Saturday, March 10, 2018

Jahanam Kerana ZOMBIE


Najib didakwa menerima RM2.6 billion didalam Akaun Bank Peribadinya.
** macai TAK PERCAYA

Najib tak mengaku.
** macai angguk

Najib diasak dan bukti didedahkan serentak.
** macai TAK PERCAYA jugak.

Akhirnya ... Najib mengaku ... Ada terima.
** macai TERPINGA-PINGA tapi ANGGUK LAGI.

Panjang sangat cerita.
Bagi pendek sikit.

Najib kata wang dah diguna untuk pilihanraya
** macai PERCAYA lagi.

Dihujung-hujung Najib serah pada Apandi untuk jelaskan kedudukan wang RM2.6 billion.
Apandi pun umumkan sejumlah RM2.03 billion dah dikembalikan.
** punnnnn macai PERCAYA.
Dokumen entah lat mana
Siapa yang terima duit tu
Apa-apa transaksi pun mereka tak lihat.
PERCAYA TETAP PERCAYA sebab Najib itu Perdana Menteri.

Entah apa mandrem yang DIKENAKAN terhadap simacai-macai PAK ANGGUK tu hingga langsung tidak pernah mempersoalkan kenyataan-kenyataan Najib dan pentaksubnya.

Kesiannnn.

Najib pernah kata "tanpa UMNO Melayu TERBANGSAT.
Tapi ... macai-macai tak sedar bahawa dengan UMNO berketuakan Najib mereka DIBANGSATKAN.
** apa ker tidak....???
Daripada manusia yang elok WARAS AKAL boleh berubah menjadi ZOMBIE.
** akur dan angguk memanjang pada setiap yang Najib perbuat. Macai-macai dah jadi "Ada otak TAKDER AKAL".

Kesiannnn (sekali lagi).

Kut negara nak JAHANAM pun selepas ini ia berpunca dari penyakit yang menular dari MACAI ZOMBIE ini semualah nantinya.

Apa nak jadi dengan Malaysia ini jika kesemua hal ini TIDAK BERHENTI ...???

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Bangkit Tidur Terus MELATAH



Dr Mahathir turut mempersoalkan kenapa RoS mengambil masa selama lapan bulan untuk memberikan notis tersebut sedangkan RoS boleh menulis surat pada bila-bila masa untuk mendapatkan dokumen yang dipinta.
---------------------------------
RoS dah tidur lena, terbuai dek mimpi selama LAPAN BULAN tiba-tiba terjaga dan dalam keadaan "mamai" terus meracau.
** terjaga pun bukan disebabkan dek masalah berbangkit isu PPBM tetapi kerana heboh diperkatakan bahawa UMNO dah terlajak terbabas dari tarikh untuk mengadakan pemilihan.
** kegagalan tersebut boleh pulak "ditutup" dengan alasan punya "kuasa rizab" untuk melanjutkan tempoh penangguhan (pemilihan UMNO) yang telah pun berakhir.

Dan-dan boleh beredar surat kelulusan sementara pada tarikh yang sama PPBM dimangsakan.

Tak boleh "tercuit" langsung rupanya pompuan tu.
** melatahnya lain macam dan bila melatah terus panggil Sidang Media.

Hmmmm ....!!!!
Buatlah ikut suka kamu Kakkkk.
Jabatan tu HAK MUTLAK kamu.
(Buatlah macam rumah sendiri ya ...)

http://www.astroawani.com/berita-politik/ppbm-bersedia-sekiranya-dibubarkan-tun-mahathir-170126

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Penyokong BN nak terus bayar GST .. Bayar ajer laaa

Isu air di Selangor mungkin akan reda sikit satu dua hari ni.
Pemimpin BN kena reserve "airliur" untuk bercakap soal "Manifesto PRU14 PH".

Banyak airliur nak guna tu lebih-lebih lagi yang biasa proses jadi buih.

Dalam hal Manifesto yang dilancar oleh PH haritu saya heran satu ajer.
** penyokong dan pemimpin BN dok persoal "mana nak urus negara tanpa GST, harga minyak stabil dan berbagai penjimatan lain (bila PH membentuk kerajaan) ...???".

Ehhhhhh ....
Kut prihatin sangat ... para penyokong Najib dan BN boleh terus menyumbang wang setara jumlah GST atau lain-lain kenaan cukai serta bayaran yang bakal dikurang atau dimansuhkan.
** apa masalahnya pulak ...???
** dah seronok nak menyumbang, takkan kerajaan nak tolak pulak ..???

Contoh begini laaa
** sekarang biaya purata GST bulanan RM60 setiap seorang. Maka bayar (sumbang) kepada kerajaan jumlah yang sama. Tahulah kerajaan ketika itu nak memanfaatkan jumlah yang terkumpul. Ada laaa nanti kaedah bagaimana ianya dilaksanakan.

Siapa yang boleh membayar ..??
** senang. Siapa undi dan sokong BN ... bayar. Jangan CULAS Okayyy ...!!!

(Penyokong PH dikecualikan)

Jangan banyak soal.
Dan jangan banyak merapu bertanya lagi ... macamana, bagaimana cara PH nak mentadbir selepas berjaya membentuk kerajaan.

Ada pilihan tersedia.
** jika tak yakin PH mampu melakukan ... masa mengundi nanti PANGKAH (PILIH) PH. Nanti tahulah apa yang PH boleh buat.
** bila dah pilih PH, terkecualilah dari terus dikenakan GST dan kenaan-kenaan cukai lain.
Tak nakkkk ....????

Tak paksa ... undilah ikut suka.
Kita amalkan DEMOKRASI bukan KLEPTOKRASI.

Faham kannn ....???

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Friday, March 9, 2018

Selamat Jalan KLEPTOKRAT


Nak Melayu bersatu.
Nak mertabatkan Islam.
Nak jaga ketuanan Melayu
Nak jaga Raja-raja Melayu.

Tapi ....
Terpaksa tunduk kepada Kleptokrat yang menguasai parti Melayu terbesar.
Nak suruh sokong parti pasu bunga yang kononnya berjuang atas landasan Islam, walhal parti pasu ini pun tunduk kepada Kleptokrat.
** Hudud dan Enakmen Jenayah Syariah jadi bahan permainan politik.

Takkan maunya begitu ....!!!!!

Ada yang berusaha mewujudkan parti Melayu lain sebagai wadah alternatif tetapi tersangkut-sangkut dek permainan kuasa (yang diperoleh dari tangan-tangan rakyat).
** prinsip demokrasi seakan telah punah.

Apa lagi pilihan yang ada ...???

Jangan diletakkan kesalahan diatas bahu rakyat jika mereka beralih angin menyokong parti pelbagai kaum. Majoritinya dah muak dengan kecelaruan yang berlaku terhadap parti dimana harapan yang menggunung disandarkan. Keyakinan rakyat semakin menipis terhadap parti yang telah lama menerajui negara akibat onar tidak berkesudahan sebilangan pemimpin.

Rakyat mahu melihat perubahan.
Begitu juga hasrat saya .... diantara rakyat yang menginginkannya (perubahan).

Selamat Jalan Kleptokrat.
** kami Melayu Islam tidak mahu terus "dibangsatkan" dan mustahil akan jadi bangsat tanpa bernaung dibawah "parti Kleptokrasi".

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Wednesday, March 7, 2018

Apa FUNGSI Sebenar Parlimen Kita ..??


Apabila wakil-wakil yang dipilih oleh undi-undi didalam Pilihanraya yang "bebas" tidak boleh mendapatkan penjelasan (secara RASMI) didalam Parlimen, maka dimana lagi tempat yang paling sesuai (untuk rakyat mendapatkan penjelasan)...???

Kita tahu dan faham bahawa Speaker membuat andaian bahawa soalan yang dikemukakan bermotifkan politik.
Tetapi Speaker Dewan juga perlu faham ... jika bersandarkan harapan kepada Wakil Rakyat yang berpihak kepada BN maka ... hingga kepada akhirnya soalan-soalan berkaitan tidak akan dibangkitkan.

Mengimbas kembali pertanyaan Ahli Parlimen Alor Setar, beliau hanya mahu YB Pekan menjelaskan hal perampasan kapal Equanimity dan apa tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan berkaitan perkara itu.

Apabila Speaker Dewan membuat keputusan menolak soalan berkenaan maka isu itu, pertanyaan serta persoalan berbangkit hal itu tidak dapat dirungkai dan diselesaikan secara rasmi.

Sewajarnyalah Speaker memikul tanggungjawab kerana melindungi dan menutup segala maklumat (yang patut diketahui umum).
** jika mendengar balik ulasan ringkas yang Speaker berikan, saya melihat ia hanyalah satu "alasan" yang tidak munasabah dan langsung tidak boleh diterima (baik oleh Ahli Parlimen maupun rakyat keseluruhannya).

Harap sesuatu dapat berlaku selepas PRU14 nanti dan Speaker yang ada kini "tidak terpilih" lagi sebagai calon PRU atau jika pun dipilih ... rakyat pula yang menolak beliau.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tuesday, March 6, 2018

Kita punya Tanggungjawab BESAR. Laksanakanlah


Satu demi satu hartabenda yang diperoleh menggunakan duit penyonglapan 1MDB (seperti yang disenarai oleh DoJ dan FBI) dah dirampas.
Berapa banyak lagi yang bakal dikenakan tindakan yang sama kita tak tahu.
** mungkin ada lagi penemuan terbaru yang timbul hasil siasatan pihak berkuasa luar.

Sedia maklum, didalam Malaysia takkan ada yang bakal dirampas (jika berkait 1MDB) walaupun harta yang disebut-sebut "tertonggok atau berlonggok" depan mata.
** lagipun pengakuan bahawa 1MDB tidak hilang apa-apa dah pun terlalu kerap dibuat (oleh beberapa pihak). Jadi ... apa yang nak dirampas kannnn ....???
** di Parlimen pun hal yang menyebut tentang 1MDB, Jho Low atau sebarang isu berkaitan dah menjadi perkara "haram" untuk disentuh.

Kita tak tahu sampai kemana kerajaan yang ada mampu menutup "pekung besar" ini.

Hanya dua peristiwa sahaja yang mungkin dapat membongkar serta merungkai kesemua persoalan.

1.  Jho Low berjaya diheret ke muka pengadilan (tentunya diluar negara, bukan di Malaysia).

2.  Najib dan BN "tumbang dan terlucut kekuasaannya".

Untuk melihat perkara yang pertama berlaku ... yang boleh kita buat hanya BERDOA.

Bagi perkara yang KEDUA ... tangan-tangan kitalah yang mampu melakukannya sendiri tanpa bantuan dan desakan sesiapa.
** perolehlah maklumat, manfaatkan akal dan bertindaklah untuk manfaat yang lebih terjamin pada masa depan.

** tokoh  kleptokrat wajib disingkir.
** era kleptokrasi perlu ditamatkan.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, March 4, 2018

Usah TAKBUR dan ANGKUH


Perakuan dari seorang Ahli Akademik - Penganalisa Politik.

Pengaruh Tun Mahathir

** jangan perlekeh. Peratusan rakyat yang mengingati sumbangan dan jasa Tun masih lagi "besar".
** toksah nak mengutuk sangat. Ramai ahli UMNO sendiri yang "marah" bila Tun Mahathir diserang dan dikutuk (ini jenis yang menghargai kewibawaan Tun)
** jangan ingat Tun dah nyanyuk. Tun boleh berucap, bercakap lebih baik, lebih teratur, fokus memperkatakan sebarang isu (dan punya fakta).
** Tun merupakan "crowd puller" dimerata ceruk (Ahli Akademik berkenaan hadir dalam sebahagian ceramah yang membabitkan Tun dan melihat sendiri jumlah kehadiran yang diluar jangka).
** jangan suka mendabik dada. Usah percaya sangat dan terpedaya dengan sokongan PALSU (yang dipamer golongan muda terhadap Najib dan the gang). Waspada takut nanti TERKECEWA.

Jadi ....
buat pimpinan-pimpinan parti Najib, tolong beri perhatian. Jangan ingat terlalu mudah untuk menenggelamkan impak kehadiran semula (secara aktif) Tun Dr Mahathir.
** banyak-banyak muhasabah diri dan perbaiki kelemahan sendiri.

Agak-agak tak mampu MENANGANI DIRI SENDIRI dan MENANDINGI KEHEBATAN Tun Dr Mahathir .... dah boleh pelan-pelan "zip mulut" dan belajar-belajar "jalan MENGUNDUR" sambil mengibar BENDERA PUTIH.

p.s :
Saya jugak memerhati dan mengkaji perjalanan politik Tun M (dan jangan ingat saya tak kaji gaya politik Najib and the gang).

** saya SANGAT setuju terhadap pandangan Ahli Akademik berkenaan.

Don't PLAY-PLAY.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed