Saturday, February 10, 2018

Dah TERLAMBAT

"Pembangkang negara ini mengamalkan prinsip membangkang semua usaha kerajaan walaupun memanfaatkan rakyat".
-Zahid Hamidi
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/02/387208/tolak-pembangkang-yang-membinasakan-tpm
-------------
Sebelum ini memang saya menyokong BN tetapi selepas terbongkar skandal yang membabitkan Najib (yang diperkatakan diseluruh pelosok dunia) sokongan saya TERHAKIS sama sekali.
** sedikitpun tidak lagi BERSISA.

Ia tidak akan berlaku (tiada sokongan) seandainya pimpinan BN mahu memperbetulkan keadaan.
Sebaliknya, ramai Menteri, Ketua-ketua Bahagian, ahli dan penyokong BN turut "bersekongkol, menjadi buta, bisu dan pekak" hanya kerana mahu mempertahankan kerajaan sedia ada.

Sebenarnya tidak terlintas langsung bahawa majoriti rakyat mahu menumbangkan kerajaan yang dipilih secara "demokratik" tetapi demokratikkah apa yang diamalkan oleh pimpinan BN hari ini.

** bagaimanakah tindak-tanduk pimpinan utama UMNO terhadap bekas Perdana Menteri ..??
** apa yang dilakukan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar ..???
** berapa ramai ahli yang dipecat, digantung dan diambil tindakan ...??

Kesemua mereka hanya mahu "Najib direhatkan" (sementara keadaan diperbetulkan) dan bukan bertujuan untuk menyingkirkan terus malahan sekiranya berlaku penyingkiran (Najib) kerajaan sedia ada tetap berjalan seperti biasa.
** jika inilah yang dilakukan (pembetulan) maka saya amat percaya kerajaan yang ditunjangi oleh BN bakal kekal terbaik.

Namun ...
Nasi sudah jadi bubur
Najis bersepah berterabur
Kata caci dan nista setiap hari dihambur
Pada PRU14 parti UMNO/BN wajib TERKUBUR.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Tawaran DEDAK memang BERLAKU

Tawaran Dedak.

Hal ni dah dilakukan pada Tun sendiri. Masih ingat tawaran sebidang tanah di Putrajaya yang ditawar kepada Tun ..??

Jadi tak hairanlah dengan apa yang digembar-gemburkan sejak kebelakangan ini. Melihat kepada galaknya Tun, PPBM dan gabungan PH diserang ... sedikit sebanyak hal berkenaan memang ada dilakukan.

Manakan tidaknya, jika dulu ada makhluk yang terlalak-lalak didepan khalayak boleh pulak sekarang "nadanya" jadi lain.
** jika tak dapat dedak pun mungkin berasa laungannya selama ini tak membawa keuntungan buat dirinya.

Seorang lagi tu ... dulu dimana saja Tun berada maka adalah kelibat dia. Seingat saya ... siap buat puisi "menyindir Najib" lagi tu.
** sekarang ini ...??? Dikebanyakan sidang media yang membabitkan kecaman terhadap Tun dan PPBM, maka terlihatlah wajah dia.
** rasanya dia pun memegang watak utama dalam gerakan "memburukkan lawan Najib dan UMNO".

Dunia politik memang sesuatu yang amat payah untuk meramalkan sesuatu (yang bakal berlaku).
** ada yang boleh kekal berpendirian
** ada yang goyah tanpa sebab
Tetapi ... yang goyah dek kerana HABUAN DEDAK inilah yang paling banyak BERKELIARAN dimana-mana ruang.
Menunggu untuk ditawar, disuap untuk kepentingan diri sendiri. Jenis inilah sebenar-benar PEROSAK masa depan AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

p.s :
Mohon DIJAUHI dari terjangkit sifat pendedak ini.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Selesaikan ISU POKOK bukan MERUNGUT

Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan Rafizi Ramli sebagai 'penghasut bersiri' kerana didakwanya sanggup melakukan apa sahaja bagi menimbulkan keraguan orang ramai berhubung pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
http://www.malaysiakini.com/news/411549
-----------------------------
"Whistleblower" dituduh penghasut sedangkan apa yang didedahkan oleh Rafizi ternyata betul.
** usah pertikai berkaitan masa dimana perkara itu berlaku (samada diketika Shahrir maupun Isa Samad yang menerajui Felda) tetapi tumpukan kepada ISU POKOK yang diperkatakan.

Nada Shahrir lebih LUNAK bila ditanya tentang penglibatan Isa Samad didalam skandal berkenaan.

Jelas.
Sentimen politik menguasai minda Shahrir bila berbicara tentang pendedahan Rafizi (lawan politik) berbanding peranan Isa Samad (rakan satu parti).

p.s :
Isu Felda ini adalah isu pentadbiran (yang membabitkan kerajaan dan institusi dibawah kendalian kerajaan) maka bertindaklah secara profesional (dalam menyelesaikan permasalahan) bukan berdiri diatas platform kepartian.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Wednesday, February 7, 2018

Harta Negara


Tun Mahathir ... menambah harta negara.
Dilantik sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981. Dalam tempoh kurang DUA BULAN beliau melakukan sesuatu yang tak pernah dijangka oleh rakyat Malaysia malah pemilik Guthrie sendiri.
** Pada 7 September 1981 berjaya mengambilalih syarikat perladangan Guthrie yang dikuasai oleh penjajah. Ianya kekal menjadi milik negara hingga kehari ini.

Bukan sahaja Guthrie.
** Tun jugak membangunkan industri automotif nasional. Proton. Ini diikuti dengan pewujudan Perodua.
** Proton menguasai Lotus dan MV Augusta.
(saya catatkan sekadar dua tiga perkara sahaja disini).

Apa dah jadi apabila Tun meninggalkan kerusi Perdana Menteri ...???

** dimana Proton
** apa jadi dengan Lotus
** mana pergi MV Augusta

Apa harta negara "yang telah bertambah" (sejak kerusi PM diisi oleh Paklah dan Najib ...??.

Sama-sama selidiki.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

The King Maker


Ada parti yang mahu meletakkan calon di 130 kawasan Parlimen dan mensasarkan kemenangan paling kurang 40 kerusi.
Ada yang bertanya ... parti berkenaan mahu melawan siapa ..???

"BN atau PH ..???".

Jika dah bertanding sehingga jumlah begitu banyak (lebih separuh dari jumlah kerusi Parlimen) rasanya parti berkenaan memang mahu melawan keduanya (BN dan PH).

Persoalan kedua :
Bolehkah parti berkenaan menang banyak kerusi (seperti yang disasarkan) ...???
Saya jawab .. "tidak mustahil mampu dan tidak jugak mustahil lopong".

Dalilnya :
** parti berkenaan punya asas yang kuat sejak lama dulu. Maksudnya ... masih ramai lagi pendokong dan penyokong tegar yang bakal memangkah (mengundi) parti berkenaan. Dasar perjuangan dah diterap semasa ahli masih lagi bayi dan terus menerus disodorkan dengan pemahaman (ideologi) yang diperjuangkan hingga mereka dewasa.
Dalam bahasa kaaarnya ... TOTOK. Maka bukan saja 40 kerusi bakal dikuasai malah mungkin KESEMUA CALON mereka bakal bergelar "Yang Berhormat".
Jangan main-main ...!!!!
Tak mustahil kann  ...???.
** namun .... berlatarkan sejarah, parti berkenaan tiada sambutan seandainya berdiri bersendirian. Prestasi perkhidmatan, pengurusan dan pentadbiran mereka pun tidak berapa cemerlang. Ini jugak disebut oleh Najib semasa mengadakan kunjungan ke Kelantan baru-baru ini. Begitu jugak yang biasa berlaku di Terengganu dan Kedah sebelum ini.

Mungkin faktor "kelemahan perkhidmatan" inilah yang bakal menggagalkan hasrat parti berkenaan (untuk mencapai sasaran).
Wallahu'alam.

Apapun, cita-cita sebenar mereka adalah "untuk mendapatkan kuasa TAWAR MENAWAR" dengan parti-parti yang memiliki jumlah kerusi yang kurang (bagi tujuan membentuk kerajaan).

Apakah muslihatnya disitu ...???.

** bila ada kuasa "tawar menawar" maka nilai mereka boleh menjadi lebih tinggi dalam "pasaran". Apa yang bakal berlaku ... TIDAK PASTI. Terpaksa kita tunggu dan LIHAT.

p.s :

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin melonjak, berperanan dengan watak "King Maker" membawa lebih keuntungan.
** pihak mana yang mampu memberi pulangan yang "tinggi" maka itulah "pilihan" mereka.

Tungguuuuuuu ...!!!!!

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

Monday, February 5, 2018

Cukupkah hanya dengan TEGURAN TERTUTUP ..??

Bila ditanya oleh hadirin berkaitan sikap PAS terhadap isu 1MDB, Hadi menjawab "tegur cara tertutup".
Hahahahhhhaaaa.
** dah tegur cara tertutup kemudian benda tu dah SETTLE ker sekarang ...???

Apakah Hadi Awang fikir sudah memadai dengan "menegur cara tertutup" dan dia dah boleh "cuci tangan"...??
Isu berkenaan masih diperkatakan dibanyak negara. Ada yang telah dikenakan tindakan, ada yang masih dalam siasatan dan bakal diambil tindakan.

Jika benarlah Hadi ada menegur maka apakah tindakan susulan yang dia lakukan memandangkan kemelut berkenaan masih "belum berakhir"..??.

Isu 1MDB ini bukan hanya berkisar atas tindakan, urustabir dan pengendalian yang "salah" tetapi ia membabitkan sama kepentingan seluruh rakyat (hutang yang perlu dibayar) dan imej negara dipandangan dunia.

Menjawab persoalan semudah itu bukanlah sikap yang patut dipertontonkan oleh seorang Wakil Rakyat apatah lagi Hadi sendiri menggalas jawatan Tertinggi dalam parti.
** Apa yang lebih mencurigakan khalayak adalah apabila terlihat Hadi semakin mesra dengan Najib, PAS semakin "akrab" dengan UMNO.
** dan jangan lupa pula dengan kisah "sedekah 90 juta" seperti yang didakwa (diterima oleh Hadi dari Najib).

Kerana itulah timbul pertanyaan dari Wilson, salah seorang bekas penyokong PAS secara berdepan (dalam majlis tersebut).
** saya cukup yakin individu berkenaan kurang berpuashati dengan jawaban yang diterima ... begitu jugak saya dan ramai yang lain.

Fb ID :
Fadzil