Saturday, November 11, 2017

Biro IT UMNO dan Powerbank PASIOR



Pada himpunan sebelumnya Najib keluarkan arahan "attack, attack, attack" lalu dipersiapkan caibertrooper dengan Samsung A9.
Menyeranglah mereka konon-kononnya.
** entah apa hasilnya pun takderlah jelas dilihat. Yang dapat diperhatikan ... macaitrooper makin kuat merapu termasuk memaki hamun lawan.

Sebaliknya ...
Lawan tetap begitu jugak kentalnya. Serangan demi serangan tetap bertali arus dihalakan kepada BN dan tentunya sasaran utama adalah punca kepada permasalahan .. Najib.

Bapak segala masalah ni pun dah sampai ketahap hilang kawalan dan hilang kesabaran hingga terlepas cakap "#kepalaBAPAKkau"
** maka dah sebarislah tahap Najib dengan macai-macai troopernya.
Jadi #kaki_MAKI bermulut celupar.

Mungkin kelemahan macaitrooper disebabkan bekalan gajet yang tak lengkap. Bateri Samsung A9 Pro cepat kiok agaknya ..???
** apa yang patut dilakukan ..??. Sumbang powerbank. Mungkin inilah penyelesaian terbaik yang difikirkan.

Dapatlah mereka satu set powerbank.
Entah apa jenama taklah diketahui tapi mengikut kata sorang sifu macai "powerbank caplang CAP AYAM".
** untunglah ada jugak #cap (label). Yang lebih beruntung tentulah pembekal gajet berkenaan kerana pada akhirnya terbongkar didalamnya terkandung butiran #pasior.

Perghhhh ....
Biro IT harapkan baju jer.
Nak suruh berperang dibekalkan pasir.
Pasir ni diguna untuk buat konkrit. Bina tembok. Ataupun jika rajin isi dalam kampit kemudian diatur elok menjadi #kubu perlindungan.
** nak diharap menyerang (seperti diarah oleh Najib) memang takder tokohnya pun.

Nasib macai ler sebab berketuakan "Mat Maslan".

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Sunday, November 5, 2017

Bahasa Jiwa Bangsa NAJIB


Bahasa
Bahasa yang dia guna semakin hari semakin kasar dan kesat. Dah hilang adab sopan, tuturkatanya dah tak terkawal hingga perkataan bangsat, bangang, haramjadah dan terkini kepala bapak kau dah jadi mainan dimulut.
Lupa dah dia kepada tonggak Rukunegara yang ke 5.
** kesopanan dan kesusilaan
(Rukunegara ini rasanya diasaskan oleh #BAPAK dia sendiri).
** Tak berasa malu ker ..??
** Atau bangga berkelakuan begitu ..??

Jiwa
Suatu ketika dia sendiri melaungkan "saya berjiwa besar". Konon dia soranglah yang mampu mendepani krisis dengan baik, tiada prasangka dan menyimpan dendam kepada sesiapa. Tetapi kebelakangan ini bahang bara dihati semakin ketara terserlah dan diluahkan. Dia dah tak pandai memilih tempat yang sesuai untuk dilepaskan segalanya..
** asal ada kesempatan dan ruang maka disitulah dia lakukan.

Bangsa
Bangga mengkisahkan asal keturunan bangsawan. Mungkin kerana berasa megah dengan salasilahnya ... bongkak, angkuh dan sombong makin menjadi. Sementelah pula kini sedang berada tinggi dipuncak kuasa.
** tindak-tanduk memberi kesan terhadap bangsa dan keturunan.
** lupa bahawa kekuasan itu datang dari tangan-tangan rakyat marhaen dan takkan kekal lama.

Rakyat tidak buta dan dungu untuk menilai.
Malaikat dikiri kanan mencatat.
Allah SWT tidak lalai memerhati.

Bahana perbuatan bakal berbalas suatu ketika nanti.
** janji Allah itu pasti..

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed