Saturday, February 17, 2018

Ada Tidak Menambah, Tiada Tindak Mengurangkan


Dah cantik sangatlah dia tinggalkan PPBM. Jika terus duduk didalam dengan pemikiran seperti ini jawabnya bakal jahanamlah parti. Tambahan bila dia diberikan jawatan dalam barisan kepimpinan tertinggi parti.

Akar umbi sendiri pun cukup faham bahawa PPBM itu bukan pertubuhan milik keluarga. Ianya ditubuhkan bertujuan memperjuangkan nasib serta kebajikan ramai orang.
Berpaksikan perjuangan untuk peribumi, sewajarnyalah sedikit sebanyak sumbangan (samada masa, tenaga, idea dan wang ringgit) datang dari keseluruhan struktur (dari bawah hingga keatas).

Maka tidaklah segalanya terbeban diatas tanggungan kaum keluarga Tun M (untuk menanggung kos keperluan menjalankan kesemua aktiviti).

Wajib setiap ahli berfikiran bahawa kesanggupan Tun untuk menerajui parti, kembali aktif semula memimpin rakyat patut dihargai.
** jika Tun mengutamakan keselesaan kaum keluarganya, tak perlulah Tun bersama isterinya menyiksa diri kehulu kehilir menghadiri majlis yang dihadiri rakyat jelata.
** jika mahu ... Tun boleh duduk selesa mengasingkan diri dari masyarakat kerana tidak ada apa lagi keperluan yang tidak dipenuhi (didalam kehidupan keluarga beliau.

Cakap-cakap berunsur negatif sepertimana yang disuarakan oleh bekas Exco Perak, bekas Naib Presiden PPBM ini sebenarnya adalah "luahan perasaan seorang yang KECEWA".

Apapun, majoriti ahli PPBM merasa cukup bersyukur dengan pengunduran Hamidah dari barisan pimpinan PPBM.
** selain dari "duri dah terkeluar dari daging" kita juga rasa cukup selesa dengan ketiadaan "sampah-sampah" yang mengotori parti jika terus berada bersama.

** sampah perlu diasingkan
** suara sampah tidak diperlukan (dalam apa pun perancangan yang digariskan oleh parti).
Duduk diam-diam adalah lebih baik.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Friday, February 16, 2018

Sumbangan mempamer KOMITMEN Ahli dan Penyokong PPBM


Kecoh pulak sampah yang duduk diluar PPBM mempersoalkan pelancaran kempen kutipan derma bagi tujuan pengurusan berdepan PRU14.

Yang mempersoalkan tu pulak makhluk yang pernah bertempik bila Najib mendapat hadiah berbillion dalam akaun peribadi.
** La nih dah tak berbunyi lagi (bila dah meninggalkan PPBM).
Dah dihalalkankah perbuatan Najib dulu ..???

Kempen sumbangan yang dilancarkan Tun M dilakukan secara terbuka bukan dengan cara sembunyi-sembunyi seperti yang dilakukan Najib. Lebih dahsyat ... derma yang didakwa diterima untuk kempen memenangi PRU13 (dengan matlamat menyekat DAP, menyekat pengaruh Yahudi di Malaysia, melawan IS atau menegakkan perjuangan Sunnah Wal Jamaah) tidak masuk walau SESEN pun kedalam akaun parti.

Sumbangan-sumbangan yang dibuat (jika ada) adalah terjemahan terhadap komitmen dan kebertanggungjawaban ahli (serta penyokong) terhadap apa yang diperjuangkan oleh PPBM (dan Pakatan Harapan).
** perkara yang sama pernah dilakukan oleh rakyat jelata (tanpa mengira kedudukan .. miskin atau kaya) sewaktu gerakan menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu dahulu.

Saya berpandangan bahawa perjuangan (yang dilakukan oleh PPBM dan gabungan PH) pada kali ini lebih besar dan lebih mencabar.
** mengekalkan kedaulatan dan mempastikan Malaysia terus berada didalam keadaan Merdeka yang SEBENAR (tanpa dikuasai oleh kuasa asing baik dalam bentuk apa sekalipun).

Maka, usaha mengutip sumbangan berupa wang ringgit pada ketika yang diperlukan kini tidak perlu dipersoalkan kecuali kerja-kerja berkenaan ditafsirkan HARAM disudut perundangan.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Wednesday, February 14, 2018

Akui KETERLANJURAN kita. Ubahlah selepas ini


Tak ada yang mustahil pada era ini. Segala-galanya berkemungkinan boleh terjadi hasil dari pilihan (pangkahan) jari-jari kita jugak. Kesal hari ini kerana kelmarin kita yang "terpedaya" dek perjuangan mempertahankan Melayu dan Islam.
(kena mengaku .... jari saya salah satu dari jari-jari yang memangkah lambang "dacing" yang kononnya menjadi neraca yang SEIMBANG).

Apa nak buat.
Kita dah terpilih "tebrau" berbanding "tebu" yang disodor.

Siapa sangka ... tebrau yang manis (dibibirnya) mempunyai skandal yang tersembunyi. Membentuk 1MDB dan menerima "derma" yang cukup besar (hasil daripada pembentukan syarikat berkenaan).
Terlalu banyak agensi yang "dikelabukan mata, ditulikan telinga dan diplaster mulut" mereka demi menutup "kebobrokan".
** terlalu panjang jika mahu disenaraikan.

Sebelum ini siapa pernah menyangka parti Melayu (yang menerajui kerajaan) boleh akrab dengan Parti Komunis Asli. Disusuli pula oleh rakan komponen didalam BN.
** cukup berani mengundang perwakilan dari PKC tanpa segan silu.
Hipokrasi "tahap tertinggi" kerana sebelum ini berterusan melabel parti dalam negara (DAP) sebagai agen Komunis.

Mutakhir ini ....
Diberitakan kehadiran Diplomat Zionis ke bumi Melayu (yang selama ini kita bertegas menghalang).
** baru sangat Najib bersumpah ... "biar dicincang waima tinggal seketul daging" ... Zionis tetap "ditentang habis-habisan".

Lakonan apakah ini semua ...???

Untuk mengubat kekecewaan (terhadap sikap bermuka-muka pimpinan hari ini) jari-jari kita dah boleh memilih parti lain untuk membentuk kerajaan dan mentadbir mengikut yang sewajarnya.

Tolak BN
Benci Hipokrasi

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, February 11, 2018

Ayat Power tuu ... SAYA TERIMA BERITA PALSU.


" .. antara berita palsu yang bersifatkan satu penipuan, ialah dakwaan kononnya kerajaan membawa masuk warga Bangladesh sebagai pengundi.
Pada PRU dulu, kononnya ada Bangladesh yang kita bawa masuk. Ya, ada yang rupa Bangladesh, tetapi kita tidak tipu".
- Najib Razak
------------
Alamakkkkaiiiii laaa PM.
Tak sudah-sudah mengungkit hal lama.
Operasi Lalanglahhh.
Insiden Memalilah.
Bawak masuk Bangladesh lahhh.
Macam-macammm.

** tak cukup korek cerita forex 30 tahun lalu, hal yang berlaku pada pilihanraya lepas diulang-ulang supaya dia dilabelkan bermaruah. Mintak disokong untuk kekalkan kuasa.

Rakyat hari ini nak dengar penjelasan telus dan jujur tentang Derma (2.6 billion), skandal Felda, MARA, Tabung Haji, KWAP, 1MDB, Duit 42 juta dan banyak lagi yang terpalit keatas tubuh MO1.
** apasal melalut mengarut-ngarut ke benda-benda remeh macam yang diheboh-hebohkan setiap kali berucap ..???. Ini dah standard omongan Pengerusi JKKK ajer.

Wajib ingat ... awak tu pemimpin utama negara. Tak padan nak bercakap isu-isu remeh yang tak bawak manfaat pada rakyat.

Jika benar mahu membanteras berita palsu (dan tak kisah berdepan akibatnya) tolong TUTUP MULUT STAF-STAF Department of Justice United State tu.
** jangan lupa pihak berkuasa Singapura, Switzerland, Australia, Luxemberg, Hong Kong dan United Kingdom.
** saman tertangguh terhadap WSJ patut diteruskan. Jho Low dan Riza Aziz wajib diheret kepada siasatan oleh badan berkuasa yang BEBAS dari menerima arahan dari kerajaan.

Ada berani ...???
Boleh terima kesannya ...???

Cakap berdegar, nak bertindak terhadap pembongkar skandal pun LUTUT DAH KETAR.

Phhhuuuiiiiiiiikkkkk ....!!!!!!!!

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tak Perlu Kecoh - BIARKAN ...!!!


"Penarikan semula darjah dan bintang kebesaran beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadikan anugerah darjah dan bintang kebesaran itu tidak bernilai lagi di mata rakyat.
Ini kerana perkara itu terjadi ketika pemimpin kleptokrat yang ditolak rakyat masih menyandang anugerah-anugerah dan
gelaran-gelaran tersebut.
- Datuk Mahfuz Omar
--------------------

Begini ajerlah.
** tak payah kisah pasal gelaran dan anugerah pingat samada nak diberi atau ditarik balik. Itu menjadi hak mutlak pemberi.

Yang penting, jika ada yang merasakan ia tidak kena, tidak sesuai dan menjengkelkan (kerana kleptokrat masih bermegah dengan gelaran) maka berusahalah membuka minda rakyat untuk melakukan perubahan.
** pihak tertentu tak pedulikan rungutan rakyat dan eloklah rakyat sendiri buat keputusan. Rakyat marhaen pun "tidak hidup atas gelaran dan berapa banyak pingat" yang dikumpul Kleptokrat. Masing-masing mencari sesuap nasi tanpa mengusung nama Dato, Dato Seri atau apa menatang gelar pun.

Sebaik PRU14 berlangsung gesa rakyat "berubah". Tukar parti dari BN kepada PH.
Sebaik PH membentuk kerajaan dakwa, bicara kesemua barisan Kleptokrat Negara dan penjarakan.

p.s :
Ketika itu jika masih ada lagi "pemberi gelaran dan pingat" khusus untuk menghargai Kleptokrat yang "terpenjara" .... SILALAH BUAT MAJLIS PENGANUGERAHAN di sel-sel penjara ataupun dipadang-padang terbuka.
** pamerkan kepada rakyat bagi menunjukkan BETAPA ROSAKNYA SISTEM YANG DIPRAKTIKKAN dinegara ini.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sambutlah tawaran Najib. Undilah BN


"Stadium Shah Alam pun kita akan serahkan balik kepada pasukan Red Giant".
- Najib Razak
-------------
Hakhakhakkkkk ...!!!!

Dengar tak tu warga Selangor ...!!!!

Ambiklah Stadium Shah Alam balik. Najib nak bagi semula tu. Duduklah disitu pagi petang siang malam, hujan panas, keras beku kat dalam Stadium tu ya.
** jangan kisah waima GST kena bayar, subsidi ditarik, harga barang mencanak naik tanpa boleh disekat. Takder hal.
** Najib cuma fikir rakyat Selangor nak Stadium Shah Alam balik. Maka .. berkampunglah nanti.
** hasil mahsul yang lain rakyat Selangor toksah risau.

SERAH PADA NAJIB HOKAYYYY ....!!!

p.s :
Harus diingat.
Najib ni punya "taik hidung masin" jangan cakap lerrrr. Dah dapat derma RM2.6 billion boleh pulak dia "pulang balik".
** ada dia ingat nak bagi stadium pada warga Selangor tak ketika itu ...??? Rumah yang dijanji pada mangsa banjir di Kelantan pun haram pun tak terlintas dalam otak dia kann ..???

Percaya sangatlah janji yang dia tabur tu.
** nanti jadi seperti kata Anina "Najib dah KENCING 3 juta Ahli UMNO". Nak rasa kena kencing ....????
Persilakan.
Menangkanlah BN.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Dah Ada Bayang-bayang BANGSAT

Kelompok Melayu mana lagi Najib nak bagi "lumpuh" ...???

Sekarang pengedar Proton dah mula kebas-kebas  tangan, kaki dan badan nak tunggu tumbang. Berapa banyak vaksin Najib nak inject ke badan-badan mereka tu nanti.

Najib dah janji "nak bela dan angkat balik" perusahaan kereta berkenaan. Tapi itu tentang pembuatan kenderaan di kilang mereka.
Yang Najib lupa bahawa terdapat ratusan pengedar (majoritinya Melayu/Bumiputera) yang selama ini bernaung dibawah payung pengeluar kereta berkenaan (mencari makan).
** pengedar-pengedar berkenaan pulak menggajikan ribuan pekerja didalam perniagaan kenderaan tersebut.

Amacam Najib ...???

Yang hebat pukul canang bab "Najibnomics" tu apa bendanya.
** Najibnomics nak bagi "musnah dan jahanam bangsa".
** mana dia dulu yang kata "tanpa UMNO Melayu TERBANGSAT". Sekarang ini dibawah arahan dan pentadbiran Presiden UMNO sendiri pun Melayu dah ada ura-ura jadi bangsa MEREMPAT.

Inilah kesannya melantik Perdana Menteri berdasar pada batang tubuh bapaknya.
** kebijaksanaan tak setara mana, gelembong dan kelentong jer yang berbuih-buih.

Teringat pulak pada perumpamaan "ibarat buih dilautan".

Ajer memang hampeh betul laaaa.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed