila nak terus dapat berkuasa, boleh ingat balik hal hutang TRILLION yang menanti depan mata (baru pulih dari kesan sasau dan mamai) lantas bingkas memberi amaran kepada rakyat.
** ini yang dinamakan GILA SEWEL MERENG. Sekejap sedar, sekejap tidak. Yang sedar tu pun ... sekejap sekejap kemudian hilang pedoman semula.

Ermmm.
** boleh ker nak dikekalkan lagi orang ni ...??
Jika seronok dengar jumlah TRILLION yang dia sebut .... JOMMMMMM SOKONG NAJIB.
(Dia suka laaa. Sebab hutang yang dia kumpul bukan dia yang bayar tapi KITA RAKYAT tolong kambus).

Sorang lagi ni .... Ketua Setiausaha, Pengerusi Syarikat GAH dan TERSOHOR (dengan HUTANG dan SKANDAL). Sepatutnya dia menasihat Najib. Yang terjadi .... dia sama naik dengan Najib.
** bagi jawatan, bagi kuasa .... sama jugak hanyut KELAUT. Itu pasal bunyik TRILLION yang dia sebut SEBIJIK SAMA seperti yang Najib sebut.

Nak kekalkan lagi dia ni ....???
** dia kekal bila Najib terus berkuasa.
** jika taknak tengok di duduk di Perbendaharaan .... SINGKIRKAN NAJIB.

Dahhhh ...
Cerita dah banyak.
Keputusan dan ketetapan terletak kepada PILIHAN RAKYAT.
** Pandai-pandai ler MEMILIH.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, March 11, 2018

Kenapa BEREMOSI Sangat ..??

"Suruh dia jaga parti dia sendirilah. RoS mesti ada sebab (meluluskan penangguhan pemilihan UMNO)…kalau kamu tidak ikut undang-undang (susahlah). Negara ini ada undang-undang, tolong ikut undang-undang dan peraturan".
-Adnan Mansor
--------------
Jaga parti sendiri.

Ya betul.
Kerana mahu menjaga parti sendirilah maka Tun Mahathir "punya hak" untuk mempersoalkan tindak-tanduk pihak RoS dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Pendaftar Pertubuhan adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan masyarakat. Ia tidak boleh berpilih-pilih dan memihak kepada sesiapa dalam membuat sesuatu keputusan.
** rakyat atau sesuatu perkumpulan rakyat pun "ada sebab" untuk mempersoalkan apa yang berlaku dan apa yang berlaku jika terlihat ada "ketidakadilan" dalam sebarang urusan yang berkaitan.

Jawapan (sebenarnya sindiran) Adnan Mansor ini seakan mahu menafikan hak rakyat "untuk tahu".

Didalam isu penangguhan pemilihan UMNO (yang dibenarkan oleh RoS) Adnan Mansor tidak wajar memperlekeh apa yang disuarakan oleh Tun. Sebagai mantan Presiden parti berkenaan, Tun tidaklah jahil tentang peraturan yang termaktub didalam Perlembagaan parti berkenaan.
** wajib diingat bahawa parti berkenaan adalah parti yang Tun Mahathir pulihkan daripada krisis pengharamannya terdahulu.
** sepanjang ingatan saya (dan tentulah dalam ingatan Tun M juga) ... Fasal 10.16 (atau 10.17 yang disebut oleh RoS) tidak pernah berubah isi kandungannya. Ia sangat jelas dan perlulah dipatuhi (apabila ianya mahu DIGUNAKAN)

Tidak salahlah Tun Mahathir mengambiltahu isu berkenaan dan pelanggaran yang dilakukan terhadapnya (fasal 10.16).
** protes (atau lebih kepada mempersoalkan) dibuat kerana pihak penguatkuasa/pelaksana dilihat telah memberi layanan yang berbeza (antara PPBM dan UMNO)

Adnan Mansor tak perlu mengeluarkan kenyataan berbentuk kecaman jika pun tidak puashati (atau marah) terhadap Tun Mahathir hanya kerana tindakan RoS dipersoal.

** tolong jaga sikit status Menteri tu.

http://www.astroawani.com/berita-politik/jaga-parti-sendirilah-nasihat-ku-nan-kepada-tun-m-170178

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Saturday, March 10, 2018

Jahanam Kerana ZOMBIE


Najib didakwa menerima RM2.6 billion didalam Akaun Bank Peribadinya.
** macai TAK PERCAYA

Najib tak mengaku.
** macai angguk

Najib diasak dan bukti didedahkan serentak.
** macai TAK PERCAYA jugak.

Akhirnya ... Najib mengaku ... Ada terima.
** macai TERPINGA-PINGA tapi ANGGUK LAGI.

Panjang sangat cerita.
Bagi pendek sikit.

Najib kata wang dah diguna untuk pilihanraya
** macai PERCAYA lagi.

Dihujung-hujung Najib serah pada Apandi untuk jelaskan kedudukan wang RM2.6 billion.
Apandi pun umumkan sejumlah RM2.03 billion dah dikembalikan.
** punnnnn macai PERCAYA.
Dokumen entah lat mana
Siapa yang terima duit tu
Apa-apa transaksi pun mereka tak lihat.
PERCAYA TETAP PERCAYA sebab Najib itu Perdana Menteri.

Entah apa mandrem yang DIKENAKAN terhadap simacai-macai PAK ANGGUK tu hingga langsung tidak pernah mempersoalkan kenyataan-kenyataan Najib dan pentaksubnya.

Kesiannnn.

Najib pernah kata "tanpa UMNO Melayu TERBANGSAT.
Tapi ... macai-macai tak sedar bahawa dengan UMNO berketuakan Najib mereka DIBANGSATKAN.
** apa ker tidak....???
Daripada manusia yang elok WARAS AKAL boleh berubah menjadi ZOMBIE.
** akur dan angguk memanjang pada setiap yang Najib perbuat. Macai-macai dah jadi "Ada otak TAKDER AKAL".

Kesiannnn (sekali lagi).

Kut negara nak JAHANAM pun selepas ini ia berpunca dari penyakit yang menular dari MACAI ZOMBIE ini semualah nantinya.

Apa nak jadi dengan Malaysia ini jika kesemua hal ini TIDAK BERHENTI ...???

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Bangkit Tidur Terus MELATAH



Dr Mahathir turut mempersoalkan kenapa RoS mengambil masa selama lapan bulan untuk memberikan notis tersebut sedangkan RoS boleh menulis surat pada bila-bila masa untuk mendapatkan dokumen yang dipinta.
---------------------------------
RoS dah tidur lena, terbuai dek mimpi selama LAPAN BULAN tiba-tiba terjaga dan dalam keadaan "mamai" terus meracau.
** terjaga pun bukan disebabkan dek masalah berbangkit isu PPBM tetapi kerana heboh diperkatakan bahawa UMNO dah terlajak terbabas dari tarikh untuk mengadakan pemilihan.
** kegagalan tersebut boleh pulak "ditutup" dengan alasan punya "kuasa rizab" untuk melanjutkan tempoh penangguhan (pemilihan UMNO) yang telah pun berakhir.

Dan-dan boleh beredar surat kelulusan sementara pada tarikh yang sama PPBM dimangsakan.

Tak boleh "tercuit" langsung rupanya pompuan tu.
** melatahnya lain macam dan bila melatah terus panggil Sidang Media.

Hmmmm ....!!!!
Buatlah ikut suka kamu Kakkkk.
Jabatan tu HAK MUTLAK kamu.
(Buatlah macam rumah sendiri ya ...)

http://www.astroawani.com/berita-politik/ppbm-bersedia-sekiranya-dibubarkan-tun-mahathir-170126

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Penyokong BN nak terus bayar GST .. Bayar ajer laaa

Isu air di Selangor mungkin akan reda sikit satu dua hari ni.
Pemimpin BN kena reserve "airliur" untuk bercakap soal "Manifesto PRU14 PH".

Banyak airliur nak guna tu lebih-lebih lagi yang biasa proses jadi buih.

Dalam hal Manifesto yang dilancar oleh PH haritu saya heran satu ajer.
** penyokong dan pemimpin BN dok persoal "mana nak urus negara tanpa GST, harga minyak stabil dan berbagai penjimatan lain (bila PH membentuk kerajaan) ...???".

Ehhhhhh ....
Kut prihatin sangat ... para penyokong Najib dan BN boleh terus menyumbang wang setara jumlah GST atau lain-lain kenaan cukai serta bayaran yang bakal dikurang atau dimansuhkan.
** apa masalahnya pulak ...???
** dah seronok nak menyumbang, takkan kerajaan nak tolak pulak ..???

Contoh begini laaa
** sekarang biaya purata GST bulanan RM60 setiap seorang. Maka bayar (sumbang) kepada kerajaan jumlah yang sama. Tahulah kerajaan ketika itu nak memanfaatkan jumlah yang terkumpul. Ada laaa nanti kaedah bagaimana ianya dilaksanakan.

Siapa yang boleh membayar ..??
** senang. Siapa undi dan sokong BN ... bayar. Jangan CULAS Okayyy ...!!!

(Penyokong PH dikecualikan)

Jangan banyak soal.
Dan jangan banyak merapu bertanya lagi ... macamana, bagaimana cara PH nak mentadbir selepas berjaya membentuk kerajaan.

Ada pilihan tersedia.
** jika tak yakin PH mampu melakukan ... masa mengundi nanti PANGKAH (PILIH) PH. Nanti tahulah apa yang PH boleh buat.
** bila dah pilih PH, terkecualilah dari terus dikenakan GST dan kenaan-kenaan cukai lain.
Tak nakkkk ....????

Tak paksa ... undilah ikut suka.
Kita amalkan DEMOKRASI bukan KLEPTOKRASI.

Faham kannn ....???

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Friday, March 9, 2018

Selamat Jalan KLEPTOKRAT


Nak Melayu bersatu.
Nak mertabatkan Islam.
Nak jaga ketuanan Melayu
Nak jaga Raja-raja Melayu.

Tapi ....
Terpaksa tunduk kepada Kleptokrat yang menguasai parti Melayu terbesar.
Nak suruh sokong parti pasu bunga yang kononnya berjuang atas landasan Islam, walhal parti pasu ini pun tunduk kepada Kleptokrat.
** Hudud dan Enakmen Jenayah Syariah jadi bahan permainan politik.

Takkan maunya begitu ....!!!!!

Ada yang berusaha mewujudkan parti Melayu lain sebagai wadah alternatif tetapi tersangkut-sangkut dek permainan kuasa (yang diperoleh dari tangan-tangan rakyat).
** prinsip demokrasi seakan telah punah.

Apa lagi pilihan yang ada ...???

Jangan diletakkan kesalahan diatas bahu rakyat jika mereka beralih angin menyokong parti pelbagai kaum. Majoritinya dah muak dengan kecelaruan yang berlaku terhadap parti dimana harapan yang menggunung disandarkan. Keyakinan rakyat semakin menipis terhadap parti yang telah lama menerajui negara akibat onar tidak berkesudahan sebilangan pemimpin.

Rakyat mahu melihat perubahan.
Begitu juga hasrat saya .... diantara rakyat yang menginginkannya (perubahan).

Selamat Jalan Kleptokrat.
** kami Melayu Islam tidak mahu terus "dibangsatkan" dan mustahil akan jadi bangsat tanpa bernaung dibawah "parti Kleptokrasi".

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed