Sunday, February 11, 2018

Tak Perlu Kecoh - BIARKAN ...!!!


"Penarikan semula darjah dan bintang kebesaran beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadikan anugerah darjah dan bintang kebesaran itu tidak bernilai lagi di mata rakyat.
Ini kerana perkara itu terjadi ketika pemimpin kleptokrat yang ditolak rakyat masih menyandang anugerah-anugerah dan
gelaran-gelaran tersebut.
- Datuk Mahfuz Omar
--------------------

Begini ajerlah.
** tak payah kisah pasal gelaran dan anugerah pingat samada nak diberi atau ditarik balik. Itu menjadi hak mutlak pemberi.

Yang penting, jika ada yang merasakan ia tidak kena, tidak sesuai dan menjengkelkan (kerana kleptokrat masih bermegah dengan gelaran) maka berusahalah membuka minda rakyat untuk melakukan perubahan.
** pihak tertentu tak pedulikan rungutan rakyat dan eloklah rakyat sendiri buat keputusan. Rakyat marhaen pun "tidak hidup atas gelaran dan berapa banyak pingat" yang dikumpul Kleptokrat. Masing-masing mencari sesuap nasi tanpa mengusung nama Dato, Dato Seri atau apa menatang gelar pun.

Sebaik PRU14 berlangsung gesa rakyat "berubah". Tukar parti dari BN kepada PH.
Sebaik PH membentuk kerajaan dakwa, bicara kesemua barisan Kleptokrat Negara dan penjarakan.

p.s :
Ketika itu jika masih ada lagi "pemberi gelaran dan pingat" khusus untuk menghargai Kleptokrat yang "terpenjara" .... SILALAH BUAT MAJLIS PENGANUGERAHAN di sel-sel penjara ataupun dipadang-padang terbuka.
** pamerkan kepada rakyat bagi menunjukkan BETAPA ROSAKNYA SISTEM YANG DIPRAKTIKKAN dinegara ini.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment